disebalik itu...

Friday, December 10, 2010

Sarapan Pagi Yang Ringkas Lagi Berkhasiat

Bijiran Sarapan Pagi
▪ Dimakan bersama susu rendah lemak dan potongan buah-buahan  
- Membekalkan protin, kalsium, vitamin dan zat galian yang lain.
▪ Hidangan ini rendah lemak
▪ Mudah, ringkas dan cepat disediakan. 
Paling sesuai bagi mereka yang sentiasa sibuk dlan kesuntukan masa.

Emping
▪ Dimakan bersama susu rendak lemak dan buah-buahan segar/kering seperti kismis, kurma, dan prun.
▪ Hidangan ini kaya dengan karbohidrat kompleks dan serat.
▪ Membantu mengurangkan kolestrol dalam darah, dan juga melancarkan penghadaman.

Pelbagai Pilihan Sandwich
▪ Pilih roti paun meal penuh kerana kandungan seratnya yang tinggi.
▪ Contoh inti berkhasiat: Tuna dalam air, sardin, keju rendah lemak, telur rebus, mentega kacang, jem tanpa gula.
▪ Gunakan marjerin tidak tepu (bunga matahari, zaiton, jagung dan soya).
▪ Elakkan penggunaan mentega, mayonis dan susu manis.

Pelbagai Hidangan Mee/Nasi/Bubur
▪ Hidangan istimewa yang lengkap dengan karbohidrat dari mee/nasi/bubur.
Lebih berkhasiat jika ditambah dengan telur, isi ayam/daging/ikan dan sayur-sayuran.

Pelbagai Hidangan Ubi
▪ Semua jenis ubi merupakan sumber karbohidrat yang utama dan cepat mengenyangkan.
▪ Contoh hidangan ubi: Ubi rebus ubi panggan, ubi kukus, ubi lecek.
▪ Ubi juga boleh dimakan bersama inti seperti telur rebus, tuna dalam air, kacang merah dalam sos tomato.

Pelbagai Hidangan Telur
▪ Telur adalah sumber protin dan zat besi.
▪ Contoh hidangan telur: Telur rebus telur dada, telur 'scramble', sup telur, telur dadar berinti (isi ayam/daging/bawang dan sayur-sayuran).

Tambahan Untuk Buah-buahan
▪ Pisang, Buah Lai, Limau, Epel
▪ Jus Buah, Susu Kacang, Susu Rendah Lemak, Minuman Yogurt
▪ Roti Bun berinti, Biskut Tawar
▪ Kurma, Kismis, Prun
▪ Yoghurt 


No comments:

Post a Comment