disebalik itu...

Sunday, May 22, 2011

Apa Itu Lancang Kuning ?

SOALAN PEMINAT:
Assalam...
hamba mohon sbarang komen dan ilmu atau pun pndapat daripada cikgu Srikandi...
aritu tngah2 sy bace artikel kat mistisfiles..
sy tertarik dengan suatu nama..
ya,
itulah namanya..
Lancang Kuning...
bila terbaca aje nama ni,
sy teringat dengan satu lagu yg pernah sy dengar dulu..
bkn lagu2 yg mcm artis2 dok nyanyi tu...
ni mcm lagu puk amai2..
hiburan anak2 melayu dulu2...
hmm...
lg satu untuk pengetahuan cikgu,
lagu ni sy dengar daripada bekas pembantu rumah saya..
ya..
rakyat indonesia...
dengan iklas sy mohon drpd cikgu akan sbarang komen untuk nama Lancang Kuning itu...
sy dahulukan dengan terima kasih...
Wassalam...
Waalaikumussalam...

 JAWAPAN UNTUK PEMINAT:
(jawapan ditulis oleh peminat Srikandi bagi pihak Srikandi untuk tatapan Srikandi & peminat2nya)

Waalaikumussalam...
Lancang kuning adalah salah 1 armada terbesar Nusantara...
rekod ini hadir ketika Melayu muncul sebagai Empayar Dunia...
ketika ini anak2 Melayu selalu  disebut2 oleh semua pembesar2 dunia...
termasuklah ketika nabi2 & rasul2 masih wujud di muka bumi ini...
Kisah benar ini...
suatu kisah ribuan tahun yang lepas...
sebelum bulan terbelah menjadi 2 lagi...


Bayangkan...
hari ni kalau kita tanya kat anak2 muda kita...
nak...
esok dah besar dah kaya nak pi negara mana ?
biasanya apa anak2 muda zaman ini akan jawap ?
pandai pun...
diorang confirm akan jawap,
mak...
mestilah saya nak ke Amerika, England, dan lain2 lagi...

Reverse mind awak sekarang...
dulu...
beribu2 tahun dahulu ketika rakyat England tidak tahu membaca,
ketika anak2 Melayu handal menulis kitab2 angkasa,
meredah belantara mencipta armada dunia,
mengusai dunia di timur dengan penuh budi & bahasa,
dihapuskan petualang bangsa di mana sahaja kerana tak kenang jasa,
di ketika itu...
seorang budak Mat Saleh sedang memetik buah apple,
telah disapa ibunya yang memerhati dari jauh...
kata ibunya itu...
nak...
nanti dah besar nak jadi apa nak pi mana ?
ibu...
besar nanti John nak jadi macam panglima Melayu,
nak belajar bahasa Melayu,
nak pergi ke hujung dunia,
nak melihat dunia Melayu...
nak pergi Nusantara lah mak nak pi mana lagi...
nanti bila John balik England balik,
boleh hadiahkan mak barang2 emas....
kata cikgu kat sekolah...
bumi Melayu ni bumi Emas, kata orang Semenanjung Emas ???
hamba abdi pun dihiaskan emas mak,
apalah yang ada kat sini mak oi....

Anak2 ku...
Lancang kuning adalah antara bahtera2 naga milik Melayu,
yang telah ditiru senirekanya oleh bangsa2 sekitarnya...
akibat prestij Melayu di masa silam amat tinggi...
nama Melayu telah diGLOBALISASIkan di zaman silam,
sehinggakan nama Melayu harum di pelusuk dunia...
bukan kerana barang dagangannya...
bukan kerana emasnya...
bukan kerana kapal2 nya yang besar seperti awan-awan...
tetapi hanya 1 sahaja...
Melayu ini indah bahasanya...
berlumba2 bangsa luar datang beribu2 batu...
semata2 hendak belajar bahasa Melayu...
dengan hanya mengamalkan bahasa ini,
perkara2 berikut dapat dipecahkan:
- tulisan sanskrit (tulisan kerabat, kitab2, dan syair2...)
- tulisan rencong (tulisan asal bangsa Melayu, ilmu2 terahsia)
- ilmu pelayaran
- ilmu kaji bintang
- ilmu terbit bulan
- ilmu air laut
- ilmu matematik
- ilmu senibina pyramid batu
- ilmu kasih dan sayang
- ilmu perang


seni Melayu amat halus dan tak terkesan,
sehinggakan ukiran2 pada badan2 kapal,
dianggapnya orang luar sebagai ukiran...
padahal...
ukiran itu adalah tulisan Melayu...
tulisan Melayu ?
ya...
tulisan Melayu tulisan Rencong...


/////////////////////////////////////////////
Lancang kuning
Lancang kuning berlayar malam
Hey..! berlayar malam
Lancang kuning
Lancang kuning berlayar malam
Hey..! berlayar malam
Haluan menuju, haluan menuju kelaut dalam
Haluan menuju, haluan menuju kelaut dalam
Lancang kuning berlayar malam
Lancang kuning berlayar malam
Kalau nakhoda
Kalau nakhoda kuranglah faham
Hey..! 
kuranglah faham
Kalau nakhoda
Kalau nakhoda kuranglah faham
Hey..! 
kuranglah faham
***
Alamatlah kapal, alamatlah kapal akan tenggelam
Alamatlah kapal, alamatlah kapal akan tenggelam
Lancang kuning berlayar malam
Lancang kuning berlayar malam
Lancang kuning
Lancang kuning menerkam badai
Hey..! menerkam badai
Lancang kuning
Lancang kuning menerkam badai
Hey..! 
menerkam badai
***
Tali kemudi, tali kemudi berpilih tiga
Tali kemudi, tali kemudi berpilih tiga
lancang kuning berlayar malam
lancang kuning berlayar malam
lancang kuning berlayar malam
lancang kuning berlayar malam

=Srikandi=
(jawapan ditulis oleh peminat Srikandi bagi pihak Srikandi untuk tatapan Srikandi & peminat2nya)
Wassalam.

