disebalik itu...

Monday, January 24, 2011

Lelaki Rajin Itu Seksi

Baru sahaja membaca satu artikel bertajuk [LINK=/tazkirah/dakwah/1318-menutup-aurat-itu-seksi-.html]Menutup Aurat Itu Seksi [/LINK]di  laman Iluvislam.com. Amat menarik membaca perspektif seorang lelaki yang  menganggap wanita yang menutup rapi tubuhnya dan hanya menunjukkannya  kepada yang berhak sebagai seksi.

Malah, buku-buku yang ditulis oleh  penulis lelaki barat juga, walaupun tidak secara langsung, tetapi dalam  erti kata lain juga bersetuju bahawa wanita that turn them on adalah wanita yang menjaga peribadi dan maruah mereka. Syabas untuk 'wanita-wanita seksi' ini.

[B]Bagaimana pula pendapat wanita mengenai keseksian seorang lelaki?[/B] Dimana letaknya seksi seorang lelaki?

[*]Adakah pada otot dadanya yang bidang?[/*]
[*]Adakah pada bahunya yang lebar?[/*]
[*]Adakah pada warna kulitnya?[/*]
[*]Adakah pada ketinggiannya?[/*]
[*]Adakah pada tebal kumisnya?[/*]

Walaupun ada perumpamaan lelaki idaman wanita sebagai[I] tall, dark and handsome[/I],  hakikatnya mata wanita dijadikan Tuhan menilai keseksian seorang lelaki  melepasi tarikan fizikal. Secara fitrahnya, kejadian setiap[I] female [/I]spesis (termasuk binatang) adalah mencari pasangan yang mempunyai tubuh badan  yang sihat (untuk baka), keupayaan untuk mencari makanan dan kemampuan  untuk menjaga keluarga.

Disebalik pesanan Rasullah s.a.w akan empat jenis pasangan terbaik  (harta, keturunan, cantik dan beragama) seharusnya kita menilai pesanan  itu dari sudut yang realistik bukan romantik. Zaman ini, amat sukar kita  terutama para wanita menilai secara fizikal sama ada seorang lelaki itu  menepati kriteri pasangan terbaik  berdasarkan hadis Rasullah s.a.w  itu.

Namun, pada pendapat saya, [B]sifat rajin[/B] adalah satu piawaian yang mampu membantu para wanita mencari pasangan seperti pesanan Rasullah s.a.w:

[*]Harta - rajin bekerja (tidak kira latar belakang pendidikan) [/*]
[*]Keturunan - rajin berusaha memperbaiki diri (menambah ilmu dan tidak terlibat dengan anasir negatif)[/*]
[*]Cantik - rajin menjaga kesihatan diri seperti bersenam dan tidak mengambil toksid (termasuk tidak merokok)[/*]
[*]Beragama - rajin ke masjid, majlis ilmu dan menjalankan kerja-kerja kebajikan[/*]

Mungkin ada kaum Adam diluar sana yang beranggapan lelaki rajin adalah [I]nerd, geek[/I] atau skema. Tetapi percayalah, dimata 'wanita-wanita seksi', jika anda  menjadi seorang lelaki yang rajin dalam segala hal, anda akan dilihat  sebagai seorang lelaki yang amat seksi.

Dikesempatan ini, saya mewakili seluruh wanita bujang di Malaysia  menyeru supaya lebih ramai lelaki bujang berusaha untuk jadi lebih  rajin. Apabila anda rajin, anda tidak rugi ;)

- [LINK=http://iluvislam.com/]Artikel iluvislam.com[/LINK]

[LARGE]Biodata Kolmunis[/LARGE]

[B]Mimi Salleh[/B] merupakan seorang Pengurus Kanan di syarikat Wira Sdn. Bhd. Selain bekerja sebagai pengurus, graduan Illinois State  University, Amerika Syarikat ini juga merupakan seorang penulis buku. Beliau menulis di blog [LINK=http://bujangok4u.blogspot.com/]bujangok4u.blogspot.com[/LINK].

