disebalik itu...

Sunday, February 27, 2011

zina hati

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. Semoga Allah mmudahkan akal untuk mhasilkan bait2 kata yg bmanfaat. Apa khabar semua?? =))
Jadi, topik yg Nad cuba utk bincangkan kali ini adalah bkaitan ZINA HATITerima kasih kpa Sha, NANA, Nini, Daia, kak Amal, dan ramai lagi yg mbantu Nad utk bahaskan isu ini semalam. ^_^
Rujuk hadis Rasulullah SAW :
Mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dgn bercakap, tangan boleh berzina dengan bpegangan, kaki boleh berzina dgn bjalan ke arah tempat maksiat, hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan mbayangi si dia.
[HR Bukhari dan Muslim]
Baiklah, Nad cuba terangkan sebaik mungkin hasil rujukan dan pandangan drpd org ramai.
Berzina melalui mata adalah seperti melihat si dia dgn khadiran nafsu. Pandang lama2 sbb dpt mrasakan 'keindahan' manusia ciptaan Allah pd diri dia. Tak dinafikan, pandangan itu akhirnya boleh mdtgkan perasaan utk ingin mdekati dan kenal si dia..bukan?


Berzina melalui lidah pula, mengikut apa yg Nad faham..mengucapkan kata2 yg boleh mdorong kpd zina. Yes, berkawan itu tak salah dalam Islam. Tapi be careful, especially apabila kita bkawan dgn ajnabi dan saling bkongsi masalah. Satu masa akan hadir bisikan2 iblis yg mengatakan, "Dia faham kau. Dia ambil berat pasal kau..ini maknanya dia sygkan kau!"Semua manusia ingin disyangi dan dkasihi, jgn kita nafikan sbb itu adalah fitrah!

Kalau bercakap berkenaan zina melalui lidah, Nad selalu igt cerita yg Nad agak kerap dgr. Si lelaki dan si perempuan ni dkategorikan dlm golongan 'bdk alim'. Sama2 cebur diri dalam medan dakwah. Kongsi ilmu, kongsi pendapat. Akhirnya masing2 saling jatuh hati sbb mrasakan mereka berdua sepadan dan ada psamaan. Nauzubillahi min zalik! Kalau sahabat nak clearer view tntg apa Nad terangkan, boleh tgk teledrama Antara Dua Garisan.

Tangan pula berzina dgn bpegangan tangan. Yg ini Nad rasa, ramai org boleh elak kot? Selalu jugak lah dgr bila mana Nad sngja gertak kwn2 yg mcm agak lain mcm dgn ajnabi..dia mesti jawab, "Tapi ktrg tak pegang2 ek Nad!". Haizz..Allah knows everything because He can see everything. Kalau tak buat, tak payah takut ok? =)
Kaki menyumbang dosa dgn mbawa jasad ke tempat pertemuan untuk bdating dgn si dia. Tapi kalau bwk kawan utk teman kita, tak boleh ke? Pendapat Nad sendiri, Nad tetap tidak mbenarkan perkara tu berlaku pd diri Nad dan shbat2 yg Nad syg semua. Kenapa? Cuba tanya hati..apa niat sbnar kita dtg ke tempat itu, bukankah niat asal tetap nk btemu si dia?? Wallahualam.
Daripada Ibnu Abbas RA :
Sesiapa berniat ingin melakukan kebaikan, tetapi tidak lagi melakukannya, maka Allah mencatatkan niat itu sebagai kebaikan yang sempurna di sisiNya. Jika seseorang itu berniat ingin melakukan kebaikan lalu mengerjakannya, maka Allah mencatatkan di sisiNya sepuluh kebaikan hingga sampai tujuh ratus kali ganda seterusnya hingga kepada gandaan yang sebanyak-banyaknya. Jika seseorang berniat ingin melakukan kejahatan tetapi tidak melakukannya, maka Allah mencatatkannya sebagai satu kebaikan yang sempurna di sisiNya. Jika dia berniat untuk melakukan kejahatan lalu melakukannya maka Allah mencatatnya sebagai satu amalan kejahatan sahaja.


Hati berzina? Ini yg Nad nak terangkan, insyaAllah Nad cuba. Merindui, mengingati dan mbayangi si dia. Simple words, tapi sebaik shj dengar..terpacul pelbagai soalan di minda kita, kan kan?? Hee. Nad taknak cerita tentang couple sbb most couples sbnrnya do know yg couple tu berdosa, tp mungkin Allah masih ingin menguji mereka..sila click sini!
Sesungguhnya telah tertulis (ditetapkan), bagi setiap anak Adam (manusia) bahagian mereka daripada zina yang pasti dia akan dapat tanpa kecuali (kecuali dengan izin Allah). Maka zina mata ialah dengan melihat, zina lidah ialah dengan bercakap, zina hati (jiwa) dengan berangan-angan dan berkeinginan (nafsu syahwat), dan (bergantung kepada) kemaluanlah sama ada untuk membenarkan (keinginan itu), atau menafikannya.
[HR Bukhari]

Berdasarkan penulisan seorg Muslim :

Menurut Ibn Hajar, zina mata, zina hati, zina lidah yang merupakan perbuatan-perbuatan yang mendatangkan syahwat itu adalah perkara yang menjadi dosa kecil yang dimaafkan oleh Allah, selagi kita tidak melayannya.

Jadi, zina hati tergolong sbg dosa kecil ye?

Harus kita berhati2. Ustazah Fatimah pernah terangkan, dosa kecil yg dilakukan scra bterusan boleh mjerumus ke dalam dosa besar yg dikecam azab akhirat(nauzubillah!). Sbg contoh, buang sampah merata2. Kalau lama2 tak buang tabiat tu, nnt habis tcemar psekitaran kita. Bukan itu sudah btentangan dgn Islam? Islam agama kebersihan, dr sekecil2 perkara sampai sbesar2 perkara Islam tuntut kebersihan(kesucian).
Zina hati mengikut apa yg Nad faham melalui pembacaan dan pertanyaan ialah kita jatuh hati kepada seseorg, lalu kerap kali mbayangkan si dia.. Sbg contoh, bayangkan kita dan dia keluar sama2, duduk b'dua2an dan seumpamanya.
Selain itu, rindu juga boleh menjadi zina hati tatkala rindu itu mula memenuhi ruang hati yg kosong dek kurangnya cinta kita kepadaNya. Lantas, diri kita mengikut kata akal dan memenuhi ruang2 kosong itu utk si dia. Rindu mbawa kpd perkara2 lain sprti desakan utk mnatap wajahnya, dengar suaranya dll.
Sbb itu lah zina hati adalah zina kecil yg paling bahayatidak dapat dilihat tetapi dapat dirasa. Zina hati lahirnya dari hati. Hati bertindak mengikut kata akal. Bak kata Daia, "When mind says no, means no!". Akal pula dikawal oleh iman.Tumpuan utama kita adalah iman, iman haruslah mantap dan kukuh! Ya Allah..
Persoalan yg Nad dan shbt2 lain sibuk berdiskusi semalam adalah :


Adakah mempunyai perasaan thadap ajnabi pun boleh mbawa kpd dosa zina hati?Tapi, bukan kah perasaan itu fitrah manusia? Takkan Islam mcm agama lain yg melarang yg 'ahli' dalam agama supaya menyekat fitrah manusiawi? Kalau mcm tu, tak adil lah Islam!

