disebalik itu...

Tuesday, November 30, 2010

Susah ke jadi WANITA?

Betul ke susah jadi wanita?

Sekurang-kurangnya kita sebagai perempuan atau wanita pasti terfikir tentang perkara-perkara yang dinyatakan di bawah. Allah tak adil ke?

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila hendak keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.
4. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki.
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang dalam beribadat karena adanya masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Tapi, pernahkah kita lihat realiti disebaliknya ?

1. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang paling selamat dan baik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah dan terdedah pada pandangan mata-mata yang ingin mencurinya di tepi jalan bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

2. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapanya?

3. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Sementara apabila lelaki menerima warisan, dia perlu atau wajib untuk menggunakan harta tersebut untuk isteri dan anak-anaknya.

4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahawa setiap saat, dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan tahukah jika dia mati kerana melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya di akhirat kelak.

5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Maksudnya, bagi seorang wanita, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

6. Seorang wanita boleh memasuki syurga melalui pintu syurga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat sahaja, iaitu :sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.

7. Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat kepada suaminya, serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, maka dia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Masya ALLAH ! Demikian sayangnya ALLAH pada wanita… kan

Yakinlah, bahwa sebagai dzat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Mengetahui akan segala ciptaanNya.

Yakinlah, hukum dan peraturan Allah adalah YANG TERBAIK bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan dan hukum buatan manusia.

Maka, berbahagialah wahai wanita-wanita sekalian. Tunaikan dan tegakkanlah kewajipan agamamu, niscaya syurga menantimu di sana kelak.


ayu zamani: Rasa sangat ISTIMEWA jadi wanita. Anda bagaimana?