SEBAB ITULAH BUMI EMAS INI
BUMI BERSULTAN

Siapakah Kita Ini Orang Melayu?
















Gambar di atas sekadar hiasan,
tapi seperti gambar di atas lah,
bangunan & monumen milik bangsa Melayu,
tersemadi di dasar lautan,
apa yang anda lihat di atas tanah pada hari ini,
hanyalah ekornya sahaja,
oleh kerana Tamadun Melayu merupakan
Empayar Maritim,
maka kebanyakan negara kota (City States)
milik bangsa anda ini,
musnah kerana hakisan laut...
Jadi...
jagalah prestij anda...
Anda mempunyai Sejarah Yang Maha Agung,
mengalahkan ehem2...

SOALAN:
Salam...
Maaf...
saya tak faham...
adakah ini bermakna orang Melayu berketurunan Yahudi?
Tolong jelaskan...

JAWAPAN:
Yahudi bukan Melayu...
dan sudah pasti Melayu bukanlah Yahudi...

Kebanyakan raja2 dunia datang dari Yahudi,
...tapi hanya raja Melayu kekal sampai hari ini !!!

adakah Banjar & Sulu 1 suku ?
sudah tentu tidak...
tapi kalau ditanya kepada mereka,
adakah anda berbangsa Melayu,
sudah pasti Banjar & Sulu
akan mengaku 100% mereka berbangsa Melayu...
1 bangsa mempunyai banyak rumpun,
begitu juga Melayu,
Melayu terhasil dari banyak etnik & rumpun,
dan kebanyakan DNA Melayu
yang berprestij (ulamak & bangsawan & rupawan),
berada di Sumatera, Jawa,
dan lebih-lebih lagi, TANAH MELAYU.

begitu juga halnya dengan bangsa Cina,
Cina mempunyai etnik2 & rumpun2 yang
sama banyak dengan bangsa Melayu,
kalau ditanya sama suku Hokkian & suku Hainan
adakah anda 1 rumpun yang sama,
sudah pasti mereka menjawap tidak,
bahkan bahasa kedua2 rumpun ini (jauh berbeza),
tapi kalau ditanya kepada mereka,
adakah anda berbangsa Cina,
sudah pasti Hokkian & Hainan menjawap &
akan mengaku 100% mereka berbangsa Cina...

seluruh Nusantara adalah milik bangsa Melayu,
yang terhasil daripada beratus2 rumpun,
yang menjalar dari kepulauan Hawai di Timur,
sampailah ke Pulau Madagaskar di barat,
tolong buka peta dan ulangkaji,
anda mempunyai sejarah yang Maha Besar & Agung,
yang telah disenyapkan penjajah,
kalau saya mampu rotan Menteri Pendidikan,
dah lama saya lakukan,
mujurlah artikel kami,
telah menyebabkan Muhyidin Yasin mewajibkan subjek
Sejarah lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia.
Namun sayang,
skop sejarah dalam buku teks adalah banyak yang
palsu dan yang benar...

Anda adalah bangsa Melayu...
yang pernah membina empayar gunung di Himalaya,
empayar bunga-bunga anda terkenal di sana,
Melati, Melur, & Kemboja,
harini dikenali (Laos, Vietnam, Cambodia)
itulah dinasti kegemilangan anda di empayar utara...
dan hari ini,
mercu tanda ketamadunan Melayu,
masih kekal di sana sebagai WONDERS OF THE WORLD
kekal sampai hari ini kerana
binaannya tiada gangguan hakisan lautan...
kerana itu anda anak2 Melayu,
merasa lemah sedikit & tergugat prestij masing2,
bila di"acah" dan ditanya...
di manakah WONDERS anda ???
tak seorang pun mampu menjawap,
melainkan sedikit sahaja...
wahai Melayu...
WONDERS anda yang agung ada di laut Cina Selatan,
tenggelam dinaiki air laut,
berupa Pyramid yang luar biasa besarnya....
kamu wahai anak Melayu...
telah membina negara2 kota di pesisir pantai2 kamu
di Sumetera di Tanah Melayu...
(malahan lagi besar dari TEMBOK CINA)
tapi sayang...
binaan di tepian laut takkan kekal sampai ke hari ini,
kerana ia faktor sunatullah...
binaan CITY STATES (Negara Kota) milik anda
hancur dimamah ombak...
maka yang tertinggal hari ini,
iaialah monumen2 yang terletak jauh di padang pedalaman,
iaitu segala candi2 yang berbentuk piramid...
tamadun anda amat seni sekali...
budaya & ibadat 2 perkara yang berbeza,
candi2 itu adalah luahan2 anak2 Melayu,
terhadap komitmen mereka kepada agama mereka...
begitu alim & mistiknya & canggihnya binaan Melayu,
dan bayangkan...
kalaulah Islam lebih awal datang ke Nusantara,
wow...
Masjid Biru di Turki pun pasti kalah....

