disebalik itu...

Thursday, May 12, 2011

Nikah 'Khitbah' (Gantung) Boleh Mencegah Penzinaan

Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini , Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.

Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala

Firman Allah swt yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .
An Nuur : Ayat 32

Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :
  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  • Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  • Merendahkan hantaran perkahwinan

Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :
  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad [ Ijab Qabul ]
  •  
 Cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :
  • Masih menuntut di kolej atau uniersiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .

Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti.


Disediakan Oleh

Ust.Nasruddin Hassan At Tantawi
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Pusat

Friday, May 6, 2011

jenis2 perempuan yang diseksa di neraka T_T nauzubillah

Rasulullah s.a.w menceritakan pengalaman saksi balasan dahsyat ketika isra' mi'raj, Ali berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah SAW. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?" Baginda SAW menjawab: "Pada malam aku diisr'k hingga ke langit, di sana aku... melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."

Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?"

Rasulullah SAW menjawab:

* "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair di-curah ke dalam halkumnya (tekak)... "

* "Aku lihat perempuan yang digantung kedua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kalajengking. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. "

* "Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak...."

* "Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar berbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka...."

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada ananda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"

Rasulullah menjawab:

* "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

* "Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa suaminya. Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.....

* "Perempuan tidak mau mandi setelah haid nan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang... "Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

* "Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah. "Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

* "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya."
* Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:"Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah."
* Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:"Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan."

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan."

Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab:

"Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup." ~ (Hadis riwayat Bukhari)~

Astaghfirullahal'azim.. smoge kte sume dpelihara dr azab2 Nya & azab api neraka & mnjadi wanita yg solehah yg cmerlng disisiNya.. insyaAllah.... Amin ya rabbal 'alamin....

Pencerahan

TAJUK PENCERAHAN = Trademark Ciptaan Allah = "MATA"


Tuan-puan semua...
Assalamualaikum...
Topik yang ingin kami kupaskan kali ini pada Jumaat mulia
sangat bertepatan dengan 1 lagi jaringan matriks antara Al-Hadis & Al-Quran
dengan jalur-lebar situasi dunia hari ini.
Artikel ini akan membawa anda kepada 1 lagi SIRI PENCERAHAN,
dan akan pelan2 membawa minda bawah sedar anda keluar dari kempompong harian anda,
sehingga anda ke tahap 1 level yang sentiasa ingin anda harapkan selalu iaitu,
sangat2 ingin menjadi perhatian ALLAH dalam berbillion2 makhluk ciptaannya.
Apa kata kita mulakan dengan tajuk "MATA".


Tahukah anda semua...
Antara tanda2 benda sekeliling kita ini penciptanya adalah TUHAN,
dan tidak terjadi dengan sendiri adalah dengan 1 TRADEMARK
dari penciptanya...
iaitu apa ???
iaitu segala bentuk makhluk "melata" baik yang:
1- terapung
2- menjalar
3- merangkak
4- berjalan
5- berlari
6- berenang
7- yang zahir
8- yang ghaib (yang "ada diantara anda di sini" ada yang ditakdirkan dapat melihat pula)

Kesemua di atas telah tuhan zahirkan dengan 1 TRADEMARK
dan 1 jenama universal untuk makhluk2nya yang berakal untuk berfikir...
bahawasanya galaksi ini DICIPTAKAN bersama2 isinya
yang sentiasa berkembang tanpa sempadan,
adalah dengan kehadiran jasad "MATA".
MATA = adalah trademark hasil ciptaan ALLAH
(subjek ini tidak pernah diajar oleh mana2 cendikiawan)
kalau ada, sila hadirkan artikelnya & tarikhnya sekali...
Tahukah anda...
kami boleh melihat warna hijau merah biru oren kuning...
anak2 anda pula boleh melihat warna ungu, pink, coklat, putih, dan hitam,
sepertimana makhluk2 lain di galaksi ini boleh melihat warna...
tetapi barangkali apa yang anda sekarang boleh lihat itu...
barangkali pula makhluk lain melihatnya dengan warna lain pula...
inilah TRADEMARK jenama Allah
yang Allah lempiaskan kepada makhluk2nya...
yang bertaraf kekasih, hamba, yang berakal mahupun tidak...
sebagai permulaan warming up untuk memahami PENCERAHAN ini...
cuba sebutkan di sini makhluk apakah yang mempunyai 8 ciri2 di atas,
tanpa mempunyai TRADEMARK ini ?
sebutkan kalau ada...
usahakan untuk sebut TIDAK ADA...
memang takde kan ?
Indahnya mata...
Sebab itu anda kena faham apa maksud tersirat Allah abadikan
...Tunjukkan kepada ku jalan yang lurus...
[ Al-Quran ]
[ Surah Al-Fatihah ]
[ Ayat Ke - 6 ]


