disebalik itu...

Monday, June 27, 2011

RIWAYAT HIDUP HANG TUAH YANG SEBENARNYA :

Hayatilah Riwayat Hidup Tuah Yang Amat Disanjung Oleh Orang-Orang Melayu Dulu Kini 
Dan Selamanya....

Apakah Hebatnya Pemerintah Melaka Sehingga Tuah Tak Boleh Melanggar Segala 
Amanatnya ? Apakah Tuah Takut Dgn Daulat Pemerintah ? Adakah Daulat Itu Sama 
Kuasanya Dgn Mukjizat Seperti Yg Allah Pernah Anugerahkan Kpd Para Rasulnya ? Apa 
Mulianya Pemerintah Melaka Sehingga Allah Menganugerahkan Kehebatan Daulat Tersebut ?

Selaku Seorang Yg Mengaku Beragama Islam Tuah Sepatutnya Tahu Bhw Manusia Perlu 
Takut Serta Tunduk Hanyalah Kpd Allah S.W.T Adalah Menjadi Suatu Perbuatan Syirik Yg 
Besar Lagi Nyata Jika Pelakuan Melutut, Menyembah Serta Meratap Nasib Pd Mana2 Makhluk 
Allah termasuklah kepada Pemerintah Melaka.

Tuah Seorang Manusia Yang Penuh Dgn Segala Sifat Tercela.. Tidak Mempunyai Adab Serta 
Budaya Ke Majapahit Membuat Onar Di Taman Larangan Istana .. Mengoda Isteri Taming 
Sari Dgn Penuh Berahi.. Merampas Keris dari Pahlawan Majapahit Tersebut Dgn Segala Tipu 
Daya.

Gugurnya Taming Sari Di Tangan Tuah Penuh Bermaruah Demi Mempertahan Kesucian 
Isteri Tercinta.. Memperdaya Serta Melarikan Tun Teja Tunangan Megat Panji Alam Juga 
Dgn Segala Janji Manis, Tipu Muslihat Jahat Dan Ilmu Guna-Guna Yang Jelas Adalah Suatu 
Perbuatan Syirik Kepada Allah.. Atas Kehendak Nafsu Serakah Mengadai Tunangan Orang ( 
Tun Teja ) Kepada Sultan Yang Gila Berjimak demi Pangkat Serta Kuasa..

Demikianlah Sifatnya Si Tuah Yang tidak Pernah Sekali Pun Mengenal Yang Mana Halal Dan 
Yang Mana Haram. Setelah Tunangannya Dilarikan Si Tuah Sayugia Megat Panji Alam Pun 
Tampil Menebus Maruah..

Dikesah Sekitar Empat Ribu Orang Pahlawan Sanggup Berasamanya.. Demi Merampas 
Kembali Tun Teja Serta Menjaga Aib Kerajaan Pahang Yang Sudah tercela.. Setiba 
Hampirnya Mereka Semua Di Melaka.. Maka Disekat Oleh Jebat Tingkah Serta 
Pergerakannya.. Dengan Penuh Takzim Jebat Marafak Sembah, Agar Megat Panji Alam Tidak 
Menyerang Melaka.. Sesama Muslim Diharamkan Bersengketa Adalah Lebih Baik Dihindarkan 
Segala Bencana.. Melihat keikhlasan Jebat Mempertahankan Ummah.. Nafsu Amarah Megat 
Panji Alam Kembali Beransur Kebah.. Redha Ia Dengan Ketentuan Allah.. Menitis Air Mata 
Keinsafan, Menyesal Ia Kerna Menurut Segala Hasutan Syaitan.


Mengapakah watak Megat Panji Alam Dihapuskan Dari Pusaka Bangsa..? - Tentu ada 
Muslihat Yang harus Kita Rungkai..!!

Tatkala Tuah Difitnah Oleh Segala Pembesar Yang Iri Hati Padanya Kerana Tindak-tanduk 
Tuah Yang Menjolok Mata Serta Pandai Bermuka-muka Di Hadapan Paduka Raja Guna Untuk 
Menguasai Seluruh Kekuasaan Melaka, Baginda Sultan Pun Menjatuhkan Hukuman Bunuh Ke 
Atas Tuah Tanpa Usul Periksa Kononnya Tuah Memanjat gudik Raja.

Sayugia Tampil Jebat Menuntut Bela Demi Menegakkan Keadilan, Tuah Wajib Dibicara 
Mengikut Perundangan Islam Sesuai Dengan Hukum Kanun Negeri Melaka ( Hukum Syariah ) 
Ketika Itu.

Maka Gegak Gempita Seluruh Istana Tika Jebat Mengatakan Saksi Yang Melihat Tuah Keluar 
Dari Kamar Gundik Raja Adalah Saksi-saksi Yang Fasik Dan Tidak mengikut Syarat yang 
Ditetapkan Oleh Agama.

Sudah Menjadi Resminya Dunia.. Manusia Jahil Menilai Permata.. Jebat Penegak Keadilan 
Dituduh Durhaka... Si Tuah Tamak Haloba Disanjung Serta Dipuja.. Pemerintah Tertinggi 
Melaka Arahkan Usaha.. Dicari Pembesar Serata Melaka.. Disuap Dengan Pelbagai harta 
Supaya Dapat Mengadu Domba..