Tapi apabila kita hayati kembali kata2 yg Rasulullah SAW tinggalkan utk kita,"
bagi setiap anak Adam (manusia) bahagian mereka daripada zina yang pasti dia akan dapat tanpa kecuali (kecuali dengan izin Allah)"..fuhh, LEGAA!! Alhamdulillah. Perbincangan boleh diteruskan.. =D
Berbalik kpd soalan asal, jadi tak salah lah kan ada perasaan thadap ajnabi? (Lagi2 kalau tjumpa si dia yg hampir perfect, nasib baik Nad belum jumpa lagi!! hehe). Perasaan itu hadir dgn keizinan Allah sbg satu ujian untuk setiap hambaNya.. Sedangkan iblis yg duk menghasut kita tu pun Allah dah bg green light utk dia dtg dekat, inikan pula nafsu yg mmg Allah dah cipta khas buat kita..Allahkan sebaik2 perancang! ;D
Ucapkan kalimat syukur dgn ujian perasaan aneh yg Allah berikan itu. Ucapkan kalimat syukur krna kita masih normal dan lurus nafsu dlm diri. Kerana apabila kita bsyukur, Allah akan tambahkan nikmat! Oleh itu, insyaAllah Allah will guide us on how to solve this common problem faced by everyone..
Mcm mana nak handle situasi kalau terjatuh hati kpd seseorg atau untuk elakkan terus? Because as what we know, prevention is better than cure! ^_^
JANGAN LAYAN (this is so true!!). Just ignore the feelings. Jangan layan. Sekali lagi, jangan layan. Ish, sekali pun jangan layan lah!! haha. Ada forumer ILuvIslam suggestkan, bila teringat je..cepat2 baca al-Fatihah. Semoga kita teringat pd si dia kerana Allah, begitu jugak dgn si dia. InsyaAllah..kalau mmg ada jodoh, confirm bersama jugak akhirnya!


Secondly, seperti apa yg Nad catatkan..tak salah ada perasaan tu, cuma diri kita je yg kena pandai kawal. Utk elak gejala 'teringat-ingat' ni, elakkan perkara2 yg boleh mbuatkan kita teringat kpd si dia. Jangan dgr lagu2 cintan-cintun (even nasyid sekalipun)! Jangan tgk cerita2 yg mgalakkan kita utk 'berangan' (maaf kalau Nad sebutkan tpi sbg contoh drama Adamaya tu). Yeahh, Nad pun masih melakukan dua perkara ini dan masih usahakan untuk berubah. Adamaya itu susah utk dilepaskan lahh!! Astaghfirullah.. Tapi kalau iman sahabat2 semua kuat, tak menjadi masalah! =)
Thirdly which supposed to be the last one yg Nad akan sertakan di sini, jaga batasan pergaulan..berhati2 dalam persoalan ikhtilat yakni berkenaan percampuran antara lelaki dan perempuan. Klik sini ajelah, Nad tak pandai nak explain sbb sgt2 kurang ilmu di dada.. =(
Kesimpulan yg Nad buat, 3 perkara ini lah yang paling penting. Pertama, jaga hati (innerself). Kedua, jaga pancaindera (surrounding). Ketiga, m'elakkan ikhtilat akan memagari diri kita setelah pertama dan kedua terlaksana..insyaAllah. Namun begitu, semalam ada juga beberapa isu dibentangkan (cewah! hehe).
Nak istiqomah mengelakkan zina hati dan menahan perasaan tu untuk selalu tunduk pd kata iman, mcm mana?? Diskusi diteruskan~
Ini pendapat Sha :
"kalau boleh, elak lah tengok gambar dia, chatting pulak kalau ada hal penting je. kurangkan bergurau senda. bertegas, bila rasa iman lemah, charge balik. istighfar bnyk2"
Nad pulak bidas, Nad dah delete ID dia drpd messenger(elak ternmpak ID/nama dia)..dah delete dia drpd FB(elak m'dgr cerita dia atau tnampak gambar dia)..chatting pun dia yg pm Nad dulu..tu pun dia tanya dua tiga soalan, pastu chow.. But i think, i got it Sha! Nad dr dulu tak tegas..dan Nad agak menjadi diri sendiri bila dgn dia(manja mcm budak kecik! T_T), Nad tak tegas dgn dia sepertimana Nad btegas dgn ajnabi lain! Aduhaii..astaghfirullah. TEGAS, thats what my iman needs so much!! =D

Okiee..satu petua dah diperolehi. Next, Nad bertanya pula..kita tak sebut2 tentang dia, tapi org sekeliling yg sibuk tanya kita tentang dia. Mcm mana?

