disebalik itu...

Sunday, August 29, 2010

Kedatangan Dajjal, Nabi Isa & Yakjud Makjud

Kemunculan Dajjal Al-Masih

• Sebelum munculnya Al-Masih Ad-Dajjal (Dajjal Al-Akbar), terlebih dahulu muncul dajjal si pendusta yang jumlah mereka menghampiri 30 orang, masing-masing mendakwa diri mereka adalah pesuruh Allah.
• Dajjal itu buta mata kanannya, seperti buah anggur yang terjojol keluar. Di antara dua matanya tertulis Kafir” (kaf,fa,ra) yang boleh dibaca oleh setiap muslim, meskipun mereka yang buta huruf. Diriwayatkan oleh Fatimah binti Qais bahawa Rasulullah s.a.w pernah menceritakan tentang kisah Tamim Ad-Dary yang asalnya seorang Nasrani telah memeluk agama Islam, mengenai Dajjal. Diberitahunya kepada Rasulullah  bahawa beliau pernah menumpang sebuah kapal bersama 30 orang lelaki berbangsa Lakhm dan Judzam.Mereka telah dilambung ombak selama sebulan dan akhirnya, mereka mendarat di sebuah pulau di tengah lautan. Di situ, mereka bertemu dengan seekor binatang yang berbulu lebat hinggakan tidak dapat dibezakan antara bahagian depan dan belakangnya. “Siapakah kamu?”, teriak mereka dan dijawab oleh binatang itu, “Aku adalah Jassasah.” Tanya mereka lagi, “Apakah Jassasah itu?” dan jawabnya lagi, “Wahai kaum, pergilah kamu menemui seseorang yang berada di dalam kuil ini kerana beliau amat mengharapkan berita daripada kamu semua.” 

Ketika di dalam kuil itu, mereka melihat seorang manusia yang sangat besar tubuhnya  dan kuat anggotanya. Beliau terbelenggu dengan besi di mana kedua-dua tangannya diikatkan kepada leher dan lututnya hingga bersatu dengan kedua buku lalinya. Mereka pun menanyakan siapakah beliau sebenarnya dan jawabnya,”Kamu semua telah ditakdirkan untuk mengetahui akan keadaanku, beritahulah aku siapakah kamu semua ini.” Lalu, mereka memberitahu siapakah mereka dan bagaimana mereka boleh terdampar ke situ.

Kemudian, lelaki itu bertanya kepada mereka,”Khabarkan kepadaku tentang Kurma Baisan.” Mereka bertanya, “Apakah yang kamu ingin ketahui mengenainya?” Beliau berkata,” Aku bertanya kepada kamu tentang pokoknya, adakah ia masih berbuah?” Jawab mereka,”Ya.” Lalu beliau berkata,” Sesungguhnya ia hampir-hampir tidak berbuah. Khabarkan kepadaku tentang danau Thabariyah.”  Mereka bertanya lagi, “Apakah yang ingin kamu ketahui tentangnya?” Balasnya, “Adakah ia masih berair?” Jawab mereka, “Banyak.” Katanya, “Sesungguhnya airnya hampir-hampir kehabisan. Khabarkan kepadaku tentang air Zagher.” Merekapun bertanya kepadanya, “Apakah yang ingin kamu ketahui mengenainya?”  Balasnya, “Adakah ia masih mempunyai air? Adakah para penduduknya bercucuk tanam dengan menggunakan air tersebut?” Mereka menjawab, “Ya. Di dalamnya banyak air dan para penduduknya menggunakan air itu untuk bercucuk tanam.” 

Kata lelaki itu lagi, ” Khabarkan kepadaku tentang seorang Nabi orang-orang  ummi (buta huruf), apakah yang dilakukannya?” Mereka menjawab, “Dia telah muncul dari Mekah dan tinggal di Madinah.” Beliau bertanya lagi, “Adakah ia dimusuhi oleh bangsa Arab?”. “Ya.” Jawab mereka. Soalnya lagi,”  Bagaimanakah beliau memperlakukan mereka?” Mereka menjawab,” Nabi itu telah menzahirkan dirinya di kalangan orang-orang Arab di sekitarnya dan mereka telah mentaatinya.” Kata lelaki itu, “Itu sudah terjadi.” “Benar.” Sahut mereka. Maka,berkatalah lelaki itu,” Sesungguhnya mereka lebih layak mematuhinya dan aku memberitahu kepadamu tentang diriku yang sebenarnya. Aku adalah Al-Masih Ad-Dajjal. Sesungguhnya aku hampir diizinkan keluar dan menjelajah bumi. Setiap tempat akan aku singgahi selama 40 malam kecuali Mekah dan Tayyibbah (Madinah) kerana kedua-duanya diharamkan ke atasku. Setiap kali aku ingin memasuki salah satu daripadanya, aku dihalang oleh para malaikat yang memegang pedang tajam di tangannya untuk menghalangiku. Di setiap celah dan lorong terdapat malaikat yang menjaganya. Imam Ahmad meriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: 

• Dajjal memiliki kesempatan untuk menjelajah bumi selama 40 malam, sehari seperti setahun, sehari di antaranya seperti sebulan, sehari di antaranya seperti seminggu, dan hari-hari berikutnya sebagaimana hari-hari sekarang ini.
• Dajjal mempunyai seekor keldai sebagai tunggangannya. Jarak antara kedua-dua telinga keldai itu adalah 40 hasta. Dajjal turut membawa beberapa gugusan roti.
• Dajjal akan berkata,” Aku adalah Tuhanmu,” padahal sebelah matanya buta dan terdapat tulisan ‘kafir’ di antara kedua matanya.
• Dajjal membawa 2 buah telaga. Sebuah telaga disebutnya sebagai syurga dan satu lagi sebagai neraka. Orang yang dimasukkan ke dalam ‘syurga’ itu ternyata adalah neraka, sementara orang yang dimasukkan ke dalam ‘neraka’ itu ternyata adalah syurga.
• Para syaitan diutuskan bersamanya untuk berbicara kepada manusia. Dia membawa satu fitnah yang amat besar.
• Pada pandangan mata manusia, dajjal boleh memerintahkan langit supaya menurunkan hujan serta boleh menghidupkan kembali seseorang manusia yang telah dibunuhnya. Lalu, akan diserunya,”Apakah selain Tuhan dapat melakukan perkara seperti ini?”
• Maka, orang-orang Islam akan berlarian menuju ke gunung Dukhan di Syam,  tetapi sempat dihadang oleh Dajjal.
• Setelah itu, turunlah Isa putera Maryam. Ketika Isa putera Maryam yang turut serta bersama mereka selesai menunaikan solat Subuh, mereka pun keluar menghadapi Dajjal.
• Lalu, ketika Dajjal melihat Isa, si pendusta itu meleleh seperti garam yang mencair di dalam air. Isa berjalan ke arahnya dan membunuhnya, hingga pepohonan dan batu-batuan berseru,”Wahai Ruhullah, ini ada orang Yahudi.” Maka beliau pun membunuh setiap orang yang menjadi pengikut Dajjal.
• Riwayat ini hanya terdapat pada Ahmad. (Imam Ahmad) dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yan dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang  menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin. “Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu.

Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya. “Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf. 

“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk. “Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.” “Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. 

Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.” Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi. “Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. 

Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi. “Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.” Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.” Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah.

Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.” Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.” Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.” Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.”
 
Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan. Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan. Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. 

Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”  Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita. Wallahu A’lam

Kedatangan Nabi Isa

Diriwayatkan oleh Muslim dari Al-Nawas bin Sam’an bahawa Rasulullah bersabda tentang Nabi Isa: “Beliau akan turun berdekatan dengan menara putih di timur Damsyik, dengan memakai pakaian kuning. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua malaikat. Apabila dia menundukkan kepalanya menitislah air. Apabila dia mengangkat kepalanya lagi, turunlah daripadanya seperti untaian mutiara.”

Berdasarkan hadis ini bererti Nabi Isa akan turun di Syam, bahkan juga di Damsyik, iaitu di sisi menara sebelah timur. Beliau akan turun pada waktu fajar. Ibnu Katsirada berkata: “Sesungguhnya tidak ada di Damsyik menara yang dikenal di sebelah timurnya kecuali yang berada disamping masjid jamik Amawi, iaitu di sebelah timur Damsyik.”Menara tersebut telah diperbaiki pada zaman Ibnu Katsir, iaitu pada tahun 741 hijrah. Pembiayaannya diambil dari harta orang-orang Nasrani yang sebelumnya telah membakar menara masjid tersebut. Besar kemungkinan nanti Nabi Isa akan turun di tempat itu.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Para nabi semuanya bersaudara disebabkan ayah mereka satu dan hanya ibu mereka yang berlainan.Sedangkan agama mereka adalah satu. Dan akulah orang yang paling dekat dengan Isa bin Maryam kerana tidak ada Nabi di antara kami. Sesungguhnya dia akan turun. Apabila dia turun nanti, untuk mengenali Baginda, orangnya sedang dan kulitnya putih kemerah-merahan. Dia memakai pakaian yang kuning. Dari kepalanya seperti menitis air walaupun rambut dan kepalanya tidak basah. Dia akan mengajak orang kepada Islam. Pada zamannya juga nanti dia akan menghancurkan segala agama kecuali Islam. Allah SWT akan membinasakan Dajal pada zamannya, bahkan di tangannya.

Pada zamannya nanti dunia akan aman sehingga harimau dan unta berkawan dengan baik. Begitu juga harimau dengan lembu, serigala dengan kambing. Kanak-kanak akan bermain dengan ular dan ular itu tidak menggigit mereka. Keadaan seperti itu berjalan selama empat puluh tahun. Kemudian Nabi Isa a.s. wafat dan disembahyangkan oleh kaum muslimin.” Muhammad s.a.w adalah nabi penutup dan tidak akan ada lagi nabi sesudahnya. Turunnya Nabi Isa pada akhir zaman akan menguatkan lagi kebenaran agama Islam. Islam bererti menyerahkan segala urusan bagi Allah yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya, beriman dengan semua Rasul, berserah kepada Allah dan taat dengan sebenar-benar taat. Itu semua  sebenarnya sudah dianjurkan oleh agama-agama langit semenjak zaman Nabi Ibrahim, selaku bapa nabi-nabi, sampai kepada Muhammad s.a.w selaku nabi terakhir. Isa a.s. adalah nabi dan rasul yang mulia, datang dari sisi Allah. Beliau dahulu sudah ada membawa syariat kepada umatnya tiba-tiba beliau diangkat ke langit.  Nanti di akhir zaman beliau akan turun lagi dengan izin Allah tetapi bukan membawa  agama atau syariat baru. Beliau datang nanti untuk menguatkan agama Islam.

Ummu Syuraik bertanya kepaad Rasulullah s.a.w tentang hari Dajal: “Ya Rasulullah,  ke mana orang-orang Arab ketika itu?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Jumlah mereka pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke Baitul Maqdis menjumpai Imam mereka, seorang lelaki soleh (Imam Mahdi menurut riwayat itu).  “Ketika Imam mereka sudah berdiri di depan untuk mengimami solat Subuh,  tiba-tiba datang Nabi Isa. Imam mereka itu mundur untuk memberi peluang  kepada Nabi Isa untuk mengimami solat Subuh itu tetapi Isa a.s sambil memegang bahu Imam itu berkata: “Teruskanlah, sesungguhnya iqamat dibacakan untuk engkau.”  Maka sembahyanglah mereka semua di belakang Imam tadi. “Selesai solat, Isa a.s berkata kepada semua jemaah: “Bukakan pintu itu.” Mereka membuka pintu masjid itu, tiba-tiba Dajal sudah berdiri di situ dan  di belakangnya ada 70,000 Yahudi lengkap membawa senjata. “Melihat Nabi Isa ada di dalam masjid itu, Dajal tiba-tiba saja layu atau cair seperti cairnya garam disirami air. Dajal itu lari terbirit-birit kerana  ketakutan. Nabi Isa bersama kaum Muslimin terus saja mengejarnya kemudian menjumpainya di Babu Luddi. Dan di sanalah Nabi Isa membunuh Dajal itu. “Orang-orang Yahudi pun akan dikalahkan dan dibinasakan Allah pada waktu itu. Mereka cuba lari dan bersembunyi tetapi semua benda tempat mereka bersembunyi  akan pandai bercakap atau bercerita dengan izin Allah. Benda-benda dimaksud termasuklah dinding, batu, pokok kayu dan sebagainya. Kalau ada orang Yahudi yang bersembunyi di balik belakang mereka, benda-benda itu akan memberitahukannya. Termasuk juga satu pokok berduri (disebut pokok Yahudi), jika mereka bersembunyi di bawahnya, pokok itu akan berkata: “Wahai hamba Allah yang beriman, di sini ada  orang Yahudi, bunuhlah dia.”

Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Dajal akan berada di dunia selama empat puluh tahun. Satu tahun lamanya seperti setengah tahun, terkadang seperti satu bulan. Satu bulan seperti satu minggu. Dan pada hari yang terakhir terasa sekejap sahaja. Pagi-pagi kamu berada di pintu masuk kota Madinah (Madinah pada zaman Rasul), sampai kamu di pintu yang lain hari pun masuk waktu malam.” Mendengar yang demikian ada yang bertanya: “Bagaimana kami mengerjakan solat dalam waktu yang begitu singkat ya Rasulullah?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukur sajalah jaraknya dan bandingkan dengan waktu yang panjang sekarang ini.” Rasulullah s.a.w berkata: “Isa bin Maryam akan memimpin umatku dengan bijaksana  dan adil. Beliau akan menghancurkan salib-salib yang ada di dunia ini dan akan membunuh semua babi. Beliau juga akan menghapuskan cukai. Manusia pada waktu itu tidak perlu membayar cukai, bahkan zakat pun tidak dibayar lagi kerana tidak ada orang yang berhak menerimanya.

“Pada hari itu semua makhluk dalam keadaan aman dan tenteram. Tidak ada saling  cemburu, dengki, saling memarahi dan mengganggu antara sesama makhluk Allah. Sehingga ada anak perempuan yang bermain-main dengan harimau dan harimau itu tidak menerkamnya, begitu juga kambing berkawan dengan serigala. Seluruh dunia ketika itu nanti diliputi oleh kedamaian, keamanan dan ketenteraman. Bahkan  ketika itu nanti tidak ada pertelingkahan keyakinan dan pendapat. Tidak ada  yang disembah selain Allah. “Orang Arab ketika itu nanti akan merampas kembali semua miliknya. Bumi mengeluarkan cahayanya, menumbuhkan tanam-tanamannya seperti zaman Nabi Adam. Sehingga manusia akan memetik buah anggur dan delima sehingga mereka kenyang memakannya.” Ibnu Katsir berkata: “Abdul Rahman Al-Muharibiy berkata: “Sebaiknya hadis ini  dijadikan untuk mendidik saja. Hadis ini tidak sahih tetapi banyak hadis lain  yang hampir sama maksudnya dengannya. Di antaranya ada diriwayatkan oleh Muslim dari Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Kamu akan memerangi orang-orang Yahudi. Kamu akan memerangi mereka habis-habisan sehingga batu tempat mereka bersembunyi pun akan berkata: “Wahai orang muslim, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.”

Menurut riwayat, bumi nanti akan mengeluarkan segala khazanah kekayaannya,  iaitu pada zaman Nabi Isa. Pada waktu itu dunia dalam keadaan makmur dan harta melimpah ruah, sehingga tidak ada lagi orang yang berhak menerima zakat. Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Sudah hampir masanya  turun kepada kamu Ibnu Maryam menjadi hakim yang adil, yang akan membunuh Dajal, membunuh babi, menghancurkan salib dan menghapuskan cukai kerana harta ketika itu melimpah ruah. Ketika itu nanti manusia hanya sujud kepada Allah Tuhan sekalian alam.”

Diriwayatkan oleh Ahmad, dari Ibnu Mas’ud, dari Rasulullah s.a.w:  “Pada malam aku diisrak mikrajkan, aku telah berjumpa dengan Ibrahim, Musa dan Isa a.s. Mereka membincangkan hari kiamat dengan menanyakan  permasalahannya kepada Ibrahim. Tetapi beliau hanya menjawab: “Tidak ada pengetahuanku tentang hari kiamat. Cuba kalian tanya kepada Musa.” Mereka tanya Nabi Musa tetapi beliau juga hanya menjawab:
“Aku tidak tahu tentang kiamat. Cuba kalian tanyakan kepada Isa.” “Mereka tanyakan kepada Isa kemudian beliau berkata: “Sebenarnya tidak ada yang mengetahui masalah ini kecuali Allah. Menurut yang  dijanjikan Allah kepadaku, Dajal nanti muncul sedangkan di tanganku ada dua sabit (alat pemotong). Sebaik saja Dajjal itu melihat aku, dia pun hancur seperti hancurnya timah yang terkena panas. Allah akan  membinasakannya, begitu juga orang-orang kafir lainnya. Sehingga batu dan pokok kayu nanti akan ikut berkata: “Wahai orang muslim, di bawahku ada orang kafir bersembunyi, marilah dan bunuhlah dia.” Kata Nabi Isa lagi: “Setelah Allah SWT membinasakan mereka, orang-orang muslim pulang ke rumah mereka masing-masing.

Kedatangan Yakjud Makjud

Dalam keadaan demikian keluar pula Yakjuj dan Makjuj, yakni bertebaran dari segenap penjuru.  Kerana banyaknya Yakjuj dan Makjuj itu, maka semua kampung  dan tempat tidak ada yang tidak dipijak oleh mereka. Mereka memakan semua makanan yang ada dan meminum semua air. Setelah habis  makanan dan buah-buahan, daun-daunan pun habis mereka makan. Air sungai dan tasik semua habis mereka minum.” Tambah beliau lagi: “Orang-orang mukmin ketika itu tidak tahan  melihat ulah Yakjuj dan Makjuj itu sehingga mereka memohon kepada Allah supaya dibinasakan binatang itu. Berkat doa mereka itu,  Yakjuj dan Makjuj itu mati semua. Sekarang timbul masalah yang cukup besar lagi, yakni bangkai Yakjuj dan Makjuj yang  bergelimpangan di mana-mana. Di mana-mana seluruh dunia terasa bau bangkai. Akhirnya Allah SWT menurunkan hujan lebat sehingga bangkai-bangkai itu hanyut ke sungai dan  kemudian hanyut ke laut.”