Mengapa Saya Masuk Islam? - Yusuf Islam

alt


Saya dilahirkan dalam sebuah rumah yang penghuninya beragama Kristian. Diajar bahawa tuhan itu wujud, tetapi kita tidak ada hubungan secara langsung dengan tuhan.
Lantas kita perlu mewujudkan satu cara untuk menghubunginya, iaitu melalui Jesus. Dan apabila mereka mengatakan yang tuhan itu tiga, saya menjadi lebih bingung tetapi saya tidak mampu membantah atau membahaskannya.
Namun, sedikit demi sedikit, saya mendapati diri semakin jauh daripada pendidikan yang berbentuk agama ini.
Saya mula mencipta muzik dan mahu menjadi seorang bintang terkenal. Akhirnya, saya berjaya menjadi seorang yang sangat terkenal.
Pada waktu itu, saya berusia belasan tahun tapi nama dan gambar terpampang di semua bentuk media.
Mereka membuat saya lebih besar dan kerana itu saya juga mahu hidup dengan cara yang lebih besar daripada hidup yang sebenarnya, dan satu-satunya cara untuk mendapatkannya ialah dengan menikmati arak dan dadah.
Selepas setahun berjaya menikmati kemewahan dan hidup secara high, saya sakit teruk dijangkiti penyakit TB dan perlu dirawat di hospital.
Kemudian, tiba satu ketika apabila saya rasa agama Buddha itu nampak baik dan mulia, tetapi saya masih belum bersedia menjadi seorang sami Buddha dan memisahkan diri daripada masyarakat sepenuhnya.
Saya mencuba pula Zen dan Ching, numerologi, kemudian kad-kad pakau dan astrologi. Saya cuba membuka semula kitab Bible tetapi tidak menjumpai apa-apa. Pada waktu itu, saya masih tidak tahu sesuatupun tentang Islam.
Titik Permulaan
Kemudian satu keajaiban berlaku. Abang saya melawat sebuah masjid di Jerusalem. Dia begitu kagum dengannya. Masjid itu dirasakan penuh dengan kehidupan (tidak seperti gereja-gereja dan rumah-rumah biara yang dirasakan kosong), aman dan tenang.
Dia memberikan saya senaskah terjemahan al-Quran yang dibawanya dari sana. Dia tidak pula menjadi seorang Muslim tetapi dia dapat merasakan yang ada sesuatu dalam agama itu, dan dia fikir mungkin saya akan menjumpai sesuatu juga.
Apabila saya terima kitab itu, saya mendapat petunjuk yang bakal menerangkan segala-galanya kepada saya - siapa diri saya, apakah tujuan hidup di dunia, apakah sebenarnya hakikat hidup dan apakah hakikat yang akan berlaku, dan di mana saya datang. Saya sedar bahawa inilah agama yang benar; agama yang bukan dalam erti kata yang difahami oleh Barat, bukan agama yang hanya berguna untuk masa tua anda.
Perkara pertama yang ingin saya lakukan pada waktu itu ialah menjadi seorang Muslim.
Pada tahap ini juga, saya mula menemui keyakinan. Saya merasakan sudah pun menjadi seorang Muslim. Apabila saya membaca kitab al-Quran itu, barulah saya sedar bahawa kesemua para nabi yang diutus Allah itu membawa ajaran yang sama.
Lantas, mengapakah penganut Kristian dan Yahudi saling tidak sefahaman? Sekarang saya tahu bagaimana orang Yahudi tidak mahu menerima Jesus sebagai utusan Tuhan dan mereka juga telah menukar ayat-ayat Tuhan.
Penganut Kristian salah faham akan ayat-ayat Tuhan dan menganggap Jesus anak Tuhan. Kesemuanya masuk akal dan begitu mudah difahami.
Inilah keindahan al-Quran. Ia membuat anda berfikir dan mencari jawapan, dan tidak menyembah matahari atau bulan tetapi Tuhan yang Esa yang telah menciptakan segala-galanya.
Apabila saya lebih banyak membaca kitab al-Quran, ia menceritakan pula tentang sembahyang, sifat pemurah dan sifat suka berbuat baik.
Saya masih belum menjadi seorang Islam lagi, tetapi saya sudah dapat merasakan bahawa satu-satunya jawapan untuk saya ialah al-Quran; bahawa Tuhan telah menghantarnya kepada saya, dan saya menyimpannya sebagai satu rahsia. Tetapi al-Quran itu juga berkata-kata pada beberapa peringkat yang berlainan. Saya mula memahaminya pada peringkat yang lain pula.
Al-Quran mengatakan, "Mereka yang beriman tidak menjadikan orang kafir sebagai temannya dan orang beriman itulah saudaranya."
Pada tahap itulah, timbul keinginan saya untuk bertemu dengan saudara-saudara selslam.
Melawat Jerusalem
Saya melawat Jerusalem (sepertimana yang dilakukan abang saya). Di Jerusalem, saya masuk ke dalam masjid dan duduk. Seorang lelaki datang menghampiri dan bertanya apa yang saya mahu. Saya beritahu dia yang saya seorang Muslim. Dia bertanya lagi, apakah nama saya. Saya jawab, "Stevens". Dia kelihatan keliru. Setelah itu, saya menyertai sembahyang berjemaah, walaupun tidak begitu menjadi.
Peristiwa ini berlaku pada tahun 1977, lebih kurang satu setengah tahun selepas saya menerima al-Quran daripada abang saya.
Lantas, pada satu hari Jumaat, iaitu selepas menunaikan sembahyang Jumaat, saya pergi bertemu imam Masjid New Regent dan melafazkan syahadah di tangannya.
Saya telah menjadi seorang yang memiliki kemasyhuran dan kemewahan. Tetapi saya begitu sukar mendapatkan petunjuk, walau bersungguh-sungguh saya cuba mendapatkannya, sehinggalah saya ditunjukkan dengan al-Quran.
Sekarang saya sedar bahawa saya boleh berhubung secara langsung dengan Tuhan, tidak perlu menggunakan perantara. Islam mengangkat semua halangan ini.
Saya tidak pernah berjumpa orang Islam sebelum saya memeluk agama suci ini. Saya lebih dahulu membaca al-Quran dan menyedari bahawa tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini.
Hanya Islam yang sempurna, dan sekiranya kita semua meniru akhlak Rasulullah s.a.w., kita akan berjaya.
Moga-moga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya untuk menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w.. Amin!

Monday, November 29, 2010

Cuci kencing cara betul...

Mungkin ada yang menganggap perkara mencuci kencing adalah sesuatu yang remeh dan kecil. Tapi sebenarnya ia sangat penting. Kalau kita tak cuci kencing dengan betul, amalan kita tidak diterima oleh Allah. 

Kita sangka kita dah buat amalan yang banyak, tapi rupa-rupanya amalan itu Allah tak terima. Maka sia-sia saja. Sebabnya, kita tak cuci kencing kita dengan bersih. Aduh, kalau begitulah jadinya, alangkah ruginya kita. Alangkah malangnya kita.  

Jangan kencing berdiri !

Jadi, sila ambil perhatian tentang perkara ini. Sila baca entri ini dengan penuh teliti dan amalkan.


Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil ; 

1. Disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya. 

2. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.

3. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya. 


Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya ; 

1. Pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. 

2. Jangan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja, ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu. 

Amalan yang diterangkan ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai panduan hidup sebagai umat islam di muka bumi ini, Insya-Allah.

Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya, sedekahnya dan lain-lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka. 

Syaidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan jenazah si polan, tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan jenazah itu. Lalu disuruh orang membukanya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala jenazah tersebut. Syaidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya. Tetapi ular itu dapat berkata-kata, Katanya “Apakah salah ku kerana aku telah diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan. ” 

Apabila diselidiki amalan sipolan itu, semasa hayatnya jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil. 

Sekian, semoga kita dapat sama-sama beringat dan amalkan. 

Wassalam. 

Kenapa Arak Memabukkan?


"Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Al-Maidah : 90)
Tahukah anda bahawa Malaysia merupakan Negara ke-10 terbesar dalam pengambilan arak di dunia? Malah, pada tahun 1996 (iaitu lebih sepuluh tahun yang lalu), cukai penjualan arak sahaja mencecah sekurang-kurangnya RM 817 juta. Menurut majalah The Globe Magazine, Syarikat Carlsberg AS of Denmark telah memahkotakan Malaysia sebagai "very important and attractive market" dengan melabur sebanyak US$ 20 juta bagi menghasilkan sekurang-kurangnya 125 juta liter arak setahun.
Mari kita tinjau makhluk ciptaan Allah yang tak berdosa ini ketika kehidupannya di peringkat zarah. Arak atau nama popularnya alkohol terdiri daripada unit-unit kecil karbon, hidrogen dan oksigen yang dipanggil ethyl alkohol ataupun ethanol.
Maha Suci Allah, manusia juga mempunyai unsur karbon, oksigen dan hidrogen tapi mengapa seorang manusia tu tidak dipanggil seorang alkohol, walaupun terdiri daripada unsur yang sama?
Kerana masing-masing mempunya ikatan (bond) yang berbeza. Selain itu, manusia juga mempunyai gabungan unsur-unsur lain (bukan hanya karbon,oksigen dan hidrogen) dan semestinya, manusia mempunyai ruh yang tak dapat diterangkan dengan huruf-huruf.
Arak yang berada di pasaran selalunya mempunyai harga yang berbeza-beza, mengapa ya? Pertama, bergantung kepada tarikh arak tersebut dihasilkan. Kebiasaannya, semakin lama arak tersebut diperam, semakin melambung harganya.
Beer, Winw, Champagne, Vodka, Whiskey
Keduanya, bergantung kepada komposisi peratusan alkohol dalam arak tersebut. Secara puratanya, beer mengandungi 4.5% alkohol, wine 11%, champagne 12%, manakala distilled spirits seperti rum, gin, vodka, dan whiskey mengandungi 45-95% alkohol.
Perbuatan minum arak secara "tipu-tipu" dan olok-olok seperti merapatkan gelas ke mulut tetapi mengetap bibir sekuat hati supaya cecair tersebut tidak masuk ke dalam mulut adalah perbuatan yang amat membahayakan. Apatah lagi meminumya.
Hal ini kerana, saat pertama alkohol diserap masuk ke dalam badan adalah ketika titisan cecair laknat tersebut menyentuh permukaan bibir pelaku.....dan gulp.
Apabila seseorang menelan alkohol sama ada sengaja atau tidak, ia mula diserap melalui dinding mulut, esofagus, dinding perut dan paling banyak sekali pada permukaan usus. Permukaan yang bersentuhan dengan alkohol seringkali mengalami hakisan.
Molekul-molekul alkohol tersebut akan mengembara merentasi bukaan dinding kapilari kerana sifat semulajadinya yang "melarut". Sekiranya terdapat anugerah "Paling Terlarut" antara unsur-unsur di bumi, pasti keluarga alkohol bakal menjuarainya kerana kebolehan mereka untuk larut dalam lemak dan air.
Bersama dengan teman-teman komponen darah yang lain, mereka akan berhijrah bersama mengelilingi seluruh badan manusia (circulation), mengintai-intai peluang menyelinap masuk ke dalam sel-sel badan.
Tibalah masa yang ditunggu-tunggu, molekul alkohol berjaya melawan tarikan graviti, meletakkan mereka ditempat yang terpuji lagi tinggi, dalam erti kata lain mereka berjaya sampai di bahagian kepala, lalu berkenalan dengan suatu struktur luar biasa (subhanallah) iaitu.."Pemisah Darah dari Otak", atau lebih senang dengan panggilan Blood Brain Barrier (BBB).
Arak, Jus Anggur dan Tapai
Hal ini merupakan fakta yang sangat penting. Kebolehan alkohol merentasi BBB memisahkannya dengan makhluk Allah yang lain. Contohnya, jus anggur dan tapai yang mampu menghasilkan arak sekiranya diperam dengan lebih lama , tidak termasuk dalam kategori "boleh merentasi Blood Brain Barrier", seterusnya halal dimakan.
Mengapa demikian? Kerana apa-apa unsur (bukan semua, terdapat pengecualian) yang boleh merentasi BBB mampu menjejaskan struktur dalaman otak seperti cerebral cortex, limbic system, cerebellum, hypothalamus serta medulla. Kombinasi kerosakan pada bahagian-bahagian otak yang berbeza inilah yang dipanggil "mabuk".