Keburukan Jebat Harus Diusaha Dengan Alasan Ia Durhaka... Keperibadian Tuah Wajib 
Dicerna Serta Dicakna Konon Terpuji Sebagai Laksamana. Tidak Ia Durhaka Kepada Raja, 
Bangsa Serta Agama.. Agar Nanti Rakyat Tidak Bangkit Menuntut Bicara... !!!

Maka Segala Pembesar Yang Arif Lagi Bijaksana Duduk Bermuafakat Mencari Jalan Mereka 
Cerita.. Dibuat Fitnah Kononnya Jebat Bermukah (Berzina ) Di Dalam Istana Raja.. Dang 
Baharu Dijadikan Mangsa Sedangkan Dang Baharu Telah Lama Berbadan Dua Sebelum 
Terjadi Segala Peristiwa Mereka Dinikahkan Oleh Datuk Paduka Disaksikan Tuah Kekanda 
Tercinta..

Kerana Pangkat dan Harta Tuah Melupakan Segala-galanya Tergamak Ia Membunuh Saudara 
Sendiri Agar Memperolehi Segala Yang Dihajati..

Di Usia Tuanya, Si Tuah Tetap Juga Haloba mengejar Pangkat Dan Darjat, Walaupun 
Nyawanya Sudah Teramat Singkat, Dikuatkan Kudrat Menjunjung Segala Amanat.. Nafsu 
Kebawah Duli Senantiasa Meningkat Dan Tidak Mampu Disekat-sekat, Puteri Gunung Ledang 
Tuanku Berhajat.. Diperintahkan Tuanku Akan Tuah Bersama Tun Mamat.. Agar Puteri 
Gunung Ledang Dapat Segera Dipikat, Bagi Melepaskan Segala Dendam Berahi Yang 
Teramat Sangat..

Di Kaki Gunung Ledang Tuah Kecundang.. Usia Tuanya Menjadi Penghalang.. Tenaga Serta 
Kudrat Semakin Menghilang.. Tiada Mampu Lagi Ia Menawan Puncak Ledang.. Rasa Sedih 
Bukan Kepalang Kerana Cita-Citanya Mengejar Apa Yang Dihajat Akan Terhalang.. Perasaan 
Takut Dan Bimbang Datang Berselang.. Mungkin Tun Mamat Akan Menyilang.. Adakah Tun 
Mamat Akan Berpeluang Dan Tun Mamat Setelah Pulang Akan Dijulang Kerana Berjaya Pergi 
Meminang..

Teringat Segala Pesan Hang Jebat Sebelum Ajalnya Menjelang Tiba Ketika Berusaha 
Membalut Luka " Bangsaku Harus Berani Menegakkan Keadilan. Peristiwa Ini kan Berulang 
Lagi Di Suatu Masa... Benang Tenunan sejarah Pastikan Terbuka... Janganlah Kita Alpa.. 
Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah.. Jadikan Perjuanganku Ini suatu 
Pengajaran Teringat Juga Kata-Kata Hang Tuah.. " Tak kanMelayu Hilang Di Dunia " " 
Pantang Melayu durhaka Kepada Rajanya ( Pemerintah ) "

" Tak Guna Berpencak Silat Jika Maruah Kita Duduknya Di Bawah Telapak Dan Kerja Kita 
Hanya Sebagai Penjilat.."

Salahkah Jebat Menuntut Bela ? Salahkah Jebat Menegakkan Hukum ? Yang Mana Lebih 
Tinggi ? Perundangan Islam ( Allah ) Atau Kuasa Raja ( Manusia ) ? Bukankah Merurut 
Perundangan Islam Hutang Darah Dibalas Dengan Darah..

Ke Mana Hilangnya Watak Lekir, Likiu Serta Kasturi..?? Tidak Adakah Di Antara Mereka 
Bertiga Yang Sanggup Membela Kematian Jebat..?? Orang Melayu Ini Mudah Dipikat Dan 
Dijerat... Dianugerahkan Emas Dan pangkat Maka Berpaling Tadahlah Ketiga2 Hulubalang 
Keparat... !! Ke Manakah Jua Hilangnya Suara2 Ulama Yang Gah Kononnya Melaka Pusat 
Perkembangan Islam Di Rantau Sebelah Sini... Sebenarnya Ulama2 Di Waktu Itu Juga Telah 
Dijamu Dgn Segala Kemewahan Duniawi..

Setelah Kemangkatan Jebat Negeri Melaka Penuh Dgn Segala Kemungkaran..

Para Pembesar Melayu Begitu Rakus Melakukan Segala Rasuah Serta Pecah Amanah.. 
Kerajaan Melaka Bermewah2 Dan Melakukan Pembaziran, Mengutip Ufti Yang Tak Sudah-
Sudah.. Hasil mahsul Negara Berlegar-legar Dikalangan Pembesar dan Pemerintah.. Rakyat 
Jelata Diumpamakan Sebagai Sampah..

Pemerintah Serta Pembesar Melaka Memuaskan Segala Nafsu Serakah Menindas Serta 
Memeras Ugut Rakyat Kejadian Penculikan Anak Dara Serta Merampas Isteri Orang 
Berleluasa Sehinggakan Rakyat Sentiasa Hidup Dalam Ketakutan.. Kerana Tiada Seorang Pun 
Rakyat Melaka Yang Berani Tampil Menentang Pemerintah.. Namun Nasi Telah Menjadi 
Bubur.. Jebat Tak Mungkin Bangkit Kembali Dari Kubur..

Barulah Rakyat Sedar Akan Kehilangan Jebat Yang Sanggup Membelakangkan Adat Demi 
Menegakkan Keadilan Dan Kesejahteraan Ummah..

Sejarah Sentiasa Berulang... !!! Bila Berlakunya Kerosakan Akhlak Serta Kemungkaran Di 
Peringkat Tertinggi Kerajaan Islam.. Maka Bala Allah Pun Sampai.. Sama seperti Runtuhnya 
Empayar2 Islam Yang Tedahulu.. Melaka Tewas Ke Tangan Portugis Dengan Penuh 
Kehinaan Pada 24 august 1511.. Di Kala Pemerintah Dan Pembesar2 Melaka Leka Dalam 
Segala Kenikmatan Dunia Yang Sementara.. Peristiwa Yang Paling Tragis Dan Menyayat Hati 

Dalam Sejarah Rantau Asia Tenggara.. Perairan Selat Melaka Umpama Lautan Yang 
Terbakar.. Serangan Bertalu-talu Dari Meriam Serta Soldadu Portugis Yang Meruntuhkan 
Keagungan Empayar Islam Melaka Dari Malam Hingga Ke Dinihari Sehingga Tidak Terdengar 
Laungan Azan Subuh Petanda Islam Dijajah Kuasa Kuffar..

Sebagai Mana Jatuhnya Empayar Abbasyiah Di Sepanyol Dahulu Begitulah Kerajaan Melayu 
Melaka Tersungkur Menyembah Kaki Portugis Dgn Penuh Kehinaan Kerana Maksiat Dan 
Kemungkaran Yang Bermaharajalela Di Kalangan Para Pemimpin Lalu Didiamkan Oleh Para 
Ulama Istana Kerana Takut Kehilangan Pangkat Dan Jawatan Mereka..

Semuanya Ini Angkara Rakyat Yang Sanggup Bersekongkol Dgn Kekejaman Pemerintah Dan 
Juga Ulama2 Kerajaan yang Menutup Mata Serta Membiarkan Segala kemungkaran Tersebut 
Berleluasa Kerana Taat Terhadap Pemerintah Bukannya Takut Kepada Allah..

Tentang Ilmu Yang Penuh Di Dada Tuah Tidaklah Aku Arif Tapi Jika Ilmu Agama Yang 
Tuah Amalkan Sudah Tentu Tuah Tidak Akan Berani Melutut Serta Menyembah Kpd Makhluk 
Allah Seperti Pemerintah Melaka Kerana Perbuatan Itu Bisa Merosakkan Akidahnya Selaku 
Umat Islam..


Memang Aku Bernafsu Demi Menegakkan Kebenaran Mcm Jebat Bukannya Bernafsu Duniawi 
Seperti Tuah Yg Mudah Tersilau Dgn Sirna Kemewahan Harta Dan Pangkat Serta Keselesaan 
Hidup..

MELAYU HARUS MENUKAR WIRA BANGSANYA... !!!

Nampaknya Darah Serta Semangat Melayu Yang " Pantang Dicabar " Itu Cuma Omongan 
Kosong Penyedap Cerita.. Kerana Masyarakat Kita Telah Tersalah Mengangkat Tokoh 
Bangsa.. Hang Tuah Yang Taat Membabi Buta, Pendendam, Tamak Haloba, Bernafsu 
Terhadap pangkat Dan Kemewahan Duniawi, Bersikap Iri Hati, Bacul Serta Berjiwa Hamba 
Telah Diangkat Sebagai Wira Bangsa..!!! Natijah Yang Harus Kita Terima Sekarang Adalah 
Anak2 Bangsa Yang Lemah Tidak Bersemangat, Berjiwa Hamba Serta Taat Dan Tunduk 
Melulu Membabi Buta..

Selagi Tuah Diangkat Sebagai Wira Bangsa Selagi Itulah Bangsa Melayu Akan Menjadi 
Hamba... Sebagaimana Dayusnya Hang Tuah Begitulah Jugalah Dayusnya Melayu..!! Tidak 
Berani Menentang Pemerintah Yang Zalim.. Malah Tunduk Menyembah Serta Melutut 
Terhadap Pemerintah..

* Diharapkan Akan Lahir Cerdik Pandai Melayu Yang Akan Berani Membongkar Kembali 
Segala Riwayat Dan Kehebatan Megat Panji Alam Serta Ginius Melayu Iaitu Tun Perak 
Mereka2 Inilah Sepatutnya Dinobatkan Menjadi Wira Bangsa Melayu.. Bukannya Si Tuah 
Durjana..

No comments:

Post a Comment