Sunday, January 23, 2011

~Pasukan “Berseragam Putih” di Gaza~

KEJADIAN-KEJADIAN MISTERI PERNG DI GAZZA

Ada “pasukan lain” membantu para mujahidin Palestin. Pasukan Israel sendiri mengakui adanya pasukan berseragam putih itu.Suatu hari di penghujung Januari 2009, sebuah rumah milik keluarga Dardunah yang berada di antara Jabal Al Kasyif dan Jabal Ar Rais, tepatnya di jalan Al Qaram, didatangi oleh sekelompok pasukan Israel.Seluruh anggota keluarga diperintahkan duduk di sebuah ruangan. Salah seorang anak lelaki disoal siasat mengenai ciri-ciri para pejuang al-Qassam.Saat disoal siasat, sebagaimana ditulis laman Filisthin Al Aan (25/1/2009), mengutip cerita seorang mujahidin al-Qassam, lelaki itu menjawab dengan jujur bahwa para pejuang al-Qassam mengenakan baju hitam-hitam. Akan tetapi tentera Israel itu malah marah dan memukulnya hingga pemuda malang itu pengsan.Selama tiga hari berturut-turut, setiap ditanya, lelaki itu menjawab bahwa para pejuang al-Qassam memakai seragam hitam. Akhirnya, tentera itu naik pitam dan mengatakan dengan keras, “Wahai pembohong! Mereka itu berseragam putih!”Cerita lain yang disampaikan penduduk Palestin di laman milik Brigade Izzuddin al-Qassam, Multaqa al-Qasami, juga menyebutkan adanya “pasukan lain” yang tidak dikenali. Awalnya, sebuah ambulan dihentikan oleh sekelompok pasukan Israel. Pemandunya ditanya apakah dia berasal dari kelompok Hamas atau Fatah? Pemandu malang itu menjawab, “Saya bukan kelompok mana-mana. Saya cuma pemandu ambulan.”Akan tetapi tentera Israel itu masih bertanya, “Pasukan yang berpakaian putih-putih dibelakangmu tadi, dari pasukan mana?” Si pemandu pun kebingungan, kerana ia tidak melihat seorang pun yang berada di belakangnya. “Saya tidak tahu,” jawapan satu-satunya yang ia miliki.
~Suara Tak Bersumber~
Ada lagi kisah karamah mujahidin yang kali ini disebutkan oleh khatib masjid Izzuddin Al Qassam di wilayah Nashirat Gaza yang telah ditayangkan oleh TV channel Al Quds, yang juga ditulis oleh Dr Aburrahman Al Jamal di laman Al Qassam dengan judul Ayaat Ar Rahman fi Jihad Al Furqan (Ayat-ayat Allah dalam Jihad Al Furqan).Khatib bercerita, seorang pejuang telah menanam sebuah periuk api yang telah disiapkan untuk menyambut pasukan Zionis yang melalui jalan tersebut.“Saya telah menanam sebuah ranjau. Saya kemudian melihat sebuah helikopter menurunkan sejumlah besar pasukan disertai tank-tank yang beriringan menuju jalan tempat saya menanam periuk api” kata pejuang tadi.Akhirnya, sang pejuang memutuskan untuk kembali ke markas kerana mengira periuk api itu tidak akan bekerja seoptimanya. Maklum, jumlah musuh amat ramai.Akan tetapi, sebelum beranjak meninggalkan lokasi, pejuang itu mendengar suara “Utsbut, tsabatkallah” yang maknanya kurang lebih, “tetaplah di tempat maka Allah menguatkanmu.” Ucapan itu ia dengar berulang-ulang sebanyak tiga kali.“Saya mencari sekeliling untuk mengetahui siapa yang mengatakan hal itu kapada saya. Akan tetapi saya malah terkejut, karena tidak ada seorang pun yang bersama saya,” ucap mujahidin itu, sebagaimana ditirukan sang khatib.Akhirnya sang mujahid memutuskan untuk tetap berada di lokasi. Ketika sebuah kereta kebal melewati periuk api yang tertanam, sesuatu yang “ajaib” terjadi. Periuk api itu tiba-tiba meledak amat dahsyat. Kereta kebal yang berada di dekatnya turut hancur. Ramai tentera Israel meninggal terus. Sebahagian dari mereka terpaksa diangkut oleh helikopter. “Sedangkan saya sendiri dalam keadaan selamat,” kata mujahid itu lagi, melalui lidah khatib.Cerita yang disampaikan oleh seorang penulis Mesir, Hisyam Hilali, dalam situs alraesryoon.com, ikut mendukung kisah-kisah sebelumnya. Abu Mujahid, salah seorang pejuang yang melakukan ribath (berjaga) mengatakan, “Ketika saya mengamati gerakan tank-tank di perbatasan kota, dan tidak ada seorang pun di sekitar, akan tetapi saya mendengar suara orang yang bertasbih dan beritighfar. Saya berkali-kali mencoba untuk memastikan asal suara itu, akhirnya saya memastikan bahwa suara itu tidak keluar kecuali dari bebatuan dan pasir.”Cerita mengenai “pasukan tidak dikenal” juga datang dari seorang penduduk rumah tersusun wilayah Tal Islam yang hendak meninggalkan rumah bersama keluarganya untuk menyelamatkan diri dari serangan Israel.Di tangga rumah ia melihat beberapa pejuang menangis. “Kenapa kalian menangis?” tanyanya.“Kami menangis bukan karena khuatir keadaan diri kami atau takut dari musuh. Kami menangis kerana bukan kami yang bertempur. Di sana ada kelompok lain yang bertempur memporak-porandakan musuh, dan kami tidak tahu dari mana mereka datang,” jawabnyaSaksi Tentera IsraelCerita tentang “serdadu berseragam putih” tak hanya diungkap oleh mujahidin Palestin atau warga Gaza. Beberapa tentera pasukan Israel sendiri menyatakan hal serupa.Laman Al-Qassam memberitakan bahwa TV Channel 10 milik Israel telah menyiarkan seorang anggota pasukan yang ikut serta dalam pertempuran Gaza dan kembali dalam keadaan buta.“Ketika saya berada di Gaza, seorang tentara berpakaian putih mendatangi saya dan menaburkan pasir di mata saya, hingga saat itu juga saya buta,” kata anggota pasukan ini.Di tempat lain ada tentera Israel yang mengatakan mereka pernah berhadapan dengan “hantu”. Mereka tidak diketahui dari mana asalnya, bila munculnya, dan ke mana menghilangnya.Masih dari Channel 10, seorang tentera Israel lainnya mengatakan, “Kami berhadapan dengan pasukan berbaju putih-putih berjanggut panjang. Kami tembak dengan senjata, akan tetapi mereka tidak mati.”Cerita ini menarik perhatian ramai penonton. Mereka bertanya kepada Channel 10, siapa sebenarnya pasukan berseragam putih itu?Sudah meletup tetapi ranjau masih utuhSemasa para mujahidin tersepit, haiwan-haiwan dan alam tiba-tiba ikut membantu, bahkan menjelma menjadi sesuatu yang menakutkan.Sebuah kejadian “aneh” terjadi di Gaza Selatan, tepatnya di daerah Ai Maghraqah. Semasa itu para mujahidin sedang memasang ranjau. Di saat mengulung kabel, tiba-tiba sebuah pesawat pengintip Israel menjejak mereka. Bom pun dijatuhkan ke lokasi itu.Nasib baik para mujahidin selamat. Namun, kabel pengubung ranjau dan pemicu yang tadi hendak disambung menjadi terputus. Tidak ada kesempatan lagi untuk menyambungnya, karena pesawat masih berputar-putar di atas.Tak lama kemudian, beberapa kereta tank Israel mendekati lokasi di mana ranjau-ranjau tersebut ditanam. Bukan sahaja melintasi, kereta-kereta tank itu malah berhenti tepat di atas peledak yang sudah tak berfungsi itu.Apakan daya, kaum Mujahidin tak mampu berbuat apa-apa. Kabel ranjau jelas tak mungkin disambung, sementara kereta-kereta tank Israel telah berkumpul di atas ranjau.Mereka merasa amat sedih, bahkan ada yang menangis ketika melihat pemandangan itu. Sebahagian yang lain berdoa, “Allahumma kama lam tumakkinna minhum, allahumma la tumakkin lahum,” yang bermaksud, “Ya Allah, sebagaimana Engkau tidak memberikan kesempatan kami menghadapi mereka, jadikanlah mereka juga tidak memiliki kesempatan serupa.”Tiba-tiba, ketika fajar tiba, terjadilah keajaiban. Terdengar ledakan dahsyat persis di lokasi penanaman ranjau yang tadinya tak berfungsi.Setelah tentera israel pergi dengan membawa kerugian akibat ledakan lersebut, para mujahidin segera melihat lokasi ledakan. Sungguh aneh, ternyata seluruh ranjau yang telah mereka tanam itu masih utuh. Dari mana datangnva ledakan? Wallahu a’lam.Masih dari wilayah Al Maghraqah. Semasa pasukan Israel menembak peledak ke salah satu rumah, hingga rumah itu terbakar dan api menjalar ke rumah sebelahnya, para Mujahidin rasa khuatir jika api itu semakin tak terkawal.Seorang dari mujahidin itu lalu berdoa,”wahai dzat yang merubah api menjadi dingin dan tidak membahayakan untuk Ibrahim, padamkanlah api itu dengan kekuatan-Mu.”Maka, tidak lebih dari tiga minit, api pun padam. Para Mujahidin menangis terharu karena mereka merasa Allah Subhanuhu Wa Ta’ala (swt) telah memberi pertolongan dengan terkabulnya doa mereka dengan segera

