disebalik itu...

Thursday, May 19, 2011

Golongan Allah

Umat Islam merupakan hizbullah atau golongan Allah. Semua umat yang
bukan Islam adalah hizbu syaitan atau dari golongan syaitan. Oleh itu, tidak
ada wala’ dan hubungan di antara keduanya. Oleh kerana tidak ada persamaan
akidah antara keduanya, maka tiada persamaan juga pada tujuan dan wasilah
dan tidak ada persamaan dalam hak dan tanggungjawab.


Umat Islam mesti bantu membantu antara satu sama lain. Mereka mesti
nasihat menasihati dan saling berpesan di antara meraka. Mereka mesti
mengikut petunjuk Allah yang telah menjadikan mereka sebagai satu umat
yang tersendiri dan terpisah dari umat yang bukan Islam. Mereka tidak akan
dipersalahkan atau digugat oleh kesesatan manusia di sekeliling mereka selagi
mereka berada di dalam hidayah Allah.


Walau bagaimanapun, ini tidak bererti umat Islam boleh meninggalkan
tugas mereka menyeru manusia seluruhnya kepada hidayah Allah iaitulah
agamaNya, syariatNya dan sistemNya. Jika sudah tertegaknya peraturan Allah
di atas muka bumi, masih ada baki tugasan untuk umat Islam iaitu menyeru
seluruh manusia pula kepada Allah, kemudian menunjukkan mereka ke jalan
yang benar, seterusnya mengambil alih kepimpinan untuk melaksanakan
keadilan terhadap seluruh manusia dan mengeluarkan mereka dari kesesatan
dan kejahilan.


Sesungguhnya umat ini mempunyai tanggungjawab terhadap dirinya di
hadapan Allah. Orang yang sesat tidak akan dapat memudaratkan mereka
sekiranya mereka telah mengikut hidayah Allah. Walaubagaimanapun ini tidak
bermakna umat ini tidak akan dihisab terhadap pengabaiannya dalam
melaksanakan tugas amar makruf, nahi mungkar. Pertamanya,
melaksanakannya di kalangan mereka dan keduanya melaksanakan tugas itu di
muka bumi, kepada seluruh manusia. Makruf yang pertama ialah Islam iaitu
menyerahkan diri kepada Allah dan melaksanakan undang-undang
berdasarkan syariat Islam. Manakala perkara mungkar yang pertama ialah
jahiliyah dan merampas kuasa syariat Allah. Undang-undang jahiliah adalah
undang-undang taghut. Taghut merupakan setiap kekuasaan dan perundangan
yang bukan kekuasaan dan undang-undang Allah. 



Umat Islam mestilah menjadi umat yang memimpin dirinya sendiri pertamanya dan kemudiannya
menjadi pemimpin segenap manusia.

1 comment:

  1. Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

    ReplyDelete