disebalik itu...

Saturday, September 25, 2010

Kisah Yakjud & Makjud



Hingga apabila dia [Zulqarnain] sampai di antara dua buah gunung, dia mendapati di hadapan kedua-duanya kaum yang hampir tidak dimengertikan bahasa mereka. Mereka berkata, "Wahai Zulqarnain, sesungguhnya Ya'juj dan Ma'juj itu, golongan yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami mengupahmu supaya kamu membuat dinding di antara kami dan mereka?" Zulqarnain berkata, "Apa yang telah Allah perkuatkan aku lebih baik. Justeru, tolonglah aku dengan kekuatan [manusia dan peralatan], agar aku membina dinding di antara kamu dan mereka." "Berikanlah aku kepingan-kepingan besi." Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua [puncak] gunung itu, Zulqarnain berkata, "Tiuplah [api]." Hingga apabila besi itu sudah menjadi [merah seperti] api, dia pun berkata, "Berilah aku tembaga [yang mendidih] agar kutuangkan ke atas besi panas itu." Maka mereka tidak mampu mendakinya dan mereka tidak mampu juga menembusinya. Zulqarnain berkata, "Ini [dinding] adalah rahmat dari Tuhanku. Maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh, dan janji Tuhanku itu adalah benar." Kami biarkan mereka di hari itu bercampur-aduk di antara satu sama lain, kemudian ditiup lagi sangkakala, lalu Kami kumpulkan mereka itu semuanya.
[Al-Kahfi: 93-99] 

Hingga apabila dibukakan [tembok] Ya'juj dan Ma'juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan telah dekatlah kedatangan janji yang benar [hari kebangkitan], maka tiba-tiba terbelalaklah mata golongan kuffar. [Mereka berkata] "Aduhai, celakalah kami. Sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah golongan yang zalim.
[Al-Anbia': 96-97] 

AL-QURAN tak banyak cerita pasal Ya'juj dan Ma'juj ni. Sebabnya al-Quran bukan buku sejarah, bukan juga novel. Yang penting dalam kisah ni, adalah manusia mengambil iktibar kekuasaan Allah, yang boleh mencipta dunia ini, dan mampu menghancurkannya. Ya'juj dan Ma'juj adalah tanda kebesaran Allah, menunjukkan dunia ni makin hampir ke saat-saat akhirnya. Bila aku cerita sebelum ni, aku fikir hanya sebagai lintasan jurnal, tazkirah kepada diri sendiri dan juga kepada pembaca yang nak ambik iktibar. Sebab itu, aku cerita tak habis, aku kutip sikit-sikit. Tapi memandangkan ramai yang nak tau lebih lanjut, aku terfikir, kenapa aku tidak ceritakan secara lengkap, berdasarkan al-Quran, as-Sunnah dan sumber-sumber lain? 

Tak seperti kitab-kitab suci Yahudi dan Kristian yang telah disongsangkan, al-Quran hanya menceritakan bagaimana Ya'juj dan Ma'juj ini boleh terperangkap dan bila pula mereka dapat tembusi sekatan itu dalam dua buah surah. Itu pun, surah pertama dalam tujuh ayat, dan yang kedua hanya dua ayat sahaja. Yang penting, kita ambil iktibar, betapa manusia yang semakin rosak dan merosakkan, akan bertemu dengan yang lebih rosak dan yang lebih merosakkan. Keangkuhan manusia tumpas juga! 

Lughawiyyin [ahli bahasa Arab] berselisih pendapat dalam menentukan asal kalimah ni. Kebanyakan mereka beranggapan Ya'juj dan Ma'juj ni berasal dari kalimah asing, manakala sebahagian kecil lagi berpendapat memang dari bahasa Arab yang asal. Ada juga yang membacanya tanpa menyebut hamzah, maka jadilah Yajuj dan Majuj. Dalam bahasa Yunani, dorang panggil Gog dan Magog. 

Ya'juj dan Ma'juj ni pun manusia cam kita. Mungkin sebelum ni kita menggambarkan mereka macam makhluk asing, ala, cam Aliens, Species, ET atau seribu satu lagi makhluk kat planet Zarqon. Pada zaman Nabi Nuh, Allah turunkan bala kepada manusia kerana engkar. Lalu seluruh dunia mengalami bah besar. Mungkinkah waktu bah besar ni, dinasor semua mati? Selepas bah, Nabi Nuh mendapat tiga orang anak. Ada disebut dalam hadis, nama-nama anak Nabi Nuh ni. Dari Sam, maka berkembang-biaklah umat Arab, Parsi dan Rum. Dari Ham, muncul pula bangsa Habshah, Zinj [orang kulit hitam] dan Nubah [satu bangsa yang tinggal sekitar selatan Aswan hingga Dunqalah, Sudan]. Dari Yafith nilah Ya'juj dan Ma'juj berasal, sekali dengan bangsa Turki dan Thaqalibah. Aku tak pasti Thaqalibah ni bangsa apa tapi macam bangsa yang telah lenyap dari bumi. 

Ada ahli yang pakar dalam ilmu nasab-nasab ni, [antropologikah?] beranggapan bangsa lain yang keluar dari Yafith, ialah A'ri dan China. A'ri aku tak pasti bangsa apa, tapi dorang ada di India, Iran dan juga di Eropah. Jadi, mereka membuat kesimpulan, bangsa China, India dan Asia Timur juga berasal dari Yafith. Aku tak jumpa bangsa Asia Tenggara dari mana. Tapi mungkin juga kita semua ni dari Yafith, ada bau-bau stokin dengan Ya'juj dan Ma'juj. Boleh jadi kita pun berpotensi jadi bangsa perosak. Nengok kan perangai manusia bangsa kita pun, memang dah makin rosakkan? :) Rafthah terselamat pasal dia orang Arab, moyang dia Sam. Dalam hadis ada disebut jumlah mereka. Bukhari ada meriwayatkan antara hadis itu, yang menyebut setiap 1000 penghuni neraka, 999 terdiri dari Ya'juj dan Ma'juj, 1 pula dari kalangan manusia lain. Dalam satu hadis yang gharib, ada disebut mereka tak akan mati melainkan setelah meninggalkan lebih dari 1000 zuriat. Wallahu'alam sama ada betul atau tidak. Tapi kesimpulannya, memang Ya'juj dan Ma'juj ni banyak gila, melampau-lampau. 

Allah tak memberitahu kat mana tempat mereka berkurung. Nasib baik Allah tak dedahkan, sebab manusia ni bukan boleh percaya sangat. Nanti ada pula manusia gila kuasa yang cuba bebaskan mereka dan konon-kononnya nak bekerjasama [tak pun nak berdakwah, ahaks!] untuk perintah bumi ni. Dengan Presiden Amerika Si Bush tak pun Israel dengan Ariel Sharon tu, memang tak boleh percaya. 

Tapi ulama' dengan ijtihad mereka cuba mengesan kat mana mereka berada. Ibnu Abbas beranggapan mereka ni berada di sempadan Turki, berhampiran Armenia dan Azerbaijan. Al-Alamah Jamaluddin al-Qasimi menyebut, sebahagian ahli sejarah beranggapan, Ya'juj dan Ma'juj berada di belakang pergunungan Qauqaz di wilayah Daghistan. Tapi puak tu namaya Aquq dan Maquq, yang menjadi moyang kepada kebanyakan bangsa di utara dan barat kepada Rusia dan Asia. Abu A'la Maududi pula beranggapan Ya'juj dan Ma'juj ni ialah bangsa Rusia dan Utara China, yang dikenali sebagai bangsa Tatar, Monggol, Hun, Sabith dan lain-lain. 

Ahli sejarah Yahudi, Busipus pula beranggapan mereka ni ialah kaum Shith yang mendiami di utara dan barat Laut Hitam. Intelektual Nasrani, Jirum pula berpendapat Ya'juj dan Ma'juj ni tinggal di utara Qafqaz, berhampiran Laut Khazr [aku fikir Laut Caspian]. Okey, kalau ikut realitinya, di antara Laut Caspian dan Laut Hitam ada banjaran gunung Qauqaz yang memisahkan antara bahagian utara dari selatan. Di sekitar banjaran tu ada laluan sempit yang dinamakan Darabal. Kat situ memang ada tembok besi yang dibina umat zaman dulu yang agak menyerupai ciri-ciri yang disebut dalam al-Quran tu. 

Tapi kat kawasan tu tak ada sangat puak-puak barbaric melainkan yang kecil-kecil. Sebab tu ada sorang ustaz bagi tau aku [tapi aku lupa pula nak tanya dia ambil kat mana], tembok besi yang Zulqarnain tu bina sebenarnya memang tinggi sehingga sama taraf gunung, tapi Ya'juj dan Ma'juj terperangkap dalam bumi. Korang mesti ingat novel-novel Inggeris pasal penjelajahan bawah tanahkan? Ada sebuah filem, tapi aku lupa judol filem tu. Mungkinlah, dorang berinspirasikan kisah ni, kot. Tapi tulah, kuasa dan ilmu Allah, yang manusia sampai sekarang masih belum dapat selongkar. Dorang boleh agak tempat tu, tapi tak ada pula dorang jumpa kaum seperti tu. Aku fikir kalau dorang jumpa pun, tentu dorang dah mampus sebab kena bunuh dengan Ya'juj dan Ma'juj ni. 

Camna nak kenal Ya'juj dan Ma'juj, ya. Sebab muka bukan cam Aliens yang Sigourney Weaver selalu bunuh tu, atau pun raksasa yang dulu tiap-tiap minggu ultraman dan ahli keluarganya duk bunuh, maka korang tentu tak sukar nak gambarkan wajah mereka. Ya'juj dan Ma'juj ni berwajah lebar, mata sepet, kulit kuning kemerah-merahan dan keputih-putihan [entahler warna apa nak ditulis] dan muka mereka cam perisai yang orang dulu pakai masa perang. Rambut dorang kelabu. Ada sesapa yang mirip ciri-ciri aku sebut tu? :) 

Ya'juj dan Ma'juj ni keluar dari tembok besi tu lepas Nabi Isa yang diturunkan semula ke bumi berjaya membunuh Dajjal. Aku akan ceritakan Dajjal ni dalam catatan yang lain walaupun Dajjal muncul dulu. Maknanya, selepas Nabi Isa menghukum Yahudi dan fitnah-fitnah mereka, barulah Allah izinkan Ya'juj dan Ma'juj keluar. 

Dalam satu hadis, Nabi bangkit dari tidur [dalam satu riwayat yang lain, Nabi masuk ke rumah Zainab binti Jahsyi], lalu berkata, "Celakalah Arab kerana kejahatan telah hampir. Ya'juj dan Ma'juj telah menembusi tembok seluas ini." Nabi mengisyaratkan lubang dengan menemukan ibu jari dan jari telunjuk. Zainab pun bertanya, "Adakah kita akan dihancurkan sedangkan di kalangan kita golongan yang soleh?" Nabi membalas, "Ya, apabila kejahatan tersebar." 

Maksud kejahatan tu, kefasikan dan kemungkaran. Ada ulama' yang beranggapan kejahatan tu merujuk secara khusus kepada zina. Agak-agak dah banyak tak zina kat dunia ni, eh, tengok kat Malaysia sudah lah. Ada sorang kadi yang bagi tau, dia pernah menahan pasangan yang buat projek atas motor. Atas motor, kawan! Ceritanya begini, dia naik kereta dia, kat depan tu ada motor. Yang peliknya, jalan tu rata je, tapi penunggangnya cam naik motor atas jalan yang tak rata, kira melompat-lompatlah motor tu. Dia pun kejar motor tu, dan bila dah berselisih, dia tengok yang bawa motor tu pompuan, penunggangnya laki. Yang pompuan pakai skirt yang singkat, yang laki seluarnya dah terlondeh hingga ke paha. Dia tahan motor tu. Kau bayangkan, dalam satu hadis nabi kat akhir zaman, manusia akan berzina di tepi-tepi jalan cam anjing. Ni kat tengah jalan, dan ni berlaku di Malaysia yang Dr. M yang kita kasihi kata negara Islam! So, kalau dah rasa kita ni kat akhir zaman, bawa-bawalah taubat. 

Dalam satu hadis riwayat Abu Hurairah, ada cerita menarik. Ya'juj dan Ma'juj ni setiap hari cuba menembusi tembok besi tu. Setiap kali, mereka hampir selesai gali dan tembusi tu, matahari pun nak terbenam. So, Presiden Ya'juj dan Ma'juj pun arahkan balik dan sambung gali balik esok. Malam tu, Allah tambahkan tembok tu sekali ganda lagi. Sehinggalah suatu hari yang dijanjikan, Allah memang mengkehendaki mereka ni tersebar kat muka bumi, maka bila hampir selesai, dan seperti biasa, matahari nak terbenam, lalu Presiden tu pun suruh balik dan kata, INSYA-ALLAH kita sambung balik esok. Jadi, berkat si Presiden tu kata insya-Allah, maka tak ada tambah-tambah lagi dan kekal cam biasa. Esoknya, mereka gali sikit dan dapat tembusi lalu bertebaran kat muka bumi ni. 

Fitnah Ya'juj dan Ma'juj ni terlalu besar dan tersebar kat muka bumi. Even Nabi Isa yang dapat mengalahkan Dajjal pun tak dapat menahannya. Dan memang janji Allah, Ya'juj dan Ma'juj ni tak ada sapa yang dapat kalahkan. So, Nabi Isa dan manusia akan bersembunyi ketika tu. Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya waktu tu akan bersembunyi di Bukit Tur. Yang lain pun pandai-pandai cari tempat persembunyian sebab kalau jumpa dengan Ya'juj dan Ma'juj ni memang jadi arwahlah. 

Sekumpulan mereka melalui Tasik Tabariyah, Palestin, lalu minum air tu sehingga satu puak yang lain bila sampai kat situ hanya berkata, "Dulu kat sini ada tasik." Maknanya dah kering tasik tu. Sesapa pun tak dapat menahan mereka. 

Jadi bila Ya'juj dan Ma'juj ni dah tak jumpa manusia, sama ada kena bunuh atau sempat bersembunyi, lalu mereka pun mula berlagak gila bangkong. Presiden mereka pun naik ke atas puncak Bukit al-Khamr di Baitul Maqdis, lalu melaung sekuat-kuat yang boleh, "Sesungguhnya kita telah berjaya membunuh manusia yang berada di atas muka bumi. Mari kita bunuh pula yang ada di langit." Jadi mereka pun pakat-pakat panah langit. Allah nak main-mainkan mereka, lalu bila anak panah tu jatuh, berlumuran dengan darah. Maka mereka pun bertambah berlagak gila babi, babi gila pun tak berlagak cam tu. 

Tapi Allah takkan biarkan hamba-hamba yang sentiasa taat macam tu. Lalu Allah turunkan ulat-ulat di belakang mereka. Ulat-ulat ni akan makan daging mereka cam serigala baham kambing. Ya'juj dan Ma'juj yang rasa kuat, gagah perkasa dan ego gila tu dikalahkan hanya dengan ulat-ulat kecil. Ingat pasal kisah Abrahah dengan tentera bergajah yang bongkak, hanya dikalahkan burung ababil dengan batu-batu kecil. Selalu Allah hukum orang yang rasa gagah perkasa ni macam tu, dengan haiwan atau benda yang kecil dan lemah. Jadi, kalau rasa tinggi gila, kaya gila, hebat gila, kuat gila, ingat suatu hari nanti, tak mustahil kita akan dikalahkan dengan makhluk yang selama ni kita pandang lekeh. Tu belum Allah turunkan dengan yang setanding. Tak tau nak gambarkan camner kalau Allah utuskan malaikatul maut dengan wajah mereka untuk menghancurkan Ya'juj dan Ma'juj tu. 

Dengan ulat-ulat tu lah, maka Ya'juj dan Ma'juj mampus. Bila Nabi Isa dan umat manusia keluar dari tempat persembunyian. Pada masa tu, kerana bangkai-bangkai Ya'juj dan Ma'juj ni banyak, maka tak ada tempat kat muka bumi ni untuk berpijak melainkan atas bangkai-bangkai mereka. Camner nak buat ya, mana nak campak bangkai-bangkai tu kalau tak ada tempat yang kosong? Memang, kudrat manusia tak boleh nak buat apa-apa dah. Jadi dorang hanya dapat berdoa. Lalu Allah utuskan burung-burung yang bertengkok panjang. Mungkin burung ereng? Manakala panah dan busur tu pula orang Islam bakar selama tujuh tahun baru api tu padam. Allah turunkan hujan sehingga bumi bersih dan Allah perintahkan bumi supaya menumbuhkan pohon-pohon. 

Selepas tu Nabi Isa dan umat manusia pun memulakan hidup. Tapi bukan cam akhir cerita dongenglah, and they live happily ever after. Nabi Isa akan menegakkan hukum Islam, ikut syariat yang dibawa Nabi Muhammad saw lah sebab, syariat Islam adalah penutup kepada syariat-syariat nabi lain. Nabi Isa juga akan menunaikan haji dan menziarahi Masjid Nabawi. Waktu tu keamanan dan keberkatan akan tersebar kat muka bumi. 

Tapi sebab tu dah akhir zaman, maka keamanan dan keberkatan tu tak bertahan lama. Nabi Isa akan wafat. Tanda-tanda besar kiamat makin banyak berlaku. Dan pada suatu hari yang tarikhnya pada pengetahuan Allah, kiamat akan berlaku. 

Aku cerita pasal Ya'juj dan Ma'juj ni bukan sekadar menghiburkan hati. Cerita ni bila kita dengar, sepatutnya kita makin insaf, kita sebenarnya berada di ambang kiamat. Maka sudah semestinya, bila kita sedar kita berada hampir begini, kita akan beramal soleh. Amal soleh, bukan hanya bererti duduk atas sejadah atau dalam masjid. Tapi amal soleh ialah melaksanakan apa-apa jua perintah Allah. Oleh kesempurnaan dan keluasan Islam ni, maka setiap amalan mesti berlandaskan Islam. 

Bukanlah bermakna bila kita tau Nabi Isa pasti turun, bunuh Dajjal dan menghukum Yahudi, maka kita kena tunggu. Sebab Allah bukan tentukan pahala kita pada kejayaan kita, tapi kita dinilai pada apa yang kita buat. Kalau kita yakin, Islam akan menang, maka mestilah kita kerja untuk memenangkan Islam. Syarat kemenangan mesti dipenuhi, baru kemenangan dapat. Ya'juj dan Ma'juj, salah satu tanda besar kiamat. Sebelum tu, tanda-tanda kecil kiamat dah banyak berlaku. Kalaupun kiamat tu lambat lagi [ikut perkiraan manusia], tapi kematian bila-bila boleh berlaku. Lagi pun mati tu kan kiamat kecil bagi manusia!

Wednesday, September 8, 2010

Pokok Gharqad 1

Pokok Gharqad Yahudi

Gharqad juga dikenali sebagai boxthorn dan nama saintifiknya Nitraria retusa. Website daripada Israel merujuknya sebagai ‘salt tree’. Pokok ini juga didapati tumbuh di sekitar Pakistan, Iraq, Syria, Jordan, Arabia dan Utara Afrika. Didapati maklumat tentang tumbuhan ini tidaklah sebanyak maklumat spesies tumbuhan lain di Wikipedia. Kenapa agaknya?

Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud : “Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung disebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya : “Wahai muslim, wahai hamba Allah, dibelakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya”, kecuali Pokok Gharqad (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi.”

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

Pokok Gharqad 2

Menurut satu sumber maklumat, telah dimaklumkan bahawa orang Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis Nabi saw , cuma keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.

Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus dan sebagainya. Moga gambar pokok Gharqad yang dipapar diatas dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh disini.

mengenal musuh sebenar 1

Mengenali Musuh Sebenar (I)

Islam adalah agama yang membawa rahmat ke seluruh alam. Sebahagian orientalis dan musuh Islam cuma mewujudkan imej yang kandungan al-Quran itu menganjur permusuhan mutlak kepada orang Yahudi dan non-Muslim yang lain. Lalu mereka datangkanlah beberapa potong ayat atau tafsiran ayat al-Quran, seperti ayat ketujuh daripada surah al-Fatihah yang menyatakan bahawa orang yang dimurkai itu merujuk kepada Yahudi, dan orang yang sesat itu merujuk kepada penganut Kristian.

Adalah tidak tepat kalau kita masuk ke dalam jerat musuh ini. Sekiranya diperhatikan didalam al-Quran dan al-Sunnah, maka kita akan dapati bahawa Islam tidak pernah mengajar kita bermusuh secara mutlak kepada non-Muslim termasuklah juga bangsa Yahudi. Nabi sendiri pernah berkahwin dengan Safiyyah binti Huyai, seorang puteri kepada pemimpin Yahudi di Madinah. Islam juga membenarkan kita makan daging sembelihan Yahudi, menggambarkan betapa rapatnya hubungan kita dengan mereka. Selain itu, wanita mereka juga boleh dinikahi. Islam juga menganjurkan kita melakukan urus niaga perdagangan dengan mereka, sehinggakan ada satu bab khusus di dalam Sahih Bukhari bertajuk ‘Bab Berurusniaga Dengan Musyrik dan Yahudi’.

mengenal musuh sebenar 2


Mengenali Musuh Sebenar (II)

Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang memusuhi kemanusiaan. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang memandang hina bangsa selain Yahudi yang dipanggil Goyem oleh mereka. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang merampas tanah milik orang Palestin termasuklah tanah waqaf seinci demi seinci demi cita-cita politik mereka. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang menghalalkan pertumpahan darah orang awam, kanak-kanak, wanita dan orang tua yang tidak berdosa demi haloba perjuangan mereka.

Kini, simbol Zionisme itu disemat erat didalam bendera negara haram Israel. Bukan semua Yahudi bersama-sama dengan Zionisme. Ramai juga yang menentang Zionisme terutamanya daripada kumpulan orthodox mereka. Dan bukan semua yang Zionisme itu adalah berbangsa Yahudi.

kehancuran israel 1

Kehancuran Israel Menurut Al-Quran Dan Hadits (I)
(Catatan Catatan Islami)

Berikut adalah sejumlah kejahatan Yahudi yang dirakam oleh al-Quran dan Hadits.