lelaki berjanggut itu

PENYEMBELIHAN MENGIKUT ISLAM TIDAK SEKEJAM BARAT

SPEKTRUM WARNA DI WAKTU SOLAT

KAA'BAH SEBAGAI PUSAT DUNIA

~~~ DAHSYATNYA NERAKA ~~~

TEORI PEMBETUKAN ALAM SEMESTA ( BIG BANG )

DALAM LAUT ADA SUNGAI

Friday, January 21, 2011

Pinanglah Daku Kerana Dakwah

Perkahwinan Atau Baitul Muslim (BM) merupakan satu urusan besar.

Saya katakan, ianya URUSAN AMAT BESAR.

Saya tanya pada kamu, susah tak nak bina individu muslim?

Susahkan....?

Apatah lagi sebuah baitul dakwah (rumah dakwah). Ianya bukan sekadar sebuah akad nikah. Ianya [B]adalah satu wasilah untuk urusan lebih besar dari itu[/B]. maka bersedialah dan berfikirlah sewajarnya akan hal ini. Berbicara tentang perkara ini amat berbeza sekali fenomenanya dikalangan ikhwah dan akhawat sendiri.

Berbual dengan suami saya sendiri mengenalkan saya akan kepelbagaian  sikap-sikap ikhwah (rakan-rakan seperjuangan) mahupun saya sendiri mengenali banyak kisah-kisah  akhawat yang ada.

Lain orang, lain ragam dan ceritanya.

Sebelum melangkah, mengambil keputusan dan memasang niat, jadilah  perjalanan antum menuju anak tangga seterusnya, perjalanan yang terbaik  sekali dari awal, sehinggalah pengakhirnya.

Di situ ada barakah, di situ ada kemanisan, di situ ada sebuah cerita  yang layak diabadikan untuk dijadikan contoh buat anak-anak kita nanti. Kisah kita takkan sama dengan kisah ibu bapa kita dahulu.

Dakwah di zaman ini berbeza. Sikapnya pun berbeza. Maka penjagaannya begitu juga.

Sikap ikwah dalam menjaga ikhtilat (perhubungan lelaki dan perempuan) ini berbeza sekali. Ada yang  sangat menjaga hingga tak memandang perempuan pun (ehem ehem),  sehinggalah yang suka memandang akhawat untuk mencari calon pasangannya. Ada yang mahu menunggu hingga umur 30 tahun, mencukupkan keperluan  serba serbi barulah nak dibina mahligai rumah tangga ini. Ada yang  sedari belasan tahun sudah decide untuk bertunang demi berumah tangga.

Begitu juga naluri seorang akhawat berbeza sekali. Ada juga yang dah bersedia awal. Ada yang belum lagi. Dan saya nampak indahnya ikhwah akhawat ini kerana mereka tak memilih  couple sebagai jalan penyelesaian dalam menyelamatkan perasaan. Mereka  tetap memilih akad demi menyelamatkan perasaan mereka.

Banyak orang banyak kisahnya. Banyak contoh boleh didapati. Ada yang  memberi contoh terbaik. Ada yang amat menjaga segala proses BMnya  sehingga semua terkejut saat dia mengumumkan tarikh pernikahannya.  Ada juga  yang sedikit longgar dalam urusan BMnya. Contact tanpa orang  tengah dan sebagainya. Antum lihat, dan tanyalah hati antum apa yang  terbaik mahu antum ikuti.

[B]Kerana antum akan menjadi contoh pada anak binaan antum dan anak-anak antum sendiri[/B]. Jika antum  sendiri longgar, maka longgarlah anak binaan antum. Begitu juga anak-anak antum. Namun jika kita benar menjaga langkah-langkah kita semenjak awal,  hingga akhirnya, itu akan menjadi contoh pada anak binaan kita.

Bukan itu sahaja, bagaimana penjagaan hati anda dengan Allah? Takkah anda malu cintamu pada Allah telah tercemar? Sebab ada juga yang bertunang lama, dan akhirnya membuka ruang untuk  diri mereka bercouple tanpa disedari, bercinta tanpa sah. Ini adalah  suatu virus yang akan melemahkan jiwa seorang akhi dan juga ukhti.

[B]Melamar secara direct[/B]

Ada juga akhwat yang melamar ikhwah secara direct. Walaupun paling ramainya adalah ikhwah sendiri. Ada yang secara sms mahupun email.  Saya tersenyum terkadang menerima  berita ini. Dan terkadang saya berfikir, takkan naqib ikhwah tersebut  ataupun ikhwah lain tak memberikan contoh kepada ikhwah tersebut bahawa; [B] sebelum melamar, rujuk dahulu naqibah akhawat tersebut[/B].

Itu lebih gentleman, dan sejahtera untuk hati ikhwah dan akhawat tersebut.

Akhwat rasa sangat offended bila ikhwah melamar tanpa adanya  kehadiran orang tengah. Walau beremel, biarlah ada orang tengah. Jika  bersms, biarlah ada orang tengah mengetahuinya.

Suka itu penting dalam berbaitul Muslim, walaupun itu bukan satu  syarat kerana perasaan itu boleh dibina. Ada yang dah berkenalan  terlebih dahulu, ada mengenali lewat program ataupun emel.

Namun untuk memilih calon isteri itu, [B]bukanlah memberi ruang untuk mata kita meliar mencari siapakah calon isteri kita[/B].

Kerana kita berkahwin sendiri untuk menjaga hati kita. [B]Agak ironi dan pelik, jika sebelum kahwin sendiri kita sudah tidak menjaga hati kita dan membenarkan syaitan-syaitan memasuki ruang hati kita[/B].

