disebalik itu...

Monday, October 25, 2010

Bajet Perkahwinan (hoh????)

Bajet Perkahwinan

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu (atau tidak) dalam sesebuah majlis perkahwinan Melayu. Sila cetak dan masukkan jumlah yang mampu dikeluarkan untuk setiap perkara berikut. Kira jumlah perbelanjaan dan semak panduan perbelanjaan perkahwinan yang diberikan di bawah. 


Pra-perkahwinan:

  • Kursus perkahwinan
  • Wang hantaran 
  • Mas kahwin 
  • Upah jurunikah
  • Kad jemputan
  • Setem
  • Cincin tunang
  • Cincin kahwin
  • Barang kemas
  • Perjalanan pergi dan balik untuk rombongan
  • Tempat penginapan untuk rombongan


Barangan Hantaran:
  • Sirih junjung
  • Potpurri
  • Al-Quran
  • Telekung/sejadah
  • Kain ela
  • Baju kurung
  • Beg tangan
  • Tuala
  • Jam
  • Kasut
  • Satu set peralatan solek
  • Satu set penjagaan badan
  • Buah-buahan
  • Puding
  • Coklat
  • Kek


Juruandam:
  • Pelamin
  • Bunga pahar
  • Bunga telur/cenderahati tetamu
  • Baju songket
  • Hiasan bilik tidur
  • Pintu gerbang
  • Hiasan hantaran


Abadikan memori:
  • Videografi yang siap disunting
  • Jurugambar


Kanopi:
  • Kanopi 
  • Kerusi dan meja
  • Alas meja 
  • Kipas siling
  • Lampu
  • Upah pekerja


Hotel atau taman:
  • Sewa hotel atau taman
  • Kerusi dan meja
  • Menu
  • Penyambut tetamu
  • Pengiring


Makan beradap:
  • Set meja pengantin
  • Kerusi dan Meja
  • Alas meja
  • Skirting
  • Scallop
  • Kerusi banquet
  • Bunga bouquet
  • Lauk pengantin
  • Penanggah


Katering:
  • Nasi dan lauk pilihan
  • Buah-buahan
  • Air (kordial)


Hiburan: 
  • Kompang
  • Silat pengantin
  • Cak lempong
  • Kumpulan marhaban/berzanji



Sistem PA:
  • Satu set sistem PA
  • DJ / MC


Bulan Madu:
  • Percutian


Jumlah perbelanjaan = RM ????


Sila semak panduan perbelanjaan anda di bawah:

  • Perbelanjaan dari RM 10,000 – 15,500 Jumlah sebanyak ini adalah perbelanjaan yang agak mewah bagi pengantin lelaki. Walau bagaimanapun jumlah ini hanya sesuai untuk majlis perkahwinan di rumah, bukannya di hotel mahupun taman. Pun begitu, anda masih boleh menjadikan perkahwinan anda ini yang paling indah buat anda dan pasangan anda.
  • Perbelanjaan sebanyak RM 15,501 – 25,500 Jumlah yang dikeluarkan adalah mewah untuk majlis perkahwinan di rumah. Jumlah ini masih tidak berpadanan jika dilakukan di hotel atau taman. Ini kerana jumlah tersebut masih belum mencukupi atau anda terpaksa membuat pinjaman daripada kaum keluarga, sanak saudara atau rakan-rakan. Walau bagaimanapun, anda boleh menceriakan hati pasangan anda dengan hanya membuat majlis di rumah kerana pelbagai perkara yang boleh didapati daripada jumlah bajet sebanyak ini. Tentu sahaja apa yang anda idamkan atau impikan untuk majlis tersebut akan dapat anda dipenuhi.
  • Perbelanjaan sebanyak RM 25,501 – 35,500 Jumlah yang akan dikeluarkan ini adalah jumlah maksimum untuk majlis di rumah. Tentu sahaja anda mampu menyediakan apa jua yang anda inginkan untuk majlis perkahwinan anda ini. Apapun, jumlah ini masih boleh dikurangkan agar berpatutan dan beli perkara yang anda perlukan sahaja. Itu lebih jimatkan? Erm… jika diikutkan jumlah ini masih belum benar-benar cukup untuk melangsungkan perkahwinan di hotel. Pun begitu, jumlah ini membolehkan anda menyewa sebuah dewan sederhana di sesebuah hotel dengan jemputan yang terhad. Itupun jika anda berkeinginan untuk melangsungkannya di hotel.



list kat atas ni mcm tlampau la jugak...ada x bajet n perancangan yg sederhana? mana2 yg patut dipotong ke sila la share ek?... :unsure:  

4 comments:

  1. Salam'alaik
    ok, ana cdgkan bagaimana nak cut and save seberapa banyak budget yang boley ye? ni ikut cara dan gaya perjimatan ana, hehehe

    kita mulakan dengan PRA PERKAHWINAN:

    hmm...kad jemputan tu boleh dibuat sendiri. skg ni da ramai pandai gunalan komputer. jadi aplikasikan saja secara maksimum kebolehan akh/antum mengendalikan photoshop, word, etc.
    tapi untuk jemputan VIP (VIP x semestinya dato'/datin/tunku ye? VIP yang dimaksudkan disini seperti sahabat karib kita, saudara mara) mungkin boleh ditempah. nama pun VIP, kena istimewa sikit kan, tanda kita menghargai mereka=)

    BRG HANTARAN ana x sentuh sebab itu terpulang pada pasangan terlibat, hehehe

    JURUANDAM.hehehe..ana elergi sikit dgn make up tebal2 ni. jadi mungkin ana x perlukan khidmat juruandam. mintak je tolong kat adik/ sahabat yang pandai make up nipis2 tapi still menarik, hehehe.

    hmm..bilik pengantin, hiasan hantaran, pintu gerbang, bunga pahar, bunga telur pun, samada ana hias sendiri/guna kepakaran makcik/sepupu/sahabat yang ada=)

    upah/ wang saku pada sahabat/ makcik/sepupu/adik yang membantu tetap diberikan. tapi sekurg2nya boleh save budget sikit dari terus beli yang ready made kan? sekadar beli barang2 nak gubah, pada ana, x sebesar mana kos dia, hehehe.

    ABADIKAN MEMORI. hehehe...bab amek2 gambar ni, ana serahkan pada pasangan yang terlibat, pose/ sebesar mana foto yang antum ingin abadikan. kenangan terindah dan termanis sekali dalam seumur hidup antum kan? hehehe

    KANOPI: jemputan yang hadir ke majlis perkahwinan dikira sebagai tetamu kan? jadi untuk memuliakan tetamu yang datang, kanopi yang selesa penting bagi ana untuk para jemputan=)

    MAKAN BERADAB:
    ana buat dalam rumah je, hehehe.sonang citer, guna tangan je. nak kepak ayam ke, nak buang kulit udang ke, x de risau2 nak jaga/control cun/macho. lauk-pauk pulak tu sodap2, perut tgh lapar, kih3.opps! masih dan mesti kontrol jugak sebab makan dengan suami/isteri untuk kali pertama kan? hehehe.

    tapi bagi ana, makan beradab yang merupakan kali pertama makan bersama bagi pasangan yang baru bernikah harus eksklusif. di situlah kita nak curahkan segala kasih sayang melalui suapan ke mulut suami/isteri dengan rasa selesa dan tenang tanpa perlu malu dengan mata2 bukan muhrim yang memandang jika makan beradab dilakukan di luar.

    lagi satu, antum selalu lihat kalau meja pengantin, makanan dia lazat2 kan? sedangkan makanan kita (jemputan) cam biasa nasi minyak dan air sirap. antum percaya x, ada sesetengah org kecil hati/terliur dengan makanan yang disajikan di meja pengantin ditambah lagi dengan hiasan meja yang cantik. cam ada double standard di situ kan? memang kita meraikan pengantin baru/raja sehari, tapi Rasulullah s.a.w x pernah kata muliakan pengantin baru lebih dari tetamu. Baginda s.a.w kata, muliakan tetamu. jaga hati tetamu. jangan riak/takabur dalam melakukan walimah. buat sekadarnya kerana walimah ini adalah satu method memberitahu masyarakat luar bahawa kita dah bernikah.

    jadi, bila makan beradab di buat dalam rumah, confirm dah boley save budget lagi kat situ. bentangkan saja alas meja yang menarik dan letak makanan di situ. tak perlu risau dengan hiasan2 atas meja. nak letak juga, letak lee sejambang bunga ke, hihihi.


    tak perlu buat walimah di HOTEL/TAMAN.

    SISTEM PA,terpulang pada pasangan. bagi ana, cukup sekadar kompang dan kumpulan berzanji untuk maklumkan kehadiran pengantin. jadi, x perlu DJ. silat/cak lempong juga tak perlu. kumpulan nasyid, terpulang juga bagi pasangan. kalau pasangan antum ada band sendiri ke, boley la suh kawan2 dia mainkan beberapa lagu nasyid. boley jimat lagi kat situ kan? kan?hihi

    BULAN MADU:
    terpulang. nak p taman rama2 ke, terengganu ke, keh3.

    ini hanya cadangan/ perancangan ana je. hehehe.
    jazakallahu khairan kathira=)

    ReplyDelete
  2. selepas menolak & menambah pndangan anti tu,agak nye ade la dlm 15k untk majlis kedua2 umah
    heheh hmmm bajet kene mule simpan dr sekarang
    bkn ckit tu :")
    heheh insyaALLAH bole dgn bantuan ALLAH :")

    ReplyDelete
  3. Salam'alaik
    masih bajet dalam anggaran 15k? subhanallah...masih banyak tu kan?

    hmm...xpela. benarlah kata akh itu, segalanya boleh dengan izin ALLAH=)

    ReplyDelete
  4. insyaALLAH ukhti
    doa kn selalu semoga ana dimurahkan rezeki n dipecepatkn jodohnye dgan "dia", insan yg terpilih
    ameen :")

    ReplyDelete