disebalik itu...

Thursday, November 18, 2010

Lima Maksiat yang Disegerakan Balasannya

Di dalam al-Qur'an banyak kisah-kisah umat-umat terdahulu yang dibinasakan oleh Allah s.w.t kerana keingkaran mereka beriman dan menerima ajaran yang dibawa oleh para rasul utusan Allah s.w.t.

Mereka mencabar para rasul supaya mendatangkan azab kepada mereka jika benar mereka adalah utusan Allah dan menjadi kekasih Allah s.w.t. kerana do'a orang yang dikasihi Allah amat mustajab. Maka satu demi satu umat yang kufur dan menentang ajaran Tuhan telah dibinasakan dan di hancurkan oleh Allah s.w.t kerana kederhakaan mereka yang melampaui batas kemanusiaan.

Bukhari meriwayatkan dari Urwah, bahwa Aisyah ra. isteri Nabi s.a.w. bertanya kepada Nabi s.a.w.katanya: "Adakah hari lain yang engkau rasakan lebih berat dari hari di perang Uhud?" tanya Aisyah r.a.

'Ya, memang banyak perkara berat yang aku tanggung dari kaummu itu, dan yang paling berat ialah apa yang aku temui di hari Aqabah dulu itu. Aku meminta perlindungan diriku kepada putera Abdi Yalel bin Abdi Kilai, tetapi malangnya dia tidak merestui permohonanku!

'Aku pun pergi dari situ, sedang hatiku sangat sedih, dan mukaku muram sekali, aku terus berjalan dan berjalan, dan aku tidak sadar melainkan sesudah aku sampai di Qarnis-Tsa’alib'

'Aku pun mengangkat kepalaku, tiba-tiba aku terlihat sekumpulan awan yang telah meneduhkanku, aku lihat lagi, maka aku lihat Malaikat Jibril alaihis-salam berada di situ, dia menyeruku: ‘Hai Muhammad! Sesungguhnya Allah telah mendengar apa yang dikatakan kaummu tadi, dan apa yang dijawabnya pula. Sekarang Allah telah mengutus kepadamu bersamaku Malaikat yang bertugas menjaga bukit-bukit ini, maka perintahkanlah dia apa yang engkau hendak dan jika engkau ingin dia menghimpitkan kedua-dua bukit Abu Qubais dan Ahmar ini ke atas mereka, nescaya dia akan melakukannya!‘

Dan bersamaan itu pula Malaikat penjaga bukit-bukit itu menyeru namaku, lalu memberi salam kepadaku, katanya: ‘Hai Muhammad !’ Malaikat itu lalu dia mengatakan kepadaku apa yang dikatakan oleh Malaikat Jibril a.s. tadi. ‘Berilah aku perintahmu, jika engkau hendak aku menghimpitkan kedua bukit ini pun nescaya aku akan lakukan!’

‘Jangan… jangan! Bahkan aku berharap Allah akan mengeluarkan dari tulang sulbi mereka keturunan yang akan menyembah Allah semata, tidak disekutukanNya dengan apa pun… !’, demikian jawab Nabi s.a.w."

Betapa mulianya hati Nabi s.a.w dalam keadaan baginda di siksa dengan balingan batu oleh pemuda kota Taif hingga cedera parah yang di alami oleh baginda namun baginda tetap bersabar dan mendo'akan semoga akan ada keturunan mereka yang akan menyembah Allah pada masa akan datang walaupun penduduknya pernah mencederakan baginda. Dan baginda melarang Malaikat yang menjaga bukit-bukit untuk menghimpitkan kedua-dua bukit Abu Qubais dan Ahmar keatas mereka.

Sahabat yang dimuliakan,
Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah s.a.w. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; "Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu.Perkara-perkara itu ialah:

1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.

2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.

3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.

4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.

5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri ".

(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Sahabat,
Marilah sama-sama kita fahami hadis Nabi s.a.w seperti di atas supaya kita di jauhi daripada segala bentuk bala atau musibah yang akan kita terima apabila kita melaksanakan kejahatan yang di larang oleh Allah s.w.t.

1. Penyakit Tha'un dan Aids adalah berpunca dari banyak berlaku perzinaan.
Bila perzinaan dan homoseksual berlaku maka akan wujud pula penyakit-penyakit baru yang sukar mendapat rawatannya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “ Jauhilah oleh kamu akan zina, kerana kecelakaannya empat macam iaitu hilang seri (cahaya) pada wajahnya , di sempitkan rezekinya , dan kemurkaan Allah atasnya dan menyebabkan kekal di dalam neraka.” (Hadis riwayat Thabrany dan Ibnu Abbas)

Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w ada bersabda yang maksudnya : “Tujuh macam orang di laknat oleh Allah kelak di hari kiamat. Sedang mereka sedikit pun tidak di pandang Allah dengan belas kasihan, bagi mereka itu seksa yang bersangatan sekali iaitu : Pertama : orang yang liwaath Kedua : mensetubuhi perempuan pada lubang duburnya (bukan farajnya) Ketiga : orang menjima’ binatang. Keempat : orang-orang yang mengeluarkan mani dengan tangannya (onani) Kelima : orang yang mensetubuhi anak sendiri Keenam : orang yang berzina dengan orang sekampungnya Ketujuh : orang yang menyakiti orang sekampungnya. “

2. Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan.
Islam menetapkan cara sebagaimana yang diperintahkan Allah supaya tidak melakukan perkara yang haram atau menindas orang lain untuk mengejar keuntungan yang tidak dihalalkan di dalam Islam.

Selaku ahli perniagaan kecil atau besar kita mestilah berasaskan perkara yang amat penting iaitu mencari yang halal dengan cara yang halal pula.Ertinya carilah barang yang halal untuk diniagakan dengan cara yang penuh kejujuran. serta tidak melibatkan penipuan,. pengananiayaan , pencurian hak orang lain,perampasan, riba dan sebagainya dan jual beli yang ditetapkan daam din Islam. 

Firman Allah s.w.t. maksudnya :" Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang mengurangkan (sukatan dan timbangan) iaitu orang-orangayang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka minmta patuhi . Dan apabila mereka mnyukat atau menimbang untuk orang lain mereka mengurangkannya" ( Al-Muttaffifin: 1-3)

3. Kemarau panjang adalah berpunca dari tidak megeluarkan zakat.
Zakat adalah wajib dikeluarkan untuk membersihkan harta pemiliknya bila mengabaikan untuk keluarkan zakat cukup besar bala akan diturunkan Allah. Sabda Nabi s.a.w maksudnya : “Bentengkanlah harta kamu dengan zakat dan ubatilah penyakit kamu dengan sedekah.” (Riwayat Tabrani)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Barangsiapa mempunyai emas atau perak senisab, sedang tidak di keluarkan zakatnya, kelak di hari kemudian ia akan di kejar-kejar oleh ular yang besar dan sangat berbisa dari neraka yang mengigit tangannya sehingga terpotong, kemudian tangannya kembali sebagai sediakala, di gigit lagi ular itu, demikianlah setiap masa, sehingga akhirnya orang yang bakhil itu akan di seret ke neraka Jahannam”

4. Kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin.
Contohnya : Hilangnya Tanah Pelastin dari tangan kaum Muslimin, Iraq dan Afghanistan dikuasai oleh tentera kuffar adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-ianji mereka kepada Allah s.w.t. Apakah janji kita kepada Allah s.w.t? Janji kita adalah kita ingin mengabdikan diri kita kepada Allah s.w.t dengan melaksanakan apa saja yang disuruh-Nya dan meninggalkan semua larangan-Nya.

5. Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalab berpunca daripada mengenepikan hukum-hukum Allah s.w.t. dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan.

Firman Allah s.w.t. maksudnya : "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang zalim"
(Surah al-Maidah ayat 45)

"Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin apabila Allah dan RasulNya menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain. Dan barangsiapa yang menderhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat, sesat yang nyata" 
(Surah al-Ahzab ayat 36)

No comments:

Post a Comment