Anda wahai Melayu,
bukanlah pendatang,
malahan ke mana sahaja anda hendak pergi di Nusantara ini,
maka tanah yang anda jejak itu memang milik anda,
milik tanah tumpah air anda,
anda adalah pewaris Tanah Nusantara,
anda amat dialu2kan untuk datang ke Sumatera,
dan semua akan anggap anda sebagai saudara-mara,
begitu juga orang Jawa datang ke Tanah Melayu,
dianggap saudara-mara lagi,
bahkan hampir setiap negeri di Tanah Melayu,
pasti ada nama Kg. Jawa......
Wahai anak2 Melayu...
dahulunya tiada istilah Indonesia...
dahulunya tiada istilah Malaysia...
dahulunya tiada istilah Singapura...
dahulunya tiada istilah Brunei...
dahulunya tiada istilah Filipina...
bahkan kesemua negara2 baru ini,
adalah negara kamu juga,
kamu bukan pendatang,
BAHKAN ---> kamu adalah pelawat !!!
kamu melawat saudara serumpun....

dan lagi...
Sekiranya anda tidak belajar sejarah,
maka anda akan diSEJARAHkan oleh penguasa jahat...
ingat...
bangsa Melayu merupakan bangsa paling toleransi sekali,
tidak ada mana2 rekod dalam ketamadunan manusia,
bangsa ini sanggup bermurah hati,
memberi taraf warganegara kepada 2 pendatang besar,
dari China & India,
bukan saja dapat jadi warganegara Tanah Melayu,
dapat beli Tanah orang melayu,
dapat menjarah kuasa ekonomi yang asalnya milik Melayu,
dapat pelan2 menguasai politik Melayu...
yang mana pada hari ini di Tanah Melayu,
kaum2 pendatang yang anda selamatkan itu...
mengCOPkan anda pula yang pendatang ???
sungguh biadap mereka2 itu ye ???

Mereka ini kalau anda perasan...
kembali perlahan-lahan membelot kepada anda,
wahai tuan tanah kepada Tanah Melayu...
anda yang pernah bagi tanah secara percuma
kepada mereka (pendatang2 luar Nusantara ini)
untuk duduk, dagang, niaga, & kaya,
malahan yang pelik pula,
mereka pulak yang menjadi raja ekonomi di tanah Melayu,
padahal...!!!
anda adalah tuan...
pendatanglah yang patut berdagang...
bukan tuan tanah yang berdagang...
Istilah Berdagang = untuk pendatang
Istilah Berniaga = untuk tuan tanah

Kesimpulan...
-begitu jugaklah Yahudi...
Melayu bukan Yahudi
Arab bukan Yahudi
tetapi...
ketiga2 bangsa ini....
mempunya susurgalur yang sama ke arah bapa yang sama,
iaitu Nabi Ibrahim A.S.

Yahudi:
bernasabkan Nabi ishak (dari ibunya Sarah isteri ke-1)

Arab:
bernasabkan Nabi Ismail (dari ibunya Hajar, isteri ke-2)

Melayu:
bernasabkan terus ke Nabi Ibrahim (dari ibunya Keturah, isteri ke-3)

Mengenai isteri ke-3 itu,
tiada 1 pun rekod sahih pernah dicatatkan dalam Hadis.
tetapi...
ada dicatatkan dalam kitab kuno Jewish bernama "Mormon".
dan untuk membuktikan kebenarannya secara saintifik,
walaupun tiada 1 rekod hadis dicatatkan dalam sirah ulamak,
maka pada hari ini,
Professor dari UKM akhirnya membuktikan,
yang DNA Melayu mempunyai pertalian yang amat
rapat dengan sinar benang2 merah darah yahudi...
ini bermakna...
Melayu ada kaitan dengan keturunan Ibrahim,
sejak 3 ribu tahun yang lepas,
sebelum bangsa anda ini,
memilih Nusantara sebagai rumah terakhir...
dan kalau anda perasan...
kalau Melayu itu pandai...
maka dia akan jadi sepandai2 manusia..
anda boleh sebut sebilangan nama yang ada hari ini...
kalau Melayu itu kaya...
maka dia akan menjadi terlalu kaya...
namun media massa takkan pernah menyebutnya...
tapi...
kalau Melayu mula jadi jahat,
maka Yahudi akan menjadi setakut2 manusia...
anda pernah mendengar istilah HASAD DENGKI ?
ya...
Yahudi kalah dengan sikap ini...

Kalau Yahudi gah dengan Sihir Karbala nya...
tapi takkan menag dek Anti-Sihir milik anak Melayu...
kerana apa...
Melayu telah mengenali Islam...
Melayu telah mengenali penciptanya...
Kun Fayakun...
Tanpa mengenali sifat 20 Allah...
maka takkan lahirlah Wali 9...
Anda kenal siapa wali 9 ?

Tahukah anda...
Yahudi amat curious sekali dengan Tsnami di Aceh...
kenapa soalan ini tak dapat dijawap2 ???
Masjid selamat dari gelombang raksaksa air laut...
malahan ombak pecah jadi 2,
bila sampai ke masjid2...
yang hairannya...
bukan 1 bijik masjid...
hampir semua masjid selamat...

Be Prepare...
The Next Tsunami Will Come From...
Tsunami akan datang...
akan menyebabkan harta karun yang terpendam di
Suvanabumi...
akan zahir di Tanah Melayu...
maka kalau ini berlaku...
maka lengkaplah sudah semua hadis akhir zaman,
iaitu hadis yang paling kami geruni ini:

+++++++++++++++++++++++++++++++
Abu Hurairah berkata,
"Nabi bersabda,
'Tidak akan tiba hari kiamat
sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan,
banyak gempa bumi,
masa saling berdekatan (semakin singkat),
banyak timbul fitnah,
banyak huru-hara yaitu pembunuhan,
hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.'"
+++++++++++++++++++++++++++++++

Daripada 6 statement hadis di atas,
5 dah jadi di zaman kita,
kami menghitung statement ke 6 untuk terjadi
tak lama sahaja lagi...
iaitu...
"...hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu"

Harta ini akan dilimpah sebanyak2nya...
untuk menampung keperluan Jihad Akhir Zaman...
The Time Has Come...
The World Has Change...
I feel it in the air...
I feel it in the water...

Wassalam.
=Takkan Dinar Hilang Di Dunia=
Forum: www.Dinar-Emas.com
Kedai: www.Dinarmas.com

===============================================
Nota:
Kami tak paksa anda mempercayai ulasan kami ini,
tapi bukankah anda boleh fikirkan kebenarannya ?
Wallahualam.

Kalaulah anda boleh berdepan dengan 2 makhluk ini,
dan meminta jawapan untuk segala-galanya,
dengan jujur...
mungkin mereka berdua boleh menjawap:
- Iblis
- Nabi Khidir

Gunakan akal & panduan Al-Quran & Al-Hadis
Untuk mencari jawapan...
Allah tak suruh kita hidup kat dunia ni,
makan tido bangun pagi pi kerja jadi robot,
dari muda sampai tua pimai pimai tang tu aje...
adakah itu Kos untuk anda
menempah Syurga Yang Kekal Abadi ?
Wow...
Malaikat pernah bertanya pada Allah,
kenapa Allah still nak ciptakan manusia ?
padahal malaikat sentiasa puji & bertasbih...
sedangkan end=up manusia pasti ehem2....
lalu Allah membidas malaikat dengan jawapan pendek padat dan simple,
Aku lebih mengetahui apa yang kau tak ketahui...
terdiam malaikat...
untuk menaik taraf ranking makhluk manusia,
Adam diajar tentang ilmu isian galaksi,
dalam AL-Quran ianya ditulis sebagai (NAMA-NAMA).

Point:
- macamana yek malaikat2 boleh tahu hal2 future ?
- apa nama2 tu yek ?
- siapa waris2 ilmu tu ye ?
=================================================

9:15pm
07.11.2010
Ahad
(Waktu Tanah Melayu)

Falsafah Buah

Duhai sahabat yang dimuliakan Allah Ta'ala,,

1. Jadilah Jagung, Jangan Gajus (Jambu Monyet).
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan Gajus (jambu monyet) mempamerkan bijinya yang cuma satu-satunya.
Artinya : Jangan suka pamer

2. Jadilah pohon Pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali, lalu mati.
Artinya : Kesetiaan dalam pernikahan.

3. Jadilah Durian (Duren), jangan kedondong
Walaupun luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. hmmmm, berbeza dengan kedondong, luarnya lembut, rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.
Artinya : Don’t Judge a Book by The Cover.. jangan menilai orang dari Luarnya saja.

4. Jadilah Sengkuang (bengkoang).
Walaupun hidup dalam Timbunan (kompos) sampah, tetapi umbinya isinya putih bersih.
Ertinya : Jagalah hati jangan kau nodai.

5. Jadilah Tangkai Petai (Tandan Pete), bukan Tangkai Rambutan.
Tangkai Petai membahagi makanan sama rata ke setiap biji petainya, semua seimbang, tidak seperti rambutan.. ada yang kecil ada yang besar.
Artinya : Selalu adil dalam bersikap.

6. Jadilah Lada (Cabe).
Makin tua makin pedas.
Artinya : Makin tua makin bijaksana.

7. Jadilah Buah Manggis
boleh ditebuk isinya dari bawah buahnya.
Artinya : Jangan Munafik

8. Jadilah Buah Nangka
Selain buahnya, nangka memberi getah kepada penjual atau yg memakannya.
Artinya : Berikan kesan kepada semua orang (tentunya memberi yang baik).

InsyaAllah semoga kita bisa mengaplikasikannya dalam kehidupan sehari2 agar sehat hati dan jiwa..Aamiin...^__^

Wallahu a'lam

●●●●⊱●●⊱●●⊱●●⊱●●⊱ Semoga Bermanfaat ⊰●●⊰●●⊰●●⊰●●⊰●●●●

By •• Sahabat Cinta Berbagi Ilmu ••

Join us for more video and info ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ►https://www.facebook.com/layarMinda

Saturday, May 21, 2011

Adakah Harga Petrol di Malaysia Mahal?

1. Adakah Harga Petrol di Malaysia Mahal?
Tidak.
Secara perbandingan, harga petrol (lebih dikenali sebagai ‘gasolin’ di Amerika Syarikat) di Malaysia ialah yang kedua termurah di antara 7 buah negara-negara jirannya di Asia Tenggara (sila klik untuk besarkan imej):
Negara Asia Tenggara yang mempunyai harga petrol paling mahal ialah Singapura dengan harga RM5.14 (SGD2.12) seliter bagi RON 95, manakala negara yang mempunyai harga petrol termurah ialah Brunei dengan harga RM1.28 (BND0.53) seliter bagi RON 97.
Jika harga-harga petrol negara lain tidak ditukar kepada matawang ringgit, secara perbandingan, seorang rakyat Singapura yang berpendapatan SGD2,000 sebulan perlu membayar SGD2.12 untuk seliter petrol RON 95, sedangkan seorang rakyat Malaysia yang berpendapatan RM2,000 sebulan hanya perlu membayar RM1.90 untuk kuantiti dan gred petrol yang sama.

2. Mengapa Harga Petrol di Malaysia Tidak Semurah di Brunei?
Gabungan faktor kekayaan dan saiz populasi yang kecil jika dibandingkan dengan Malaysia menyebabkan Brunei mampu memberikan subsidi lebih untuk harga petrol. Selain itu, hampir kesemua kekayaan Brunei diperolehi daripada hasil pengeluaran minyak.
Brunei ialah negara ke-6 terkaya di dunia, dan memiliki populasi yang lebih kecil daripada populasi bandar Seremban, iaitu hanya 407,000 orang.7Malaysia pula berada di tangga ke-60 dan memiliki populasi seramai 27.57 juta orang8:
Kekayaan sesebuah negara boleh diukur melalui kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada pariti kuasa beli (PKB) per kapita. KDNK (PKB) ialah nilai kesemua keluaran (barangan dan perkhidmatan) sesebuah negara dalam setahun, yang dibahagikan dengan jumlah penduduk negara tersebut. Ia adalah ukuran yang lebih digemari oleh ahli-ahli ekonomi untuk melihat kebajikan per kapita dan membandingkan keadaan hidup serta penggunaan sumber negara-negara9. Data di atas diperolehi daripada IMF (International Monetary Fund)10.

3. Mengapa Harga Petrol di Malaysia ‘Tidak Murah’ Sedangkan Malaysia Ialah Negara Pengeluar Minyak?
Malaysia bukanlah negara pengeluar minyak yang utama.
Malaysia tidakpun layak untuk menganggotai OPEC (Organization of the Petroleum Exporting Countries – Organisasi Negara-negara Pengeksport Petroleum) kerana ia lebih banyak mengimport minyak daripada mengeksportnya. Atas sebab yang sama juga, Indonesia terpaksa menarik diri daripada OPEC pada tahun 2008.11
Banyak pihak gagal atau sengaja tidak membuat perbandingan yang menyeluruh, apabila hanya membandingkan harga petrol di Malaysia dengan negara pengeluar minyak lain, tanpa membandingkan jumlah pengeluaran minyaknya. Sebagai contoh: tindakan membandingkan harga petrol di Arab Saudi, negara anggota OPEC yang mengeluarkan 10.25 juta tong minyak sehari, dengan harga petrol di Malaysia, negara bukan anggota OPEC yang hanya mengeluarkan 703,920 tong sehari, sudah tentulah tidak wajar.
Berdasarkan maklumat EIA (U.S. Energy Information Administration – Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat), Malaysia sekadar menduduki tempat ke-26 dalam senarai pengeluar minyak dunia12:
Perbandingan lebih tepat wajar dilakukan dengan negara-negara yang memiliki jumlah pengeluaran minyak yang hampir sama dengan Malaysia. Jika dibandingkan dengan 10 negara lain yang mengeluarkan antara 543,000 sehingga 1.13 juta tong minyak sehari, Malaysia memiliki harga petrol ke-4 termurah (sila klik untuk besarkan imej):

Negara yang memiliki harga termurah antara 10 negara tersebut ialah Qatar yang juga merupakan anggota OPEC, diikuti oleh Oman. Kedua-dua negara ini memiliki jumlah pengeluaran minyak yang lebih besar daripada Malaysia. Negara dengan harga petrol ketiga termurah pula ialah Mesir, namun menurut IEA (International Energy Agency – Agensi Tenaga Antarabangsa), Mesir bakal menghapuskan subsidi tenaga kepada semua industri sebelum akhir tahun 2011.21
Harga petrol di Argentina pada tahun 2010 (kira-kira RM3.51 untuk Premium RON 97.5, RM2.89 untuk Super RON 96). Argentina mengeluarkan 787,180 tong minyak sehari berbanding Malaysia 703,920 tong sehari. (Gambar daripada Clarin.com)

4. Mengapa Malaysia Tidak Menambah Subsidi Untuk Menurunkan Harga Petrol?
Jumlah subsidi minyak Malaysia ialah yang tertinggi antara mana-mana negara Asia Tenggara, iaitu sebanyak 2.4% daripada KDNK.22
Brunei, negara Asia Tenggara yang memiliki harga petrol terendahpun hanya membelanjakan 2.2% sahaja daripada KDNK untuk subsidi minyak. Adalah perlu diingatkan bahawa KDNK Brunei (RM36.88 bilion) ialah kecil berbanding Malaysia (RM682.66 bilion).10


Menurut majalah The Economist, pada tahun 2008 Malaysia mempunyai antara bil subsidi minyak termahal di dunia.23
Perbandingan harga petrol sedunia yang dibuat oleh majalah The Economist pada 2008.
Pada November 2010, sidang kemuncak kumpulan negara-negara ekonomi terbesar dunia, G20, yang diadakan di Seoul, Korea Selatan telah membuat deklarasi untuk menghentikan secara berperingkat (phase-out) subsidi minyak yang dikatakan tidak efisien dan menggalakkan pembaziran.24Sidang tersebut antara lain dihadiri oleh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, Perdana Menteri United Kingdom, David Cameron, selain wakil kuasa ekonomi terbesar di Asia Tenggara, Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono.
Presiden AS, Barack Obama, bersama-sama beberapa orang pemimpin negara G20. Pada November 2010, pemimpin-pemimpin G20 telah menandatangani deklarasi untuk menghentikan subsidi minyak, yang dikatakan 'menggalakkan pembaziran', secara berperingkat. (Gambar daripada medicalcreditfund.org)

Menurut IMF,25 subsidi minyak lebih banyak menguntungkan golongan kaya berbanding golongan miskin. Berdasarkan kertas kerja yang diterbitkan pada 2007, untuk setiap 1 unit sumber (unit of resources) yang digunakan oleh golongan miskin, 3 hingga 5 atau lebih unit digunakan oleh golongan lebih kaya. Kertas kerja berkenaan juga mencadangkan agar subsidi minyak dihapuskan, dan perbelanjaan untuk subsidi dialihkan kepada usaha penambahbaikan kualiti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, infrastruktur dan mengurangkan cukai.
Selain daripada itu, subsidi minyak juga dianggap sebagai antara penyebab kenaikan harga minyak dunia. Menurut Financial Times, subsidi melindungi pengguna daripada harga borong minyak yang tinggi, tetapi kemudiannya meningkatkan permintaan minyak dan mendorong kenaikan harga borong.26Antara negara yang dilihat mengakibatkan kenaikan harga minyak dunia ialah China.27 China yang merupakan negara terbesar di dunia (populasi 1.3 bilion orang), kini juga memiliki pasaran kereta terbesar di dunia (13.6 juta unit kereta dijual pada 2009) apabila mengatasi Amerika Syarikat (10.4 juta unit).28 Namun begitu, jumlah pengguna kereta yang sebegitu besar di China tidak membayar harga sebenar untuk minyak kerana menerima subsidi 3.9% daripada kos sebenar.22
China: daripada pasaran basikal terbesar di dunia, kepada pasaran kereta terbesar di dunia. Apabila China memotong subsidi pada Jun 2008, harga minyak dunia serta-merta menjunam USD5 setong. (Gambar daripada 43bikes.com)
Apabila China memotong subsidi dan menaikkan harga petrol sebanyak 20% pada Jun 2008, harga minyak dunia serta-merta menurun USD5 setong.29
Nota: Penulis mengalu-alukan maklumbalas daripada pembaca untuk mengemaskini perkembangan terbaru harga petrol (Contoh: Mesir selepas peralihan kuasa).

1. Latest Pump Prices, SPC: Singapore Petroleum Company,http://www.spc.com.sg/home/home.asp
2. Retail Oil Price, Energy Policy & Planning Office,http://www.eppo.go.th/retail_prices.html
3. Retail Pump Prices – Metro Manila, DOE Portal, 14 April, 2011,http://www.doe.gov.ph/OPM/Pumpprices.htm
4. “Perkembangan Harga BBM Non-Subsidi Periode 20 April 2011,”PT.Pertamina (Persero), 20 April, 2011,http://www.pertamina.com/index.php/detail/view/news-release/8106/perkembangan-harga-bbm-non-subsidi-periode-20-april-2011
5. Retail Price (VND/LITER), Petrolimex.com.vn,http://www.petrolimex.com.vn/Desktop.aspx/Homepage/
6. “Transport & Communication,” About Brunei,http://www.bruneipress.com.bn/brunei/brunei.html
7. World Population Prospects: The 2008 Revision Population Database, United Nations Population Division, http://esa.un.org/UNPP/
8. Laporan Kiraan Permulaan 2010, Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, http://www.statistics.gov.my/ccount12/click.php?id=2127
9. Country Comparison: GDP (Purchasing Power Parity), The World Factbook,https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/rankorder/2001rank.html
10. World Economic Outlook Database, International Monetary Fund, April, 2010, http://www.imf.org/external/pubs/ft/weo/2010/01/weodata/index.aspx
11. “Indonesia to withdraw from Opec,” BBC NEWS, 28 Mei, 2008,http://news.bbc.co.uk/2/hi/7423008.stm
12. International Petroleum (Oil) Production, Energy Information Administration, http://www.eia.doe.gov/emeu/international/oilproduction.html
14. “New Fuel Prices Starting 16 Jan 2011: Delhi !,” Delhi Petrol Prices,http://www.delhipetrolprices.com/
15. “SOCAR head: Azerbaijan not to increase fuels and lubricants prices,”Trend, 14 November, 2010, http://en.trend.az/capital/energy/1782016.html
16. “YPF Cease Sales of Regular Petrol,” The Argentina Independent, 26 April, 2011,http://www.argentinaindependent.com/currentaffairs/newsfromargentina/ypf-cease-sales-of-regular-petrol-/
17. “Fuel prices in Oman,” Our World Travels,http://www.ourworldtravels.com/oman/fuel-prices
18. “Fuel prices,” Egyptian German Joint Committee on Renewable Energy & Energy Efficiency, Oktober, 2008, http://www.jcee-eg.net/reee.asp?sublinkID=29
19. National Retail Petrol Prices, Australia Institute of Petroleum, 1 Mei, 2011, http://www.aip.com.au/pricing/retail/ulp/index.htm
20. “Precio Promedio Mensual Gasolina Corriente (Bta),” Unidad de Planeacion Minero Energetica, 14 Mac, 2011,http://www.upme.gov.co/GeneradorConsultas/Consulta_Indicador.aspx?idModulo=3&Ind=8
21. “Recent developments in energy subsidies,” IEA World Energy Outlook 2010, http://www.worldenergyoutlook.org/Files/ann_plans_phaseout.pdf
22. “Fossil-fuel consumption subsidy rates as a proportion of the full cost of supply, 2009,” IEA World Energy Outlook 2010,http://www.iea.org/subsidy/index.html
23. “Crude measures: Not everybody is paying higher prices for oil,” The Economist, 29 Mei, 2008, http://www.economist.com/node/11453151
24. The G20 Seoul Summit Leaders’ Declaration,” G20 Seoul Summit 2010,http://media.seoulsummit.kr/contents/dlobo/E1._Seoul_Summit_Leaders_Declaration.pdf
25. “Problems Follow When Officials Set Fuel Prices,” IMF Survey Magazine, 15 Januari, 2007,http://www.imf.org/external/pubs/ft/survey/so/2007/RES0430A.htm
26. “Fuel subsidies drag on emerging economies,” Financial Times, 18 April, 2011, http://www.ft.com/cms/s/0/81a781a0-69d7-11e0-89db-00144feab49a.html#axzz1LGri4piJ
27. “China’s fuel subsidy costs the world,” Reuters, 4 Jun, 2008,http://www.reuters.com/article/2008/06/04/us-markets-column-fuel-idUSBNG12910820080604
28. “China car sales top U.S.,” Reuters, 11 Januari, 2010,http://www.reuters.com/article/2010/01/11/us-autos-idUSTRE60A1BQ20100111
29. “World oil price falls as China cuts fuel subsidies,” The Sydney Morning Herald, 21 Jun, 2008, http://www.smh.com.au/news/national/world-oil-price-falls-as-china-cuts-fuel-subsidies/2008/06/20/1213770924137.html

Friday, May 20, 2011

Amalan Sebelum Tidur

Tafsir Haqqi;
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?
"Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :

1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

2. Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku,
maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

اللهم صلّ وسلم على سيدنا محمد 
وعلى ال سيدنا محمد


3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

"Astaghfirullahal adziim aladzii laa ilaaha illaahuwal Hayyul Qayyuum
wa atuubu Ilaih."


4. Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

"Subhanallahi Walhamdulillaahi walaailaaha Illallahuwallahu Akbar"

Roh

Menurut ilmu batin pada diri manusia terdapat sembilan jenis Roh. Masing-masing roh mempunyai fungsi sendiri-sendiri. Ke sembilan macam roh yang ada pada manusia itu adalah sebagai berikut :

a. Roh Idofi (Roh Ilofi) : adalah roh yang sangat utama bagi manusia. Roh Idofi juga disebut ”JOHAR AWAL SUCI”, karena roh inilah maka manusia dapat hidup. Bila roh tersebut keluar dari raga, maka manusia yang bersangkutan akan mati. Roh ini sering disebut ”NYAWA”. Roh Idofi merupakan sumber dari roh-roh lainnyapun akan turut serta. Tetapi sebaliknya kalau salah satu roh yang keluar dari raga, maka roh Idofi tetap akan tinggal didalam jasad. Dan manusia itu tetap hidup. Bagi mereka yang sudah sampai pada irodat allah atau kebatinan tinggi, tentu akan bisa menjumpai roh ini dengan penglihatannya. Dan ujudnya mirip diri sendiri, baik rupa maupun suara serta segala sesuatunya. Bagai berdiri di depan cermin. Meskipun roh-roh yang lain juga demikian, tetapi kita dapat membedakannya dengan roh yang satu ini.Alamnya roh idofi beruoa nur terang benderang dan rasanya sejuk tenteram (bukan dingin). Tentu saja kita dapat menjumpainya bila sudah mencapai tingkat “INSAN KAMIL”.

b. Roh Rabani : Roh yang dikuasai dan diperintah oleh roh idofi. Alamnya roh ini ada dalam cahaya kuning diam tak bergerak. Bila kita berhasil menjumpainya maka kita tak mempunyai kehendak apa-apa. Hatipun terasa tenteram. Tubuh tak merasakan apa-apa.

c. Roh Rohani : Roh inipun juga dikuasai oleh roh idofi. Karena adanya roh Rohani ini, maka manusia memiliki kehendak dua rupa. Kadang-kadang suka sesuatu, tetapi di lain waktu ia tak menyukainya. Roh ini mempengaruhi perbuatan baik dan perbuatan buruk. Roh inilah yang menepati pada 4 jenis nafsu, yaitu :

Nafsu Luwamah (aluamah)

Nafsu Amarah

Nafsu Supiyah

Nafsu Mulamah (Mutmainah).

Kalau manusia ditinggalkan oleh roh rohani ini, maka manusia itu tidak mempunyai nafsu lagi, sebab semua nafsu manusia itu roh rohani yang mengendalikannya. Maka, kalau manusia sudah bisa mengendalikan roh rohani ini dengan baik, ia akan hidup dalam kemuliaan. Roh rohani ini sifatnya selalu mengikuti penglihatan yang melihat. Dimana pandangan kita tempatkan, disitu roh rohani berada. Sebelum kita dapt menjumpainya, terlebih dulu kita akan melihat bermacam-macam cahaya bagai kunang-kunang. Setelah cahaya-cahaya ini menghilang, barulah muncul roh rohani itu.

d. Roh Nurani : Roh ini dibawah pengaruh roh-roh Idofi. Roh Nurani ini mempunyai pembawa sifat terang. Karena adanya roh ini menjadikan manusia yang bersangkutan jadi terang hatinya. Kalau Roh Nurani meninggalkan tubuh maka orang tersebut hatinya menjaid gelap dan gelap pikirannya.

Roh Nurani ini hanya menguasai nafsu Mutmainah saja. Maka bila manusia ditunggui Roh Nurani maka nafsu Mutmainahnya akan menonjol, mengalahkan nafsu-nafsu lainnya.

Hat orang itu jadi tenteram, perilakunyapun baik dan terpuji. Air mukanya bercahaya, tidak banyak bicara, tidak ragu-ragu dalam menghadapi segala sesuatu, tidak protes bila ditimpa kesusahan. Suka, sedih, bahagia dan menderita dipandang sama.

e. Roh Kudus (Roh Suci) : Roh yang di bawah kekuasaan Roh Idofi juga. Roh ini mempengaruhi orang yang bersangkutan mau memberi pertolongan kepada sesama manusia, mempengaruhi berbuat kebajikan dan mempengaruhi berbuat ibadah sesuai dengan kepercayaan yang dianutnya.

f. Roh Rahmani : Roh dibawah kekuasaan roh idofi pula. Roh ini juga disebut Roh Pemurah. Karena diambil dari kata ”Rahman” yang artinya pemurah. Roh ini mempengaruhi manusia bersifat sosial, suka memberi.

g. Roh Jasmani : Roh yang juga di bawah kekuasaan Roh Idofi. Roh ini menguasai seluruh darah dan urat syaraf manusia. Karena adanya roh jasmani ini maka manusia dapat merasakan adanya rasa sakit, lesu, lelah, segar dan lain-lainnya. Bila Roh ini keluar dari tubuh, maka ditusuk jarumpun tubuh tidak terasa sakit. Kalau kita berhasil menjumpainya, maka ujudnya akan sama dengan kita, hanya berwarna merah.

Roh jasmani ini menguasai nafsu amarah dan nafsu hewani. Nafsu hewani ini memiliki sifat dan kegemaran seperti binatang, misalnya: malas, suka setubuh, serakah, mau menang sendiri dan lain sebagainya.

h. Roh Nabati : ialah roh yang mengendalikan perkembangan dan pertumbuhan badan. Roh ini juga di bawah kekuasaan Roh Idofi.
i. Roh Rewani : ialah roh yang menjaga raga kita. Bila Roh Rewani keluar dari tubuh maka orang yang bersangkutan akan tidur. Bila masuk ke tubuh orang akan terjaga. Bila orang tidur bermimpi dengan arwah seseorang, maka roh rewani dari orang bermimpi itulah yang menjumpainya. Jadi mimpi itu hasil kerja roh rewani yang mengendalikan otak manusia. Roh Rewani ini juga di bawah kekuasaan Roh Idofi. Jadi kepergian Roh Rewani dan kehadirannya kembali diatur oleh Roh Idofi. Demikian juga roh-roh lainnya dalam tubuh, sangat dekat hubungannya dengan Roh Idofi.

MAQAM DIRI

Makam Qalbi
Letaknya dua jari di bawah susu kiri, tepatnya berada pada jantung jasmani. Disinilah tempat iblis bersemayam dengan menyucukkan kemusyrikan, kekafiran, ketahyulan dan sifat-sifat iblis. Apabila sudah diketahui akan hal ini maka seharusnyalah kita berusaha melakukan pembersihan agar semua sifat tercela tidak lagi mengotori makam tersebut. Sejatinya makam ini adalah tempat Iman, Islam, tauhid, ma’rifah pada peribadi seorang. Jadi, dengan bersihnya kotoran tadi maka sifat terpuji itu akan zohir dengan sendirinya.

Makam Roh
Letaknya dua jari di bawah susu kanan, tepatnya berada pada hati jasmani. Disinilah tempat iblis bersemayam dengan suntikan bahimiyah (sifat binatang jinak) dan sifat-sifat menuruti hawa nafsu. Apabila sudah diketahui akan hal ini maka seharusnyalah kita berusaha melakukan pembersihan agar semua sifat tercela tidak lagi mengotori makam tersebut. Sejatinya makam ini adalah tempatnya sabar & tawakkal pada peribadi seorang. Jadi, dengan bersihnya kotoran tadi maka sifat terpuji itu akan timbul dengan sendirinya.

Makam Sirri
Letaknya dua jari di atas susu kiri, tepatnya berada pada paru-paru jasmani. Disinilah tempat iblis bersemayam dengan cucukan syabiyah (sifat binatang buas) iaitu sifat pemarah, pendendam, zalim dan aniaya. Apabila sudah diketahui akan hal ini maka seharusnyalah kita berusaha melakukan pembersihan agar semua sifat tercela tidak lagi mengotori makam tersebut. Sejatinya makam ini adalah tempat kasih-sayang juga ramah-tamah pada peribadi seorang. Jadi, dengan bersihnya kotoran tadi maka sifat terpuji itu akan terzohir dengan sendirinya.

Makam Khafi
Letaknya dua jari di atas susu kanan, tepatnya berada pada limpa jasmani. Disinilah tempat iblis bersemayam dengan suntikan hasad, dengki & khianat, dan sifat-sifat iblis yang tercela ini membawa kecelakaan dunia lebih-lebih lagi akhirat. Apabila sudah diketahui akan hal ini maka seharusnyalah kita berusaha melakukan pembersihan agar semua tercela tidak lagi mengotori makam tersebut. Sejatinya makam ini adalah tempat kebaikan dan sifat syukur pada peribadi seorang. Jadi, dengan bersihnya kotoran tadi maka sifat terpuji itu akan terbentuk dengan sendirinya.

Makam Akhfa
Letaknya di tengah dada, tepatnya berada pada hempedu jasmani. Disinilah tempat iblis bersemayam dengan menyucuk sifat ria, takabur, sombong, ujub dan sum’ah atau mempamerkan kebaikan diri. Apabila sudah diketahui akan hal ini maka seharusnyalah kita berusaha melakukan pembersihan agar semua sifat tercela tidak lagi mengotori makam tersebut. Sejatinya makam ini adalah ikhlas, khusyu’, tadarru dan tafakkur pada peribadi seorang. Jadi, dengan bersihnya kotoran tadi maka sifat terpuji itu akan zohir dengan sendirinya.

Makam Nafsun Natiqa
Letaknya di antara kening, tepatnya berada pada fikiran jasmani. Disinilah tempat iblis bersemayam dengan meniupkan nafsu amarah yang sentiasa mendorong orang untuk melakukan kejahatan tidak berperikamunisiaan, sifat ini juga selalu menjadi penghalang dalam mewujudkan masyarakat yang baik, juga sifat banyak khayal dan panjang angan-angan. Apabila sudah diketahui akan hal ini maka seharusnyalah kita berusaha melakukan pembersihan agar semua sifat tercela tidak lagi mengotori makam tersebut. Sejatinya makam ini adalah tempatnya sifat tenteram dan ketenangan fikiran pada peribadi seorang. Jadi, dengan bersihnya kotoran tadi maka sifat terpuji itu akan wujud dengan sendirinya.

Makam Kullu Jasad
Letaknya ada dua; 1) di pusat & 2) di ubun-ubun, tepatnya meliputi seluruh tubuh. Disinilah tempat iblis bersemayam dengan menyuntikkan gahflah atau sifat kejahilan, kebendaan, kelalaian atau alfa. Apabila sudah diketahui akan hal ini maka seharusnyalah kita berusaha melakukan pembersihan agar semua sifat tercela tidak lagi mengotori makam tersebut. Sejatinya makam ini adalah tempat ilmu dan amal pada peribadi seorang. Jadi, dengan bersihnya kotoran tadi maka sifat terpuji tadi akan menjelma dengan sendirinya.inilah yang perlu di sucikan 
bagi penuntut ilmu Makrifat..untuk mencapai kesempurnaan..insyaAllah ta'ala