Diriwayatkan oleh Ismail bin Ishak, Rasulullah s.a.w bersabda: “Belum terjadi kiamat sebelum Isa bin Maryam berjalan di udara untuk mengerjakan haji dan umrah, atau sehinga Allah SWT menghimpunkan haji dan umrah dan menjadikan Ashabul Kahfi sahabatnya. Nabi Isa dan kelompok Ashabul Kahfi akan berjalan untuk mengerjakan haji kerana mereka selama ini belum mati dan belum pernah mengerjakan haji.” Sebelum ini sudah diterangkan riwayat dari Abu Hurairah yang mengatakan bahawa Nabi Isa a.s akan memimpin dunia nanti selama 40 tahun. Namun demikian disebutkan dalam sahih Muslim,  dari Abdullah bin Amr bahawa Nabi Isa akan berada di dunia selama 7 tahun. Pendapat yang lebih kuat ialah yang mengatakan 40 tahun. Menurut Ibnu Katsir kedua-dua pendapat itu sama-sama benar. Maksudnya kata beliau Nabi Isa diangkat ke
langit pada usia 33 tahun, kemudian turun nanti ke dunia  selamaa 7 tahun lagi, yakni sebelum beliau diwafatkan Allah SWT. Setelah tujuh tahun memimpin dunia, Nabi Isa wafat. Maka umur  Nabi Isa secara keseluruhannya 40 tahun. Wallahu A’lam.

Menurut Ibnu Katsir, sesuai dengan yang termaktub dalam hadis sahih,  Yakjuj dan Makjuj akan keluar pada zaman Nabi Isa. Kemudian Allah SWT memusnahkannya berkat doa Nabi Isa pada satu malam. Ada juga disebutkan dalam hadis bahawa Nabi Isa akan mengerjakan haji setelah turun nanti.  Muhammad bin Ka’ab Al-Quraiziy berkata, Ashabul Kahfi akan menjadi sahabat Nabi Isa nanti dan mereka akan sama-sama mengerjakan haji. Katanya Nabi Isa akan wafat di Madinah. Beliau akan disembahyangkan oleh kaum muslimin dan dimakamkan berdekatan dengan makam Rasulullah s.a.w. Menurut riwayat, Isa bin Maryam akan dimakamkan bersebelahan dengan kuburan Nabi Muhammad s.a.w, kuburan Abu Bakar dan Umar. Bererti kuburan Nabi Isa  merupakan kuburan yang keempat.

Wallahu Alam

Saturday, August 28, 2010

WAJIB DIBACA! kepada sesiapa yang bernama MUSLIMAH!!!

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAUlebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...
Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapahal ini boleh terjadi??
Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orangPerempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetujudengan pandangan saya ini)

Contohnya saya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:
"alaa...itu soalan mudah jee..bila datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang mereka belajar sejak mula-mula'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa...
Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.

Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yangluas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.
Dalam BAB TIGA :" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:
Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

  1.  Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asarsebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
  2.  Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.
"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :
  1.  Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?  JWPN - Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
  2.  Kenapa pula solatZohor juga perlu diqadha sama? JWPN - Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnyasudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
  1. Dalam perkara solat subuh pun sama :
  • perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya
  • Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.
Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan saya ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yangberkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

LUASNYA NERAKA JAHANNAM...!!!

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!
Sahabat semua...bacalah....
Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer..x smp 5 minit..pun!!!
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah danamalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....

Luasnya Neraka


Yazid Ar Raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w

"'Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya:

"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."
Lalu nabi s.a..w. bersabda:

"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam."

Jawabnya:

"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya:

"Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya:

"Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiappintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaituyg lebih bawah lebih panas)"

Tanya Rasulullah s.a.w.:

"Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya:

"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya:

"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda:

"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk kedalam neraka?"

Jawabnya:

"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w.masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(Dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

DariHadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkankamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekorular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hastamengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
"Sesungguhnyaorang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dariketerangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannyakepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dandilaknat oleh sekalian makhluk."

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :

'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw:

 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'. Bila qiamat datang maka malaikat datang kekubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' SiratulMustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu."

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orangyang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuhasal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

"Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: 'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Kuberpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dandahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digorengdan buah-buahan SYURGA. ' Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu dibumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.

' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasamengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' (SurahAl-Baqarah : 237)

Untuk renungan dan amalan bersama ..

DOA Nabi Allah Yunus
"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

sujudmu hanya untuk DIA

DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA
Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.





Sabda Rasulullah s. a. w :- “Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.”

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

“Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

“Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat”

Mendengar itu para sahabat bertanya: “Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?”

Jawab baginda: “Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?”

Sahabat Menjawab: “Bahkan !” Rasulullah menyambung: “Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu’) putih berseri-seri oleh cahaya wudhu’ !!!”

KEISTIMEWAANNYA
———————
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-

“Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan
(menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud”

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

luahan hati ADAM buat kaum HAWA

peSANAN...sama2 kita renungi..
"luAHAN hATi ADAM buat KAUM HAWA"



Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.


Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.


Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalia

Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.

"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...


insya'ALLAH...
>>>SAMA2 KITA AMBIK PENGAJARAN...SEMOGA SENTIASA DALAM PERLINDUNGAN ILAHI BUAT SAUDARA2 MUSLIMAH ANA D LUAR SANA....<<<<

tentang HAID

Haid




Harus Dibaca Oleh Setiap Mereka Yang Bergelar Muslimah

Kebanyakkan Muslimah ...tidak berapa perasan atau lebih malang lagi jika mereka tidak tahu menahu langsung akan perkara ini.

Dalam ilmu Fiqh khususnya Bab haid yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam. Kenapa hal ini boleh terjadi?

Amat susah untuk mencari seorang guru atau ustazah yang betul-betul pakar dalam bab ‘Orang-orang Perempuan ini’ kecuali terpaksa atau mesti dirujuk juga kepada ustaz- ustaz. Contohnya yang paling simple, bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam, “Adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada’kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?” pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan, “Alaa... Itu soalan mudah jee... Bila datang period maka solat tu tak perlu qadha’. Yang perlu qadha’ hanya puasa jee...” Itulah yang mereka belajar sejak mula-mula bergelar wanita dahulu.

Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang Muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid sekalipun!

Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang masyhur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasawuf dan padanya juga perbahasan Fiqh yang luas, inilah bukti kehebatan ulamak terdahulu.

