Hari ini pula saya ingin berkongsi dengan anda tentang 1 artikel mengenai hukum menghias kubur (orang Islam). Bacalah, semoga ada manfaat nya. Jika inginkan kepastian mengenai perkara ini, sila bertanya kepada ustaz atau imam yang selayaknya. Terima kasih.
Hakikat yang tak dapat ditolak, pusara ni semua memang sangat cantik. Malah teramat-amat cantik. Tentu ada antara korang yang terniat nak ada kubur macam ni bila dah meninggal dunia nanti kan?
Tapi tahukah anda, menghiasi kubur seperti ini hukumnya adalah HARAM. Mengapa kubur-kubur sebegini dikatakan haram? Sila baca hadith di bawah ini ;
Larangan dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam. Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, “Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)
Dan membawa bunga-bungaan atau jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan, walaupun ia telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka.
Ia tidak dibenarkan kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan
berbangga.
Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata’ ala.
No comments:
Post a Comment