soalan: apakah sebenarnya hukum merokok? dulu dengarnya makruh, skrg haram pula. kenapa?
hukum: HARAM tanpa keraguan mengikut ulama kontemporari setelah kajian demi kajian moden mengesahkan rokok sgt berbahaya utk kesihatan dan asapnya memudaratkn diri sendiri serta org lain. kajian itu belum terdapat ulama terdahulu ketika menghukumkannya makruh.
dalil: "dan menghalalkan segala benda yg baik dan mengharamkan segala benda yg buruk (al araf: 157)
"dan jgnlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke arah kebinasaan...( al baqarah : 195)"
"dan jgnlah kamu membelanjakan hartamu dgn boros yg melampau (al isra: 26-27)
merokok adalah satu pembaziran yg memusnahkn keluarga dan ekonomi
hadis riwayat Abu Daud di dlm sunanya, " Harun bin Abdullah menceritakn kpd kami, katanya Muhammad Bin Basyar menceritakn kepada kami, katanya, Yunus bin Ishak menceritakan kpd kami drpd Mujahid drpd Abu Hurairah r.a katanya : Rasulullah SAW melarang mengambil ubat-ubatan yg keji" (hadis sahih)
-ubat yg keji pun syarak melarangnya, apatah lg mengambil ibu segala kekejian iaitu rokok.
pesanan: buat penjual rokok, ketaguilah bahawa salah satu punca rezeki dan perniagaan anda tdk berkat ialah krn menjual rokok. utk apa keuntungan seringgit dua jika ia boleh menghancurkn anak bangsa.
buat perokok, berusahalah sehabis daya utk berhenti merokok. merokok itu kehinaan krn itulah perokok biasanya memilih tmpt2 pmbuangan najis dan tersorok utk merokok.
No comments:
Post a Comment