disebalik itu...

Wednesday, May 18, 2011

Saatnya Untuk Menikah


"Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaqnya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerusakan yang merata di muka bumi." - HR Tarmidzi dan Ahmad
Saya tidak tahu apakah ini merupakan Hukum Sejarah yang digariskan allah
Ketika orang mempersulit apa yang dimudahkan Allah, mereka akhirnya benar-benar mendapati keadaan yang sulit dan nyaris tak menemukan jalan keluarnya.
Mereka menunda-nunda pernikahan tanpa ada alasan Syar'ie dan akhirnya mereka benar-benar takut melangkah di saat hati sudah sangat menginginkannya.
Atau ada yang sudah benar-benar gelisah tak kunjung ada yang mahu serius.
Lingkaran Ketakutan Berlanjutan
Bila di usia dua puluh tahunan mereka menunda pernikahan karena takut dengan ekonominya yang belum mapan, di usia menjelang tiga puluh hingga tiga puluh lima berubah lagi masalahnya.
Laki-laki mengalami Sindrom Kemapanan (meski wanita juga banyak yang demikian, terutama mendekati usia 30).
Mereka (laki-laki) menginginkan pendamping dengan kriteria yang sulit dipenuhi.
Seperti Hukum Kategori, semakin banyak kriteria semakin sedikit yang masuk kategori.
Begitu pula Kriteria Tentang Jodoh, ketika menetapkan kriteria yang terlalu banyak maka akhirnya tidak ada yang sesuai dengan keinginan kita.
Sementara wanita yang sudah berusia sekitar 35 tahun, masalahnya bukan kriteria tetapi soalapakah ada orang yang mau menikah dengannya?
Ketika usia sudah 40-an, ketakutan kaum laki-laki sudah berbeza lagi, kecuali bagi mereka yang tetap terjaga hatinya.
Jika sebelumnya banyak kriteria yang dipasang pada usia 40-an muncul ketakutan apakah dapat mendampingi isteri dengan baik.
Lebih-lebih lagi ketika usia beranjak 50 tahun, ada ketakutan lain yang mencekam.
Iaitu kekhawatiran ketidakmampuan mencari nafkah sementara anak masih kecil.
Atau ketika masalah nafkah tak merisaukan khawatir kematian lebih dahulu menjemput sementara anak-anak masih banyak perlu dinasihati.
Bila Iman Tiada Makan Muncul Putus Asa
Jangan ditunda-tunda apa yang menghimpit saudara kita sehingga mereka sanggup menitiskan air mata.
Awalnya adalah kerana mereka menunda apa yang harus disegerakan, mempersulit apa yang seharusnya dimudahkan. Padahal Rasulullah s.a.w. berpesan:
Wahai Ali, ada Tiga perkara jangan ditunda-tunda; apabila Solat telah tiba waktunya,Jenazah apabila telah siap penguburannya, dan Perempuan apabila telah datang laki-laki yang sepadan meminangnya." - HR Ahmad
Hadis ini menujukkan agar tidak boleh mempersulit pernikahan baik langsung mahupun tak langsung.
Secara 'lansung' adalah menuntut mahar yang terlalu tinggi. Atau yang sejenis dengan itu. Ada lagi yang 'tidak secara langsung'.
Mereka membuat kebiasaan yang mempersulit, meski nyata-nyata menuntut mahar yang tinggi atau resepsi yang mewah.
Sebahagian orang mengadakan acara peminangan sebagai acara tersendiri yang tidak boleh kalah mewah dari resepsi pernikahan sebahagian lainnya melazimkan acara penyerahan hadiah atau wang belanja untuk biaya pernikahan secara tersendiri.
Bila seseorang tak kuat menahan beban, maka bisa saja melakukan penundaan pernikahan semata-mata hanya kerana masalah ini.
Saya sangat khawatir akan keruhnya niat dan bergesernya tujuan, sehingga pernikahan itu kehilangan barokahnya.
Naudzubillah! Penyebab lain adalah lemahnya keyakinan kita bahwa Allah pasti akan memberi rezeki atau boleh jadi cerminan dari sifat tidak qona'ah (mencukupkan diri dengan yang ada).
Pilihlah Yang Bertaqwa
Suatu saat ada yang datang menemui Al Hasan (cucu Rasulullah). Ia ingin bertanya sebaiknya dengan siapa putrinya menikah? Maka Al Hasan r.a berkata:
"Kawinkanlah dia dengan orang yang bertakwa kepada Allah. Ini kerana, jika laki-laki mencintainya, ia memuliakannya, dan jika ia tidak menyenanginya, ia tidak akan berbuat zalim kepadanya."
Nasihat Al- Hasan menuntun kita untuk menjernihkan fikiran. Jika kita menikah dengan orang yang bertakwa, cinta yang semula tiada meski cuma benihnya, dapat bersemi indah karena komitmen yang memenuhi jiwa.
Wallahu alam bi showwab.

Tuesday, May 17, 2011

KESAH MALAM PERTAMA

Seorang lelaki bernama Amat yang baru saja menjalani malam pertama bersama isteri barunya, menceritakan tentang kemusykilannya kepada seorang sahabatnya, Mohd. Jamil.

"Wah, gila juga! Ternyata memang benar," ujar Amat. "Kebiasaan yang sering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin."

"Maksud kau? Sebenarnya apa yang berlaku semalam?" si Mohd. Jamil ingin tahu.

"Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan?."

"Ha'ah. Tapi bukan ke kau kata dah insaf dah, nak taubat selepas berkahwin?"

"Memang la. Tapi aku tersilap buat something semalam."

"Ye ke? Apa yang kau dah buat?"

"Kau tau, masa malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan, dalam keadaan mamai, tanpa sengaja aku memberikan wang RM100 pada isteri aku."

"Wah, gila kau??!" Mohd. Jamil terperanjat.

"Bukan aku sengaja! Dah benda nak terjadi, nak buat macamana.." jawab Amat dengan muka mencuka.

"Habis, bagaimana? Isteri kau marah ke?"

"Itulah masalahnya," Amat menjawab. "Dalan keadaan separuh sedar dia menjawab, 'Terima Kasih Bang, datang lagi ya'...!"

Saturday, May 14, 2011

Tinggal Solat Dosanya Lebih Besar Dari Zina!

Pada satu senja yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang.

Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dicengkam kesedihan manakala kerudungnya menutup rapat hampir seluruh wajahnya.

Walaupun tidak bersolek atau memakai perhiasan lain di tubuhnya, kulitnya yang bersih, memiliki tubuh yang ramping dan rona wajah yang ayu, tetap tidak dapat menghapuskan kepedihan yang sedang membelenggu hidupnya.

Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam.

Apabila terdengar ucapan 'silakan masuk' dari dalam, wanita cantik itu melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.

Air matanya berderai ketika dia berkata: "Wahai Nabi Allah, tolonglah saya, doakan saya supaya Tuhan berkenan mengampunkan dosa keji saya,"

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya," jawab wanita cantik itu. "Katakanlah, jangan ragu-ragu," desak Nabi Musa.

Lalu wanita itu memulakan cerita, "Saya... telah berzina." Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan, "Dari penzinaan itu, saya pun... hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya…cekik lehernya sampai…mati," cerita wanita itu sambil menangis sekuat-kuat hati.

Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka yang berang, dia mengherdik, "Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!" teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.

Mendengar herdikan itu, wanita itu pun segera bangun dan berlalu dengan hati yang hancur luluh.

Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan.

Dia terfikir ke mana lagi dia hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang betapa besar dosanya dan jahat perbuatannya.

Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibril bertanya: "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu ada dosa yang lebih besar daripadanya?"

Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?" tanya Nabi Musa kepada Jibril.

"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"

"Ada," jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Nabi Musa lagi.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina."

Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita itu untuk menghadapnya semula.

Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon ampunan kepada Allah S.W.T untuk wanita itu.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya.

Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Allah, bahkan seolah-olah menganggap Allah tiada hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya.

Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dalam dada, yakin bahawa Allah S.W.T itu ada dan berada di jalan ketaatan kepadaNya.

Itulah sebabnya Allah pasti mahu menerima taubatnya.

--------------------------------------------------------------------------------

'Solat Itu Tiang Agama' dan itulah yang diterapkan kepada kita sejak azali, meninggalkan solat diibaratkan meruntuhkan agamanya.

Tidakkah kita sedar berapa banyaknya waktu telah kita tinggalkan? Hari ini? Semalam? Kelmarin? Minggu lepas? Bulan lelps? atau tahun lepas?.

Sesungguh besarnya dosa meninggalkan solat tetapi ia bukanlah tiket untuk kita menghampiri zina.

Maka penuhilah tanggungjawab ibadah solatmu sebaiknya. Buat para ibu bapa turutilah saranan Rasulullah S.A.W dalam mendidik anak-anakmu.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

"Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat pada usia 7 tahun dan pukullah mereka (bila tidak mu) pada usia 10 tahun dan pisahkan mereka ditempat-tempat tidur". - HR. Ahmad dan Abu Dawud

˙·Ù •●❤ Hikmah Di Sebalik Sunnah Rasulullah ❤●•Ù ·˙

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah
s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan
kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit
garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan
menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.
Mengapa? Kerana kedua belah tangan kit a ada mengeluarkan
3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg
kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim
yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the
first process of digestion.

Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah
yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah
sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya
bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk
kita.

Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga
adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Doktor2
dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah
dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang
sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40
kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita
senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah
sebelum makan untuk mengelakkan penya kit . Kerana bakteria dan racun ada
membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka
bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum:-

Janganlah kit a minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang
menghampiri kepada haram. Jangan kit a minum dari bekas yg besar dan
jangan bernafas sedang kit a minum. Kerana apabila kit a minum dari bekas
yg besar, lumrahnya kit a akan meneguk air dan dalam proses minum itu,
kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.
Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon
dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu
sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup
air yang panas, sebabnya sama diatas.

Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang
berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?

Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg
dapat melawan penyakit . Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang
belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum
berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini,manakala
lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini
sehari,kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang
kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum
berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini
adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu maran tentang
kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang
dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah
antibodi melawan virus HIV itu.Tetapi jika lelaki itu sudah
berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit
antibodi sahaja, jadi dengan itu ukumannya direjam hingga mati agar dia
tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi
yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat
persegi(cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat
kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, d ida pati, tempat
terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi.

Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak
maju bersama,equality and unity, t ida k seperti bentuk pyramid, dimana ia
diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia
memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi
melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan
Syafi'i,melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama.



Sumber : Facebook

Thursday, May 12, 2011

Vaksin Bisa Jarum Dajjal


Sejak kebelakangan ini, saya sering dikirim dengan email-email, posting blog,Facebook, YM dan pelbagai jenis alat teknologi canggih tentang beberapa peristiwa ajaib.

Fenomena 'ajaib' alam ciptaan Allah ini disebarkan secara meluas. Paling popular adalah kisah 'Pertemuan dua laut' dan 'Sungai Bawah Laut.'

Puluhan email hinggap di kotak masuk akaun email saya. Dari individu, Yahoo group, malah tag dari Facebook.

Saya lantas membaca email-email dan komen-komen  serta respon yang diterima.

Alhamdulillah. Rata-ratanya bagaikan cukup dekat dengan Tuhan Sang Pencipta. Kalimah Subhanallah pastinya terselit di celahan komentar ta'ajub para pembaca. Saya tersenyum.

Namun, tiba-tiba senyuman saya diragut oleh sebuah perasaan. Rasa serba tidak kena bertamu di hati. Rupanya, saya hanya asyik melihat sisi cerah fenomena ini. Terlupa untuk meneliti sisi gelapnya. Satu kebimbangn timbul apabila saya meninjau sisi gelap fenemona Subhanallah ini.