Memutuskan Silaturahim, Satu Dosa Besar

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”
Riwayat al-bukhari
Huraian:
  • Silaturahim bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya.
  • Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya:” Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari.”
  • Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan malah ia membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya.
  • Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.
  • Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T.

Tuesday, November 23, 2010

[Cerpen] Andai Kata Hubungan Aku Dan Dia Halal, Aku Akan....

11 Jun 2006, merupakan tarikh yang paling indah dan bermakna buat seorang muslimin yang yang diberi nama Yusuf Al-Amin. Bagi seorang pengawas sekolah, tugas yang diberikan kepada mereka amat berat untuk dilakukan. Tugas mereka ialah untuk menjadi contoh kepada pelajar lain, mendisiplinkan dan menasihati para pelajar yang lain sepertimana Rasulullah S.A.W yang mejadi contoh yang unggul kepada umat Islam sehinggalah sekarang. Akan tetapi, Yusuf amat bersyukur kerana dengan limpah kurnia-Nya, dia telah dinaikkan jawatan sebagai ketua pengawas.

Dia beranggapan bahawa seorang pengawas itu ibarat seorang askar di dalam medan perang. Walaupun ditempuh pelbagai dugaan yang datang menimpanya namun dia tetap tabah dan sabar menerimanya sehingga dia diberi kepercayaan untuk memimpin para sahabat-sahabat dan pengawas yang lain untuk mecontohinya. Ianya bukan setakat azam yang ingin dikecapinya tetapi ia juga adalah salah satu tanggungjawab yang harus dipikul. Selesai sahaja mesyuarat agung pengawas 2006 itu berakhir, semua pengawas2 diminta untuk pulang ke kelas. Yusuf mengaturkan langkahnya dengan cepat kerana dia tidak mahu terlepas kelas cikgu Yaakub, guru matematik tambahan kesayngannya itu. Dia berjalan dengan begitu cepat sekali.

