Berapa lamakah masa yang kita peruntukkan untuk solat sehari semalam?
Jika setiap rakaat kita perkirakan dua minit..
maka dalam sehari-semalam jumlahnya menjadi 34 minit iaitu bersamaan 2.4 peratus dari 24 jam yang ALLAH berikan buat kita..
238 minit dalam seminggu bersamaan 3 jam 58 minit dari 168 jam yang ALLAH peruntukkan buat kita dalam seminggu..
1020 minit dalam sebulan bersamaan 17 jam dari 720 jam yang ALLAH pinjamkan buat kita dalam sebulan..
12410 minit dalam setahun bersamaan 206 jam 50 minit dari 8760 jam yang ALLAH bekalkan buat kita.. iaitu hanya sekitar 8 hari 14 jam 24 minit dari 365 hari dalam setahun..
Jika secara purata usia hidup manusia selama 60 tahun, dan dikurangi dengan 10 tahun masa awal akil baligh (dewasa), maka hanya 50 tahun seseorang melaksanakan solat dalam hidupnya. Ini bermaksud, sepanjang hidup kita melaksanakan solat fardhu selama 620500 minit atau sekitar 10341 jam 40 minit bersamaan 430 hari 1 jam 32 minit atau 1 tahun 2 bulan 5 hari 1 jam 32 minit SAHAJA dari 50 tahun usia baligh kita yang penghujungnya entah di mana..
Terlihatlah betapa jauhnya perbandingan ketaatan kita kepada ALLAH SWT dengan nikmat yang diberikanNya kepada kita dengan nikmat usia.. kita patut malu jika mensia-siakan usia.. Diberi nyawa dan nafas percuma, tetapi masih mahu "menyombongkan" diri dengan Yang Maha Pencipta..
Bagaimana mungkin kita meninggalkan solat dengan alasan tak cukup masa? terlalu sibuk? hakikatnya jika kita jujur pada diri kita.. kita mampu bersembang lama di telefon.. berjam-jam di hadapan komputer.. menonton TV.. berjalan-jalan.. dan sebagainya..
Ingatlah, Abu Zubair menceritakan bahwa dia mendengar Jabir bin Abdullah berkata, ''Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'Antara seseorang dengan kemusyrikan dan kekafiran itu terdapat perbuatan meninggalkan solat'." (HR Muslim).
Janganlah pernah merasa puas dan berbangga diri dengan ibadah yang telah kita laksanakan. Sebab, boleh jadi ibadah kita, terutama solat, tidak mempunyai erti apa-apa bila hal itu kita kerjakan dengan tidak ikhlas.. Apatah lagi berharap pada syurgaNya.
perjalanan bermula sebagai seorang insan meningkat kepada muslim.. muslim meningkat kepada mukmin.. mukmin meningkat kepada muttaqin.. muttaqin meningkat kepada mukhlisin.. jadilah hambaNya yang ikhlas dalam taatNya..
dan mampukah kita setabah mereka?
atau ini?
mahupun yang ini?
atau ini?
mampukah? begini?
sekadar peringatan buat diri.. jangan jadikan ALLAH sebagai keperluan bermusim.. Ya ALLAH janganlah KAU palingkan hati ini dari kiblatMu.. Ameen..
No comments:
Post a Comment