Kerana itu, walaupun tidaklah semua cerita Baitul Muslim ini indah,  namun pada kebanyakannya, jika proses itu dimulakan dengan perbincangan  bersama nuqaba, outcomenya pasti indah samada positif mahupun negatif.

Kebanyakan akhwat yang merujuk saya apabila ada ikhwah melamar secara  direct, outcomenya pasti sedikit mengecewakan ikhwah tersebut. Samada  ditolak bulat-bulat, mahupun akan berlaku masalah di perjalanan.

[B]Indahnya apabila dakwah menjadi sandaran kita.[/B]

Ada kata-kata dikalangan ikhwah yang mengatakan bahawa, kalau  kahwin dengan akhawat ini, confirm settle agama. So, sekarang kita kena carilah yang comel dan cantik pula.

Saya tergelak juga menerima kenyataan ini, sebab memang sisters sendiri beranggapan begitu. Ada kata-kata mengatakan:

[I]' asalkan ikhwah sudah! tak kisahlah siapa pun dia!!'[/I]

Niat untuk kahwin sesama ikhwah akhawat itu sangat bagus. Dan itulah  yang lebih utama. Tapi berkahwin ini melibatkan dua pasangan yang ada  hati dan perasaan . Bukan nak kahwin dengan benda. Di situ ada  nilai-nilai manusiawi. Manusia ada kelemahan - kelemahannya. Tak semua akhwat sama level  dalam tarbiyah dan dakwah. Ada yang tak cukup muwasafatnya lagi. Ada  yang lebih utama untuk dikahwini lebih dahulu berbanding lain.

Jika kamu letakkan dahulu citarasa diri kamu berbanding dakwah, adakah kamu ini wajar digelar rijal dakwah? Allah akan beri kamu yang terbaik. Jika kamu memilih pasangan kamu kerana Dia.

Sebab itulah nuqaba perlu disantuni dahulu. Ada yang bermasalah  dengan nuqaba, maka santunilah orang tengah yang lebih ditsiqahi. Di situ orang tengah akan suba sedaya upaya menjaga ego seorang  lelaki mahupun seganya seorang perempuan dalam proses ini. Pengenalan  dalam pertunangan berlaku di bwah pandangan mata Allah, bukannya  syahwat. Dan insyaallah kamu akan dikurniakan orang yang terbaik buatmu.

Saya tak tahu berapa ramai ikhwah yang baca artikel ini, namun ingin saya katakan pada mereka,[B] pinanglah akhawat (rakan perempuan) kerana dakwah[/B].

Jangan kaburinya dengan perasaan suka mahupun cinta pada sebuah  keindahan wanita. Maknanya terkadang terkaburnya niat kita itu  menjadikan istikharah kita tak menentu, mahupun kita tergopoh gapah  dalam bertindak. Bila kita berkahwin kerana Allah, kita akan menjaga setiap  langkah-langkah kita dalam berBM ini termasuk tempoh pertunangan itu  sendiri yang banyak mengundang fitnah dalam hati ini.

Tempoh pengenalan sebelum berkahwin itu penting untuk melihat  keserasian. Namun berkenalan selepas kahwin itulah terlebih indah serta  manis. Setiap saat akan ditunggu demi mempelajari sifat baru pasangan  kita.

Jagalah gentlemannya anda dengan tidak bertanya direct pada akhwat.  Jangan malu untuk meminta bantuan orang tengah. Anda akan dihormati dan  dikagumi oleh mana-mana akhwat pun. Jika mereka menolak, keegoan anda  tidak terusik dan anda pasti akan dicarikan akhwat lainnya.

Untuk akhwat, keadaan diri kita berbeza. Satu ekstreme, ramai akhwat  sudah meniti senja usia, menantikan pinangan ikwah yang mahu meminangnya  kerana dakwah. Mungkin umur sudah beranjak, muka sendiri tak berapa  comel. Sangat tangkas pula tu dalam dakwah menyebabkan ikhwah sedikit  kecut untuk meminang. kita jelas dalam memilih ikhwah sebagai pasangan  hidup kita kerana kita mahukan ketenangan hati dan kestabatan di atas  jalan dakwah. Namun bagi ikhwah, keadaan mereka berbeza pula.

Jika ada orang soleh meminangmu, [B]jangan menolak dahulu sebelum bersyura dengan orang yang bertanggungjawab ke atasmu[/B] (ini jika pinangan itu [I]direct[/I] padamu). Walaupun cara itu salah dan  tidak menghormati statusmu sebagai akhawat (rakan perempuan), namun di situ ada nilai  ukhuwah yang perlu kita santuni pada ikhwah. Ada tarbiyah yang perlu  kita ajarkan pada ikhwah dengan cara yang mudah dia terima tanpa  merendahkan egonya.

Dahulu pernah ikhwah mengatakan akhwat kita ibarat warden penjara.  Mereka tak tahu kita bertindak sedemikian kerana kita amat menjaga hati  kita dengan Allah. Kita tahu kelembutan kita mesti mencairkan hati para  ikhwah. Kerana itu kita tak mahu menjadi bahan fitnah.

Namun seluruh fikrah ini mengajarkan kita untuk berlemah lembut  dengan manusia dan juga sentiasa mengajari manusia yang silap dengan  cara yang terbaik. Maka bersyuralah. itu kuncinya.