11 Jun 2006

Alhamdulilah, walaupun aku merasakan yang Adam lebih berkelayakan untuk menjadi ketua pengawas pada tahun ini, aku tetap bersyukur kerana mereka meletakkan kepercayaan yang tinggi tehadapku. Sampai begitu sekalilkah mereka percaya kepadaku? Tidak sabar rasanya untuk aku beritahu khabar baik ini kepada Daud, sahabt baikku.
Aku melihat jam di pergelangan tanganku. Alamak, kelas cikgu Yaakub dah nak mula!! Aku harus bergegas ke sana! Aku berjalan menuju ke kelas ku yang berada di hujung blok D dengan begitu pantas sekali. Namun, benar kata para ulama, sikap tergesa-gesa itu adalah sifat mazmumah kerana ia adalah sikap yang boleh menugndang bencana.

Sedang ku mengaturkan langkah untuk membelok ke arah kananku tiba-tiba... Bok!! Aku hampir terjatuh namun aku sempat memegang tiang di koridor yang menuju ke kelasku. Walaupun kakiku terasa sakit kerana dipijak oleh kaki seseorang, namun aku lebih berminat untuk tahu siapa yang melanggarku tadi. Aku memandang ke arah seorang pelajar perempuan yang dahinya tersembam ke tiang.Walapun tubuhnya kecil tetapi ketika kami berlanggar, ianya seakan-akanku melanggar seorang lelaki yang bertubuh besar. Mungkin dia sedang berlari ketika kami betembung tadi. Aku memerhatikannya dan timbul pula rasa kasihan di hatiku. Sudahlah terlanggar, terjatuh lepas itu terhantuk ke tiang pula. Aku melihat gerak gerinya dari belakang. Dia sedang meraba-raba dahinya.

Apabila dia menoleh kearahku, aku segera berpaling ke arah lain. Bukannya sengaja aku berkelakuan begitu, akan tetapi aku berbuat begitu kerana sebagai seorang muslimin aku tidak patut menatap wajah seorang muslimah dengan tajam. Aku menoleh kembali ke arahnya tetapi aku tidak merenung ke arah matanya. Aku sengaja memainkan pandangan mataku ke arah lain. Sedang aku ingin bertanyakan keadaannya, tiba-tiba pelajar perempuan tadi itu bersuara. " Maafkan saya, abang senior!! Saya tak sengaja! Abang senior tak apa2? "dia pula yang bertanya. Aku menjawab " Tidak... saya tak apa2.. kamu pula... ", belum habis aku bertanya, dia sudah mencelah." Klu begitu, saya pergi dulu!! Maafkan saya, abg senior!! " pada ketika itu aku melihat tangannya masih melekat di dahinya.

Aku mula rasa bersalah. Sakit sangatkah hantukan di tiang itu? Pelajar perempuan itu segera bangun dan berlari menuju ke arah yang aku sendiri pun tidak pasti ke mana. arahnya. Aneh, bagaimana dia tahu aku ini lebih tua darinya? Mungkin aku tampak lebih matang dan tua dari umurku agaknya. Aku pun mula melangkah, namun langkahku terhenti apabila aku ternampak seutas jam tangan berwarna biru. Mungkin jam tangan itu kepunyaan pelajar tadi. Aku segera mengutipnya dan kembali menyambung perjalananku ke kelas.

12 Jun 2006

Alamak!! Aku harus cepat! Mesyuarat pengawas akan dimulakan tak lama lagi. Sebagai seorang ketua, aku tidak seharusnya tiba lewat. Aku ingin sampai ke bilik mesyuarat sebelum pengawas2 yang lain tiba. Apabila semua pengawas2 tiba di bilik mesyuarat tersebut, Cikgu Zainab mula berbicara. Namun, bicaranya terhenti apabila dia terlihat seorang pengawas perempuan yang sedang merapikan tudungnya. " Balqis, kenapa dengan dahi kamu tu?? Apasal berbalut? Kamu kena pukul lagi oleh samseng ya? " aku terkejut apabila mendengar pernyataan cikgu Zainab itu. Bukan kerana kerana apa tetapi seorang perempuan dipukul oleh samseng? Mungkin samseng tu, samseng perempuan kot, desis hatiku. Aku tidak dapat meneka samda ianya terjadi disebabkan pergaduhan ataupun disebabkan oleh sikap biadap samseng tersebut.