Allah Taala berfirman :

وَقَضَيْنَا إِلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ فِي الْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي الْأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوًّا كَبِيرًا

"Dan telah Kami tetapkan bagi Israil dalam al-Kitab itu : “Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan dimuka bumi dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar.” (al-Isra : 4)

Kejahatan Yahudi disebabkan sifat dengki mereka :

وَدَّ كَثِيرٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُمْ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ

“Sebahagian besar Ahli Kitab (Yahudi) menginginkan sekali agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, kerana kedengkian yang timbul dalam diri mereka sendiri setelah nyata bagi mereka kebenaran.” (al-Baqarah : 109)

Perbuatan jahat mereka yang pertama terjadi pada zaman Nabi Yaqub, moyang mereka. Mereka berkeinginan menyingkirkan saudara mereka sendiri, iaitu Nabi Yusuf yang berakhlak mulia sehingga baginda lebih dicintai bapanya. (Yusuf : 7-18)

Kegemaran mereka membunuh para Nabi dan Rasul seperti membunuh Nabi Yahya secara kejam iaitu memenggal leher baginda manakala kepalanya diletakkan dinampan emas. Nabi Zakaria juga dibunuh secara keji iaitu dengan digergaji tubuhnya. Kedua pembunuhan ini terjadi pada masa pemerintahan raja Herodes. Mereka juga gemar membunuh orang-orang soleh yang lainnya.

إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِآَيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَيَقْتُلُونَ الَّذِينَ يَأْمُرُونَ بِالْقِسْطِ مِنَ النَّاسِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ

"Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para Nabi tanpa alasan yang benar, dan membunuh orang-orang yang menyuruh manusia berbuat adil, maka gembirakanlah mereka dengan seksa yang pedih.” (Ali Imran : 21)

kehancuran israel 2


Kehancuran Israel Menurut Al-Quran Dan Hadits (II)

Nabi Isa pun tidak lari daripada rencana jahat mereka, akan tetapi Allah swt menyelamatkan baginda. “Dan kerana ucapan mereka : Sesungguhnya kami telah membunuh al-Masih Isa ibnu Maryam Rasul Allah.” Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak pula menyalibnya, tetapi yang mereka bunuh dan salib itu ialah orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka (Yudas Iskaryot). Sesungguhnya orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan Isa) benar-benar dalam keraguan tentang (yang dibunuh) itu, kecuali mengikuti prasangkaan belaka, mereka tidak yakin bahawa yang mereka bunuh itu Isa.” (an-Nisa’ : 157)

Zu Nuwas adalah seorang raja Yahudi Najran di Yaman yang sangat fanatik, tidak ingin ada agama lain dalam daerah kekuasaannya. Alkisah ada sekelompok pengikut Nabi Isa yang setia (Nasrani), dan perihal mereka ini diketahui oleh mata-mata kerajaan. Lalu mereka dipaksa murtad dan masuk Yahudi, sesiapa yang enggan akan dibakar hidup-hidup. Raja Zu Nuwas memerintahkan pasukannya untuk menggali parit dan menyiapkan kayu bakar, yang akan digunakan untuk membakar umat Nasrani yang tidak mahu murtad. Kejadian ini dikisahkan didalam al-Quran : "Binasalah orang-orang yang membuat parit yang berapi dinyalakan dengan kayu bakar, ketika mereka duduk di sekitarnya, sedang mereka menyaksikan apa yang mereka perbuat terhadap orang-orang beriman. Dan mereka tidak menyeksa orang-orang mukmin itu, melainkan kerana orang-orang mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.” (al-Buruj : 4-8)

Dipendek kan cerita, kejahatan Yahudi pada zaman Rasulullah saw pun tak kurang kejinya. Yahudi Bani Qainuqa' adalah Yahudi pertama yang mengingkari janjinya dengan Rasulullah. Sebabnya adalah mereka mengganggu seorang muslimah yang datang ke pasar mereka. Muslimah tersebut duduk didepan salah seorang penjual barang perhiasaan, mereka merayunya agar membuka cadar yang dipakainya namun muslimah tersebut menolak. Lalu si penjual menarik hujung baju si wanita dan mengikatkannya ke punggung wanita tadi. Ketika berdiri terbukalah auratnya. Lalu mereka mentertawakannya. Sang wanita pun berteriak minta tolong. Seorang lelaki muslim mendengar lalu menerajang si penjual dan membunuhnya. Melihat kejadian itu orang-orang Yahudi mengerumuninya, dan beramai-ramai membunuh lelaki muslim tersebut. Mendengar berita kematian lelaki Muslim itu, maka keluarganya menuntut pertanggungjawaban orang-orang Yahudi. Maka Rasulullah saw datang bersama para sahabat mengepung mereka selama 15 malam. Atas perintah baginda mereka diberi hukuman untuk meninggalkan Madinah.

kehancuran israel 3

Kehancuran Israel Menurut Al-Quran Dan Hadits (III)

Yahudi Bani Nadhir melakukan pengkhianatan yang kedua. Ketika Rasulullah saw pergi ke perkampungan Yahudi ani Nadhir untuk meminta diyat (denda) dua orang muslim yang terbunuh dari Bani Amir, yang melakukan pembunuhan adalah Amr bin Umayyah Ad-Dhimari, seorang Yahudi. Permintaan itu diajukan karena sudah adanya ikatan perjanjian persahabatan antara Rasulullah saw dengan mereka. Ketika baginda datang mengutarakan maksud kedatangannya, mereka berkata, “Baik wahai Abu Qasim! kami akan membantumu dengan apa yang engkau inginkan.”

Pada saat Rasulullah saw duduk bersandar didinding rumah mereka, kemudian mereka saling berbisik. Kata mereka, “Kalian tidak pernah mendapati lelaki itu dalam keadaan seperti sekarang ini, ini kesempatan buat kita. Kerana itu hendaklah salah seorang dari kita naik ke atas rumah dan menjatuhkan batu karang kearahnya (Rasulullah saw)”, dan untuk tugas ini diserahkan kepada Amr bin Jahsy bin Ka’ab. Lantas dia naik ke atas rumah guna melaksanakan rencana pembunuhan ini. Tetapi Allah swt melindungi Rasul Nya daripada perbuatan orang-orang Yahudi tersebut dengan mengirimkan berita lewat Malaikat Jibril tentang rencana jahat itu.

Kemudian Rasulullah saw bergegas pulang ke Madinah, dan memberitahukan kepada para sahabat baginda tentang usaha jahat tersebut. Baginda memerintahkan para sahabatnya untuk bersiap-siap pergi memerangi mereka. Ketika orang Yahudi Bani Nadhir mengetahui kedatangan pasukan Rasulullah, mereka cepat pergi berlindung dibalik benteng. Pasukan Islam mengepung perkampungan mereka selama 6 malam. Baginda memerintahkan untuk menebang pohon kurma mereka dan membakarnya. Kemudian Allah memasukkan rasa gentar dan takut dihati mereka, sehingga mereka memohon izin kepada Rasulullah saw untuk keluar daripada Madinah dan mengampuni mereka. Mereka juga meminta izin untuk membawa harta seberat yang mampu dipikul unta-unta mereka kecuali senjata, dan Rasulullah saw pun mengizinkannya.