Dan nak tahu something? Jika antunna sendiri berkenan untuk berkahwin  dengan seorang ikhwah, jangan segan untuk bertanya naqibahmu. Itu bukan  perigi mencari timba. itu usaha untuk menyelamatkan hatimu. Bila adanya  orang tengah, takkan terasa segan dan malu. Orang tengah akan memainkan  peranannya, walaupun prosesnya lambat.

Tidak semua yang melalui BM ini perfect.

Sepertimana orang yang kahwin selepas couple pun ada masalahnya, ada  yang bercerai even. Begitu juga dengan BM. BM ini wasilah untuk kita  dapat redha Allah, tapi kita pasti diuji. Fasa pengenalan pada awalnya  sukar bagi dua insan yang langsung tidak pernah bercakap dan bertentang  mata pun, namun disebalik itu ada kemanisan yang amat sukar diungkapkan.

Ianya amat manis, subhanalllah.

Tetapkan matlamatmu. Biar jelas. Biar terang.

[B]Itulah dia kerana dakwah dahulu. Kerana Allah dan rasulNya dahulu.[/B]

Tak semua ikhwah perfect dan tak semua akhwat perfect. Carilah kesempurnaan itu betul-betul pada dakwah, baru yang lainnya. Allah akan cukupkan keperluanmu akhi wa ukhti, jika kamu memilih Allah sebelum yang lainnya insyaallah.

[B]Jadilah moderate dalam prosesnya[/B]

Alhamdulillah, jika proses BM itu dimudahkan Allah. Berimbanglah.  Berbincang itu perlu untuk menetapkan perkara-perkara yang penting di  dalam kehidupan rumah tangga. tapi di situ jangan terlalu  bermudah-mudahan dan menganggap bahawa tunangan kita itu milik kita dan  kita boleh menyintai dia sesuka hati kita. Bila Allah sebagai sandaran,  segalanya kelihatan dan dirasai rasional.

- [LINK=http://iluvislam.com/]Artikel iluvislam.com[/LINK]

[LARGE]Biodata Kolumnis[/LARGE]

[B]Nur Aisyah Zainordin[/B] merupakan seorang doktor di Royal Alexandra Hospital, Paisley, Scotland. Penulis yang berasal dari Gombak ini merupakan graduan perubatan dari University of Dundee dan kini merupakan Timbalan Presiden Majlis Syura Muslimun cawangan Scotland. Beliau aktif dalam aktiviti dakwah dan kemasyarakatan di United Kingdom dan Ireland.

Wednesday, January 19, 2011

☼☻Amalam Yang Melemahkan Iblis☻☼



Iblis Menemui Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam


Bismillah

Ketika kami sedang bersama Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba-tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah, “Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan membutuhkanku.”

Rasulullah bersabda, “Tahukah kalian siapa yang memanggil?”

Kami menjawab, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Beliau melanjutkan, “Itu Iblis, laknat Allah bersamanya.”

Umar bin Khattab berkata, “Ijinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah”

Nabi menahannya, “Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan oleh Allah untuk ini, pahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik.”

Ibnu Abbas Radhiallahu'anhu berkata, “Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang kakek yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi.”

Iblis berkata, “Salam untukmu Muhammad,… salam untukmu para hadirin…”

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam lalu menjawab, “Salam hanya milik Allah Subhanahu wa Ta'ala, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu?”

Iblis menjawab, “Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemauanku, namun karena terpaksa.”

”Siapa yang memaksamu?”

”Seorang malaikat dari utusan Allah telah mendatangiku dan berkata, ‘Allah Subhanahu wa Ta'ala memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia, jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin.’ Oleh karena itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku, tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh.”

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam lalu bertanya kepada Iblis, “Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?”

Iblis segera menjawab, “Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci.”

”Siapa selanjutnya?”

”Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.”

”Lalu siapa lagi?”

”Orang Alim dan wara’ (Loyal).”

”Lalu siapa lagi?”

”Orang yang selalu bersuci.”

”Siapa lagi?”

”Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain.”

”Apa tanda kesabarannya?”

”Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang-orang yang sabar.”

”Selanjutnya apa?”

”Orang kaya yang bersyukur.”

”Apa tanda kesyukurannya?”

”Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya.”

”Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?”