Dalam BAB TIGA : “Fi adab Mua’sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah” perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID :

Penjelasan terhadap solat yang perlu diqadha’ bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib kira-kira sempat dia solat Asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha’ solat Zohor dan Asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya’ sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha’ solat Maghrib dan Isya'.

“Dan hal ini (qadha’ solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam” (Imam al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha’ solat Asar dan Zohor? Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat Asar (selepas mandi hadas).

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha’ sama? Kerana didalam hukum menjama’ (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama’ dan diqasarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada’ solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama. Perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya’ sebab darahnya sudah kering semasa masih dalam waktu Isya’.

- Solat Isya’ juga boleh dijama’ (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha’ solat Maghrib. Diatas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu Maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku).

-Maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha’ juga solat Maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) Cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan saya ini memberi kesedaran kepada seluruh wanita yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu ‘Fiqhul Nisa’ ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri.

(AMIRUL AMIN)

10 PETANDA DIA JODOH KITA.......

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad Profile:
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000474159776
p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..

Friday, August 27, 2010

Lelaki-lelaki Yang Bakal Ke Neraka



Pertama : Ayahnya
- Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak
perempuannya di dunia.

- Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,
mengaji dan sebagainya.

- Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.

- Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja
maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua : Suaminya
- Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.

- Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi
untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam-
kan diri, walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa
tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga : Abang-abangnya
- Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh
kepada abang-abangnya pula. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya
sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran Islam, maka tunggulah
tarikan adiknya di akhirat kelak.

Keempat : Anak Lelakinya
- Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang
haram disis islam, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di
akhirat kelak, nantikan tarikan ibunya.

Kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah
di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah /
suami /abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar.


Firman Allah swt :
“Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahli kaluargamu dari api neraka, dimana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.” -Surah At-Tahrim : Ayat 6-

ELAKKAN....!!!!



Firman Allah :

ولا تقربواالزناانه كان فاحشة وساء سبيلا
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk”

(surah isra' ayat 32)

Larangan zina yang digunakan di dalam ayat ini ialah ‘janganlah kamu mendekati zina’ dan bukanlah digunakan ‘janganlah kamu melakukan zina’, kerana ia mempunyai makna yang sangat mendalam iaitu bukan hanya penzinaan sahaja dilarang, tetapi segala yang menjadi pintu ke arah itu adalah dilarang sama sekali. Walaubagaimanapun di zaman moden ini, masih ramai yang hanya memandang sepi sahaja terhadap larangan-larangan yang telah disyariatkan ini. Melakukan perbuatan zina bukan sahaja melanggar perintah Allah swt dan anjuran islam, malah telah menyalahi peraturan adat dan tatasusila hidup berukun dan merosakkan kedamaian. Namun begitu,adakah larangan terhadap perbuatan zina ini telah benar-benar memberi kesan kepada remaja khususnya di Malaysia ini?

Agama Islam adalah agama yang bercirikan lengkap, menyeluruh, menepati sesuatu tempat serta tetap dan anjal. Menyentuh berkenaan gejala zina yang berleluasa,tidak dapat disangkal lagi bahawa akal manusia biasanya mengakui perbuatan zina itu dikeji oleh agama kerana hubungan seks antara lelaki dan perempuan yang bukan suami isteri yang telah melakukan hubungan yang dihalalkan khusus untuk pasangan suami isteri seperti menimbulkan sesuatu perbuatan yang menyeronokkan dalam diri mereka.

Dapat dilihat dunia pada hari ini dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Pelbagai masalah zina bebas yang dilakukan dan hasilnya sangat dasyat di mana sesetengah bayi yang telah dilahirkan secara luar nikah dibuang di merata-rata tempat. Hal ini kerana mereka berasa takut atas perbuatannya terbongkar serta malu kepada masyarakat. Selain itu, ada pula lelaki yang menuduh perempuanlah punca segala perbuatan zina, kerana dikatakan perempuan yang sering mempamirkan tubuh untuk menaikkan nafsu berahi lelaki.

Realiti yang dapat diperhatikan kini ialah masyarakat terutama masyarakat islam khususnya sudah tidak menitik beratkan etika berpakaian, di mana pakaian seorang muslim itu wajib memenuhi fungsi dasarnya iaitu menghindarkan seseorang dari dorongan berahi kerana jika aurat tidak ditutup dengan sempurna ia akan mengundang berlakunya kejadian rogol atau perbuatan zina yang boleh merosakkan maruah individu yang terlibat. Sehubungan itu, nilai pakaian masa kini sudah dicemari oleh individu yang berpakaian hanya sebagai syarat dan adat sahaja dan pendedahan sebahagian tubuhnya yang telah mendorong kepada gejala zina. Di samping itu, mendengar perkara yang boleh menaikkan nafsu seperti kelunakan suara (rayuan atau pujukan) juga masalah-masalah yang memungkinkan berlakunya panggilan dan tarikan-tarikan untuk berzina.

Islam melarang masyarakat bergaul bebas di antara lelaki dan perempuan kerana kebebasan dalam pergaulam lelaki dan perempuan pasti akan menimbulkan fitnah zina. Sebelum berlakunya zina, agama islam juga melarang lelaki dan perempuan yang bukan muhrim berpandang-pandangan kerana dikhuatiri panahan dari pandangan tersebut akan menggelorakan syahwat sesama sendiri. Kemudian geloraan syahwat tersebut akan meronta meminta dilepaskan dan akhirnya terjadilah persetubuhan haram yang diidamkan. Mereka tidak pernah rasa bimbang atau takut dengan suruhan dan larangan tersebut malah berasa seronok apabila mengingkarinya. Demikianlah seterusnya agama islam sengaja meluaskan daerah larangannya, agar kemungkinan-kemungkinan berzina itu akan selalu tertutup rapat.


Kaedah usul fiqh berbunyi:

سدا للذريعة ودرءا للمفسدة

"menutup jalan kemungkinan untuk melakukan dan berusaha menolak kepada apa yang merosakkan”

Larangan zina mengingatkan kita agar jangan mendekati zina, inikan pula untuk melakukannya. Kalimah ”janganlah kamu menghampiri”, yang terkandung dalam alquran memberikan isyarat bahawa jika larangan ini diabaikan, ia akan menimbulkan banyak perkara yang boleh membahayakan diri dan mencemarkan agama,bangsa dan negara. Kemudian disebutkan perkataan yang disertai dengan gaya bahasa yang sangat menarik iaitu ” sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji ”. Perbuatan keji (al-fahisyah) adalah perkara negatif yang melampaui batasan. ”Dan suatu jalan yang buruk” perkataan yang disebutkan ini juga di antara perkara yang tidak diingini bagi setiap individu. Kekejian zina diakui oleh masyarakat yang ingin dihormati dalam kehidupannya kerana prinsip ini akan menghiasi masyarakat dengan emosi yang terpuji dan moral yang tinggi bagi kemajuan kehidupannya.

Menurut kamus Dewan Bahasa edisi ke empat, perkataan larangan mempunyai dua maksud, yang pertama ialah sesuatu yang dilarang atau terlarang. Manakala yang ke dua ialah perintah melarang (sesuatu perbuatan) tegahan.

Perkataan zina pula bermaksud persetubuhan yang tidak sah atau haram (bukan hubungan suami isteri), mukah :jangan kamu melakukan. Berzina ialah melakukan zina, berbuat zina dan mukah. Selain itu, penzinaan bermaksud perihal atau perbuatan zina.

Zina berdasarkan ilmu syara’ adalah perbuatan di mana seorang lelaki dan perempuan yang dengan jelas tidak terikat dengan pernikahan yang sah (menurut syariat Islam), melakukan hubungan kelamin, sedemikian sehingga kemaluan lelaki (hasyafah) si lelaki masuk ke dalam kemaluan wanita (farji), tidak mempedulikan akan terhasil orgasme atau tidak. Dalam hal ini, penzina harus berada dalam keadaan yang terikat dengan tanggungjawab. Namun demikian, ada sebahagian mereka yang terlepas dari taklif, antaranya:
1. yang tidak berakal, belum baligh, gila, tidur
2. yang di paksa (mukrah)
3. yang terpaksa (mudhtarir)

Larangan mendekati zina di sini ialah prevensi (sadd dzaria’h) atau berhati-hati (ihtiyath). Larangan menghampiri perbuatan zina adalah kerana orang yang menghampiri perbuatan tersebut tidak akan dapat lari dari melakukannya melainkan dengan perlindungan Allah s.w.t, sebagaimana kisah nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf dipancing oleh Zulaikha agar mendekatinya namun tidak diendahkan nabi Yusuf a.s hinggalah Zulaikha terdesak dengan nafsunya dan memerangkap baginda untuk ke bilik tidurnya dan menawarkan dirinya. Namun begitu,baginda menolaknya. Penolakan baginda menaikkan kemarahan Zulaikha kerana merasakan dirinya dihina oleh hambanya sendiri. Akhirrnya Yusuf terperangkap dengan Futhifar (suami kepada Zulaikha) yang pulang ke rumah ketika Zulaikha menarik koyak belakang baju baginda ketika mengejar baginda yang meluru ke pintu. Kemudian Zulaikha telah memfitnah baginda di hadapan suaminya. Walaubagaimanapun baginda terselamat dengan bukti yang berada di hadapan mereka bahawa baju baginda koyak di belakang dan bukan di hadapan. Akhirnya, Futhifar menyebelahi baginda dan berita itu sampai ke masyarakat umum.

Islam juga memandang serius kepada berlakunya perbuatan atau perlakuan awal (preaction) yang boleh membawa kepada berlakunya zina seperti berkhalwat.

Rasulallah s.a.w. bersabda:

“tidak berada di tempat sunyi di antara seorang lelaki dan wanita kecuali yang ke tiga adalah syaitan”.

Hadith ini menunjukkan bahawa perbuatan khalwat antara lelaki dan perempuan yang tiada hubungan mahram boleh mendorong kepada penyelewengan seksual kerana mereka akan dipengaruhi oleh syaitan yang sentiasa mendorong manusia ke arah kejahatan.

Jangan Kahwini Wanita Ini



Dicatat oleh Imam Al-Ghazali

Jangan engkau kahwini wanita yang enam iaitu wanita yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."

Wanita Ananah :
Banyak mengeluh & mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah :
Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu."

Wanita Hananah :
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah :
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah :
Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

Wanita Syadaqah:
Banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Untukmu Adam Dan Hawa



Adam…
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa…
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam…
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa…
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam…
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa…
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam…
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa…
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam…
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

Adam…
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa…
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa…
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun… itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.


Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan. Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa. Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri. Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.

Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi. Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami. Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.

SAtu dah terlepas..jangan biar lagi dua terlepas..



Seperti semua sudah sedia maklum..bulan Ramadhan yang mulia pada tahun ni..adalah sangat istimewa pada rakyat Malaysia..kerana terletak di dalam bulan kemerdekaan Malaysia.Manakala bulan Syawal yang mulia pada tahun ni juga adalah terlalu istimewa kerana terletak beberapa hari sebelum sambutan Hari Malaysia.
Kita di Malaysia patut berasa syukur kerana dapat sambut Ramadhan..dan Syawal yang mulia ni insyaallah dalam keadaan yang harmoni dan penuh selesa..tidak diuji seperti di negara negara lain yang terpaksa sambut dalam keadaan tidak selesa dan ditimpa pelbagai musibah ujian ALlah swt..
sebaliknya kita di Malaysia lebih ketara diuji dan diancam dengan penyakit bawaan gula,garam,nikotin,minyak,lemak dan sebagainya..malah diuji dengan pelbagai jamuan mata dan nafsu yang mampu mengurangkan nikmat serta pahala puasa dalam sekelip mata.
Sebagai mengikat semangat patriotik bersama semangat bulan ibadat,
saya ada saranan kepada semua yang membaca utusan ini.
Cuba pakai pakaian raya yang ada warna bendera malaysia..iaitu biru,kuning..merah dan putih..
lagi bagus kalau jalur merah dan putih..
kalau baju kurung..latar nye biru..bunga atau coraknya warna kuning...atau sebaliknya..
kalau pakai serban,serban warna merah,kopiah putih...
kalau jubah atau kurta warna biru,seluar atau kain pelekat pula warna kuning..
hurm..cube la dulu..kalau orang gelak tu..buat tak tahu je lah..yang penting semangat patriotik dalam bulan ibadat...
Jangan lupa yer,pasang bendera malaysia kat kenderaan,biar kat lebuhraya dan jalan jalan raya sepanjang malaysia ni penuh dengan bendera Malaysia kat bumbung dengan bonet kereta,lori,van,jeep,trak...
kalau bagi penunggang motosikal,letak je kat helmet banyak banyak..untung untung ada wartawan yang nampak,tangkap gambar korang,masuk kat paper..heh..mat motor pun patriotik ler...
saya buat saranan ni adalah kerana,
mungkin dalam seumur hidup kita..fenomena berkongsi bulan ibadat dan kemerdekaan ni hanyang berlaku tiga kali jer,
kita dah terlepas tahun lepas, jadi jangan biarkan tahun ni pon kita terlepas..
semarakkan semula semangat RAmadhan dan Kemerdekaan..
Semarakkan semula semangat Syawal dan sambutan hari Malaysia...
ikhlas ni...

Soal Dara Tidak Menjadi PENTING bagi Remaja Islam?



Hana hilang kesucian daranya pada usia 16 tahun. Hamil dan menggugurkan kandungannya 3 tahun kemudian dan pada usia pada 21 tahun kini, masih aktif melakukan hubungan #### dengan teman lelakinya. Namun, Hana (bukan nama sebenar) bukan belia tercicir yang datang daripada keluarga berantakkan. Golongan yang sering dikaitkan dengan masalah keseksualan remaja.
 
Sebaliknya, Hana dan teman lelakinya merupakan mahasiswa tahun akhir di Universiti setempat. Keluarganya pula keluarga berpendapatan pertengahan. Kisah Hana menunjukkan isu keseksualan di kalangan remaja bukan hanya tertumpu pada keluarga berantakkan, bahkan turut menjejas keluarga lain. Ketika diminta mengulas tentang perangkaan tinggi remaja Melayu yang hamil, menjalani pengguguran dan dijangkiti penyakit kelamin, beberapa orang kaunselor berkata bahawa perubahan terhadap nilai hidup, kegagalan kaum bapa melaksanakan tanggungjawab sebagai ayah dan masalah sosio ekonomi merupakan antara penyumbang utama. 
Ini diburukkan lagi dengan pengaruh bahan-bahan lucah yang mudah diperolehi dari Internet, rumah yang dijadikan persinggahan bagi mereka memuaskan hawa Nafsu dan perbuatan remaja yang berpacaran pada usia yang semakin muda. Sekitar 20 tahun dulu, ramai yang masih mementingkan isu darah tetapi kini, remaja berpegang kepada falsafah ‘ berani buat asalkan tak mengandung ‘. Mereka mula berpacaran pada usia lebih muda, sekitar usia 9 hingga 10 tahun. Remaja juga semakin terdedah kepada filem-filem lucah, yang diperolehi menerusi Internet, cakera padat dan telefon bimbit. Dan mereka semakin berani membawa teman lelaki atau wanita menjadikan rumah tempat memuaskan Nafsu, kerana semakin ramai ibu bapa yang keluar bekerja.
Perangkaan Kementerian Kesihatan (MOH) menunjukkan kira-kira 600 belia antara 10 tahun dengan 19 tahun kini dijangkiti penyakit kelamin, dengan hampir separuh merupakan belia Melayu. Selain daripada itu, 417 belia Melayu dibawa usia 19 tahun telah menjadi ibu, manakala 434 remaja Melayu menjalani pengguguran dalam tempoh yang sama. Nauzubillahi `Minzaliq. Pakar kaunselor dan pakar motivasi pula berkata masalah itu bertambah runcing kerana kedudukkan sosio ekonomi masyarakat Melayu yang lemah “Ini menyebabkan ramai ibu bapa yang terpaksa bekerja siang dan malam hingga mengabaikan anak-anak mereka. Bagi keluarga Melayu yang berantakkan pula, kebanyakkannya ‘hilang’ bapa yang sesetengahnya meringkuk di penjara, berpeleseran di BATAM, atau terus mengabaikan tanggungjawab mereka. Akibatnya, institusi keluarga kurang mempunyai contoh teladan yang baik dan remaja wanita khususnya memburu kasih sayang di luar, malangnya mereka sering tersalah pilih.
Contoh Kes No. 1:
Lina, 17 tahun masih menuntut di Institut Pendidikkan Teknikal (ITE) dan mempunyai seorang teman lelaki yang KAKI PUKUL. Hubungan mereka menjalin selama setahun tetapi ibu Lina membantah hubungan tersebut. Di peringkat awal hubungan, ibunya melihat ada tanda-tanda lebam pada badan Lina, namun pelajar tahun kedua ITE itu membuat alasan beliau terjatuh. Tetapi, apa yang tidak diketahui ibunya ialah Lina kerap mengadakan hubungan #### dengan teman lelakinya, yang berusia 21 tahun. Teman lelakinya mempunyai Nafsu tinggi dan jika Lina enggan mengadakan hubungan ####, beliau akan dipukul. Remaja itu juga pernah merakamkan salah satu adegan #### mereka tanpa pengetahuan Lina. Astarghfirullah `Halazim. Pada suatu hari, Lina mendapat tahu yang dirinya hamil, teman lelakinya berkeras agar kandungan itu digugurkan namun, oleh kerana teman lelaki itu tidak mempunyai wang untuk membolehkan Lina menjalani pengguguran, beliau telah melakukan sesuatu yang tidak dijangka- memukul Lina dengan tujuan dapat menggugurkan kandungan tersebut. Nauzubillahi `Minzaliq. Akibat lebam-lebam di muka dan di mata, ibu Lina melarang anaknya dari menemui teman lelakinya dan masalah kehamilan itu terdedah.
Contoh Kes No. 2:
Ros, 14 tahun pelajar menengah 3, di sebuah sekolah jiranan baru sahaja menjalani sesi pengguguran. Dia mengaku dia kerap mengadakan hubungan #### dengan teman lelakinya di flat-flat kosong (HDB) yang masih dalam pembinaan atau pun di kaki-kaki tangga flat. Menurutnya, ini adalah kali pertama beliau menghadapi kehamilan setelah beberapa lama menikmati hubungan #### dengan teman lelakinya, yang berusia 16 tahun. Kehamilannya mula diketahui setelah guru-gurunya mendapati adanya perbezaan pada dirinya. Ibu bapa gadis itu dimaklumkan tentang keadaannya dan diminta agar menjalani pemeriksaan doktor. Pemeriksaan itu menunjukkan dia mengandung 3 bulan sebelum digugurkan. Menyedari akan masalah berat yang dihadapinya, teman lelaki gadis itu lari menghilangkan diri.
Contoh Kes No. 3:
Ayu, 27 tahun (dah tua ganyut tak sedar diri) mempunyai 4 orang anak luar nikah berusia antara 2 dengan 8 tahun. Anak-anak itu, hasil daripada hubungannya dengan 3 lelaki. Beliau bekerja sebagai pelayan kelab malam dan mengaku suka mengadakan hubungan #### kerana beliau memperoleh wang daripadanya. Bahkan, Ayu mendakwa melakukan #### secara maraton- dari malam hingga pagi- melakukannya antara 3 hingga 4 pusingan setiap melakukannya. Ish..ish..ish..sungguh tidak aku sangkakan begitu rendah MARUAH KAMU wahai WANITA!! Sejauh ini, dia telah menjalani 3 pengguguran walaupun beliau pernah mengalami jangkitan kelamin, dia masih belum serik dan masih tetap melakukan #### tanpa sembarang pencegahan. Dia kini, dihalau keluarga dan sehingga kini belum mempunyai niat untuk berumah tangga.
PENGALAMAN SEKSUAL SEORANG MAHASISWA.Hana pertama kali mengadakan hubungan #### sewaktu di menengah 4 dan sedang menunggu untuk memasuki sebuah makhtab rendah. “Pada waktu itu, saya fikir apa yang saya lakukan adalah betul kerana saya tidak pernah melihat isu hilang darah sebagai sesuatu yang penting, walaupun saya sedar kesan daripada tindakkan saya itu.” Kata anak sulung 4 beradik yang kini mahasiswa tahun akhir sebuah Universiti setempat. Untuk mengelakkan kehamilan, Hana mengambil beberapa langkah pencegahan, termasuk mengambil suntikan hormon namun ia gagal beliau daripada hamil. “Selepas mendapati saya mengandung, saya memutuskan untuk menggugurkan janin saya, yang pada waktu itu berusia satu setengah bulan.” Beliau berkata kos pengguguran janin yang berjumlah $600 itu dikongsi bersama teman lelakinya. Bapa Hana, yang merupakan seorang jurutera dan ibunya, suri rumah, tidak tahu mengenai pengguguran tersebut. Menceritakan lebih lanjut pengalaman seksualnya itu, Hana mengaku mempunyai 5 rakan ####. Astarghfirullah`Halazim. (Murah betol kau jadi perempuan eh?) Dengan 2 daripadanya adalah teman lelakinya. Menurutnya, beliau sering mengadakan #### di rumahnya. Astarghfirullah`Halazim. (Rumah kau buat mcm Motel?? Tunggu jelah azab!!) Rumah teman lelakinya, tempat-tempat awam, (Dah jadi mcm haiwan pula.. tkde rase malu???) di Universiti dan juga di Hotel. Apabila mereka pergi melancong bersama “Dengan teman lelaki saya sekarang, saya sering mengadakan hubungan itu 3 hingga 5 kali seminggu, (Kau ni sebenarnye perempuan Islam ke bukan????!!!) teman lelaki saya juga berfikiran terbuka dan pernah mengadakan hubungan itu sebelum berjumpa dengan saya.”

Wanita Yang Dicintai Iblis.

Hati Yang Kotor
Hati yang kotor adalah hati yang penuh dengan ‘NAJIS’
sifat-sifat keji seperti Pemarah, Pendendam, Hasad Dengki,
Penakut dan Tamak akan disibukkan dengan urusan melayan
bisikan-bisikan jahat dari NAFSU dan SYAITAN. Hati begini tidak
menyediakan ruang untuk diletakkan rasa Cinta kepada ALLAH.
Hati perlu dibersihkan dan dihiasi dengan sifat-sifat terpuji seperti
Sabar, Redha, Merendah Diri, Berani, Pemaaf dan
Mencukupi Dengan Apa Adanya.

Hanya Hati yang BERSIH dapat menjadi WADAH
untuk menampung Cinta yang SUCI lagi AGUNG.



Apa Pula Pengertian DeNdAm Ya?

Dendam ialah apabila hati seseorang itu merasa sangat berat terhadap seseorang
lain seperti membencinya, menjauhi diri darinya, dan sifat itu akan kekal bersemadi
di dalam hati orang itu dan tidak akan pernah padam.

Keburukan-keburukan Dendam

Dengan itu jelaslah bahawa sifat dendam itu berpunca dari sifat
marah yang tidak dikekang atau diredakan dengan segera.
Sifat dendam ini akan menimbulkan berbagai perkara mungkar
antaranya adalah…

1. Perasaan hasad atau dengki dalam diri, sehingga pendengki itu
merasakan tidak senang bila melihat seseorang berada di dalam
kenikmatan, lalu ia mengharapkan terhapusnya nikmat itu
daripada orang itu. Dengan makna yang lain seorang yang
menyimpan perasaan hasad tidak suka melihat orang yang didengkinya
itu hidup senang lenang, sebaliknya merasa gembira apabila orang yang
didengkinya itu ditimpa kesusahan. Kelakuan ini adalah contoh dari
kelakuan orang-orang yang munafik.

2. Pendengki itu bukan saja menyimpan perasaan hasad dengki
dalam dirinya, malah ia merasakan senang sekali apabila orang
yang didengkinya itu ditimpa sesuatu kecelakaan atau bencana.

3. Pendengki akan menjauhi dan memutuskan perhubungan dengan
orang yang didengkinya; tidak mahu bergaul dengannya.

4. Pendengki akan mengucapkan kata-kata yang tidak patut terhadap
orang yang didengkinya, iaitu samada berbohong, mengumpat, mendedahkan
rahsia lawannya, mengejek, menjatuhkan kehormatan dan sebagainya.

Sesungguhnya perbuatan ini adalah merupakan perbuatan

IBLIS TERKUTUK