Aku melontarkan pandangan terhadap pengawas yang bernama Balqis itu. Eh, bukankah dia yang melanggarku kelmarin? " Bukanlah cikgu.. saya terhantuk kat tiang.. ", Balqis menjawab. " Hah?? Sampai macam tu sekali..? Betul ke ni? Saya dgr kelmarin, dahi kamu tu berdarah, saya fikir kamu dipukul lagi.. ", " Eh, taklah cikgu... kaki saya tersadung.. Saya nak cepat kelmarin.. tiba2 saja saya dah tercium tiang... ", ramai pengawas yang tertawa mendengar gurauannya tetapi ia langsung tidak terasa lucu bagiku. Aneh, dia sudah tidak mengenaliku lagi kah? Mengapa dia tidak berterus terang sahaja bahawa aku yang yang melanggarnya? Mengapa dia tidak berkata semua yang berlaku ini salahku? Aku yang menyebabkan dahinya cedera, bukan? Aku menatapnya wajahnya. Walaupun aku tahu ianya suatu perkara yang tidak patut untuk dilakukan, tetapi entah mengapa aku begitu tertarik dengannya.

Aku melihat dahinya yang di tampal dengan kapas. Aku juga dapat melihat tompokan darah kecil yang sudah kering di tudungnya. Sampai macam tu sekali aku melanggarnya? Dahinya terluka disebabkan oleh aku. Adakah dia menipu kononnya dia terjatuh untuk melindungiku daripada dimarahi cikgu? Atau sekadar untuk menghindari sebarang gosip yang mungkin akan tercetus di antara kami? Begitu banyak persoalan yang muncul di kepalaku.

Aku merenungnya dengan begitu lama sehingga dia menyedari renunganku yang tajam itu. Mataku bertemu dengan matanya dan aku dapat merasakan pandangannya itu seakan akan menusuk kalbuku. Apabila aku tersedar yang aku semakin mendekati zina hati, aku segera berpaling dan beristighfar banyak kali. Pada saat itu, aku teringat sebuah hadis yang menyatakan bahawa lebih baik seorang lelaki itu mengetuk kepalanya dengan tukul besi daripada menyentuh wanita yang bukan mahramnya. Aku melihatnya kembali dan kali ini aku tidak lagi merenung matanya. Dia kelihatan tersipu-sipu malu dan aku ternampak pipinya yang menjadi semakin merah. Sesuai dengan gelaran Umairah, gelaran yang diberikan untuk Aisyah oleh Rasulullah S.A.W.

SELEPAS selesai mesyuarat itu, aku terus berlari mendapatkan Balqis di pintu gerbang yang menuju ke luar sekolah. " Assalamualaikum Balqis.. ", dia berpaling ke belakang dan sekali lagi mata kami bertemu. Aku segera memandang ke arah kenderaan2 yang sedang menjemput pelajar2. Sekali lagi aku dikejutkan oleh suara emppunya Balqis itu. " Ya, abg senior? Ada apa abg senior cari saya? ". Abang senior? Aku tersengih mendengar panggilan abang itu. Setahu aku, tidak ada seorang pun yang memanggilku abang di sekolah kecuali dia.

Mungkin ia hanya sekadar ingin menunjukkan rasa hormat terhadapku. Aku berkata kepadanya " Taka ada apa2 cuma.... saya cuma nak... err... ", Ya Allah!! Apa tujuan aku untuk bertemu dengannya?? Aku sudah terlupa! Bagaimana ia boleh terjadi? Mungkinkah hatiku yang tidak keruan ini sudah melenyapkan ingatanku terhadap tujuan bertemu dengannya? Lantas aku terus berkata-kata. " Sebenarnya... saya nak minta maaf, dahi kamu luka sebab kecuaian saya.. " sekali lagi dia mencelah. " Tak perlu nak minta maaf dgn saya, abg senior.. Saya faham, sebenarnya saya pun salah juga masa tu.. " aku tidak puas hati dgn kejadian sebentar tadi. Aku terus bertanya. " Jadi... kenapa kamu tak terus terang saja dgn cikgu Zainab psl tu..? "

" Abg Yusuf... saya tahu abg ni seorg yg alim... klu saya beritahu yg abg yg langgar saya kelmarin, mesti org fikir yg bukan2, tak ke camtu? Saya cuma nak lindung abg senior saja.. ". Aku terpaku mendengar kata2 itu. Di saat aku ingin berkata, dia sudah berlalu pergi daripadaku. Aku ingin mengejarnya tetapi dia sudah hilang ditenggelami oleh ratusan pelajar yang memenuhi pintu gerbang. Pada ketika itu, aku meraba kocek seluarku. Baru aku teringat, aku ingin memulangkan kembali jam tangan tersebut terhadapnya! Ya Allah.... apa semua ni? Tatkala aku ingin mengembalikan jam tersebut.. aku terlupa pula untuk memberinya.


Aku tidak ingin dianggap sebagai pencuri terhadap Allah yg Maha Berkuasa itu. Sesungguhnya aku bukannya berniat untuk mengambil jam tangan itu tanpa izin. Aku terfikir sejenak, dia ingin melindungiku daripada fitnah? Oh, betapa mulianya hatinya. Aku seorang manusia biasa, mempunyai hati dan perasaan. Dan aku juga merupakan seorang lelaki lengkap dengan nafsu dan perasaan. Pada saat aku bertemu dengannya, aku dapat merasakan bahawa dialah orangnya.

Pada saat ini, detik ini, aku sudah tidak mengenali dosa dan pahala. Aku mula menanam rasa suka pada pengawas yang bernama Balqis Az-Zahra itu. Hatiku tidak keruan memikirkannya. Dia melindungiku daripada fitnah. Benar katanya, sekiranya dia memberitahu hal yang sebenar, orang akan mula rasa menyesal kerana memilihku sebagai pemimpin pengawas. Mereka mungkin akan berfikir bahawa aku sengaja mendiamkan diri dan tidak berani menyatakna kebenaran. Oh, baik sungguh hatinya. Walaupun dia tercedera disebabkan oleh kecuaianku, namun dia tetap memaafkan aku dan melindungiku. Andai kata hubungan aku dan dia halal di sisi Allah, mahu sahaja aku merawat dahinya itu. Mahu sahaja aku melindunginya dari sebarang kemalangan yang boleh menyebabkannya cedera. Aku pernah diberitahu oleh seseorang bahawa kelemahan seorang lelaki hakikatnya ialah seorang perempuan yang dicintainya. Mungkinkah aku jadi begini disebabkan olehnya?

Astaghfirullahalazim!! Ya Allah, ya Tuhanku! Sekali lagi aku beristighfar dan memohon keampunan daripada-Nya. Aku rasa berdosa dan hina terhadap-Nya! Aku sudah pun melakukan perbuatan zina! Zina hati! Astaghfirullah!! Aku harus buang perasaan ini jauh2, kerana aku tahu ia takkan ke mana. Setelah aku mengembalikan jam tangannya esok, aku tidak akan lagi menemuinya walaupun aku tahu kami akan bertembung selalu disebabkan oleh sekolah yang sama dan jawatan yang sama. Tetapi tidak ada salahnya jika kita mencuba untuk melupakan sesuatu, bukan? Aku menanam azam itu di dalam hati.

13 Jun 2006

PADA keesokan harinya, aku bertekad untuk mengembalikan jam tersebut padanya. Aku pergi ke kelasnya yang terletak di tingkat atas blok D. Aku mencarinya di kelasnya namun berita yang aku terima mengenainya agak mengejutkan. Balqis Az-zahra dah pindah sekolah, bang! " Kata ketua kelas tingkatan 4 Sains Tulen itu/ " Ya, semalam hari terakhir dia sekolah, bang! Dia dah tak sekolah sini lagi. Dia dah pergi.. ", seorang pelajar perempuan menyampuk pula. Aku berterima kasih pada mereka lalu aku pergi meniggalkan kelas itu. Hmm... dah pindah pula... desis hatiku. Aku cuba untuk bertenang kerana jauh di sudut hatiku, aku sebenarnya kecewa dan sedih medengarkan berita pemergiannya. Jam tangannya masih lagi ku simpan sehingga hari ini. Ianya amat istimewa sekali kerana jam tersebut kepunyaannya. Namun begitu, aku sering berkata pada diriku, bahawa Allah sengaja memisahkan kami agar tidak berlaku sebarang maksiat di antara aku dan dia. Dan ia bermakna, doaku termakbul. Walaupun dalam keadaan yang perit, aku harus melupakannya, kerana aku tahu tiada jodoh di antara kami. Seandainya memang ada jodoh di antara aku dan Balqis, ianya terletak pada kehendak Allah S.W.T