Once again Sha nasihatkan supaya Nad bertegas! Lain kali Nad nak marah laa kwn2 yg sebut2 nama dia dgn Nad! "Kau kawan aku kan? Kalau kau kawan aku..kau mesti tolong aku! Tolong jangan sebut2 nama dia depan aku lagi boleh??". Mulut terasa ingin mperkatakan sedemikian, tetapi hati tgelak2..sungguh tidak sesuai Nad nak btegas! Hahah! Takpe..demi Allah, insyaAllah boleh..
"Jika seorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah), maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal"

Kesimpulannya, perasaan itu datangnya drpd Allah. Jadi, utk menguruskan perasaan itu pastinya caranya dalam pengetahuan Allah jua. Harus kita kembali dan merujuk perasaan itu dgn Allah semula. Betul lah? Allah is all we need, without Him we are nothing.Nad harap sahabat2 faham yehh..kalau tak faham, boleh tanya Nad..nak comment ke, kat FB ke..tak kisah la! Jaga diri sahabat..jaga hati..jaga iman. Wassalam.
p/s buat cikgu Sakinah :
Sy agak terkejut bila tau cikgu mengikuti blog sy..(sgt malu sebenarnya!! haha). Oleh itu, sy telah mbuat kputusan yg sy akan lebih bhati2 dalam menulis bagi membendung 'tanduk' cikgu keluar dr tempat psembunyiannya, hahaha! Cikgu dh baca kan? Cikgu dah faham kan? Jadi tolonglah sy utk jaga hati sy cikgu..kesian hati sy..kejap sakit, kejap sihat. Hehe. Syukran jazilan cikgu!! ^_~

Kesalahan kesalahan dalam solat

Kesalahan kesalahan dalam solat

by Irdina Wasifah II on Saturday, 26 February 2011 at 18:55

SEMBAHYANG adalah amalan pertama yang dihisab Allah pada akhirat nanti. Jika sembahyang seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya. Sembahyang perlu dipelihara sebaik-baiknya.


Antara kesalahan yang selalu dilakukan berkaitan sembahyang adalah:

Melengah-lengahkan solat.
 Firman Allah bermaksud : “Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman dalam waktu yang sudahditentukan." (Surah an-Nisa, ayat 103). Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkansyarak adalah berdosa besar. Rasulullah bersabda: "Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan (hendak tenggelam) dia berdiri dan menukik empat rakaat, sedangkan dia tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit." (Hadis riwayat Muslim).



• Meninggalkan solat berjemaah.
Solat berjemaah adalah wajib kecuali bagi orang yang memiliki uzur yang dibolehkan syarak. SabdaRasulullah bermaksud: "Siapa yang mendengarkan seruan azan tetapi tidak memenuhinya maka tidakada solat baginya, kecuali kerana uzur." (Hadis riwayat Ibnu Majah). Allah berfirman, maksudnya: "Dan rukuklah bersama orang yang rukuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 43). Rasulullah bersabda: "Kemudian aku mengutus (utusan) kepada orang yang tidak solat berjemaah, hingga aku bakar rumah mereka." (Muttafaq Alaih).



• Tidak thuma'ninah dalam solat.
Thuma'ninah adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya. Thuma'ninah ertinya tenang ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.



• Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat.



• Mendahului atau menyelisihi imam.
Hal ini boleh menyebabkan solat batal. Makmum hendaklah mengikuti imam, tidak mendahului atau terlambat. Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti, kerana itu jika dia bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian rukuk sampai dia rukuk..." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).






• Bangun dari duduk untuk menyempurnakan rakaat sebelum imam selesai dari salam kedua.



• Memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat.
 Hal ini diperkatakan Rasulullah dalam sabdanya: "Hendaklah orangmu berhenti daripada mendongakkan pandangannya ke langit ketika solat atau Allah tidak mengembalikan pandangannya kepada mereka." (Hadis riwayat Muslim). "Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia adalah suatu kebina saan.''
(Hadis riwayat at-Tirmizi)


• Mengenakan pakaian nipis yang tidak menutupi aurat.
Hal ini membatalkan solat kerana menutup aurat adalah syarat sah solat.



• Tidak memakai tudung dan menutupi telapak kaki bagi wanita kerana aurat wanita dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan. Ummu Salamah ditanya mengenai pakaian solatwanita. Beliau menjawab: "Hendaknya dia solat dengan kerudung, dan baju kurung panjang yang menutupi kedua-dua telapak kakinya."




• Melintas di depan orang yang sedang solat.
 Rasulullah bersabda: "Seandainya orang yang lalu di depan orang solat itu mengetahui dosanya, tentuberhenti (menunggu) empat puluh (tahun) lebih baik baginya daripada melintas di depannya." (Hadisriwayat al-Bukhari dan Muslim).



• Tidak melakukan takbiratul ihram ketika mendapati imam sedang rukuk.
Takbiratul ihram adalah rukun solat dan wajib dilakukan dalam keadaan berdiri, baru kemudian mengikuti imam yang sedang rukuk.



• Tidak langsung mengikuti keadaan imam ketika masuk masjid.
 Orang yang masuk masjid hendaknya langsung mengikuti imam, baik ketika itu sedang duduk, sujudatau lainnya. Rasulullah bersabda: "Jika kalian datang untuk solat dan kami sedang sujud, maka sujudlah!" (Hadis riwayat Abu Daud).



• Melakukan sesuatu yang melalaikan daripada solat seperti menonton televisyen dan bersembang. Allah berfirman, maksudnya: "Wahai orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikanmu daripada mengingat Allah, barang siapa melakukan demikian maka mereka itulah orang yang rugi." (Surah al-Munafiqun, ayat 9).






• Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan seperti diriwayatkan Ibnu Qayyim berkata, Nabi tidak mencontohkan solat dengan memejamkan mata. Tetapi, jika memejamkan mata diperlukan, misalnya, kerana di hadapannya ada lukisan atau sesuatu yang menghalangi kekhusyukannya maka hal itu tidak makruh.



• Tidak melurus atau merapatkan barisan ketika berjemaah.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Kalian mahu meluruskan barisan kalian atau Allah akan membuat perselisihan antara hati kalian." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).



• Tidak memperhatikan sujud dengan tujuh anggota.
 Nabi Muhammad saw bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya, dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki."
(Muttafaq Alaih)

Friday, February 25, 2011

KISah sAYa daN awAK...


Sedar tidak sedar, sudah 3 tahun saya mengenali awak. Tak pernah saya terfikir peristiwa memalukan saya terjatuh ke dalam longkang membuat hati kita bertaut. Terima kasih kepada Allah kerana mentakdirkan saya terjatuh dan terima kasih juga kerana Allah menggerak...kan awak untuk mentertawakan saya. Jika tidak, hubungan kita tidak mungkin sampai sejauh ini. Siapa pernah menyangka peristiwa sekecil itu mampu mengikat hati dua insan. Walaupun saya dan awak masing-masing berjauhan, teknologi benar-benar mengikat kita.

Saya sedar, hari demi hari saya semakin menyenangi kehadiran awak dalam hidup saya. Saya bersyukur atas hubungan ini. Bersyukur kerana kita bukanlah seperti pasangan kekasih lain. Awak tidak pernah mengucap kata rindu, apatah lagi kata sayang. Seingat saya sepanjang 3 tahun ini, tidak sampai 5 kali kita bersua muka. Itupun tatkala awak dan keluarga datang beraya ke rumah saya. Saya juga bersyukur ibu bapa kita saling meredhai persahabatan kita. Hari demi hari, kita semakin matang. Saya semakin mengenali dunia, semakin mendalami ajaran Islam sebenar. Dulu, saya fikir hubungan kita tidak salah. Ya, memang tidak salah dari pandangan mata luar. Namun jujur jauh di sudut hati saya, saya sering merindui awak biarpun tiada siapa antara kita yang pernah melafazkannya. Pernah saya angankan awak menjadi pembimbing keluarga saya kelak. MasyaAllah, begitu jauh saya lalai. Kata-kata seorang teman suatu waktu dulu benar-benar mendorong saya berfikir panjang. “Zina hati sememangnya kelihatan kecil, namun dosanya tetap sama”.