Anak-anak yang dikasihi sekalian...
Allah sangat cintakan makhluk2 ciptaannya...
Allah telah menzahirkan banyak TRADEMARK2 nya
di alam semesta ini...
supaya makhluk2nya yang berakal...
dengan pantas mengenal siapa penciptanya...
yang sepatutnya tanpa perlupun diturunkan wahyu pun,
setiap makhluknya yang berakal ini sepatutnya
boleh kenal dengan TRADEMARK ini...
dan salah 1 TRADEMARK ALLAH yang hendak kami kongsikan di sini
ialah objek ((( mata )))
Baiklah...
Anda mempunyai MATA bukan ?
iaitu mata di kanan dan mata di kiri...
pernahkah anda melihat alam lain ketika mata anda ditutupkan ?
JAWAPANNYA = kesemua dari anda pernah melaluinya...
apakah itu ???
Mari anak2 semua...
atuk nak bongkar 1 ALTER TERAHSIA dalam diri anak2 semua
yang Allah sangat2 hendak manusia mengenal penciptanya
hanya melalui diri kita sahaja...
dengan mengenali diri kita, kita dapat merasai betapa
cintanya Allah kepada hasil ciptaannya...
Baik...
anda tutup mata dan anda pun tertidur...
selama umur anda hari ini yang telah menjangkau 20han 30han
malah ada yang mencecah 80han pernah melaluinya setiap hari...
ketika anda tutup mata...
anda telah dilenakan akibat Allah telah lempiaskan belas kasihannya
kepada anda semua iaitu Allah memakbulkan permintaan molekul2
badan anda iaitu badan anda minta untuk direhatkan...
lalu Allah mengIZINkan enzim endorfin terlepas pada kadar2
yang selayaknya, lalu anda pun tertidurlah sehingga anda pun lena,
inilah rahmat Allah kepada anda...
walaupun anda tidur akibat baru lepas buat maksiat "contohnya"
tetap Allah makbulkan doa2 molekul badan anda supaya badan anda
direhatkan...lalu rehatlah anda...
di sinilah sifat Ar-Rahim Allah pada setiap makhluknya,
sungguhoun dia kafir...



Pointnya ialah apa anak2 semua ???????????????
Anda dah tidur kan ???
Tapi anda dah lena dengan kadar tak sampai 2 minit pun...
lalu roh anda telah dilepaskan melayang sehinggakan anda
boleh sahaja ke mana2 di bumi ini...
roh anda benar2 telah meninggalkan jasad anda,
tapi anda tak mati kerana paru2 anda masih TAAT perintah ALLAH,
di ketika anda melayang2 itu,
ada diantara anda mengalami mimpi2 INDAH...
dapat singgah mahligai2 cantik, dapat bergurau senda,
dapat makan coklat, dapat pergi jumpa ramai orang...
dapat melihat pelbagai warna2 ciptaan ALLAH,
di saat MATA ZAHIR ANDA itu ditutup,
lantas...
dengan "ALAT" ciptaan Allah dari sudut manakah,
yang membolehkan anda melihat itu ???
JAWAPANNYA = MATA HATI !!!
Tuan-puan semua...
kita ada MATA HATI...
1 jasad yang Allah zahirkan dalam bentuk ghaib...
telah dicipta bersama2 dengan perasaan & akal & roh,
ianya telah Allah hadiahkan kepada semua makhluk berakalnya...
dengan MATA HATI ini lah anda boleh melihat dunia di sebalik dunia,
masih tak faham ???