RACUN MINDA

Saya cuba mencelah di sebuah posting. Meninggalkan komen dan melontarkan pandangan serta persoalan untuk menyelidik apa yang sebenarnya berlaku. Pada saya, fenomena 'dua laut bertemu'  dan 'Sungai dasar laut' bukanlah fenomena baru. Saya pernah membaca tentangnya di National Geographic Megazineyang pernah mengulas tentang CENOTE dan memaparkan tajuk perbincangan ini di muka depan majalah mereka pada tahun 2003. Sumber : NGM

Rata-rata komen yang saya terima menunjukkan mereka tidak mempunyai maklumat tentang apa yang berlaku. Tanpa apa-apa maklumat itulah, mereka 'diracun minda' dengan menganggap itu 'mukjizat agung akhir zaman'. Sudahlah tidak bermaklumat, sebarkan pula maklumat yang salah.

Konklusinya, bukan SEBAR yang saya ketengahkan sebagai masalah, tetapi masalah SIKAP malas mengKAJI dan memBACA yang cuba saya perbetulkan.

Saya bukan muktazilah atau neo-muktazilah untuk saya kaitkan segala yang berlaku secara ilmu logik akal. Namun, saya bukanlah orang bodoh yang mengaku muslim, kemudiannya mudah ditipu dengan fenomena lumrah yang andai diselidiki sedikit, ianya akan bertemu dengan penemuan Sains ringkas. Dan ketahuilah, Sains yang menepati syariat akan menjadikan Subhanallah yang diungkap lebih bermakna. Iman akan lebih kukuh. Bukannya ungkapanSubhanallah tipu dan tertipu.

TERTIPU

'Sungai Bawah Laut'.

"Subhanallah...Waaah....tak sangka ye, ada sungai kat bawah laut, hebat benar Allah, tuhan pencipta alam...". Komen seorang rakan di Facebook yang pada tab infonya tertulis - Pelajar Tahun 4 Universiti ******-

Saya merenung jauh ke Malaysia menggaru-garu kepala. Andai pelajar yang bergelar Mahasiswa tertipu semudah ini, bagaimana dengan datuk dan nenek kita di ceruk kampung sana.

Tajuk adalah bahan penarik. Saya tak menyalahkan pembuat tajuk. Tapi yang bermasalah adalah pembaca yang hanya membaca tajuk. Pembaca yang malas membaca. Mudah tertipu dan ditipu. Sudahlah tertipu, sebarkan pula 'penipuan' kepada umum. Masuk bercerita di ceruk kampung bahawa ada sungai dalam laut. Terhangguk-hangguk pakcik makcik dan budak-budak di kampung mendengar perkhabaran 'mukjizat' dari seorang Mahasiswa. Tersebarlah satu khabar angin yang palsu.

Tak pernah ada sungai di bawah laut! Bacalah.  Sungai itu hanyalah sebuah ilusi. Ianya kabus atau awan, hasil lapisan Hidrogen Sulfida.

Saya pelik, bagaimana golongan ini cukup mudah tertipu, sedangkan sumber maklumat cukup senang untuk dicapai. Hanya dihujung jari !

SENJATA DAJJAL

Dajjal adalah penipu. Bersaing dengan Imam Mahdi dan Nabi Isa untuk meraih pengikut yang ramai di akhir zaman. Imam Mahdi dikurniakan kelebihan oleh Allah. Nabi Isa diperkuatkan dengan mukjizat. Dajjal si penipu tidak punyai apa-apa kekuatan, karamah, apatah lagi mukjizat.

Bagaimana Dajjal mampu menawan hati ummat manusia ini....?

Dajjal membutakan sebelah mata manusia. Dengan mata buta yang tempang inilah, Dajjal mudah untuk menipu dan menarik kepercayaan umat manusia, bahawa Dajjallah sebenarnya penyelamat manusia, bukannya Nabi Isa dan Imam Mahdi.

Buta yang bagaimana...?

Buta maklumat. Samada maklumat logik yang berbentuk Sains ataupun maklumat Iman bernama Syariat. Tempang dari ilmu Sains atau tempang Ilmu Syariat apatah lagi tempang kedua-duanyya akan menjadikan kita mudah untuk ditipu Dajjal.

Dan ingat, senjata Dajjal pastinya datang dari Sains Teknologi terkini kerana dia tidak akan mempunyai kekuatan selain Logik dan Sains. Perbodohkan diri anda dari Sains, nescaya mudahlah kerja Dajjal untuk menipu anda. Butakan mata anda dari melihat Allah disebalik Sains, anda juga bakal ditipu Dajjal.

BUTA

2012, Sabtu 22 Ogos, Kuala Lumpur.

Manusia berkerumun. Ada benda ajaib berlaku. Seorang lelaki melakukan 'mukjizat' di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Air tawar di Taman Air KLCC terpisah dari air masin yang diisi kedalam kolam tersebut. Dan lelaki itu ber'sabda'," Inilah mukjizat yang Allah kurniakan kepadaku...marajal bahraini yaltaqiyaan...Aku adalah Al- Masih yang akan menyelamatkan kalian dari kemusnahan, ikutlah aku....".

Anda akan ikut? Atau selidik...? Atau tunggu dan lihat...?

Andai anda 'buta', pastinya akan timbul satu keyakinan yang jitu di hati anda, bahawa Dajjal itu adalah Nabi Isa dan anda kan menjadi pengikut setianya. Sedangkan, apa yang berlaku adalah hasil dari tindak balas kimia yang dinamakan halocline terhadap garam dan bahan kimia yang dicampur ke dalam air garam dan dialirkan ke dalam kolam taman air KLCC. Baca Halocline

RACUN PEMBODOHAN
Anda mahu namakan proses 'pembutaan' itu apa...? Silakan saja. Sekularismekah ia..? Orientalismekah ia...? Ataupun Humanismekah...? Mahupun Liberalisme.

Yang penting, ianya adalah satu proses pembodohan yang anda sendiri usahakan. Dan ubatnya adalah baca dan renung. Zikir dan fikir. Merenung ciptaan Allah dengan Iman, hasil dari Ilmu dan keyakinan.

Perhatikan dua ayat Syariat da Iman,(1) serta ayat Logik dan Syariat (2) dari surah Al-'Alaq. Perintah BACA dan KAJI. Zikir dan Fikir.
Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. [ Al-'Alaq : 1-2]
BACA dan KAJI. ZIKIR dan FIKIR adalah vaksin pembodohan, benteng anda dari Dajjal.


Sumber : Tafsir Al-Quran [Syed Qutb] dan Wikipedia .
1. Cenote
2. Halocline

HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.

Pengertian Ilmu Tasawwuf :

Ilmu tasauf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang mulia dan menghindari atau menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela .

2. Ilmu tasawwuf bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada di dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang sebenar sehingga mencapai taraf nafsu mutmainnah .

3. Syarat-syarat untuk mencapai taraf nafsu mutmainah: 

a) Banyak bersabar .
b) Banyak menderita yang di alami oleh jiwa . 

4. Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah / terpuji di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu : 

1) Taubat . 
2) Khauf ( Takut ) 
3) Zuhud 
4) Sabar. 
5) Syukur. 
6) Ikhlas. 
7) Tawakkal. 
8) Mahabbah ( Kasih Sayang ) 
9) Redha. 
10) Zikrul Maut ( Mengingati Mati ) 

5. Dan Imam Al-Ghazali juga telah menggariskan sepuluh sifat Mazmumah / tercela / sifat keji di dalam kitab tersebut iaitu :

1) Banyak Makan 
2) Banyak bercakap. 
3) Marah. 
4) Hasad. 
5) Bakhil. 
6) Cintakan kemegahan. 
7) Cintakan dunia . 
8) Bangga Diri. 
9) Ujub ( Hairan Diri ). 
10) Riya' ( Menunjuk-nunjuk ).