disebalik itu...

Friday, October 29, 2010

seindah hiasan adalah wanita solehah :")

Salam'alaik
hmm..ada saja yang tak kena dengan wanita kan?=)

bila cantik dipuji, bila huduh dibenci.
bila sopan dihormati, bila buruk dikeji.

justeru, dimana pula peranan seorang lelaki bagi mengimbangi segala kekurangan dan kelebihan seorang wanita?

wanita diibaratkan sebagai tulang rusuk lelaki yang 'hilang' agar hidup seseorang lelaki itu sempurna. 

wanita itu letaknya bukan di kaki untuk dialasi,
wanita itu letaknya bukan dari kepala untuk dijunjung,
tapi wanita itu letaknya dekat di bahu untuk dilindung,
dekat jua di hati untuk dikasihi

akal wanita itu senipis bilahan rambut, justeru peranan lelaki lah untuk menebalkannya dengan limpahan ilmu.

hati seorang wanita itu seperti kaca yang rapuh, maka peranan lelaki lah untuk menguatkannya dengan iman yan teguh.

kerana mana mungkin bayangan yang lurus elok itu datangnya dari kayu yang bengkok?

didiklah wanita dengan keimanan,
bukannya harta,
bukannya pujian, 
kerana kelak dia akan menderita kerana berharap pada yang binasa.

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka..." (al-Nisa', 4:34)

No comments:

Post a Comment