disebalik itu...

Thursday, October 28, 2010

38 Pantang Larang Bakal Pengantin

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti untuk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dalam masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yang difikirkan sesuai masih boleh diikuti. 

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri. 

2. jangan tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga. 

3. jangan bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik. 

4. jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit. 

5. Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petaidan jering. 

7. jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir. 

8. jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks. 

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis. 

10. Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama. 

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi. 

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat) 

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir. 

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid. 

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga. 

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga. 

17. Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia untuk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga daripada org yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

19. jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.
21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.


23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

27. jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan.

32. Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.


36. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

37. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

38. jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.


Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. 
Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.

2 comments:

  1. Salam'alaik
    waa..banyak betul pantang larangnya kan? hehe..insyaALLAH selagi pantang larang @ nasihat x menyalahi syarak, ana teringin nak amalkan sebab kebanyakannya adalah petua menjaga kecantikan dan kesihatan=)

    cuma, untuk pantang larang bernombor:38,39,41,42,dan 44, ana mengharapkan agar akh dapat menimbangkan semula utk post pantang larang ni sebab ianya ada mengandungi unsur syirik.
    38= hujan dan segala kejadian di muka bumi ni terjadi hanya dengan izin ALLAH.kita manusia, sedar hakikat diri sebagai seorang hamba yang diberi akal oleh ALLAH untuk menjahit/mencipta baju. justeru apa 'besarnya' kuasa baju untuk menghalang penurunan hujan? mohonlah pada ALLAH agar sewakt walimah berlangsung, cuaca baik dan cerah agar mudah tetamu hadir memenuhi jemputan dan walimah dapat berlangsung dengan baik dan lancar. bukan membaling baju ke atap rumah (??)

    39= pada ana, hak pengantin nak tgk bagaimana wajahnya di rias untuk tatapan suami tercinta. dibuatnya tetiba mak andam tu cukur sikit kening (kononnya nak bagi alis tu nampak kemas), buat tahi lalat palsu ke, atau make up dengan solekan yang kita tak berapa berkenan, tak ke haru tu? hari yang sepatutnya seorang wanita tu dirias seindah bidadari untuk suami tersayang, tetiba ada tangan yang turut mencalitkan sedikit dosa di wajah kita? hmmm...

    41. merancang walimah ni memang memenatkan. tapi betul ke makan kepala ayam boleh menyebabkan seseorang itu (pengantin) mengantuk dan dispecifik kan pula waktunya...sewaktu bersanding? hmmm...rasanhya tak ada kaitan makan kepala ayam dengan mengantuk semasa bersanding.kalau memang dah exhausted tu, berpantang makan ke, kalau ALLAH kata 'ngantuklah kamu' maka akan mengantuklah seseorang itu. cuma ikhtiar yang boleh kita ambil, rehatlah secukupnya pada hari2 menjelangnya walimah. insyaALLAH, mata tak mengantuk dan bertenaga untuk menyerkan lagi majlis=)

    42=setahu ana, baik lelaki atau perempuan, memang dilarang untuk mencukur alis.hmm...

    44=jodoh dan maut semuanya kuasa ALLAH dan tidak selain DIA. lagipun, tak elok bakal pengantin memasang angan yang tinggi atau memikirkan yang bukan2. buat bakal pengantin (nasihat untuk ana juga), jaga akhlak, jaga at, jaga minda, dan jaga anggota badan kita. bukan sahaja sebelum nak bernikah, tapi sepanjang masa kerana kita ini hanya seorang hamba.

    terima kasih akh kerana sudi baca komen dan sedikit kritikan yang ana harapkan ianya 'membina' =)

    jazakallahu khairan kathira
    barakallahufik

    ReplyDelete
  2. hehehe iye btol tu ukhti
    sepatutnye selidik dgn teperinci sblm post kn sesuatu ilmu tu dulu
    baik la, ana pebetul kan mane yg x kene yea
    alhmdlh mekasih kerana menegur :")

    ReplyDelete