disebalik itu...

Sunday, March 27, 2011

KEMULIAAN UMAT MUHAMMAD S.A.W

Allah SWT sel esai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap).Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri & berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?."



Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepadaAllah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud.
"Wahai Jibrail, ka! mu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang
pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranyamereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayangbermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu
danketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."




Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as Dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh men empuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atausepertiganya, atau seperempatnya?"
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Saturday, March 26, 2011

Perihal KHALID IBNI AL-WALID

Siapa yang tidak kenal dengan Khalid Ibni Al-Walid? Beliau seorang yang mempunyai bakat istimewa, berani dan terpuji. Beliau terkenal sebagai seorang yang bercita-cita tinggi, tegas dan keras. Khalid Al-Walid adalah seorang berketurunan Quraisy dari sebelah ibunya dan mempunyai hubungan dgn keluarga Ummul-Mukminin Maimunah isteri Nabi Muhammmad s.a.w.

Semasa kecilnya Khalid Al-Walid di latih memacu kuda dan beliau juga adalah seorang pemanah yang handal. Biasanya golongan berkuasa dari kaum Quraisy mereka mendidik anak-anak dan pemuda-pemuda mereka supaya mewarisi adat resam jahiliah dan Khalid Al-Walid tidak terkecuali. Beliau juga pernah di beri tugas memukul tambur ( dram ) untuk memberitahu kepada sekelian kaumnya supaya bersiap sedia berkumpul untuk membentuk kumpulan tentera atau apa jua acara.

Oleh kerana Khalid Al-Walid sangat terkenal dalam memimpin tentera pada masa peperangan beliau telah di tugaskan mengetuai pasukan berkuda. Dalam setiap peperangan beliau di beri tugas yg mencabar dimana kehebatannya tidak di ragui oleh kaum Quraisy dan mereka menaruh harapan yang tinggi kepada Khalid Al-Walid.

Sebagai manusia biasa Khalid Al-Walid juga tidak ketinggalan membuat kesilapan. Walaupun Khalid Al-Walid amat di segani kerana keberaniannya di medan perang dia juga tidak terlepas dari rasa tidak puas terhadap dirinya dari pembesar2 Quraisy yang lain.

Ada satu ketika Khalid Al-Walid telah membahagikan harta rampasan perang dengan tidak mendapat kebenaran daripada Khalifah Abu Bakar r.a dan Khalid juga telah melakukan beberapa perkara yang melampui batas di mana Khalifah Abu Bakar r.a sendiri tidak bersetuju. Salah satu perkara yang menaikkan kemarahan Abu Bakar apabila Khalid Al-Walid membunuh Malik Bin Nuwairah dan berkahwin dengan isteri Malik. Khalifah Abu Bakar r.a tidak senang di atas kelakuannya dan sentiasa menunggu masa dengan menggunakan apa cara sekali pun untuk melucutkan jawatan Khalid Al-Walid.

Pernah Khalid Al-Walid berkata kenapa Umar Ibn Al-Khattab tidak menyerahkan tugasnya kepada beliau jika Umar Al-Khattab terlalu sibuk dengan urusan kerja. Kata-kata tersebut merupakan jawapan surat kepada Khalifah Abu Bakar r.a kerana sebelum itu Umar Al-Khattab telah menasihati Khalifah Abu Bakar r.a supaya menulis surat kepada Khalid Al-Walid supaya jangan membahagi-bahagikan harta rampasan kepada sesiapa sebelun mendapat persetujuan daripada Khalifah Abu Bakar r.a. .

Umar Ibn Al-Khattab menyuruh Khalifah Abu Bakar r.a melucutkan jawatan Khalid Al-Walid dengan segera dalam keadaan yg agak tertekan. Khalifah Abu Bakar r.a berkata siapakah yang layak menggantikan tempat Khalid Al-Walid jika dia melucutkan jawatan Khalid? Maka jawab Umar dia yang akan menggantikan Khalid Al-Walid.

Sementara itu beberapa tokoh para sahabat telah bertanya kepada Khalifah Abu Bakar r.a jika benar jawatan Khalid Al-Walid di lucutkan sedangkan Khalid tidak pernah tewas di mana-mana peperangan. Mereka juga mempertikaikan jika Umar Al-Khattab menggantikan tempat Khalid di Yarmuk kerana tugas Umar perlu berada di samping Khalifah Abu Bakar r.a.

Setelah Khalifah Abu Bakar r.a di nasihati oleh para sahabat beliau telah menulis surat kepada Khalid al-Walid supaya meneruskan tugasnya seperti biasa. Umar Al-Khattab amat terkilan kerana Khalifah tidak melantiknya menggantikan Khalid Al-Walid. Begitulah keadaan dan suasana yang bergolak dalam masa pemerintahan Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq r.a.

Dalam masa pemerintahan Khalifah Umar Ibn Al-Khattab sekali lagi Khalid Al-Walid telah di beri surat supaya tidak memberi harta rampasan perang , banyak mahupun sedikit baik berupa kambing atau unta kecuali mendapat kebenaran daripada Khalifah Umar Al-Khattab. Oleh kerana Khalid yang tidak mahu menurut perintah, Khalifah Umar Al-Khattab telah melucutkan jawatan Panglima Khalid Al-Walid.

Tidak lama selepas itu Khalifah Umar Al-Khattab merasa kesal di atas pemecatan tersebut dan timbul rasa bimbangnya terhadap keamanan negeri. Mungkin tindakannya akan menimbulkan huru-hara, fitnah dan kestabilan pemerintah mungkin akan terancam.

Khalifah Umar Al-Khattab telah menyedari kesilapannya memecat Khalid Al-Walid. Beliau juga menyedari siapa dia Pahlawan Khalid Al-Walid sebenarnya. Khalid Al-Walid adalah seorang sahabat yang baik, Pahlawan agung Islam yang sukar di tandingi dan sahabat yang di sayangi oleh Rasulullah s.a.w.

Tetapi niat Khalifah Umar Al-khattab untuk memanggil pulang Khalid al-Walid tidak kesampaian kerana Khalid Al-Walid wafat pada tahun 21 Hijrah setelah selesai menunaikan fardu Haji.

Pesanan Untuk Kalian Kaum Lelaki

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.