Peristiwa ini dirakam oleh al-Quran :

هُوَ الَّذِي أَخْرَجَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مِنْ دِيَارِهِمْ لِأَوَّلِ الْحَشْرِ مَا ظَنَنْتُمْ أَنْ يَخْرُجُوا وَظَنُّوا أَنَّهُمْ مَانِعَتُهُمْ حُصُونُهُمْ مِنَ اللَّهِ فَأَتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ حَيْثُ لَمْ يَحْتَسِبُوا وَقَذَفَ فِي قُلُوبِهِمُ الرُّعْبَ يُخْرِبُونَ بُيُوتَهُمْ بِأَيْدِيهِمْ وَأَيْدِي الْمُؤْمِنِينَ فَاعْتَبِرُوا يَا أُولِي الْأَبْصَارِ

"Dialah yag mengeluarkan orang-orang kafir diantara Ahli Kitab dari kampung-kampung mereka pada saat pengusiran kali yang pertama. Kamu tiada menyangka bahawa mereka akan keluar dan mereka pun yakin bahawa benteng-benteng mereka akan dapat mempertahankan mereka dari seksaan Allah, maka Allah mendatangkan kepada mereka hukuman dari arah yang mereka tidak sangka. Dan Allah mencampakkan ketakutan didalam hati mereka, dan memusnahkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan tangan orang-orang beriman. Maka ambillah kejadian itu untuk menjadi pelajaran wahai orang yang mempunyai pandangan.” (al-Hasyr : 2)

kehancuran israel 4

Kehancuran Israel Menurut Al-Quran Dan Hadits (IV)

Yahudi Bani Quraizhah melakukan pengkhianatan yang ketiga. Mereka membentuk pasukan (al-Ahzab), antara pasukan musyrik dan pasukan Yahudi. Suku Quraisy dipimpin Abu Sufyan ibnu Harb, suku Gathafan dibawah pimpinan Uyainah ibnu Hushn, suku bani Murrah dibawah pimpinan Harits ibnu Auf dan suku-suku yang lain, sementara pasukan Yahudi bani Quraizhah akan menusuk dari belakang. Peperangan Al-Ahzab itu betul-betul menyesakkan dada kaum muslimin yang terkepung, apalagi tingkah golongan munafik yang membuat goyah pasukan Islam. Berkat kesabaran kaum muslimin, maka Allah swt mengirim pasukan Malaikat dengan mendatangkan serangan berupa angin taufan yang memporak-porandakan pasukan ahzab. Mereka kucar-kacir, dan pulang ke tempat masing-masing dengan membawa kekalahan. Tinggallah Yahudi Bani Quraizhah, lalu Rasulullah saw mengumumkan kepada pasukan Islam, “Bagi mereka yang mahu mendengar dan taat agar jangan solat asar kecuali diperkampungan Bani Quraizhah.”

Kaum muslimin langsung bergerak menuju perkampungan Yahudi Bani Quraizah, dan mengepung mereka selama 25 malam. Orang-orang Yahudi tersebut benar-benar dicekam rasa ketakutan, lalu memohon kepada Rasulullah saw agar memberikan izin kepada mereka untuk keluar, sebagaimana yang baginda lakukan kepada Yahudi Bani Nadhir. Baginda menolak permohonan mereka, kecuali mereka keluar dan taat pada keputusan beaginda sendiri. Kemudian Rasululah saw menyerahkan keputusan atas mereka kepada Saad ibnu Muadz pemimpin suku Aus. Keputusan telah ditetapkan iaitu lelaki dewasa dieksekusi, harta dirampas, anak-anak dan wanita menjadi tawanan. Hukuman terhadap pengkhianatan Bani Quraizhah lebih berat daripada Bani Qainuqa dan Bani Nadhir, kerana nampak daripada pengkhianatan mereka hampir saja meruntuhkan moral kaum muslimin dan membahayakan nyawa mereka semua.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ جَاءَتْكُمْ جُنُودٌ فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِيحًا وَجُنُودًا لَمْ تَرَوْهَا وَكَانَ اللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرًا إِذْ جَاءُوكُمْ مِنْ فَوْقِكُمْ وَمِنْ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَإِذْ زَاغَتِ الْأَبْصَارُ وَبَلَغَتِ الْقُلُوبُ الْحَنَاجِرَ وَتَظُنُّونَ بِاللَّهِ الظُّنُونَا هُنَالِكَ ابْتُلِيَ الْمُؤْمِنُونَ وَزُلْزِلُوا زِلْزَالًا شَدِيدًا

"Hai orang-orang yang beriman ingatlah akan nikmat Allah kepadamu, ketika datang kepadamu tentera-tentera, lalu Kami kirimkan kepada mereka angin taufan dan tentera yang tidak dapat kamu melihatnya. Dan adalah Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. Iaitu ketika datang (musuh) dari atas dari bawahmu, dan ketika tidak tetap lagi penglihatanmu dan hatimu naik menyesak sampai ke tenggorokan, dan kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam prasangka disitulah diuji orang-orang mukmin, dan digoncangkan hatinya dengan goncangan yang sangat.” (al-Ahzab : 9-11)

kehancuran israel 5


Kehancuran Israel Menurut Al-Quran Dan Hadits (V)

Kehancuran Yahudi

Secara global al-Quran mengkhabarkan kehancuran Yahudi, seperti firman Nya :

فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ الْآَخِرَةِ لِيَسُوءُوا وُجُوهَكُمْ وَلِيَدْخُلُوا الْمَسْجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَلِيُتَبِّرُوا مَا عَلَوْا تَتْبِيرًا

"Dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan Israel) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang Islam dibawah pimpinan Imam Mahdi) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam Masjid (Al-Aqsa), sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama, dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa yang mereka kuasai.” (al-Isra’ : 7)

Sejak 1948 Yahudi merampas tanah Palestin. Dan sejak 2006 sampai sekarang mereka menyekat Gaza sehingga sekitar 1.5 juta jiwa muslim terkurung daripada dunia luar. Berbagai usaha kemanusiaan untuk membantu mereka selalu digagalkan oleh Israel, termasuk misi kemanusiaan yang baru saja diserang pasukan komando Israel di perairan Gaza (Laut Mediterania). Tidak ada kekuatan didunia ini yang mampu menghentikan kebiadaban Israel. Pengepungan dan pemenjaraan massal oleh penjajah Israel dengan pembangunan tembok pemisah dimulai 16 Jun 2002 di Tebing Barat dengan alasan pengamanan. Panjang tembok tersebut mencapai 721 km sepanjang Tebing Barat, tinggi 8 meter sehingga menyekat kawasan pertanian milik penduduk Palestin yang ditanam berbagai buah, seperti anggur dan zaitun. Hal ini mengakibatkan perekonomian Palestin tersekat. Pengepungan ini sudah dibayangkan oleh Rasulullah saw :

"Hampir tiba masanya tidak dibolehkan masuk (embargo) kepada penduduk Iraq meski hanya satu qafiz makanan dan satu dirham," Kami bertanya, “ Dari mana larangan itu?” Baginda menjawab, "Dari orang-orang asing yang melarangnya." Kemudian berkata lagi, "Hampir tiba masanya tidak diperbolehkan masuk kepada penduduk Syam (Palestin) meski hanya satu dinar dan satu mud makanan." Kami bertanya, "Dari mana larangan itu?” Baginda menjawab, “Dari orang-orang Romawi." (HR Muslim)

Siapa kekuatan yang mampu menghancurkan Israel? Rasulullah saw menjelaskan, “Akan muncul dari Khurasan (Afghanistan) bendera-bendera hitam, maka tidak ada seorang pun yang mampu mencegahnya, sehingga bendera-bendera itu ditancapkan di Aliya (al-Quds).” (HR Ahmad, Tirmidzi dan Nu’aim bin Hammad)
Kehancuran Israel bererti kiamat telah dekat, sehingga banyak orang mempertahankan eksistensi Negara Israel tersebut, namun janji Allah dan Rasul Nya pasti akan terlaksana :

“Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin memerangi bangsa Yahudi, sampai-sampai orang Yahudi berlindung dibalik batu dan pohon, lalu batu dan pohon tadi akan berbicara , “Wahai orang Islam, hai hamba Allah! dibelakangku ada orang-orang Yahudi, kemarilah, bunuhlah dia, kecuali pohon Ghorqod, sebab ia itu sungguh pohonnya Yahudi”. (HR Ahmad)

“Kalian akan memerangi orang-orang Yahudi sehingga seorang diantara mereka bersembunyi dibalik batu. Maka batu itu berkata, “Wahai hamba Allah, inilah si Yahudi dibelakangku, maka bunuhlah ia”. [HR al-Bukhari dalam Sahihnya (2767) dan Muslim dalam Sahihnya (2922)]

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata, “Dalam hadits ini terdapat tanda-tanda dekatnya hari kiamat, berupa berbicaranya benda-benda mati, pohon, dan batu. Lahiriahnya hadits ini (menunjukkan) bahawa benda-benda itu berbicara secara hakikat” [Fathul Bari (6/610)]

Wallahu alam

Chow Kit : Babi diatas, Kerang dibawah... :)



KOTOR...dua peniaga kerang membungkus kerang berhampiran lokasi penyembelihan daging BABI di pasar Chow Kit. Penemuan itu dikesan selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjalankan pemeriksaan mengejut di pasar Chow Kit bagi mengenal pasti peniaga yang melakukan kesalahan mengikut hukum syarak.

Dalam serbuan kira-kira jam 5 pagi kelmarin, tiga peniaga kerang sibuk membungkus longgokan kerang dianggarkan seberat lebih 50 kilogram yang ditaburkan ke atas lantai pasar berkenaan.

Bagaimanapun, agak memeranjatkan apabila kerang yang mahu dijual kepada orang ramai itu didapati hanya kira-kira dua meter dari daging BABI yang belum dilapah dan berdarah.

Sumber Jakim berkata, BABI terbabit yang sudah dipotong dua dikesan barudihantar pembekal ke pasar berkenaan sebelum diletakkan di atas kerusi batu di pusat menjual BABI itu bersama bahagian organ lain antaranya hati dan limpa.

“Bagaimanapun, darah haiwan berkenaan mengalir dan membasahi lantai yang digunakan peniaga kerang untuk meletakkan kerang di kawasan berkenaan.

“Apabila ditanya, peniaga kerang terbabit seolah-olah tidak mengetahui ia perbuatan yang boleh mengundang rasa kurang senang pengguna Islam.

Peniaga berusia 50-an terbabit mendakwa kerang berkenaan hanya perlu dibersihkan dan dijual kepada pelanggan di pasar berkenaan,” katanya.

Menurutnya, lokasi memproses kerang dan pusat penyembelihan daging BABI terbabit yang terletak di tempat sama dianggap tidak strategik dan bolehmenjadi haram dimakan sekiranya berlaku percampuran antara air atau darah khinzir dengan kerang yang diproses.

Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah yang melihat lokasi penyembelihan BABI di pasar Chow Kit menganggap kawasan berkenaan sudah uzur dan tidak sesuai untuk dijadikan pusat
pemprosesan makanan halal.

Menurutnya, kawasan pemprosesan BABI terbabit tidak hanya terletak berdekatan pusat memproses kerang, malah turut terletak bersebelahan dengan pusat penyembelihan dan memproses ayam daging.

Tuesday, September 7, 2010

Pesanan Terindah Muhammad Rasulullah..

Rasulullah saw berpesan pada Aisyah r.a:

"Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu

sebelum khatam al-Qur'an
sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhirat
sebelum para Muslimin meredhai kamu dan
sebelum kau laksanakan haji dan umrah..

Bertanya Aisyah, "Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasulullah tersenyum dan bersabda: " Jika Engkau tidur bacalah..

Al- Ikhlas tiga kali seolah-olah kau mengkhatamkan al-Qur'an.
Bacalah selawat untukku dan para Nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Beristighfarlah untuk para Muslimin, maka mereka akan meredhai kamu.
Dan banyakkan bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir, maka seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."

-Tafsir Haqqi.

Pergimu Aku Redhai :')

Jumaat itu Msih Ku ingati...
Hadir nya dirimu mnyinari hidup ini.
perginya  dirimu amat memberi kesan pada hidup ini,
Lihat betapa kau amat  bermakna dlm hidup ini..
kadangkala aku seakan2 mahu berlari
mencari mu semata2 ingin menyatakn yg aku terlalu rindu..
walhal aku tahu..dirimu tak mungkin ku temu..

Dulu mungkin aku lemah mengahadapi nya..
seolah2 aku ingin turut serta bersamamu..
tp aku sedar Tuhan lebih mnyayangi mu..
Kau tahu..pada hari tu aku berusaha memegang janji ku
padamu supaya tidak mmbiarkn airmata ku mengiring pemergian mu..
Nah aku berjaya ...sungguh aku seorang yg penipu..
Berpura2 tabah mngahadapi nya.
sedang hati aku rapuh didalm kegoanku..
Sekembalinya aku dari pusara mu..kuhambus kan semua airmataku..
pada dia aku merayu ganti lah aku ditempat mu..
sungguh aku rindu...

Dan bila aku rindu, pusara mu itu selalu mnjadi kunjungan ku..
disitu lah aku berteleku.
mencurah kan segala yg terbuku dhati..
mengenang kisah2 lama..memulih kn semangat dihati..
aku tahu..yg kau tahu aku mnjenguk mu,dari situlah kau merenung ku yg berwajah pilu...aku tahu kau juga ingin berkata sesuatu..mungkin kata2 semangat sebagai mana yg kau kata pada ku dulu..tp.......
tak mengapa ...aku tahu..segala kata2mu dulu masih ku simpan didalam kalbu..

Perginya dirimu tidak bermakna aku akan lupa kan mu...
Aku berjanji akan selalu menjenguk mu..
ayat suci al Quran tak pernah lupa kutujukn untukmu..
Mungkin dengan itu akan membuat kan kau lebih tenang disana..
Semoga kau dirahmati nya...

SULONG BTE BUROK (nenekku)....
AL-FATIHAH

SOLAT

Berapa lamakah masa yang kita peruntukkan untuk solat sehari semalam?
Jika setiap rakaat kita perkirakan dua minit..

maka dalam sehari-semalam jumlahnya menjadi 34 minit iaitu bersamaan 2.4 peratus dari 24 jam yang ALLAH berikan buat kita..

238 minit dalam seminggu bersamaan 3 jam 58 minit dari 168 jam yang ALLAH peruntukkan buat kita dalam seminggu..

1020 minit dalam sebulan bersamaan 17 jam dari 720 jam yang ALLAH pinjamkan buat kita dalam sebulan..

12410 minit dalam setahun bersamaan 206 jam 50 minit dari 8760 jam yang ALLAH bekalkan buat kita.. iaitu hanya sekitar 8 hari 14 jam 24 minit dari 365 hari dalam setahun..

Jika secara purata usia hidup manusia selama 60 tahun, dan dikurangi dengan 10 tahun masa awal akil baligh (dewasa), maka hanya 50 tahun seseorang melaksanakan solat dalam hidupnya. Ini bermaksud, sepanjang hidup kita melaksanakan solat fardhu selama 620500 minit atau sekitar 10341 jam 40 minit bersamaan 430 hari 1 jam 32 minit atau 1 tahun 2 bulan 5 hari 1 jam 32 minit SAHAJA dari 50 tahun usia baligh kita yang penghujungnya entah di mana..

Terlihatlah betapa jauhnya perbandingan ketaatan kita kepada ALLAH SWT dengan nikmat yang diberikanNya kepada kita dengan nikmat usia.. kita patut malu jika mensia-siakan usia.. Diberi nyawa dan nafas percuma, tetapi masih mahu "menyombongkan" diri dengan Yang Maha Pencipta..