Baiklah...
kami bukakan TELINGA HATI anda pula...
dan perkara ini akan anda setuju 100%
now...
katakanlah atuk datang pada cucu,
atuk bisikkan pada cucu...
cucu...ambik ibu jari dan tekap anak telinga kuat,
atuk sebut ALIF BA TA...
cucu dengar tak ???
Jawapannya = tak dengar kan...?


PENCERAHAN:
- now, dengan keadaan yang sama,
atuk nak cucu sebutkan ALIF BA TA sampai YA
(sebutkan dalam hati sambil ibu jari tekap telinga...)
cucu boleh dengar suara hati tak ???
(now....cucu bukak balik telinga tu...)
dan sebut balik ALIF sampai YA....pun sebut dalam hati...
still cucu boleh dengar suara hati kan ???


SOALANNYA:
- yang cucu dengar tu suara apa ye ?
- padahal cucu sebut dalam hati aje kan ?
- telinga ZAHIR cucu tak dengar apa betul tak ?????????????
- tapi, yang cucu dengar dalam diam2 tu suara siapa pula ??????
(jawapannya = SUARA HATI)


/////////////////////////////////////////////////////////////////////////


Tuan-puan semua...
anda dapat mengawal suara hati anda...
kerana hati anda ghaib....
hati anda ada jasad agung berupa telinga "tapi tak berjasad"
dan....
ini samalah halnya dengan MATA...
iaitu bukan MATA fizikal...
tapi MATA HATI...
semua orang boleh detect SUARA HATI dengan mendengarnya...
sekarang pun kamu boleh bisikkan dalam hati masing2...
kamu membaca komen ini pun kamu dapat dengar suara HATI anda
kan ? betul tak ?
Tapi sayang 1000 kali sayang...
bagaimana hendak mengAKTIFkan MATA HATI ?
masih ingat suasana mimpi tadi ?
dengan alat apakah anda melihat dalam mimpi tadi ?
sedangkan MATA ZAHIR anda telah pun ditutupkan ?
(jawapannya kepada soalan inilah yang PALING BERHARGA)
Kerana dengan MATA HATI ini,
anda TAKKAN SESAT sampai anda mati....

//////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////
cahaya berlapis cahaya...
Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya...
kepada NUR hidayahNya itu...
dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal bandingan...
untuk umat manusia...
dan Allah Maha Mengetahui akan setiap sesuatu !!!
[ Al-Quran ]
[ Surah Al-Nur ]
[ Ayat Ke - 35 ]
///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////


Tuan puan yang dikasihi semua...
hidup kita bukan semata2 bangkit tido makan kerja jadi robot,
kita adalah Khalifah yang berserba serbi bidangnya...
lengkap segala2nya...
what is ---> MATA HATI ?
macamana nak aktifkannya ?
salah 1 dari pintu2nya ialah anda kena kenal diri anda...
Allah sangat mencintai anda...
BAHKAN, Allah lebih dekat dengan anda dari urat saraf anda


/////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////
“Kamu merupakan umat yang terbaik yang dilahirkan bagi manusia.
Kamu menyeru kepada maaruf...
dan mencegah kemungkaran...
dan kamu beriman kepada Allah“.
[Al-Quran]
[Al-Imran]
[Ayat 110]
/////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////

sebab itu lah kita kena mengHARGAi TRADEMARK ciptaan Allah ni.
iaitu apa?
iaitu = "Mata"
manusia ni mahal...
tu sebab haram bunuh membunuh...
sebab manusia ni hebat...
kalau awak nak doa awak makbul...
cuba kenali diri awak betul2...
cuba perhatikan bagaimana molekul2 badan awak sangat TAAT
perintah Allah melalui ekosistemnya?
disebabkan molekul2 itu TAAT lah...
maka apa sahaja kehendak molekul itu Allah makbulkan...
walaupun molekul itu ditakdirkan hidup di dalam badan si MAKSIAT.



