disebalik itu...

Tuesday, November 16, 2010

Perang Armagadon, Kemunculan Dajjal Semakin Hampir: Israel Sedang Memulakan

Oleh: Ahmad Henry


Dalam kitab suci agama Samawi ada menyebut tentang peperangan secara besar-besaran sebelum berlakunya kiamat. Islam menjelaskan peperangan itu melibatkan pertempuran antara orang beriman dengan bangsa Yahudi yang dikuasai oleh Dajjal. Malah, dalam Islam ada menyebut, tidak akan berlakunya kiamat sebelum dikalahkan bangsa Yahudi oleh umat Islam. Agama lain menyebut peperangan ini sebagai Perang Dunia Ketiga atau lebih popular dengan nama Armagadon. Apa pun namanya, Insya Allah ia pasti akan berlaku.


Bagi sesetengah umat Islam, cerita tentang munculnya Imam Mahdi dan Dajjal pada akhir zaman mungkin dianggap sebagai mitos semata-mata. Alasannya, kehidupan Dajjal terlalu mistik dan perkara mistik sudah ketinggalan zaman. Tidak mungkin perkara mistik akan berlaku pada zaman moden ini. Bagi kes Imam Mahdi a.s pula, dunia sudah terlalu rosak dan Islam sudah terlalu tertindas. Mana mungkin seorang individu yang digelar Imam mampu merubah dunia sepantas itu. Maka mereka beranggapan bahawa dunia akan kiamat beserta dengan rosaknya Islam. Terpulang!!!


Kemusnahan bangsa Yahudi tidak akan berlaku ketika mereka lemah. Mengapa? Sebab memang tidak ada siapa yang teringin mengganggu mereka. Bangsa lain khususnya umat Islam ada agenda hidup yang lebih penting untuk dilaksanakan. Mereka tidak berkeinginan untuk mengganggu bangsa pelik sejak turun temurun ini. Namun, berbeza dengan bangsa Yahudi itu sendiri. Pantang mereka ialah pada ketika mereka kuat. Mereka tidak boleh duduk senang jikalau tidak dapat merosakkan peradaban (akhlak dan akidah) manusia. Jiwa mereka meronta-ronta kalau tidak dapat merosakkan manusia.


Bangsa Yahudi hanya akan hancur ketika mereka berada di puncak kekuasaan. Ini bermakna, puncak kekuasaan mereka adalah lambang kemusnahan bangsa barbarik itu. Mengapa saya berkata demikian? Sejak dahulu iaitu sejak Yahudi mula menubuhkan ‘penempatan’ haram di wilayah Palestin, mereka telah melaksanakan beberapa kongres untuk menguasai bangsa lain setelah sekian lama hidup merempat di negara orang. Menurut Dr. Majid Kailani dalam bukunya bertajuk Jenayah Yahudi Terhadap Dunia Islam, hasil kongres ini disebut sebagai Keputusan Rasmi yang mengandungi beberapa fasal.


Antara isi Keputusan Rasmi itu ialah, kiranya mereka berkuasa dan mempunyai kekuatan, mereka boleh memusnahkan bangsa lain, tetapi tidak umat Islam. Mengapa? Kerana mereka sejak dahulu takut kepada senjata ampuh lagi menggerunkan yang ada pada umat Islam iaitu JIHAD. Mereka sendiri membuat pengakuan bahawa Jihadlah yang sangat digeruni oleh mereka. Justeru Keputusan Rasmi itu memutuskan bahawa roh Islam terlebih dahulu perlu diceraikan daripada umat Islam. Bukannya memerangi umat Islam secara fizikal. Kemudian umat Islam akan diperlakukan seperti apa sahaja yang mereka mahu. Tidak hairanlah apabila kerajaan Malaysia sendiri menganugerahkan label terorist kepada para pejuang Islam yang menegakkan Islam melalui jalan Jihad. Tahniah kerajaanku.


Setelah beberapa dekat berlalu dan mereka sudah pun merasakan nikmatnya hidup merdeka, mulalah mereka lupa bahawa “jangan dikasari umat Islam secara fizikal”. Nanti buruk padahnya. Pendekatan halus pada perkiraan mereka sudah berakhir. Umat Islam sudah rosak sepenuhnya. Kini umat Islam sudah boleh dicubit diganyang. Maka mereka melakukan pelbagai siri keganasan terhadap umat Islam. Kemuncaknya ialah pada Disember 2009 apabila penduduk Gaza dikepung dan diseksa sepenuhnya. Bangsa Yahudi (Zionis ke Yahudi biasa ke, sama sahaja) tidak tahu betapa dendamnya umat Islam ekoran insiden itu.


Dalam diam, pejuang Hezbullah melalui Syiria mengumpulkan kekuatan ketenteraan di samping kerohanian. Hezbullah bukan sahaja dibantu oleh Syiria, malah Iran yang mendominasi teknologi persenjataan bagi dunia Islam. Iran yang kini semakin tertekan ekoran sekutu rapatnya Rusia mengesahkan untuk menyokong sekatan ekonomi yang dikenakan oleh PBB selama lima tahun (Sinar Harian, 8 Jun 2010, Bil.1365) sudah ‘mendapat gambaran’ jelas bahawa kuasa Islam itu tidak boleh bersekutu dengan negara tempat bangsa kufar membiak. Iran dijangka ‘memaksa’ negara Islam bersatu semula khususnya pemerintah Mesir yang sedang liat mempertahankan kuasa. Iran memang sejak Revolusi Ayatollah berkeinginan untuk bersatu dengan negara Arab lain. Cuma faktor pendorong belum tiba.


Terbaru, akhbar Sinar Harian (9 Jun 2010) melaporkan sepasukan sukarelawan Iran akan melakukan misi bantuan ke Gaza (insya Allah). Tidak seperti misi bantuan sebelum ini yang datang bersendirian, misi bantuan Iran ini pula akan disusuli sekali oleh tentera laut Iran. Tarikh dan masa bantuan dirahsiakan oleh kerajaan Iran atas sebab-sebab keselamatan. Dan terfikirkah kita apakah yang akan berlaku apabila Iran melibatkan tenteranya di perairan Gaza yang dikuasai Iblis ini? Pastinya pelbagai pertimbangan yang telah dilakukan oleh Iran sebelum memutuskan ia. Pastinya aspek kekuatan ketenteraan dan kesan susulan telah dinilai oleh Iran. Dan saya kira ini adalah satu ‘permulaan’ yang baik.


Turki pula sudah menunjukkan tanda-tanda akan membuka tangan untuk berjabat dengan saudara seIslamnya ekoran kematian rakyatnya dalam siri keganasaan Komando Bergincu dan Berskirt Pink (tentera Israel) di perairan antarabangsa berhampiran Gaza baru-baru ini. Sebelum itu, Turki sememangnya mengamalkan dasar tegas terhadap negara Yahudi itu. Malah ada penganalisis politik yang menyatakan bahawa ‘sekular Turki’ akan berakhir sedikit masa lagi. Pertimbangan ini perlu dilihat dengan kritikal.


Kita juga jangan melupakan negara jiran, Indonesia. Mereka secara senyap-senyap sedang menyiapkan angkatan perang untuk dihantar ke Palestin. Meskipun pemerintah mereka sedang menafikan salah satu ajaran Islam yakni JIHAD, namun kemahuan jihad tidak akan mampu dibendung oleh peluru dan penjara.


Gabungan kuasa Islam sememangnya sudah tidak dapat dibendung lagi. Sebab ianya merupakan fitrah. Islam terbina dengan persaudaraan. Maka suatu hari persaudaraan itu akan dijalin kembali. Cuma pendorongnya belum muncul. Namun, sejak akhir-akhir ini, bangsa Yahudi seakan-akan tidak sabar untuk mempercepatkan ia berlaku. Teknologi menyebabkan mereka menjadi orang tua yang nyanyuk dan pelupa. Mereka sebenarnya sedang memulakan armagadon yang disebut-sebutkan itu.


Dalam beberapa artikel dan beberapa buku berbentuk analisis yang saya baca, kemungkinan besar Yahudi atau sekutunya akan melancarkan nuklear di salah sebuah negara Arab/Islam. Menurut mereka, di sinilah permulaan perang tersebut. Dalam satu lagi artikel yang ditulis oleh seorang tokoh Islam berpengaruh, kemungkinan besar Yahudi itu akan hancur pada 2012 atau 2018. Dan tidak lama selepas artikel itu keluar di akhbar arus perdana, keluar pula filem Barat bertajuk 2012.


Pandangan ini mungkin agak melampau bagi kebanyakan orang. Tapi kita juga boleh mencetuskan rasa ragu, mengapa Barat menghasilkan filem 2012 yang menceritakan tentang peristiwa berlakunya kiamat. Saya tidak bermaksud untuk menyatakan bahawa kiamat akan berlangsung pada tahun tersebut. Siapalah kita untuk meramalkan perkara yang menjadi hak Allah s.w.t. Namun, tidak salah untuk bersiap sedia menghadapinya. Justeru, saya berpesan kepada diri sendiri dan kepada seluruh umat Islam supaya kembalilah kepada ajaran Islam. Tolaklah pemerintah yang menolak Islam. Dan kita binalah negara Islam yang akan bergabung di bawah khulafah yang satu.


Berat sebenarnya bagi seorang yang tidak tahu ‘membaca’ seperti saya ini untuk menulis ini. Namun, saya kira ini sebagai satu tanggungjawab. Ibarat seorang yang baru belajar bersolat, tidak salah kalau dia mengajak orang yang veteran dalam solat supaya bersolat. Ini kan kewajipan. Melainkan kalau kita memilih untuk tinggal di dalam belantara yang sunyi dari komuniti manusia. Maka mungkin kita akan terlepas daripada kewajipan tersebut. Mungkin la! ! !


NOTA: Ini hanyalah pendapat penulis semata-mata. Pengetahuan Allah s.w.t adalah Maha Luas.



Posted By Penerbit Ibnu Al-Manhar at 20:21
Labels: Agama dan Sejarah

No comments:

Post a Comment