disebalik itu...

Saturday, January 1, 2011

wanita islam wajib baca

MEREKA WANITA MELAYU BERAGAMA ISLAM.....TETAPI PAKAIAN MEREKA MENYEKSAKAN MATA...

Blog ini diwujudkan sebagai kempen untuk membetulkan tanggapan dan idea anak-anak gadis, makcik-makcik, para suami dan para ayah di Malaysia mengenai konsep aurat wanita Islam yang sebenar-benarnya. Diharapkan supaya teguran dan gambar -gambar contoh di sini dapat dijadikan pengajaran dan sempadan agar wanita-wanita Islam kita menjauhkan diri diri memakai pakaian-pakaian yang melanggar adab wanita Islam terutama sekali jarang, ketat dan sendat. Diharapkan blog ini mampu membawa perubahan walaupun sedikit. Amin.

**Gambar-gambar yang dipaparkan di blog ini dicari secara rambang di ruang-ruang internet dan laman web untuk dijadikan contoh memperkukuhkan mesej blog ini semata-mata bukan bertujuan fitnah dan sebagainya.

Wahai Wanita, Jangan Amalkan Kesilapan Ini (Part 1)



Kesilapan besar:

Sudah bergelar isteri orang. Sudah ada anak pun. Pergi jalan-jalan dengan family pakai tudung sudah OK...baju lapang pun sudah OK....masalahnya untuk bahagian bawah pakai LEGGING hitam yang ketat...!!
Mana boleh campur aduk pakaian tutup aurat dengan fesyen ketat-ketat wahai makcik ooiiii...!!

......................................................................................



Kesilapan besar:

Tudung sepatutnya dipadankan dengan pakaian lain yang menepati ajaran Islam BUKANnya dipadankan dengan baju T-Shirt sendat dan singkat. Lagi tak sesuai dan kurang ajar, jika tudung dipakai bersama seluar jeans ketat.

Nasihat:
Etika beragama dan soal maruah diri NO 1.....Soal kecantikan dan fesyen letak NO.2 kak ooii...
......................................................................................................



Kesilapan besar:

Wanita Melayu kerja pejabat di Malaysia ramai pakai style ketat sendat macam ni. Kain sudahlah jenis yang lembut...sendat di bahagian punggung pulak tu...Kemudian mereka pakai pula baju korporat yang pendek lagi kontot tak cover punggung. Kesannya, bagi sang lelaki tengok bentuk punggung mereka dengan percuma..

Nasihat:
Pakailah blouse yang labuhhhhhhhh...!!

................................................................................................................



Kesilapan besar:
Takkan tak tahu LEGGING itu fabriknya nipis, bila diregang menjadi jarang. Ketatnya pula tahap melampau. Warna pula sama dengan warna kulit atau putih. Bila dikenakan air, jadi basah....maka akan ternampaklah seluar dalam yang dipakai di dalam. Itupun nasib kalau pakai seluar dalam...

Takkan tak tahu, seluar dah basah lencun..? Takkan tak sedar seluar dalam sudah ternampak...? Kenapa tidak pergi tukarrrrr seluar mandi yang lebih tebal...?
Sengaja nak tayang lebih-lebih agaknya......Istighfar ! Istighfar !
..........................................................................................................



Kesilapan besar:
Gambar di atas adalah satu bentuk penghijrahan yang salah di sisi Islam. Hijrah haruslah berubah ke arah perkara yang betul mengikut syariah Islam. Contohnya, daripada tidak bertudung kepada 'imej bertudung dan menutup aurat', barulah betul. Bukannya daripada sudah elok bertudung dan berpakaian longgar kepada imej baru berbaju sendat dan memakai legging..???

Istighfar......

.......................................................................................................................




Kesilapan besar:
Memakai seluar jeans ketat, kemudian memakai T-shirt yang pendek@singkat iaitu tidak menutup hingga ke bahagian bawah punggung. Maka, akan ternampak jelaslah bentuk punggung mereka, walaupun mereka secara fizikalnya mereka berseluar.

Nasihat: 
Sebagai wanita Islam, setiap baju yang dipakai untuk keluar rumah haruslah labuh menutup ke paras bawah punggung.

...........................................................................................................................



Kesilapan besar:
Setelah bangkit dari duduk atau membongkok, sesetengah wanita lalai dan terlupa melabuhkan semula hujung bajunya. Kesan buruknya, akan ternampaklah bentuk punggung mereka di tempat awam. Akan tetapi, terdapat juga segelintir wanita gedik yang sengaja menarik hujung baju mereka ke atas untuk tujuan nampak punggung demi menarik perhatian lelaki. BENGONG.

Nasihat:
Terlupa ? Jangan terlupa...!! Baju mesti dilabuhkan semula setiap kali selepas duduk atau membongkok di mana sahaja.

No comments:

Post a Comment