assalamualaikum
بسم الله الرحمن الرحيم
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
cinta dan keinginan untuk memiliki.. dua istilah yang hampir sama pada maksudnya.. akan tetapi, terdapat jurang yang begitu membezakan di antara keduanya.. cuba fahami dan teliti secara mendalam hakikat sebuah cinta.. bagi pandangan seorang insan yang memiliki akal yang waras, serta dipimpin iman pada perbuatannya, cinta baginya merupakan sesuatu perasaan yang suci murni.. suatu rasa yang dianugerahkan Allah kepadanya untuk diserahkan kepada seseorang yang sudah ditakdirkan untuknya.. jauh dari sifat nafsu gelojoh yang hanya bersifat sementara..
berlainan pula dengan keinginan untuk memiliki.. perasaan ini jelas menggambarkan betapa rakusnya seorang makhluk yang dicipta dengan serba kekurangan.. sengaja menghambakan diri demi nafsu yang akan memesongkan pemiliknya dari hakikat seorang hamba.. juga menjadikan sang pemilik alpa dari mengingati penciptanya.. sedarkah kalian?
pabila cinta hadir dalam diri, lupuslah kesedihan, hilanglah kesengsaraan, luputlah kesusahan.. segalanya bertukar ganti.. kesedihan menjadi kegembiraan, kesengsaraan berganti kebahagiaan, kesusahan berubah kesenangan..
berbeda dengan keinginan untuk memiliki.. setiap kali kita memiliki, di hujungnya pasti akan terselit rasa kepuasan.. kepuasan bagi nafsu kerana sudah memiliki.. pada saat ini, kalian akan merasa diri seseorang itu tidak lagi bermakna sedikitpun untuk kalian.. hadirnya cuma menyusahkan.. menambah beban pada diri sedangkan beban sendiri pun masih tidak tertanggung.. maka bermulalah suatu episod baru yang akan mencetuskan keadaan yang lebih merumitkan.. apakah gunanya hidup berpasangan jika ianya bebanan?
persoalannya, adakah lafaz cinta yang kalian ungkapkan itu suatu perasaan yang murni? yang dipimpin iman? yang hadir pada masa yang paling sesuai? atau sekadar nafsu yang mempermainkan erti sebuah cinta? yang dipengaruhi oleh godaan yang melalaikan? atau suatu kepuasan bagi mereka yang menginginkan kesempurnaan di mata manusia? tepuk dada tanyalah iman.. pimpinlah akal bersama iman, bukan sebaliknya.
pasangan bukanlah suatu bebanan, dia adalah suatu kelebihan bagi sesiapa yang memilikinya..
hargailah pasangan kalian.. sekiranya kalian belum bersedia, kenapa ditadahkan tangan bila diri belum teguh untuk menerima? kenapa merelakan walau diri terpaksa? nantikanlah cinta, ia pasti akan hadir.. jangan biarkan matamu kabur di kabus keinginan untuk memiliki..
~Izuddin Rahim
**Maahad Qiraat Shoubra ,al Azhar ,Egypt .
Salam'alaik
ReplyDeleteana sangat bersetuju. pasangan adalah anugerah buat kita. bygkan ada rg yang akan menemani kita saat suka dan duka hingga hanya tercerai dari badan. Subhanallah..Maha Pengasih nya ALLAH yang menganugerahkan pasangan buat kita.
Pasangan juga boley diibaratkan sebagai cermin diri kita. kita tunjukkan tgn kiri, imej kita di cermin menunjukkan tgn kanan. begitulah pasangan kita. jadi kita harus terima dan belajar perbezaan sifat/karakter pasangan kita.
dan..KONSEP CINTA itu perlu sentiasa dan redha dalam memberi. orang yang ikhlas menyintai pasangannya, akan merasa puas dengan banyak memberi daripada menerima. mereka puas dan ikhlas memberi tanpa mengharapkan apa2 balasan. kerana balasan yan terbaik adalah dari ALLAH juga=)
jazakallahu khairan kathira
salam