disebalik itu...

Sunday, May 29, 2011

ANTARA TARIQAH-TARIQAH YANG MU’TABARAH (YANG DIAKUI KEBENARANNYA)

Tariqah sebagaimana telah diakui dalam Ilmu Tasawwuf sebagai jalan yang memberi petunjuk dan membawa seseorang itu kepada Tuhannya dengan pengabdian sebenarnya. Justru demikian, jalan untuk menyampaikan kepada maksud dan tujuan itu terbentang luas dan banyak sekali. Kepelbagaian tariqah yang wujud dan bermacam jenis, warna dan caranya tetap kembali yang matlamat yang satu iaitu Taqarrub kepada Allah swt dan akhirnya mancapai Makrifatullah.

Tariqah-tariqah sejak awal kewujudannya telah berkembang pesat dan diamalkan sehingga ke hari ini. Bilangannya banyak sekali. Ada tariqah-tariqah yang merupakan tariqah asas yang dibentuk oleh ahli-ahli Tasawwuf, dan ada juga tariqah-tariqah yang merupakan perpecahan daripada tariqah asas, telah dipengaruhi oleh pendapat para masyaikh tariqah asas, telah dipengaruhi oleh pendapat para masyaikh tariqah yang mengamalkannya di belakangnya atau oleh keadaan setempat, keadaan bangsa yang menganut tariqah-tariqah itu. Banyak diantara perpecahan tariqah-tariqah itu disusun atau diberi istilah-istilah yang sesuai dengan tempat perkembangannya.

Dr Syeikh H.Jalaluddin, seorang pakar ilmu Tasawwuf dan seorang ahli tariqah,telah banyak menulis tentang perkembangan tariqah-tariqah, antara lain tariqah-tariqah yang telah diakui kesahihannya. Beliau menerangkan tariqah-tariqah tersebut ialah:-

1 Tariqah Qadiriyah
2 Tariqah Naqsyabandiyyah
3 Tariqah Syaziliyyah
4 Tariqah Ahmadiyyah
5 Tariqah Rifaiyyah
6 Tariqah Dasukiyyah
7 Tariqah Akbariyyah
8 Tariqah Maulawiyyah
9 Tariqah Qurabiyyah
10 Tariqah Suhrawardiyyah
11 Tariqah Khalwatiyyah
12 Tariqah Jalutiyyah
13 Tariqah Bakdasiyyah
14 Tariqah Ghazaliyyah
15 Tariqah Rumiyyah
16 Tariqah Jastiyyah
17 Tariqah Sya’baniyyah
18 Tariqah Kaisaniyya
19 Tariqah Hamzawiyyah
20 Tariqah Sya’baniyya
21 Tariqah ‘Alawiyyah
22 Tariqah ‘Usyaqiyyah
23 Tariqah ‘Umariyyah
24 Tariqah ‘Uthmaniyyah
25 Tariqah ‘Aliyyah
26 Tariqah Bakriyyah
27 Tariqah ‘Abbasiyyah
28 Tariqah Haddadiyyah
29 Tariqah Maghribiyyah
30 Tariqah Ghaibiyyah
31 Tariqah Hadiriyyah
32 Tariqah Syattariyyah
33 Tariqah Bayumiyyah
34 Tariqah ‘Aidrusiyyah
35 Tariqah Sanbliyyah
36 Tariqah Malawiyyah
37 Tariqah Anfasiyyah
38 Tariqah Sammaniyyah
39 Tariqah Sanusiyyah
40 Tariqah Idrisiyyah
41 Tariqah Badawiyyah

(Buku Mengenal Tasauf & Tarekat, USTAZ HJ ALI HJ MOHAMAD)

No comments:

Post a Comment