Astaghfirullah…saya beristighfar panjang. Dengan segala kekuatan yang ada, saya katakan kepada awak. “Jangan hubungi saya lagi melainkan awak bersedia mengahwini saya”. Saya sendiri tidak pasti dengan apa yang saya lakukan. Saya sedar awak pasti kebingungan dengan kata-kata saya kerana antara kita sememangnya tiada yang istimewa. Saya juga sedar hakikatnya, awak juga punya perasaan terhadap saya biarpun awak mebisu seribu bahasa. Hubungan kita terputus begitu sahaja. Enam bulan berlalu dengan amat sukar bagi saya. Setiap hari saya berdoa semoga Allah permudahkan segala yang terbaik untuk saya, semoga Allah permudahkan jika apa yang saya lakukan benar-benar keranaNya. Ingin saya katakan, betapa sukar melupakan awak. Dalam kesibukan saya melupakan awak, tiba-tiba saya dikejutkan dengan rombongan peminangan. Andai awak dapat melihat hati saya, pastinya awak tahu betapa terkejutnya saya. Ya, awak tunaikan permintaan saya. Awak datang lagi ke rumah saya, tapi kali ini dengan sebentuk cincin. Sekarang saya sudah sah menjadi permaisuri hidup awak. Sekarang saya bebas merindui awak tanpa rasa berdosa, saya bebas berbicara dengan awak tanpa rasa bersalah dan saya bebas menyayangi awak kerana awaklah pembimbing hidup saya. Terima kasih Allah ikatkan kita dengan tali perkahwinan biarpun pada usia muda remaja.

Terima kasih Allah menghadirkan awak sekali lagi dalam hidup saya..Alhamdulillah..

~iluvislam.com~

~>Ya Allah,Jadikanlah HATI Kami Ini Mencintai Hanya KeranaMu,
Moga Kami KEKAL Di Dalam REDHAMU..
Amin Allahumma Amin..

˙·٠•●❤ InsyaAllah,Mencintai awak kerana Allah..Cinta Selepas NIKAH!!Amin ya Allah..❤●•٠·
See more

Wednesday, February 23, 2011

1001 CARA SYAITAN BUKA AURAT MUSLIMAH

Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah. 

Berikut adalah cara bertahap: 

I. Menghilangkan Definisi Hijab 

Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian. Sebahagian kaum Muslimah yang telah dirasuk pemikiran kufur turut mempertikaikan kewajaran pemakaian tudung yang juga dipanggil ‘hijab’ dengan menganggap menutup kepala sebagai menutup akal. Contoh golongan ini adalah seperti Pengurus Program Sisters In Islam (SIS), Norhayati Kaprawi dalam sesi dialog Islam Liberal di Hotel Selesa, Pasir Gudang yang berkata bahawa pakaian taqwa itu lebih baik dari menutup aurat. 

Ada juga yang beranggapan menutup aurat adalah penyebab kemunduran umat Islam. Ahmad Reda yang merupakan penyeru agar ditumbangkan sistem pemerintahan Islam di Turki menganggap bahawa selagi lelaki dan wanita Turki tidak bercampur bebas dan membuka hijabnya maka tiada kedaulatan undang-undang dan kebebasan di Turki [Rujuk al-Ittijah al-Wataniah fi al-Adab al-Mu’sir, Jil. 2, ms273). Manakala Taha Husin dari Mesir menyatakan dalam bukunya ‘Mustaqbal al-Thaqafah fi Misr’: “Kita mesti mengikut jejak langkah orang-orang Eropah dan cara mereka. Kita mesti menjadi sekutu mereka dan rakan kongsi dalam ketamadunan, sama ada yang baik atau yang buruk, sama ada yang manis atau yang pahit, sama ada yang disukai atau yang dicaci.” Baginya menutup aurat perlu ditentang kerana ianya berbeza dengan Barat. Dr. ‘Imad ‘Abd Hamid An-Najar dalam Jaridah al-Akhbar pula menyatakan: “Adapun mengenai hijab dan percampuran antara wanita dan lelaki dalam kehidupan harian, ini adalah perkara yang boleh ditentukan oleh sesebuah masyarakat berdasarkan keadaannya. Bagi setiap masyarakat ada pakaian dan cara-cara yang memudahkan individunya. Apa yang disebut di dalam al-Qur’an mengenai hijab adalah khusus untuk isteri-isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Hukum-hakam ini bukanlah semestinya berkaitan dengan seluruh wanita.”

