disebalik itu...

Sunday, February 27, 2011

zina hati

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. Semoga Allah mmudahkan akal untuk mhasilkan bait2 kata yg bmanfaat. Apa khabar semua?? =))
Jadi, topik yg Nad cuba utk bincangkan kali ini adalah bkaitan ZINA HATITerima kasih kpa Sha, NANA, Nini, Daia, kak Amal, dan ramai lagi yg mbantu Nad utk bahaskan isu ini semalam. ^_^
Rujuk hadis Rasulullah SAW :
Mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dgn bercakap, tangan boleh berzina dengan bpegangan, kaki boleh berzina dgn bjalan ke arah tempat maksiat, hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan mbayangi si dia.
[HR Bukhari dan Muslim]
Baiklah, Nad cuba terangkan sebaik mungkin hasil rujukan dan pandangan drpd org ramai.
Berzina melalui mata adalah seperti melihat si dia dgn khadiran nafsu. Pandang lama2 sbb dpt mrasakan 'keindahan' manusia ciptaan Allah pd diri dia. Tak dinafikan, pandangan itu akhirnya boleh mdtgkan perasaan utk ingin mdekati dan kenal si dia..bukan?


Berzina melalui lidah pula, mengikut apa yg Nad faham..mengucapkan kata2 yg boleh mdorong kpd zina. Yes, berkawan itu tak salah dalam Islam. Tapi be careful, especially apabila kita bkawan dgn ajnabi dan saling bkongsi masalah. Satu masa akan hadir bisikan2 iblis yg mengatakan, "Dia faham kau. Dia ambil berat pasal kau..ini maknanya dia sygkan kau!"Semua manusia ingin disyangi dan dkasihi, jgn kita nafikan sbb itu adalah fitrah!

Kalau bercakap berkenaan zina melalui lidah, Nad selalu igt cerita yg Nad agak kerap dgr. Si lelaki dan si perempuan ni dkategorikan dlm golongan 'bdk alim'. Sama2 cebur diri dalam medan dakwah. Kongsi ilmu, kongsi pendapat. Akhirnya masing2 saling jatuh hati sbb mrasakan mereka berdua sepadan dan ada psamaan. Nauzubillahi min zalik! Kalau sahabat nak clearer view tntg apa Nad terangkan, boleh tgk teledrama Antara Dua Garisan.

Tangan pula berzina dgn bpegangan tangan. Yg ini Nad rasa, ramai org boleh elak kot? Selalu jugak lah dgr bila mana Nad sngja gertak kwn2 yg mcm agak lain mcm dgn ajnabi..dia mesti jawab, "Tapi ktrg tak pegang2 ek Nad!". Haizz..Allah knows everything because He can see everything. Kalau tak buat, tak payah takut ok? =)
Kaki menyumbang dosa dgn mbawa jasad ke tempat pertemuan untuk bdating dgn si dia. Tapi kalau bwk kawan utk teman kita, tak boleh ke? Pendapat Nad sendiri, Nad tetap tidak mbenarkan perkara tu berlaku pd diri Nad dan shbat2 yg Nad syg semua. Kenapa? Cuba tanya hati..apa niat sbnar kita dtg ke tempat itu, bukankah niat asal tetap nk btemu si dia?? Wallahualam.
Daripada Ibnu Abbas RA :
Sesiapa berniat ingin melakukan kebaikan, tetapi tidak lagi melakukannya, maka Allah mencatatkan niat itu sebagai kebaikan yang sempurna di sisiNya. Jika seseorang itu berniat ingin melakukan kebaikan lalu mengerjakannya, maka Allah mencatatkan di sisiNya sepuluh kebaikan hingga sampai tujuh ratus kali ganda seterusnya hingga kepada gandaan yang sebanyak-banyaknya. Jika seseorang berniat ingin melakukan kejahatan tetapi tidak melakukannya, maka Allah mencatatkannya sebagai satu kebaikan yang sempurna di sisiNya. Jika dia berniat untuk melakukan kejahatan lalu melakukannya maka Allah mencatatnya sebagai satu amalan kejahatan sahaja.