Bila kita belajar dari diri kita sendiri...
maka kita akan kenal kenapa ALlah ciptakan diri kita...
dan kita akan semakin paham...
kenapa roh kita sengaja dipilih untuk ditiupkan dalam jasad2 manusia
di akhir zaman ni,
kenapa Allah taknak masukkan ruh kita,
pada jasad2 di tamadun2 Nuh ke ?
tamadun Sulaiman ke...
tak pun zaman2 Sultan Muhammad Al-Fateh ke ?
WHY WHY TELL ME WHY ?
sebabnya...
"with the great power....come the great responsibility..."
"if u manage the responsibility, the REWARD also BIG...."
Tahukah anda....
di zaman apakah anda ditakdirkan hidup hari ini,
kenapa mak anda bapak anda adik beradik anda...
termasuklah anak2 anda diTAKDIRkan hidup di akhir zaman ini?
Tahukah anda...
ujian apakah yang MAHA BESAR...
yang akan zahir tak lama lagi untuk umat ini,
yang diri anda pula termasuk dari golongan umat ini...
setiap nabi pernah memberi amaran tentang ujian ini,
dan setiap Rasul pula mengingatkan akibat kegagalan ujian ini,
dan ketahuilah...
dengan ujian yang besar ini...
tak pernah pun ditimpakan kepada umat2 lepas...
sehebat2 ujian pada umat ini...
dan sudah pastilah makhluk2 berakal yang berjaya melepasi ujian ini,
pasti mendapat ganjaran yang SUPER MAHA HEBAT ?
adakah anda yakin anda mampu melaluinya ?

//////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////
Surah Al-Ankabut, ayat 2-3
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan ( saja ) mengatakan :
“kami telah beriman “,
sedangkan mereka tidak diuji lagi?
Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,
maka sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
/////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////



Dan ujian maha besar yang kami maksudkan ialah:
ujian dari si MATA 1 = ( Iblis Mata 1 & Dajjal Mata 1 )
melalui merekalah terhasilnya FITNAH AKHIR ZAMAN yang melewati
perkara2 berikut iaitu:
- matawang
- ekonomi
- hiburan
- makanan
- minuman
- pakaian
- cara hidup
- cara kerja
- cara pemerintahan
- ketenteraan
- media massa
- pasaraya
- teknologi


Semua ini adalah ujian untuk anda,
kerana anda akan mewarisi SYURGA yang kekal abadi lagi NIKMAT,
hanya apabila anda LULUS ujian ini,
samada ketika anda hidup ataupun ketika nyawa dicabut.

/////////////////////////////////////////////////////////////
Surah Al-Baqarah, ayat 286
Allah tidak membebani seseorang...
melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
/////////////////////////////////////////////////////////////

Tahukah anda apa itu ZON 999 & ZON 72 ?
Masih ingat siapa prodigi & pendekar penyu ?
Masih ingat tanggungjawap anda sebagai pemuda-pemudi Al-Asr ?
Hidupkanlah MATA HATI anda...
kerana ianya ALAT yang dapat menyelamatkan anda...
Now...
I WANT TO WARN YOU ALL.


Sila study ((( Hadis Sahih Tamim Ad-Dhari berkenaan Tasik Tabariyah )))
Pergi google.com dan cari kata kunci Keringnya Tasik Galilee


Paras Air Tawar Di Tasik Galilee Adalah SIGNAL LIVE dari Allah,
sebagai tanda Allah sangat sayang pada kita,
supaya kita sedar yang kita dah benar2 bersedia untuk
sesi penghabisan ujian FITNAH AKHIR ZAMAN...
Tahukah anda apa yang bakal terjadi sebelum Tasik itu kering ?
Tahukah anda apa yang bakal terjadi ketika Tasik itu kering ?
Tahukah anda apa yang bakal terjadi selepas Tasik itu kering ?
jawapan kepada soalan2 ini...
telah lama kami lepaskan di
www.facebook.com/DinarEmas.DirhamPerak
sebelum kami menjemput pendekar penyu menyampaikan
sesi pencerahannya....
PAGE ini pernah DIBLOCK setakat ni dah kali yang ke-2...
kerana semua hasil kajian kami TERBUKTI BENAR.
Bahkan...
kajian kami berkenaan pecahan penanda aras USD & RINGGIT pada tukaran 3.0
( rujuk www.Dinar-Emas.com )
telah menyebabkan Bank Negara Malaysia bertindak balas dengan artikel kami...
apakan lagi pula kenaikan harga emas & kejatuhan harga emas yang melampau minggu ini,
sangat2 bertepatan  dengan 1 tanda yang sangat kami risaukan iaitu:
---> KETIBAAN PERASMIAN KERAJAAN DIGITAL & DUIT DIGITAL
---> ini semua ada kena mengena dengan SUKAN OLIMPIK
---> dan pertabalan terakhir raja pulau Mata 1.
Percayalah & seperti biasa kami tak paksa anda percaya...
apa yang kami dedahkan telah pun diBLOCK dan mungkin bakal diHAPUSkan terus.
Fikir2kan hasil kajian kami selama ini...
kami cedok dari luarkah ?
Atau sumber luar mencedok dari kami ?
Dah buat salinan masing2 ?
Perkara2 ini telah mengGANDAkan Alter Terahsia Bani ini dengan matriksnya
Ayat Wahyu di bawah:

/////////////////////////////////////////////////////////////////////////
Surah Al-Imran, ayat 139
Janganlah kamu bersikap lemah,
dan janganlah (pula) kamu bersedih hati,
padahal kamulah orang2 yang paling tinggi (darjatnya),
jika kamu orang2 yang beriman.
//////////////////////////////////////////////////////////////////////////

Takkan Islam Hilang Di Dunia
Takkan Dinar Hilang Di Dunia
Takkan Raja Hilang Di Dunia
Takkan AHLUL BAIT Hilang Di Dunia
Takkan Khalifah Hilang Di Dunia
Takkan Bani TAMIM Hilang Di Dunia
TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA


NOTA:
itulah sebabnya Sheikh Imran Hosein
mengelak dari menjawap 1 soalan dari seorang pemuda
di ceramah Masjid Al-ULUM, Kota Damansara...
tahukah anda apa soalan yang pendekar penyu tepis ?
Soalan itu berkenaan = Bani Tamim
Why sheikh taknak jawap...
Jawapannya = Alter Terahsia XXXXXXXX


///////////////////////////////////////////////////////////////////////////
ALLAH MAHA KUASA........MAKHLUK TIADA KUASA........
www.Dinar-Emas.com
www.Dinarmas.com
www.Nubex.com.my
///////////////////////////////////////////////////////////////////////////

12:30 am
03 Jamadil Akhir 1432
06 May 2011
Jumaat
[Hari ke-6 selepas Page DE diblock entah sebab apa...]
(Waktu Jugra, Selangor, Tanah Melayu)



Friday, April 22, 2011

Kelebihan Solatg Berjemaah

Sembahyang berjemaah itu lebih baik dari mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak 25 kali ganda.(Sahih Bukhari & Muslim).

"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman yakni mereka yang khusyuk dalam sembahyang"(Al-Mukminun,23:1-2)

Asbabun Nuzul ayat 1-2: Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahwa dahulu, Rasulullah s.a.w memandang ke langit apabila solat. Maka Allah menurunkan kedua ayat ini. Setelah itu, baginda solat dengan menundukkan kepalanya.(Hadis sahih riwayat Hakim)

SEJARAH TERCIPTANYA ROKOK!!!

Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak... akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka”
Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”
Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”
Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”
(Saya petik keseluruhan maksud hadis ini dari buku ‘HARAM MEROKOK’ oleh Adil Akhyar muka surat 12)
Kepada rakan2 ku yang merokok, moga kita tidak rasa tersinggung hati dengan hadis ini - B.B.Bangi.
See more

Thursday, April 21, 2011

Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat

sy truja ngan kekuasaan Allah lam kisah ni ...de lg mkhluk slain jin setan malaikat..ape kate anda tntg mkhluk tsebut....


Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat... }

sedikit pengalaman & kajian Posted by Darul Manzil at 1:42 AM 

Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di RIDAM. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka. Dari perbuala n sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya. Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin 'masih belum ada rasi ubat' . Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuh lah penyakitnya.. Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan.. Maka, saya ambil pendekatan segera dengan 'teknik scan' dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii...hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal jer.. Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin 'badan' tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak... Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di RIDAM. Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak.. Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba... Pesakit: "Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni..?" Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan. Saya: "Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?" Pesakit: "Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit? " Saya: "Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah sangat.." Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya.. Pesakit: "Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.". Saya: "Ish...tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker?" Pesakit: "Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam.." Saya: "Hah...sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?" Pesakit: "Agama Monoteisme" Saya: "Agama apa tu..?" Pesakit: "Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah...Tak sekolah ker?" *Terkena jugak RIDAM.. Saya: "Kamu jangan main-main pasal agama ni...!..Kang...." *Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang jer... Pesakit: "Aku tak tipu lah...Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku Poppy..Nama aku Mizari" *Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya.. Saya: "Poppy..? Makhluk apa tu..?" Pesakit: "Wahai hamba Allah...banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia.." Saya: "Ceritakan...aku nak tahu.." Pesakit: "Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi... Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri.." Kemudian dia menangis teresak-esak.. Pesakit: "Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami..".. Terduduk saya mendengar cerita si Mizari... Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut.. Saya: " Kalau begitu, betul kah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?" Seraya itu dia mengangguk.. Pesakit: "Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku dari puak Poppy..Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa...." Saya: " Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?" Dia terdiam sejenak.. Pesakit: "Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu..." Saya: "Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat 'scan' kau tadi? Mana kau menyorok?" Pesakit: "Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni. Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah..." Saya: "Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana pulak tu?" Pesakit: "Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.. Bukan semua tau aku suka manusia...Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la.." Saya: "Tak payah la...aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah kan..?" Pesakit: "Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri kamu.." Saya: "Erm..boleh kamu bagi sebab..kenapa kamu duduk dengan budak ni?" Pesakit: "Sebab dia kasi aku duduk dengan dia.." Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia.. Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut.. Saya: "Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?" Pesakit: "Maaf ya..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin kan...?" Saya: "Memang lah..tapi agama akhir zaman kan Islam..Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni..?Agama yang disuruh dan dijamin Allah..." Pesakit: "Aku tahu...tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.. Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran..." Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56 Maksudnya: 'Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.' Pesakit: "Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang.. Aku tidak pernah menduakan Allah.." *Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya.. Saya: "Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi.. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapak budak ni.. Kamu tak rasa kesian ker..?" Pesakit: "Kesian jugak.. Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat.. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi..." Saya: "Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai..?" Pesakit: "Sekarang..tapi dengan syarat.." Saya: "Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la.." Pesakit: "Aku nak salam kedua mak bapak budak ni..Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku...boleh?" Saya: "Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama).. Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu..Kenapa?" Pesakit: "Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni masa sakit tadi?" Saya: "Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker?" Pesakit: "Yelah...kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?" Saya: "A'ah...kenapa?" Pesakit: "Aku tengah kira umur aku la tu...Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam.. Puak kami mana pakai Kalendar masihi..." Saya: "Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu.." Pesakit: "Sabar lah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku.. Dah lama sangat aku hidup.. Sunyi betul hidup aku...Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat..." Saya: "Ooo...macam tu..Berapa dah umur kamu?" Pesakit: "Sikit jer...baru 4 juta 130 ribu tahun.." Saya: "Mak aiiii...lama nya kau hidup.." Pesakit: "Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku.." Saya: "Insyaallah, kalau itu yang kau nak...Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni..Boleh?" Pesakit: "Tadi kata suruh aku keluar...? Ni makin banyak tanya pulak ni..Hah..apa dia?" Saya: "Boleh tak aku tengok kamu...Rasa nak tengok jer diri kamu tu..." Pesakit: "Boleh dengan izin Allah...kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur...Mintak pada Allah nak tengok aku.. Bukan aku yang izin..Allah yang izin.. Sekarang, boleh aku keluar..?" Saya: "Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman.." Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka.. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar.. Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain.. Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk dibuat mandi dan minuman di rumah.. Pesakit pulang selepas itu.. ---------

3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya.. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan.. ---------- Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari.. Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya.. Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap... Wallahu'alam.. Mungkin itu mainan mimpi.... Sekian.. ----------- '...

