akan berkongsi & ingin dikongsi sebarang ilmu tentang agama islam & sejarahnya...
Thursday, August 26, 2010
wanita yang terlaknat
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223. menurut al-Haitsami di dalam majma’ al-Zawaaid: Rijal (perawi-perawi) hadith riwayat Ahmad semuanya sahih.
Wahai kaum wanita yang tidak bertudung! Tahukah kamu apa yang dimaksudkan dengan laknat? Laknat ertinya dijauhkan dari mendapat rahmat Allah. Dalam hadith di atas, Rasulullah s.a.w memerintahkan agar kaum muslimin melaknat jenis wanita yang... disebutkan, iaitu wanita yang memakai pakaian tetapi tidak memenuhi cara menutup aurat yang disyarakkan. Dalam hadith lain, Rasulullah s.a.w bersabda:
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment