disebalik itu...

Monday, January 24, 2011

Lelaki Rajin Itu Seksi

Baru sahaja membaca satu artikel bertajuk [LINK=/tazkirah/dakwah/1318-menutup-aurat-itu-seksi-.html]Menutup Aurat Itu Seksi [/LINK]di  laman Iluvislam.com. Amat menarik membaca perspektif seorang lelaki yang  menganggap wanita yang menutup rapi tubuhnya dan hanya menunjukkannya  kepada yang berhak sebagai seksi.

Malah, buku-buku yang ditulis oleh  penulis lelaki barat juga, walaupun tidak secara langsung, tetapi dalam  erti kata lain juga bersetuju bahawa wanita that turn them on adalah wanita yang menjaga peribadi dan maruah mereka. Syabas untuk 'wanita-wanita seksi' ini.

[B]Bagaimana pula pendapat wanita mengenai keseksian seorang lelaki?[/B] Dimana letaknya seksi seorang lelaki?

[*]Adakah pada otot dadanya yang bidang?[/*]
[*]Adakah pada bahunya yang lebar?[/*]
[*]Adakah pada warna kulitnya?[/*]
[*]Adakah pada ketinggiannya?[/*]
[*]Adakah pada tebal kumisnya?[/*]

Walaupun ada perumpamaan lelaki idaman wanita sebagai[I] tall, dark and handsome[/I],  hakikatnya mata wanita dijadikan Tuhan menilai keseksian seorang lelaki  melepasi tarikan fizikal. Secara fitrahnya, kejadian setiap[I] female [/I]spesis (termasuk binatang) adalah mencari pasangan yang mempunyai tubuh badan  yang sihat (untuk baka), keupayaan untuk mencari makanan dan kemampuan  untuk menjaga keluarga.

Disebalik pesanan Rasullah s.a.w akan empat jenis pasangan terbaik  (harta, keturunan, cantik dan beragama) seharusnya kita menilai pesanan  itu dari sudut yang realistik bukan romantik. Zaman ini, amat sukar kita  terutama para wanita menilai secara fizikal sama ada seorang lelaki itu  menepati kriteri pasangan terbaik  berdasarkan hadis Rasullah s.a.w  itu.

Namun, pada pendapat saya, [B]sifat rajin[/B] adalah satu piawaian yang mampu membantu para wanita mencari pasangan seperti pesanan Rasullah s.a.w:

[*]Harta - rajin bekerja (tidak kira latar belakang pendidikan) [/*]
[*]Keturunan - rajin berusaha memperbaiki diri (menambah ilmu dan tidak terlibat dengan anasir negatif)[/*]
[*]Cantik - rajin menjaga kesihatan diri seperti bersenam dan tidak mengambil toksid (termasuk tidak merokok)[/*]
[*]Beragama - rajin ke masjid, majlis ilmu dan menjalankan kerja-kerja kebajikan[/*]

Mungkin ada kaum Adam diluar sana yang beranggapan lelaki rajin adalah [I]nerd, geek[/I] atau skema. Tetapi percayalah, dimata 'wanita-wanita seksi', jika anda  menjadi seorang lelaki yang rajin dalam segala hal, anda akan dilihat  sebagai seorang lelaki yang amat seksi.

Dikesempatan ini, saya mewakili seluruh wanita bujang di Malaysia  menyeru supaya lebih ramai lelaki bujang berusaha untuk jadi lebih  rajin. Apabila anda rajin, anda tidak rugi ;)

- [LINK=http://iluvislam.com/]Artikel iluvislam.com[/LINK]

[LARGE]Biodata Kolmunis[/LARGE]

[B]Mimi Salleh[/B] merupakan seorang Pengurus Kanan di syarikat Wira Sdn. Bhd. Selain bekerja sebagai pengurus, graduan Illinois State  University, Amerika Syarikat ini juga merupakan seorang penulis buku. Beliau menulis di blog [LINK=http://bujangok4u.blogspot.com/]bujangok4u.blogspot.com[/LINK].

No comments:

Post a Comment