11 Jun 2013

Yusuf Al-Amin meneliti jam tangan yang berwarna biru yang semakin kelihatan pudar di tenggelam masa itu. Dia tidak pernah melupakan tarikh pertemuannya dengan Balqis meskipun sudah 7 tahun berlalu. Namun, dia ingin melupakan semua itu dan menumpukan perhatian terhadap cita-citanya yang ingin menjadi seorang jurutera pada masa depan nanti. Dia pun mula berjalan untuk menuju ke dewan kuliah. Sedang dia menekan keypad telefon bimbitnya untuk di-silentkan tiba-tiba dia terlanggar seorang pelajar. Dia terkejut lalu memandang ke arah pelajar tersebut.

"Eh, abg senior... lama tak jumpa... abg senior masih ingat kat saya ke?", Balqis Az-Zahra muncul di depannya. Dan kini dia sudah mejadi lebih matang dan dewasa. Kecantikannya semakin jelas terserlah. Yusuf masih kelihatan terpaku melihat gadis yang dirindui tujuh tahun lamanya. Lantas dia bersuara, " Siapa tak ingat... Balqis kan? ", Balqis menjawab. " Ya, saya.. tak sangka kita akan bertemu lagi.. ", suaranya begitu lembut. Berbeza dengan suarnya sewaktu di sekolah menegah dulu. Yusuf masih lagi menatap wajah gadis itu. Dia cuba untuk tidak memandang ke arah matanya. Dia berkata.

" Ya.... saya pun sama.. oh ya! Saya masih lagi simpan jam Balqis masa kat sekolah dulu! ", Yusuf memasukkan tangannya ke dalam kocek seluarnya. Balqis pun berkata dengan suara yang agak terkejut. " Eh, ye ke?? Wah.. padanlah saya cari2 tak jumpa.. rupa2 nya abg yang simpan! ". Yusuf tersenyum lalu berkata lagi. " Ya... saya yg simpan.. saya akan kembalikan jam ni pada Balqis semula dengan satu syarat.. " Balqis hairan seraya bertanya. " Apa syaratnya? Main bersyarat pula abg senior ni... ".

" Boleh tak kalau awak jadi isteri saya yg sah? Saya tidak berani untuk berkawan dengan awak, saya tidak berani untuk bertembung dengan awak dan kalau boleh saya tidak ingin bertemu dengan awak, tetapi saya ingin bersama dengan awak dan saya tidak mahu awak pergi meninggalkan saya lagi.. Jadi boleh tak klu awak tunaikan permintaan saya? Ternyata Allah menemukan kita kerana saya yakin, awaklah jodoh saya di dunia akhirat! ",Yusuf begitu yakin berkata-kata. Dia yakin bahawa pertemuan ini ditentukan oleh-Nya. Dia mahu menjadikan Balqis isterinya untuk melindunginya dan mencintainya dengan halal sekaligus ingin membalas budi Balqis Az-Zahra sewaktu ketika dahulu. Balqis menundukkan pandangannya dan cuba menyembunyikan pipinya yang merah itu. Dia tersenyum dan berkata." Tak boleh... mana boleh.. ", Yusuf bertanya lagi. " Kenapa? "

" Abg harus bertemu dengan ibu bapa saya dulu, baru kita boleh kahwin.. " Balqis mejawab dengan senyuman yang ikhlas. Yusuf membalas senyuman bakal isterinya itu.
[/size]



Edited by raihah_1106 on 11.05.2010 15:21
www.iluvislam.com