Jumaat itu Msih Ku ingati...
Hadir nya dirimu mnyinari hidup ini.
perginya dirimu amat memberi kesan pada hidup ini,
Lihat betapa kau amat bermakna dlm hidup ini..
kadangkala aku seakan2 mahu berlari
mencari mu semata2 ingin menyatakn yg aku terlalu rindu..
walhal aku tahu..dirimu tak mungkin ku temu..
Dulu mungkin aku lemah mengahadapi nya..
seolah2 aku ingin turut serta bersamamu..
tp aku sedar Tuhan lebih mnyayangi mu..
Kau tahu..pada hari tu aku berusaha memegang janji ku
padamu supaya tidak mmbiarkn airmata ku mengiring pemergian mu..
Nah aku berjaya ...sungguh aku seorang yg penipu..
Berpura2 tabah mngahadapi nya.
sedang hati aku rapuh didalm kegoanku..
Sekembalinya aku dari pusara mu..kuhambus kan semua airmataku..
pada dia aku merayu ganti lah aku ditempat mu..
sungguh aku rindu...
Dan bila aku rindu, pusara mu itu selalu mnjadi kunjungan ku..
disitu lah aku berteleku.
mencurah kan segala yg terbuku dhati..
mengenang kisah2 lama..memulih kn semangat dihati..
aku tahu..yg kau tahu aku mnjenguk mu,dari situlah kau merenung ku yg berwajah pilu...aku tahu kau juga ingin berkata sesuatu..mungkin kata2 semangat sebagai mana yg kau kata pada ku dulu..tp.......
tak mengapa ...aku tahu..segala kata2mu dulu masih ku simpan didalam kalbu..
Perginya dirimu tidak bermakna aku akan lupa kan mu...
Aku berjanji akan selalu menjenguk mu..
ayat suci al Quran tak pernah lupa kutujukn untukmu..
Mungkin dengan itu akan membuat kan kau lebih tenang disana..
Semoga kau dirahmati nya...
SULONG BTE BUROK (nenekku)....
AL-FATIHAH
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAku tahu kesedihan yang kau rasakan..
ReplyDeletehadirnya dia dalam hidupmu cukup menghibur jiwa, menghapus lara, dan membaja rasa...
Namun dia harus pergi jua..kerana janjinya pada Yang Esa telah tiba..
Kau harus terima hakikat itu dan aku tahu kau tahu tentang itu
Bersabarlah...dan hapuskan air matamu
Senyumlah...keceriaan yang terpancar di wajahmu cukup mendamaikan hatiku..
Aku tahu kesedihan yang kau rasakan...kerana aku juga pernah dan sedang terkilan
dia yang juga telah pergi tidak sempat ku kucup dahi...
dia yang telah pergi masih tidak ku ketahui di mana dia bersemadi...
Aku tahu kesedihan yang kau rasakan..kerana kita berkongsi kesedihan yang sama!
hehehe mekasih dila
ReplyDeletecerpen ke syair?
hehehe