Fakul innamal ghaibulillah.'. Sesungguhnya yang Ghaib itu kepunyaan Allah (petikan sebahagian ayat dalam surah Yunus:20) ---------------- Saya ada membuat sedikit kajian selepas peristiwa ini dan menjumpai ayat ini dalam Al-Quran:
 1)Al Ankabuut - Ayat 19 'Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya , kemudian mengulanginya (kembali) . Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.'
 2)Al An'am - Ayat 6 'Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu , dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka , kemudian . Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.'
 3)Kisah bumi tak bagi malaikat ambil tanah untuk dijadikan manusia. Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, manusia pertama. Akan tetapi apabila Jibril sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, kerana ia tidak dapat berbuat apa-apa, setelah mendengar sumpah bumi. Seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan kosong. Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Firman Allah, Hai Izrail, engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman; Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia. Maka Izrail khuatir kerana bimbang dibenci oleh umat manusia kelak. Lalu Allah berfirman lagi; Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya. *Berikut merupakan riwayat yang menceritakan tentang proses awal penciptaan Adam; pengambilan tanah daripada bumi. Persoalan utama daripada riwayat ini adalah keenganan bumi untuk diambil tanahnya. Kebimbangan bumi bukanlah kerana takut tanahnya kurang, atau takut rupanya berlubang-lubang, tetapi bumi khuatir seandainya Adam itu menjadi maksiat kepada Allah. Tidakkah itu bermakna bumi telah menyaksikan kerosakan yang dilakukan oleh manusia terdahulu di muka bumi ini? Mengapa tiada riwayat yang menceritakan akan keengganan bumi apabila Allah S.W.T hendak menciptakan kambing, ikan atau lembu? -----------------

 1)Pembaca sekalian..saya hanya menceritakan pengalaman yang belum pernah saya alami sepanjang pengalaman saya dalam perubatan alternatif ini..
 2)Saya juga bukan lah pakar mentafsir Al-Quran dan tidak pandai berbahasa Arab. Ayat Al-Quran yang saya pamerkan ini hanyalah pada pemahaman sendiri. Jika salah pemahaman saya dari sudut kaedah undang-undang tafsir, maka saya memohon jutaan maaf dan ampun di atas pemikiran saya tersebut.
 3)Pendapat saya, anggaplah pengalaman ini sebagai PERINGATAN kepada manusia. Kita sudah mungkin menghampiri 'akhirnya'. Maka, seharusnya kita bermunasabah dan tidak leka mengingati Allah.. Sekian.. n sy share aje minta pndangan sume....(^_^)

Oleh: Wannur Aqilah

Sunday, April 17, 2011

DI MANAKAH KITA NANTI..??

Baginda Rasullullah S.A.W berkata: "  Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut dan mereka keluar. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong", dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."   Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "  Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. Akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."   Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. 


Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "  Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:   "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.   Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.   Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu,tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.   Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.


 Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-   1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin. 2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus. 3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina. 4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka. 5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat. 6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik. 7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.


"   Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:   1. Orang-orang yang mati syahid. 2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan. 3. Orang berpuasa di hari Arafah.   Sekian untuk ingatan kita bersama. Wassallam

peringatan

seuratrambut
bg wanita yg dedahkan kpd ajnabi bersamaan 40 tahun dlm neraka Allah.1
hari di akhirat bersamaan1000 tahun di dunia..jumlah bg 40 tahun di
akhirat sama dgan 14600000 hari di dunia bg 1 helai rambut..!!

suara yang didengari oleh mayat....

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu:
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya iaitu :
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad...Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Menumpukmu
Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Te rkulai Lemah
Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara"
Ketika Mayat Siap Dikafan...Suara Dari Langit Terdengar Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan Berbahagialah.."
Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
Wahai Fulan Anak Si Fulan..
Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."
Ketika Mayat Diusung.... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan.."
Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat
Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."
Ketika Mayat Siap Dishalatkan....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan.."
Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."
Ketika Mayat Dibaringkan Di Liang Lahat....terdengar Suara Memekik Dari Langit, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..."
Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini
"Wahai Fulan Anak Si Fulan.."
Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
Dahulu Kau Bergembira, Kini Dalam Perutku Kau Berduka
Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian....Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku...."
Kini Kau Tinggal Seorang Diri
Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
Mereka Pergi Meninggalkanmu.. Seorang Diri
Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku
Hari Ini,....
Akan Kutunjukan Kepadamu
Kasih Sayang-Ku
Yang Akan Takjub Seisi Alam
Aku Akan Menyayangimu
Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya.
Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman, "Wahai Jiwa Yang Tenang.."
Kembalilah Kepada Tuhanmu
Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba-Ku
Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku
Anda Ingin Beramal Shaleh...? Tolong Kirimkan Kepada Saudara-saudari Muslim Lainnya Yang Anda Kenal..! Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini.

Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, belau bersabda "wakafa bi almauti wa'idha", artinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu!

Semoga bermanfaat bagi kita semua,

Pesan Rasulullah...


Dari Abdurrahman bin A’id ra, dia berkata, “Adalah Rasulullah saw apabila hendak mengirimkan pasukan, maka Beliau memberi nasehat, ‘Bersikap lembut dan sayanglah kepada orang-orang! Jangan menyerang mereka sebelum kalian BERDAKWAH kepada mereka, dan janganlah menghancurkan rumah-rumah mereka! Jangan biarkan satu orang penghuni rumah pun yang ada di kota-kota maupun di desa-desa, kecuali kalian membawa mereka ke hadapanku dalam keadaan muslim (telah memeluk Islam), karena yang demikian itu lebih aku sukai daripada kalian datang padaku dengan membawa istri-istri dan anak-anak mereka setelah kalian membunuh suami-suami mereka!’ “. (HR. Ibnu Mandah dan Ibnu Asakir dalam kitab Al Kanz jilid II halaman 294. Diriwayatkan pula oleh Ibnu Syahin dan Al Baghawi seperti terdapat dalam kitab Al Ishaabah jilid III halaman 153, juga Tirmidzi dalam kitabnya jilid I halaman 195).

Dari Buraidah ra, dia menceritakan, “Adalah Rasulullah saw apabila mengirim rombongan jihad atau pasukan tentara, maka Beliau saw memberikan nasihat kepada pemimpin mereka supaya menjaga ketakwaan dirinya kepada Allah SWT dan berlaku baik terhadap orang-orang Islam yang di bawah pimpinannya. Beliau juga berpesan kepada pemimpin rombongan, “Apabila engkau bertemu dengan musuhmu orang-orang musyrik, maka ajaklah mereka kepada salah satu dari tiga perkara, jika mereka menerima salah satu dari tiga pilihan yang engkau ajukan, maka terimalah pilihan mereka dan tahanlah serangan kepada mereka!

Pertama, ajaklah mereka untuk memeluk Islam! Jika mereka menerima, maka terimalah keIslaman mereka dan janganlah menyerang mereka.

Kedua, ajaklah mereka untuk meninggalkan kampung halaman mereka dan tinggal di perkampungan kaum muhajiriin, lalu beritahukan kepada mereka bahwa apabila mereka melakukan yang demikian, maka mereka memperoleh perlakuan dan hak yang sama dengan kewajiban kaum muhajirin; tetapi apabila mereka menolak dan lebih suka memilih untuk tinggal di tempat mereka sendiri, maka katakan pada mereka bahwa mereka akan diperlakukan seperti orang-orang Islam Badwi, dan berlakulah ke atas mereka hukum Allah seperti yang berlaku atas orang-orang mukmin umumnya, yakni mereka tidak akan mendapat bagian dari harta rampasan perang, kecuali jika mereka ikut berjihad bersama kaum muslimin.

Ketiga, jika mereka tidak mau menerima tawaran yang kedua, maka perintahkan kepada mereka supaya membayar jizyah! Jika mereka bersedia membayar jizyah, maka terimalah dan janganlah engkau menyerang mereka ! Tetapi jika mereka menolak membayar jizyah, maka mintalah bantuan kepada Allah dan perangilah mereka! Apabila engkau telah mengepung mereka dalam sebuah benteng, lalu mereka memintamu untuk memberlakukan hukum Allah atas mereka, maka jangan engkau penuhi permintaan tersebut, karena sesungguhnya kalian tidak mengetahui hukum apa yang akan ditetapkan Allah atas mereka. Akan tetapi berlakukanlah pada mereka hukum kebijaksanaan kalian, kemudian putuskanlah perkara mereka setelah itu menurut kebijaksanaan yang kalian kehendaki.”