Hati berzina? Ini yg Nad nak terangkan, insyaAllah Nad cuba. Merindui, mengingati dan mbayangi si dia. Simple words, tapi sebaik shj dengar..terpacul pelbagai soalan di minda kita, kan kan?? Hee. Nad taknak cerita tentang couple sbb most couples sbnrnya do know yg couple tu berdosa, tp mungkin Allah masih ingin menguji mereka..sila click sini!
Sesungguhnya telah tertulis (ditetapkan), bagi setiap anak Adam (manusia) bahagian mereka daripada zina yang pasti dia akan dapat tanpa kecuali (kecuali dengan izin Allah). Maka zina mata ialah dengan melihat, zina lidah ialah dengan bercakap, zina hati (jiwa) dengan berangan-angan dan berkeinginan (nafsu syahwat), dan (bergantung kepada) kemaluanlah sama ada untuk membenarkan (keinginan itu), atau menafikannya.
[HR Bukhari]

Berdasarkan penulisan seorg Muslim :

Menurut Ibn Hajar, zina mata, zina hati, zina lidah yang merupakan perbuatan-perbuatan yang mendatangkan syahwat itu adalah perkara yang menjadi dosa kecil yang dimaafkan oleh Allah, selagi kita tidak melayannya.

Jadi, zina hati tergolong sbg dosa kecil ye?

Harus kita berhati2. Ustazah Fatimah pernah terangkan, dosa kecil yg dilakukan scra bterusan boleh mjerumus ke dalam dosa besar yg dikecam azab akhirat(nauzubillah!). Sbg contoh, buang sampah merata2. Kalau lama2 tak buang tabiat tu, nnt habis tcemar psekitaran kita. Bukan itu sudah btentangan dgn Islam? Islam agama kebersihan, dr sekecil2 perkara sampai sbesar2 perkara Islam tuntut kebersihan(kesucian).
Zina hati mengikut apa yg Nad faham melalui pembacaan dan pertanyaan ialah kita jatuh hati kepada seseorg, lalu kerap kali mbayangkan si dia.. Sbg contoh, bayangkan kita dan dia keluar sama2, duduk b'dua2an dan seumpamanya.
Selain itu, rindu juga boleh menjadi zina hati tatkala rindu itu mula memenuhi ruang hati yg kosong dek kurangnya cinta kita kepadaNya. Lantas, diri kita mengikut kata akal dan memenuhi ruang2 kosong itu utk si dia. Rindu mbawa kpd perkara2 lain sprti desakan utk mnatap wajahnya, dengar suaranya dll.
Sbb itu lah zina hati adalah zina kecil yg paling bahayatidak dapat dilihat tetapi dapat dirasa. Zina hati lahirnya dari hati. Hati bertindak mengikut kata akal. Bak kata Daia, "When mind says no, means no!". Akal pula dikawal oleh iman.Tumpuan utama kita adalah iman, iman haruslah mantap dan kukuh! Ya Allah..
Persoalan yg Nad dan shbt2 lain sibuk berdiskusi semalam adalah :


Adakah mempunyai perasaan thadap ajnabi pun boleh mbawa kpd dosa zina hati?Tapi, bukan kah perasaan itu fitrah manusia? Takkan Islam mcm agama lain yg melarang yg 'ahli' dalam agama supaya menyekat fitrah manusiawi? Kalau mcm tu, tak adil lah Islam!

Tapi apabila kita hayati kembali kata2 yg Rasulullah SAW tinggalkan utk kita,"
bagi setiap anak Adam (manusia) bahagian mereka daripada zina yang pasti dia akan dapat tanpa kecuali (kecuali dengan izin Allah)"..fuhh, LEGAA!! Alhamdulillah. Perbincangan boleh diteruskan.. =D
Berbalik kpd soalan asal, jadi tak salah lah kan ada perasaan thadap ajnabi? (Lagi2 kalau tjumpa si dia yg hampir perfect, nasib baik Nad belum jumpa lagi!! hehe). Perasaan itu hadir dgn keizinan Allah sbg satu ujian untuk setiap hambaNya.. Sedangkan iblis yg duk menghasut kita tu pun Allah dah bg green light utk dia dtg dekat, inikan pula nafsu yg mmg Allah dah cipta khas buat kita..Allahkan sebaik2 perancang! ;D
Ucapkan kalimat syukur dgn ujian perasaan aneh yg Allah berikan itu. Ucapkan kalimat syukur krna kita masih normal dan lurus nafsu dlm diri. Kerana apabila kita bsyukur, Allah akan tambahkan nikmat! Oleh itu, insyaAllah Allah will guide us on how to solve this common problem faced by everyone..
Mcm mana nak handle situasi kalau terjatuh hati kpd seseorg atau untuk elakkan terus? Because as what we know, prevention is better than cure! ^_^
JANGAN LAYAN (this is so true!!). Just ignore the feelings. Jangan layan. Sekali lagi, jangan layan. Ish, sekali pun jangan layan lah!! haha. Ada forumer ILuvIslam suggestkan, bila teringat je..cepat2 baca al-Fatihah. Semoga kita teringat pd si dia kerana Allah, begitu jugak dgn si dia. InsyaAllah..kalau mmg ada jodoh, confirm bersama jugak akhirnya!


Secondly, seperti apa yg Nad catatkan..tak salah ada perasaan tu, cuma diri kita je yg kena pandai kawal. Utk elak gejala 'teringat-ingat' ni, elakkan perkara2 yg boleh mbuatkan kita teringat kpd si dia. Jangan dgr lagu2 cintan-cintun (even nasyid sekalipun)! Jangan tgk cerita2 yg mgalakkan kita utk 'berangan' (maaf kalau Nad sebutkan tpi sbg contoh drama Adamaya tu). Yeahh, Nad pun masih melakukan dua perkara ini dan masih usahakan untuk berubah. Adamaya itu susah utk dilepaskan lahh!! Astaghfirullah.. Tapi kalau iman sahabat2 semua kuat, tak menjadi masalah! =)
Thirdly which supposed to be the last one yg Nad akan sertakan di sini, jaga batasan pergaulan..berhati2 dalam persoalan ikhtilat yakni berkenaan percampuran antara lelaki dan perempuan. Klik sini ajelah, Nad tak pandai nak explain sbb sgt2 kurang ilmu di dada.. =(
Kesimpulan yg Nad buat, 3 perkara ini lah yang paling penting. Pertama, jaga hati (innerself). Kedua, jaga pancaindera (surrounding). Ketiga, m'elakkan ikhtilat akan memagari diri kita setelah pertama dan kedua terlaksana..insyaAllah. Namun begitu, semalam ada juga beberapa isu dibentangkan (cewah! hehe).
Nak istiqomah mengelakkan zina hati dan menahan perasaan tu untuk selalu tunduk pd kata iman, mcm mana?? Diskusi diteruskan~
Ini pendapat Sha :
"kalau boleh, elak lah tengok gambar dia, chatting pulak kalau ada hal penting je. kurangkan bergurau senda. bertegas, bila rasa iman lemah, charge balik. istighfar bnyk2"
Nad pulak bidas, Nad dah delete ID dia drpd messenger(elak ternmpak ID/nama dia)..dah delete dia drpd FB(elak m'dgr cerita dia atau tnampak gambar dia)..chatting pun dia yg pm Nad dulu..tu pun dia tanya dua tiga soalan, pastu chow.. But i think, i got it Sha! Nad dr dulu tak tegas..dan Nad agak menjadi diri sendiri bila dgn dia(manja mcm budak kecik! T_T), Nad tak tegas dgn dia sepertimana Nad btegas dgn ajnabi lain! Aduhaii..astaghfirullah. TEGAS, thats what my iman needs so much!! =D

Okiee..satu petua dah diperolehi. Next, Nad bertanya pula..kita tak sebut2 tentang dia, tapi org sekeliling yg sibuk tanya kita tentang dia. Mcm mana?

Once again Sha nasihatkan supaya Nad bertegas! Lain kali Nad nak marah laa kwn2 yg sebut2 nama dia dgn Nad! "Kau kawan aku kan? Kalau kau kawan aku..kau mesti tolong aku! Tolong jangan sebut2 nama dia depan aku lagi boleh??". Mulut terasa ingin mperkatakan sedemikian, tetapi hati tgelak2..sungguh tidak sesuai Nad nak btegas! Hahah! Takpe..demi Allah, insyaAllah boleh..
"Jika seorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah), maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal"

Kesimpulannya, perasaan itu datangnya drpd Allah. Jadi, utk menguruskan perasaan itu pastinya caranya dalam pengetahuan Allah jua. Harus kita kembali dan merujuk perasaan itu dgn Allah semula. Betul lah? Allah is all we need, without Him we are nothing.Nad harap sahabat2 faham yehh..kalau tak faham, boleh tanya Nad..nak comment ke, kat FB ke..tak kisah la! Jaga diri sahabat..jaga hati..jaga iman. Wassalam.
p/s buat cikgu Sakinah :
Sy agak terkejut bila tau cikgu mengikuti blog sy..(sgt malu sebenarnya!! haha). Oleh itu, sy telah mbuat kputusan yg sy akan lebih bhati2 dalam menulis bagi membendung 'tanduk' cikgu keluar dr tempat psembunyiannya, hahaha! Cikgu dh baca kan? Cikgu dah faham kan? Jadi tolonglah sy utk jaga hati sy cikgu..kesian hati sy..kejap sakit, kejap sihat. Hehe. Syukran jazilan cikgu!! ^_~

1 comment:

  1. salam saudari nad. saya dah berzina hati dengan pasangan saya. macam mana sy nak bertaubat, sy rsa berdosa sgt

    ReplyDelete