disebalik itu...

Friday, November 12, 2010

TUDUNG!!!!!!

“Ya,mahu makan apa incik?”tanya seorang pelayan barra kepada Arep.
“bagi nan cheese garlic satu sama itu kari ya,”jawab Arep selepas mentelaah menu yang diberikan
“baiiikk..incik?”
“bak saya nan cheese biasa,”order Rapek.
“nan cheese garlic ada,nan cheese takda.”
Logik tak?Nan cheese garlic ada tapi nan cheese biasa tiada?Adakah roti nan itu yang menjadikan nan cheese atau garlic yang menjadikan roti itu dikenali dengan nama nan cheese?Memeningkan,namun itulah kesalahfaham yang berlaku di dalam masyarakat kita.

“TUDUNG ITU AURAT ATAU AURAT ITU TUDUNG?”-pening,yang mana satu betul?selepas berjam-jam memikirkan 2 ayat ini,akhirnya saya dapat jawapan bahawa kenyataan ‘tudung itu aurat’ dan kenyataan ‘aurat itu tudung’ memberi makna yang serupa tapi pada hakikat Islam itu adalah salah?Iye?Tudung bukan aurat?
Ya,tudung bukanlah aurat atau aurat bukanlah tudung kerana tudung adalah sehelai kain yang berfesyen manakala aurat adalah bahagian-bahagian pada badan yang harus ditutup.Persepsi orang yang tidak memakai tudung sedang mendedahkan aurat sudah menjadi pegangan sape-sape sahaja,dari anak-anak kecil yang sedang makan lolipop atau seorang bos yang sedang menyedut cerut kematian.”Kite kene tutup rambut kita,rambut tu aurat.sehelai rambut kite dilihat oleh lelaki bukan mahram maka kte akan masok nerake 60tahun akhirat.1 tahun bersamaan 1000tahun(rujuk as-sajda) atau 500tahun(rujuk Ma’arij) dunia,”nasihat seorang akak naqibah kepada mad’unya.Hakikatnya,dalam nasihat itu juga ada 2 kecuaian kecil. Yang pertama,akak naqibah itu menekankan bahawa rambut sahaja adalah aurat dan yang kedua,’dilihat oleh lelaki bukan mahram’,padahal aurat wanita muslim tidak boleh didedahkan kepada wanita bukan muslim.Takpe,takpe,jangan dot kalot lagi,kali ni kita bincang satu-satu bab aurat ni.Kita akan ikut pendapat imam Syafi’e disebabkan Malaysia pengamal mazhab syafi’e.


Aurat Muslimah – Muslimin + Non-Muslim( Boy + Gal)
“Ala ilek ar,biar la free hair asal hati baik”-cik mbong(bukan nama sebenar)
“yang pakai tudung labuh pun kene tangkap khalwat,so same ar ngan aku yang free hair ni”-mek mah(bukan nama sebenar)
“takpe ar aku buka lengan,aku pakai tudung pe!”-kiah(bukan nama sebenar)
Jawapan-jawapan yang biase kite dengar apabila kita tanye, “y dont u wear hijab?(tulis omputih skit)”Sebelum kite jawab lu jawapan2 daripada adik-adik ni,mari kita teliti.Bahagian manakah aurat bagi wanita sebenarnya.Adakah rambut sahaja?Leher?Dada? atau… =P
Firman Allah dalam surah An-Noor,31:
Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.
Sabda Nabi kepada Asma’ Ibnu Abu Bakr:
Wahai Asma’!Sesungguhnya seorang gadis yang berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja. (BUKHARI MUSLIM)

Sudah jelas bahawa selain daripada muka dan pergelangan tangan adalah aurat bagi wanita,inilah hadis yang dipakai Imam Syafi’e dalam menetapkan aurat bagi wanita untuk lelaki muslim,lelaki-perempuan non-muslim.Maksud ‘melabuhkan tudung hingga ke dada’ dalam ayat 31 surah An-Noor bukanlah mewajibkan semua wanita memakai tudung labuh tetapi ayat itu memberi maksud bahawa wanita harus menutup rambutnya dan juga dadanya daripada terzahir@ternampak.Tak kisahlah anda ingin memakai tudung ke,topi ke,skaf ke atau serban,asalkan bahagian rambut dan dada anda tertutup.Kenapa ya Islam menekankan penutupan rambut dan juga dada? kerana situlah tempat intaian pertama kaum Adam!

Hadis di atas juga memberi maksud kepada kita,pemakaian purdah bukanlah wajib disebabkan Rasulullah sendiri mengatakan semua takley terdedah kecuali muka dan tapak tangan.Pendapat majoriti ulama’(jumhur ulama’) seperti Syeikh Nasirudin Al-Bani dan Prof.Yusof Qardawi menyatakan pemakaian purdah@niqab ini bukanlah wajib.Antara hujah mereka, aurat wanita di dalam solat dan di luar solat adalah sama manakala alasan bagi ulama’ yang mengatakan purdah adalah wajib berdasarkan pendekatan ‘mencegah lebih baik dari merawat.”Namun begitu,para ulama’ memberi keutamaan untuk wanita memakai purdah@ menutup muka mereka.

Rasulullah mengeluarkan hadis di atas disebabkan Asma’ datang berjumpa dengan Rasulullah dalam keadaan memakai pakaian yang nipis,yang menzahirkan bentuk badannya.Menerusi asbabul@sebab hadis ini,kita dapati bahawa pemakaian pakaian yang ketat atau lut cahaya ditegah oleh Islam.Islam tidak mengharamkan perempuan memakai seluar,bahkan kalau diteliti siapakah pencipta seluar,maka kita akan dapati bahawa pencipta seluar pertama di dunia ialah Nabi Allah,Ibrahim.Apa yang Islam haramkan ialah pemakaian pakaian yang ketat,yang membentuk tubuh badan wanita tersebut.Muslimah perlu diingatkan bahawa pandangan lelaki adalah pandangan TRANSPARENT!Kaum lelaki tidak memerlukan sinar X untuk melihat sesuatu yang tersembunyi,cukup dengan merenung dari jauh!

Menjawab kepada persoalan adik-adik tadi,saya bagi satu analogi:
saya masak mee goreng.saya letak udang,ayam dan daging.lepastu saya masokkan pewarna coklat pekat ke dalam mee dan saya pekatkan mee itu supaya nampak seperti najis.Still nak makan?Takpe luaran je nampak cam tahi,dalam tu ade udang,ayam dan daging.Sedap tu!
Kita gunakan hukum alam,judge a book by it cover!Memang kadang-kadang ada yang menutup aurat tapi melakukan maksiat tapi dia sudah berusaha untuk memenuhi syariat Islam.Mungkin solat dia tidak kusyu menyebabkan dia melakukan maksiat,atau apa-apa alasan lain.Udah,jangan tuding jari ke arah oram lain,kite lihat diri kita,muhasabah sendiri,analisa sendiri.Adakah kita sudah mengikut acuan Islam atau kita telah mengacu Islam ikut kehendak kita?

Aurat Muslim – Musliminah + Non-Muslim( Boy + Gal)
Ali seorang pemain bola yang profesional.Setiap kali dia sepak bola,dia akan masuk ke neraka!Aik,kerana apa?Kerana dia tidak menutup aurat.Semua orang sudah tahu bahawa aurat lelaki adalah dari lutut ke pusat dan ade golongan yang main-main,diorang kata aurat lelaki adalah lutut DAN pusat.Tak kisahlah dia nak main-main atau apa,tapi tu pon diorang masih pakai seluar pendek,dedah lutut!Pekehe ni Yop?!Tadi kate aurat laki pusat DAN lutut tapi lutut x tutup pom?Astaga,Allah da bagi hukum kite main-main,hukum yang main-main pom tak ikut.Ape nak jadi ni?

Bucah turun ke utiliti untuk belajar lillahita’ala dengan memakai wax di kepala,misai yang baru dicukur dan memakai seluar pendek.Niat tu da baik da,belajar kerana Allah tapi pakai seluar pendek,dedah aurat.Ni satu lagi masalah kita,kita nak g ke Jepun tapi beli tiket beca padahal oram da berkali-kali kata,nak ke jepun beli tiket flight,bli tiket flight,kite degil ugak,nak jugak naik beca.Takpe,terpulang.Betul,sampai juga kat jepun tu,tapi tengoklah betapa tersiksanya kita duduk di atas beca tu menahan panas dan basah,kene BASUH DULU!Ya,sebelum masuk syurga Allah,Allah basuh dulu kita dalam neraka Die,bagi bersih betul-betul.Punyela senang nak tutup aurat lelaki,bukan kene pakai tudung labuh ke ape ke,just pakai seluar labuh sikit dari lutut n pakai singlet biase,da,tu pom da cukup tapi ‘babil’ gak,nak juga buka.

Pikirlah sendiri,nak tutup ke tak.Terpulang atas kita untuk masuk direct ke syurga Allah atau kite nak kene basuh dulu.Nabi da tunjuk macamana nak idup atas muka bumi ni dengan cara yang paling baik,atas kita nak ikut ke tak. Tak perlu toleh ke Cik Mbong,Bowyang atau Mek Piah,kita tengok diri sendiri.Adakah kita benar-benar buat apa yang Islam suruh.Artikel ni bukanlah tuju kepada sesiapa,tetapi untuk diri sendiri.Untuk diri sendiri meng’kairyou’kan diri sendiri.Apa-apa kesalahan arap dimaafkan,Wallahua’lanm.


No comments:

Post a Comment