disebalik itu...

Friday, July 29, 2011

Don Pysey Tamimi Status Doa Berbuka Puasa

Jika ia dibaca sebagai doa, maka lafaz doa yg sering kita amalkan:

"Allahhumlakasumtu wabika amantu wa 'ala rizkika aftharthu birahmatikaya arhama rahimin"

Lafaz doa ini tiada asalnya dari hadith Baginda SAW, ia tidak wujud dalam hadith Nabi SAW baik hadith yg sahih, atau dhaif atau palsu sekalipun, maka ia adalah bacaan doa yang tiada asalnya dan tiada sanadnya.

Akan tetapi maknanya adalah baik dan tidak bercanggah dengan asas-asas umum agama, maka tidak menjadi masalah untuk beramal dengannya dengan syarat:

1 - tidak menyandarkan dan tidak meng-ithbat-kan bacaan doa ini kepada Nabi SAW

2- tidak mempolarkan bacaan doa ini hingga orang awam menjadi keliru dan menyalah fahami bahawa ia adalah doa yang datang dari hadith Nabi SAW sedangkan ia tiada asal langsung dari hadith Nabi SAW

walaubagaimanapun, adalah lebih baik bahkan sangat baik jika bacaan doa ini kita tinggalkan sahaja, sebaliknya beramal dengan bacaan doa yang mempunyai asal bahkan bersanad hingga kepada Baginda SAW, walaupun sanad itu sanad yang agak lemah, itu lebih baik dari beramal dengan doa yang tiada sanad langsung.

Antara lafaz doa yang saya syorkan yang boleh diamalkan, dan ia datang dari hadith yang bersanad ialah:

(اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت / Allahumma Laka Shumtu Wa `Ala Rizqika Aftartu)

ataupun

(ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله - Zhahabazh Zhaama wabtallatil `uruqu wa tsabatal ajru insyaAllah)

walaupun kedua-dua lafaz doa ini sanadnya adalah lemah/dhaif, namun ia mempunyai asalnya dalam hadith dan ia datang kepada kita dengan bersanad, walaupun sandaran asal itu lemah, iaitu sanad itu lemah, beramal dengan dua lafaz doa ini jauh lebih baik dari lafaz yang entum biasa amalkan yg tidak mempunyai sanad langsung dan tiada asalnya langsung.

Dan doa-doa yang datang dengan sanad yang lemah/dhaif ini boleh diamalkan dengan syarat tidak menyandarkannya dan tidak meng-ithbat-kannya sebagai sabda Baginda SAW.

Dan yang penting jangan lupa untuk membaca doa yang sahih dari Nabi SAW ketika hendak makan sebagaimana yang diriwayatkan dalam al-Sahihain, iaitu menyebut "Bismillah" , amalan yang sahih ini jangan dilupa.

Allah hu'alam

Petikan jawapan dari Fathi Al-Sakandary (ada sedikit pengeditan bahasa oleh Abu Uthsaimin)
20 Julai 2011 / 19 Sya'ban 1432H
5 pagi
Iskandariah, Mesir

No comments:

Post a Comment