”Ia tidak pernah menurutiku dimasa jahiliyah, apalagi dalam Islam.”

”Umar bin Khattab?”

”Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur.”

”Utsman bin Affan?”

”Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya.”

”Ali bin Abi Thalib?”

”Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya, tetapi ia tak akan mau melakukan itu.” (Ali bin Abi Thalib selalu berdzikir terhadap Allah Subhanahu wa Ta'ala).

”Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak shalat?”

”Aku merasa panas dingin dan gemetar.”

”Kenapa?”

”Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1 kali kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 derajat.”

”Jika seorang umatku berpuasa?”

”Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka.”

”Jika ia berhaji?”

”Aku seperti orang gila.”

”Jika ia membaca al-Quran?”

”Aku merasa meleleh laksana timah diatas api.”

”Jika ia bersedekah?”

”Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji.”

”Mengapa bisa begitu?”

”Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya yaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka, dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya.”

”Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?”

”Suara kuda perang di jalan Allah.”

”Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?”

“Taubat orang yang bertaubat.”

”Apa yang dapat membakar hatimu?”

”Istighfar di waktu siang dan malam.”

”Apa yang dapat mencoreng wajahmu?”

”Sedekah yang diam-diam.”

”Apa yang dapat menusuk matamu?”

”Shalat Fajar.”

”Apa yang dapat memukul kepalamu?”

”Shalat berjamaah.”

”Apa yang paling mengganggumu?”

”Majelis para ulama.”

”Bagaimana cara makanmu?”

”Dengan tangan kiri dan jariku.”

”Dimanakah kau menaungi anak-anakmu dimusim panas?”

”Di bawah kuku manusia.”

Nabi lalu bertanya, “Siapa temanmu wahai Iblis?”

”Pemakan riba.”

”Siapa sahabatmu?”

”Pezina.”

”Siapa teman tidurmu?”

”Pemabuk.”

”Siapa tamumu?”

”Pencuri.”

”Siapa utusanmu?”

”Tukang sihir.”

”Apa yang membuatmu gembira?”

”Bersumpah dengan cerai.”

”Siapa kekasihmu?”

”Orang yang meninggalkan Shalat Jumat”

”Siapa manusia yang paling membahagiakanmu?”

”Orang yang meninggalkan shalatnya dengan sengaja.”

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam lalu bersabda, “Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu.”

Iblis segera menimpali, “Tidak,tidak… tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau bisa berbahagia dengan umatmu, sementara aku bisa masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak bisa melihatku. Demi yang menciptakan diriku dan memberikan aku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang bisa membaca dan tidak bisa membaca, yang durjana dan yang shaleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas.”

”Siapa orang yang ikhlas menurutmu?”

”Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahwa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku bisa pastikan bahwa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku.”

”Tahukah kamu Muhammad, bahwa aku mempunyai 70.000 anak. Dan setiap anak memiliki 70.000 setan.

Sebagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebagian untuk mengganggu anak-anak muda, sebagian untuk mengganggu orang-orang tua, sebagian untuk mengganggu wanta-wanita tua, sebagian anak-anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid. Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada shalat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu shalat berjamaah. Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus. Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia beberkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus. Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan setan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya. Setan juga berkata, ‘keluarkan tanganmu,” lalu ia mengeluarkan tangannya lalu setan pun menghiasi kukunya. Mereka, anak-anakku, selalu meyusup dan berubah dari satu kondisi ke kondisi lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka. Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa. Tahukah kamu, Muhammad? bahwa ada rahib yang telah beribadah kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.”

”Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?”

”Akulah mahluk pertama yang berdusta. Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.”

”Tahukah kau Muhammad?”

”Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahwa aku benar-benar menasihatinya.”

”Sumpah dusta adalah kegemaranku. Ghibah (gossip) dan Namimah (Adu domba) kesenanganku. Kesaksian palsu kegembiraanku.”

”Orang yang bersumpah untuk menceraikan istrinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata-kata cerai, istrinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat, jadilah semuanya anak-anak zina dan ia masuk neraka hanya karena satu kalimat, CERAI.”

”Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka mengulur-ulur shalat. Setiap ia hendak berdiri untuk shalat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia manundanya hingga ia melaksanakan shalat diluar waktu, maka shalat itu dipukulkannya kemukanya. Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia shalat. Namun aku bisikkan ke telinganya ‘lihat kiri dan kananmu’, ia pun menoleh. Pada saat itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan ‘shalatmu tidak sah’ Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam shalatnya akan dipukul. Jika ia shalat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Ia pun shalat seperti ayam yang mematuk beras. Jika ia berhasil mengalahkanku dan ia shalat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga ia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam. Kamu tahu bahwa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keledai. Jika ia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga ia menguap dalam shalat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, setan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia. Dan ia pun semakin taat padaku.”

”Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan shalat. aku katakan padaknya, ‘kamu tidak wajib shalat, shalat hanya wajib untuk orang yang berkecukupan dan sehat. orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau shalat.’ Ia pun mati dalam kekafiran. Jika ia mati sambil meninggalkan shalat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.”

”Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.”

”Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?”

”Berapa hal yang kau pinta dari Tuhanmu?”

”10 macam”

”apa saja?”

”Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan. Allah berfirman,

’Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. dan janjikanlah mereka, tidaklah janji setan kecuali tipuan.’ (QS Al-Isra: 64). Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah. Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan istrinya tanpa berlindung dengan Allah, maka setan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada setan. Aku minta agar bisa ikut bersama dengan orang yang menaiki kendaraan bukan untuk tujuan yang halal. Aku minta agar Allah menjadikan kamar mandi sebagai rumahku. Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku. Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku. Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku. Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.Allah berfirman, ‘Orang -orang boros adalah saudara-saudara setan.’ (QS Al-Isra: 27). Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku bisa melihat manusia sementara mereka tidak bisa melihatku. Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia. Allah menjawab, ‘Silahkan,’ dan aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.”

Iblis berkata, “wahai muhammad, aku tak bisa menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya bisa membisikan dan menggoda.” Jika aku bisa menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun…!”

”Sebagaimana dirimu, kamu tidak bisa memberi hidayah sedikitpun. Engkau hanya Rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau bisa memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini. Kau hanya bisa menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.”

”Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.”

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam lalu membaca ayat, ”Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.” (QS Hud :118-119) juga membaca, “Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku.” (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata, “Wahai Muhammad Rasulullah, takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para Nabi dan Rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin kusampaikan kepadamu. dan aku tak berbohong.”