Bagaimana mungkin kita meninggalkan solat dengan alasan tak cukup masa? terlalu sibuk? hakikatnya jika kita jujur pada diri kita.. kita mampu bersembang lama di telefon.. berjam-jam di hadapan komputer.. menonton TV.. berjalan-jalan.. dan sebagainya..

Ingatlah, Abu Zubair menceritakan bahwa dia mendengar Jabir bin Abdullah berkata, ''Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'Antara seseorang dengan kemusyrikan dan kekafiran itu terdapat perbuatan meninggalkan solat'." (HR Muslim).

Janganlah pernah merasa puas dan berbangga diri dengan ibadah yang telah kita laksanakan. Sebab, boleh jadi ibadah kita, terutama solat, tidak mempunyai erti apa-apa bila hal itu kita kerjakan dengan tidak ikhlas.. Apatah lagi berharap pada syurgaNya.




perjalanan bermula sebagai seorang insan meningkat kepada muslim.. muslim meningkat kepada mukmin.. mukmin meningkat kepada muttaqin.. muttaqin meningkat kepada mukhlisin.. jadilah hambaNya yang ikhlas dalam taatNya..

dan mampukah kita setabah mereka?



atau ini?



mahupun yang ini?



atau ini?



mampukah? begini?



sekadar peringatan buat diri.. jangan jadikan ALLAH sebagai keperluan bermusim.. Ya ALLAH janganlah KAU palingkan hati ini dari kiblatMu.. Ameen..

peringatan buat diriku ~~ 95% of Ramadhan is gone

Almost 95% dari Ramadhan pada tahun ini dah berlalu dan tidak kan kembali buat selama-lamanya. Have we harvested enough fruits for the whole 11 months to come?

Madrasah tarbiyyah Ramadhan adalah madrasah tarbiyyah tahunan. Jika kita tidak serius dan ambil sambil lewa maka impaknya mungkin akan kita rasai sepanjang tahun.

Ketenangan ada di sini
Tak jumpa kerana kau tak menghayati
Kebahagiaan tersirat di hati
Tak rasa kerana kau tak mencari

Sedarlah bahawa roh Ramadhan itu selalu sahaja on air. It all depends on us whether we strive the effort to tune in to the right frequency or not. Jangan disebabkan kita silap tune frequency atau disebabkan receptor hati kita yang dah rosak lagi berkarat kita salahkan roh Ramadhan dah tidak wujud. Seperti orang yang tidak pandai menari, tapi disalahkan lantai yang bergoyang.

Hari ini sudah hari ke-28 Ramadhan. Jika pada saat ini kita masih tidak dapat nak tune in ke frequency Ramadhan, maka ada baiknya dicuba untuk mengaplikasikan filter bagi membuang segala noise yang mengaburi channel langsung kita ke dimensi samawi.

Sememangnya dosa itu menggelapkan mata hati dari melihat yang haq dan dari melihat Al-Haq. Jauhkan diri dari beban dosa nescaya InsyaALLAH kita akan dapati diri kita lebih ringan untuk melakukan ibadah.

For verily, Ramadhan is a special window in time that connects us to ALLAH and the heavenly attributes.

Ramadhan awwaluha rahmah.. wa awsatuha maghfirah.. wa aakhiruha itqun min an-naar..

perbezaan antara burqa, hijab & niqab


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

”Apabila salah seorang dari kamu mengerjakan amal-amal yang membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas) maka tiap-tiap kebaikan yang dikerjakannya akan ditulis baginya sepuluh kebajikan yang menyamainya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan yang dilakukannya akan ditulis baginya (satu kejahatan) yang menyamainya.”

Riwayat Bukhari

Monday, September 6, 2010

APA HEBATNYA AGAMA LAIN SELAIN ISLAM??

Email dari Mohd. Hafizi Ab. Rahim

'Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikutboyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita.. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad.. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ... Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,

'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.'


Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad.. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..

Butir asal permohonan.. ....

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina
Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28
November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.


Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'

Perenggan 23: 'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: 'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.

Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.

Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek.. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu..


Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya...

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, si minachi ni minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu.... Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak.. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah
saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluhterpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.
Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka
bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar
itu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' Mana nampak?
Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak
nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar.
Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka
tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..dan akhirnya Daulah Turki Uthmaniyyah.

Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOLD, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni... Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya
kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali,
email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja.. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

#kawan-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan
email ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari
jalan yang betul.

Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat
kepada Allah.

hukum menggantung gambar

Hukum menggantung gambar2 bernyawa pada dinding2 rumah adalah haram kerana menyebabkan malaikat tidak masuk kedalam rumah.Imam Bukhari meriwayatkan didalam Sohihnya sebuah hadith dari A'isyah r.a. bahawa Rasul Allah sa.w. bersabda :'Sesunnguhnya malaikat itu tidak memasuki rumah yg ada didalamnya gambar.Dan barang siapa yg membuat gambar akan diazab pada hari kiamat maka disuruh supaya ia hidupkan apa yg ia buat itu.'Berkata Imam Manawi : Yg dimaksudkan dengan gambar pada hadith ini ialah suatu yg mempunyai ruh sekalipun tidak mempunyai bayang dan tidaklah termasuk dengan gambar yg tidak mempunyai ruh seperti pohon2 kayu.Dan yg dimaksudkan dengan malaikat pada hadith ini ialah malaikat yg membawa rahmat kepada penghuni2 rumah.Adapun malaikat pencatit amal tiadalah berpisah ia dari seseorang anak Adam."Jadi gambar yg diharamkan gantung pada rumah2 itu ialah gambar2 makhluk bernyawa samada separuh atau penuh.Dan tidak mengapa gantung gambar2 yg bukan makhluk bernyawa/berjiwa seperti gambar kapal,pohon kayun dan seumpamanya.

Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku " Seni Dalam Islam", hukum gambar-gambar fotografi pada asalnya harus selagimana gambar tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti mengagungkan gambar seseorang yang mempuyai kemuliaan dalam agama ataupun disebabkan kedudukan dan pangkat yang dimilikinya, apatah lagi sekiranya orang yang diagung-agungkan terdiri daripada orang kafir, fasiq, orang-orang zalim, penyembah berhala, komunis ataupun tokoh-tokoh seni yang menyeleweng dll tokoh bilamana menyokong/mendorong mereka boleh meruntuhkan akhlak/aqidah.

Hukum gambar fotografi (Perbincangan yang panjang…)

Fotografi dengan kamera adalah suatu yang baru yang tidak pernah wujud di zaman generasi Islam yang terdahulu. Oleh kerana ia adalah gambar yang dihasilkan oleh teknologi, maka ulamak kontemporari memberi pelbagai reaksi dan fatwa. Ada dua jenis iaitu gambaran:

1. Fotografi - adalah harus kerana tidak ada dalil yang mengharamkan (tafsir asyabuni, ms 438), Qardhawi (halal dan haram), mufti Mesir, Syaikh Bakhit, alQaulal Kafi fi Ibahat at Tasweer al Fotografi, maka hukum keatas hasil fotografi adalah harus menurut jumhur fuqaha' hari ini.
2. Lukisan/patung dsb. - terdapat nas ke atasnya. HR Bukhari-Muslim,"siapakah yang lebih zalim dari orang yang cuba mencipta makhluk bernyawa menyerupai ciptaan-Ku?" Syafi'iyah mengharamkan (Imam nawawi, syarah sahih muslim, jld 7, ms 341); manakala lukisan selain makhluk bernyawa diharuskan.

Tiga ulamak besar abad ini: 1. Syaikh Muhammad al Bakhit, Mufti Mesir. 2. Syaikh 'Atiyyah Saqr, Pengerusi Jawatankuasa al Azhar (Islam wa Masyaakil Hayah) 3. Prof Dr Yusof Qardhawi (Fatawa Mu'asarah)

Ketiga-tiga mereka bersependapat bahawa gambar yang dihasilkan oleh kamera (lazimnya fotografi) terkecuali dari perbahasan hukum lukisan, ukiran dan membuat patung yang jumhur ulamak mengharam jika bertujuan menandingi ciptaan Tuhan. Ini bermakna hukum bergambar dengan kamera adalah harus. Keharusan ini tidak meliputi gambar-gambar lucah dan gambar tokoh atau bintang yang ada hubungan dengan kebatilan/kezaliman dan ahli maksiat.

Hukum mempamerkan gambar (subjek yang hangat nie…soalan saya)

Qardhawi (Fatawa mu'asirat), harus jika motifnya bukan untuk disucikan atau bertujuan untuk riak atau mengagungkannya. Namun, pendapat di atas lebih kontemporari dan mengikuti perkembangan teknologi semasa. Di sana ada juga pendapat lain yang lebih bersifat menjaga dan lebih tegas. Ada juga yg mengharamkan menggantung sebarang gambar kerana ia akan membawa kpd pemujaan dan mengagungkan. Hukum ini terbina atas kaedah fiqh " Lil-wasaa-ili hukmul maqaasid " …yang bermaksud : Hukum wasilah (jalan yang menuju, means) serupa dengan hukum tujuan (end). That’s mean…MEANS=END.
Contoh: Zina, hukumnya haram. Maka segala pekerjaan yang menuju kepada zina umpamanya rumah pelacuran, menyediakan tempat tawar menawar diantara lelaki dan perempuan, menyediakan kenderaan untuk pelacur, menjadi perantaraan untuk urusan pelacuran, menyediakan kemudahan untuk membolehkannya berlaku, telefon sesama laki perempuan bukan mahram dengan tujuan maksiat, berkhalwat berdua-duaan, berpantun manja, bertepuk tampar dan bercumbu-cumbuan lelaki dan perempuan, berdansa dan berjoget dsb juga HARAM.

Setengah ulama pula membezakan antara menggantung gambar makhluk bernyawa dengan gambar makhluk tidak bernyawa. Gambar makhluk yang tidak bernyawa dibenarkan seperti pemandangan dll.

Adapun gambar-gambar pemandangan, misalnya pohon-pohonan, kurma, lautan, perahu, gunung dan sebagainya, maka ini tidak dosa samasekali baik si pelukisnya ataupun yang menyimpannya, selama gambar-gambar tersebut tidak melupakan ibadah dan tidak sampai kepada pemborosan. Kalau sampai demikian, hukumnya makruh.

Pendapat hamba... yang amat2 jahil dan lemah ini, boleh gantung (tidak termasuk menyimpan)gambar manusia. Tetapi kalau sampai riyak atau pemujaan atau mengagungkan dll, ,maka diharamkan tanpa kompromi. Gambar binatang, tidak ada sebab langsung utk kita gantung lalu diHARAMKAN. Satu lagi dlm msyrkt kita suka gantung gambar keluarga dan konvo. Kalau gambar keluarga atau gambar ayah/datuk waktu tentera dulu oklah jgk sebab kenangan. Tp beringat, gambar konvo ke apa, walaupun kenangan ia blh jd nak menunjuk-nunjuk, kalau tak pun apabila org dtg dan bertanya ttg gambar tersebut akan menimbulkan rasa bangga,ujub, riyak dsbnya. Maka akan jadi HARAM…jadi kalau takut ada walau sekelumit pun perasaan tu, baik simpan dalam laci lemari je, pikirlah sendiri.

Rumusan… fotografi, pada prinsipnya mubah/harus, selama tidak mengandung objek yang diharamkan, seperti pornografi, disucikan oleh pemiliknya secara keagamaan ataupun disanjung-sanjung secara keduniaan.

Terakhir, apabila gambar yang diharamkan itu bentuknya diubah atau direndah2kan…samada berbentuk fotografi mahupun patung boleh berpindah dari lingkungan haram menjadi halal. Seperti gambar-gambar dan patung di lantai yang biasa diinjak oleh kaki dan sandal. [rujuk Halal dan Haram dalam Islam oleh Yusuf Qardhawi]. So, mainan, teddy bear anak yang disepak terjal takpalah. Pada saya, better takyahlah simpan ukiran ULTRAMAN, KAMEN RIDER atas meja, separuh badan ke dsb, tak rugi pon…biarpun patung George W. Bush khas untuk disepak2 ke, alas kaki karpet gambar Joseph Stalin ke. Takyahlah merendahkan manusia sb tak ada gunanya…lebih baik jangan simpan langsung replika2 macam ni. Buat apa nak semak rumah/ofis, nanti semak jiwa. Takdak kerja.

Apa2pun, setiap sesuatu yang halal/dibenarkan itu bergantung kpd niat pelakunya. Macam anggurlah, asal mubah…diperah boleh minum, halal berkhasiat, Vitamin C lagi…diperam masam, jadilah arak haram laknat. Kan ianya boleh berubah kepada yang haram kalau tujuannya itu adalah maksiat/syirik? Tambahan tajuk ini boleh berkait terus dengan aqidah. Nasihat untuk diri dan keluarga saya sendiri terutamanya, waspadalah kalau boleh jangan jadikan tradisi gantung gambar/foto manusia sebagai amalan warisan takut jadi keperluan/adat dalam masyarakat Islam kita seperti amalan musyrikin, punah nanti. Untuk lebih “berhati2”, ADALAH LEBIH BAIK kita takyah gantung gambar2/foto manusia. Memang tak salah gantung pun…macam membiarkan air bertakung, dan semak di rumah kitalah…tak dak masalah pun. Tapi takut wabak Denggi menyerang, better clear semua tu. Cadangan: buat album cantik2, simpan elok2 atas rak. Anak cucu nak tengok ambik je pastu simpan balik. Lebih selamat dan terjamin.

Nak gantung gak?gantunglah gambar segiempat ke, membujur lalu melintang patah ke yang takde iras manusia/binatang. Bagus lagi gantung frame ayat Al-Qur’an yang indah2, kita dan anak cucu & tetamu boleh tumpang tengok/baca…boleh pahala. InsyaAllah.

Kita buat, kita dapat

Wallahu A'lam

apa sudah jadi ni???


ape nk jadi ngan manusia akhir zaman ni yg bepakaian tp telanjag???
mereka ingt dlm neraka tu tempat besenang lenang ke mcm keje jd boss???
pdhal dlm neraka tu tmpt pling teruk skali,tp knape xmo dijadikan iktibar...!
nauzubillah...!

Fashion of The Week:
SEXY BACK by PMS feat LADY NGANGA
(short skirt,pink shoes+ dark tudung)

Nak Share,nak Tag,nak AMBIL terus pun tidak mengapa..silakan.

Click LIKE je|:)

Firman Allah swt : Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar). (Al-ahzab 59)

Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka. (An-Nuur 31)

Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. (An-Nuur 31)

Sabda Nabi saw : Ada dua golongan dari penduduk neraka yang keduanya belum pernah aku lihat. Yang Kedua : Para wanita yang berpakaian tapi telanjang, mereka menyimpangkan lagi menyelewengkan orang dari kebenaran, berlenggang lenggok dalam perjalanannya. Kepala-kepala mereka seperti punuk unta yang condong. Mereka ini tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium wanginya syurga padahal wanginya syurga sudah tercium dari jarak perjalanan sejauh ini dan itu. (Hr. Muslim)

Wednesday, September 1, 2010

UNTUK SI PEMAKAI CINCIN

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah. 

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info 

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis 2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari 1] jari tengah 2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian 

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan jugasaudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.