pada zaman dahulu,ade sorg pemuda yg alim & hidup menetap dimasjid. suatu hari, dia berasa sgt lapar & tiada sedikit mknn pun untk dijamah.
dia bekata dlm hatinya, "aku sgt lapar, mungkin tidak mengapa jika aku mencuri sedikit makanan". ketika melalui sebuah rumah, dia terbau sesuatu yg sgt lazat & enak. kerana tiada tuan rumah & niat dia untuk mencuri, pemuda itu pun masuk kedalam rumah itu.
kelihatan diatas meja, ade sepiring terung bakar yang sgt enak. ketika ingin menjamu terung bakar yg enak & sedap itu, tiba2 pemuda tersebut tersedar dr khilafnya. maka pemuda itu pun menangis sambil bekata, "ya ALLAH, sesungguhnya aku bertaubat kepadaMU!!". pemuda tersebut kembali ke masjid & melakukan sola taubat & merintih memohon keampunan dari ALLAH.
selang beberapa waktu, datang imam masjid bertanyakan pemuda tersebut adakah dia teringin untuk bernikah?? imam itu selanjutnya berkata, "janda ini baik & warak orangnya serta kaya, perbelanjaan pernikahan kalian akan ditanggung".
pemuda tersebut bersetuju & seterusnya dinikahkan. setelah dinikahkan, janda@isteri dia membawakan sepiring terung bakar. kata pemuda tersebut, "SUBHANALLAH...! satu ketika dulu kanda hampir mencuri terung bakar di sebuah rumah seorang wanita".
kemudian isteri pemuda itu menjawab, "sesungguhnya rumah itu adalah rumah adinda. adinda tahu mengenainya. ini sebagai balasan untuk kanda kerana lebih takutkan ALLAH dari menahan lapar yg sangat."...
MAHA SUCI ALLAH, TUHAN SERU SEKALIAN ALAM
nukilan nuradilah bte bakeri
ReplyDelete