Demikianlah di antara sebahagian penentangan-penentangan terhadap hukum Allah yang ditunjukkan oleh kumpulan atau individu yang sudah teracun oleh pemikiran kufur Barat. Di samping itu, masih terdapat ramai juga wanita Muslim yang masih tidak tahu, tidak faham atau salah faham dengan cara-cara menutup aurat secara syar’ie di dalam kehidupan mereka. Justeru, mereka terjatuh di dalam dosa dan keharaman. Justeru, hukum menutup aurat ke atas Muslimah ini mestilah diperhatikan betul-betul agar kita tidak terjerumus ke dalam kesesatan dan dosa.

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya? 

Pertama, Membuka Bahagian Tangan 
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak ! apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan? 

Kedua, Membuka Leher dan Dada 
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka. 

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya. 

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang 
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru. 

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita 
kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanja! ng). 

Keempat, Agak di Buka Sedikit 
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya. 

Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hi! jab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya. 

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit 
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya. 

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit 
Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab." 

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen ! pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang. 

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis 
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa, baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis." 

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwan! ya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi. 

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis 
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya." 

Tetapi? apakah itu tidak menja! di fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman." Begitu juga berapa ramai wanita bertudung yang membonceng motosikal suami terangkat kain yang mendedahkan betis mereka untuk tatapan bukan mahram....

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita. 

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita." 

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko. 

Demikian halus,! cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat. 

BATASAN AURAT WANITA:
Dalil-dalil tentang Aurat Wanita
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316]. 

Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66]. 

Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan. 

Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur’an, Juz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an [An-Nabhani, 1990:45]. 

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar,

Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud] 

Sunday, February 20, 2011

Beza Lelaki & Wanita

Lelaki

1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila
sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung
oleh bapanya.

2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa
isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan
dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

3.Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab
keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan
tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak
lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan
hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik
pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya
ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi
isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.
Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa
izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang
bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak di bayangkan
beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung
dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang
perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati
cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang
ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya
yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena
tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya.


Wanita

1. - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding
lelaki.

2. - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila
mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan
melahirkan anak.

6. - wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak
perlu taat pd isterinya (taat kepada ibunya).

7. - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.

8. - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid
dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat
sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan
dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan
selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar
bersepah- sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg
wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki
wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari
bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? wanita
menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu
menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan
kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu
menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan
anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala
haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi
ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid
kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan
dipertanggungjawabkan terhadap
4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara
perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab
terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:
suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara
lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui
mana-mana pintu
 hj
Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj:

Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat
suaminya dan menjaga kehormatannya. 

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi
wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan
tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima
pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah
tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan?

Beza Lelaki & Wanita

Lelaki

1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila
sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung
oleh bapanya.

2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa
isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan
dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

3.Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab
keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan
tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak
lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan
hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik
pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya
ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi
isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.
Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa
izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang
bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak di bayangkan
beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung
dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang
perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati
cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang
ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya
yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena
tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya.


Wanita

1. - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding
lelaki.

2. - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila
mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan
melahirkan anak.

6. - wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak
perlu taat pd isterinya (taat kepada ibunya).

7. - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.

8. - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid
dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat
sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan
dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan
selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar
bersepah- sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg
wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki
wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari
bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? wanita
menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu
menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan
kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu
menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan
anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala
haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi
ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid
kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan
dipertanggungjawabkan terhadap
4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara
perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab
terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:
suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara
lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui
mana-mana pintu
 hj
Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj:

Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat
suaminya dan menjaga kehormatannya. 

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi
wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan
tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima
pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah
tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan?