disebalik itu...

Saturday, December 4, 2010

Pakai Tudung Tapi Seksi


Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat. Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.
1. Ada yang pakai tudung singkat.
Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.
2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek.
Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang 'gebu' itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.
3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat.
Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?
4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat.
Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak' pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan' betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.
5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat.
Macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin..
6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian.
Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.
7. Ada perempuan bertudung, 'merendek' pula.
'Merendek' dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.
8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi.
Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.

Friday, December 3, 2010

Sambal belacan terbaek

220220091130
Sambal belacan terbaek
BAHAN-BAHAN
5 biji cili merah (lebih berkilat cili, lebih liat dan sukar untuk ditumbuk)
5 biji cili padi hijau
Sepotong belacan sebaiknya yang sudah dibakar
Sedikit gula dan garam
Sebiji limau nipis diperah jusnya
CARA MEMBUATNYA
Cili dipatah-patah kecil dan buang bijinya jika mahu mengurangkan kepedasan. Tumbuk di dalam lesung hingga elok lumatnya. Masukkan potongan belacan, gula dan garam itu tadi dan sambung menumbuk. Kemudian masukkan perahan limau nipis dan gaul hingga mesra.

Abg..saya bercouple, Tapi... ( Untuk Renungan Bersama )


Cinta...

Namun berapa ramai yang faham berkenaan cinta yang sebenar? Baru-baru ini saya dihubungi oleh seorang saya anggap adik saya. Sebenarnya, saya amat sayangkan adik  saya seorang ini. Dia menghubungi saya dengan YM, oleh kerana tidak puas bersembang dengan YM, maka saya ambil keputusan menelefonnya. Dari suaranya, ada getaran yang menunjukkan bahawa dia mempunyai masalah.

Seterlah bertanya, apakah masalahnya, dia meluahkan,

“ Abang, adik bercouple, tapi…”

Bila dengar begitu, saya agak terkejut. Tidak sangka juga perkara sedemikian akan terjadi kepadanya. Lalau saya tadahkan telinga, meluangkan masa mendengar luahan kalbunya yang nampak sarat dengan masalah.
Ceritanya, dia hendak berhenti dari perbuatan itu. Tetapi, teman wanitanya asyik mengelak bila dia hendak masuk bab berhenti itu. Dia ketandusan kekuatan, dan kehabisan jalan. Sudah tidak tahu hendak buat apa. Hatinya rasa berdosa, tetapi hendak berhenti pun tidak mampu.

Selalunya, alasan tak mampu ni biasa diberikan orang. Benarkah tak mampu?

Kita balik melihat hati kita. Sebenarnya, bila bercouple(istilah lain, berhubungan bebas, berhubungan tak ikut syara’) kita rasa seronok dan best. Layan la kononnya. Tetapi, sebenarnya kemanisan ini dihias-hias oleh syaitan.

ALLAH SWT berfirman apabila Hud-Hud menceritakan kesesatan Kaum Saba’ bawah pimpinan Balqis,

“ Aku(burung hud-hud) dapati dia(Balqis) dan kaumnya menyembah matahari, bukan kepada ALLAH, dan syaitan telah menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan-perbuatan buruk itu, sehingga menghalangi mereka dari jalan ALLAH, maka mereka tidak mendapat petunjuk”(Surah An-Naml ayat 27)


Syaitan, bila dia mendpaat peluang menyesatkan manusia, maka dia akan berusaha biar manusia tu tidak dapat kembali kepada jalan yang sebenarnya. Cinta memang indah, tetapi sebenarnya cinta ini akan menjadi cacat bila di luar batasan syara’. Namun kecacatan itu diperindahkan oleh syaitan agar kita melihatnya cantik, lalu sukar untuk merasa bencin kepada kecacatan itu, malah tambah rapat dengannya. Akhirnya, sukar kita hendak meninggalkan keburukan itu dalam kehidupan kita.

Di sini, saya mengajak adik saya tadi bermuhasabah kembali apakah makna cinta. Ramai couple, walaupun menyedari couple itu diharamkan oleh ISLAM, masih lagi meneruskannya kerana kononnya mereka sudah saling cinta mencintai.
Ya, tidak salah mencinta. Saya juga bercinta. Tetapi apakah cinta? Bukankah cinta ini adalah kasih sayang. Tetapi, apakah kasih sayang, jika kita menghumbankan pasangan kita ke neraka? Menghumbankan pasangan kita ke neraka? Bagaimana? Ya la, anda bercouple, ISLAM larang, ALLAH marah, di pehitungan nanti anda akan dihisab, dan couple anda ini menjadi penghalang untuk anda masuk ke syurga lalu dilempar ke neraka. Bukankah anda telah melemparkan diri anda dan pasangan anda ke neraka? Adakah itu yang anda katakan sayang?

Inilah sayang yang syaitan tipukan anda. Saya nyatakan, jika begitulah akhirnya ‘sayang’ anda, maka itu bukan sayang sebenarnya. Jika benar sayang, kita akan hanya ingin yang terbaik sahaja untuk pasangan kita. Bukan sahaja baik di dunia, tetapi di akhirat sana. Kita mahu, sayang kita ini bukan setakat di dunia sahaja kekalnya, tetapi sampai di akhirat bertahannya ia.

Jadi ada apa dengan couple? Anda pegang tangan anda berdosa, anda bercakap berjiwang-jiwang anda berdosa, anda berpandang-pandangan anda berdosa, anda keluar berdua-duaan anda berdosa. Apa yang anda bahagianya? Hanya hawa indah jiwang jutaan karat sahaja, yang mana hawa itu akan luput dimamah usia dan zaman. Bila berkahwin, keluarga pecah berai.

Kan bagus jika anda ambil masa ini, mentarbiyyah diri, melengkapkan jiwa, mendidik hati, kemudian lamarlah pasangan anda dalam keadaan bersedia jasad dan rohani, seterusnya berjiwanglah anda habis-habisan, kucuplah dahi pasangan anda sehabis cinta, pegang eratlah tangan dia dengan penuh sayang di dalam jiwa, peluk eratlah pinggang dia dengan kasih setingginya, dan setiap perbuatan anda dengan isteri anda ketika itu, membuahkan pahala.


Ada seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah, “ Ya Rasulullah, apakah bila seseorang itu berjima’(melakukan hubungan seks) dengan isterinya, dia mendapat pahala?”

Rasulullah SAW menjawab, “ apakah jika seseorang itu berzina maka dia mendapat dosa?”

Sahabat menjawab, “ ya”

“ Maka, siapa yang mendatangi isterinya yang halal untuknya, maka baginya pahala”

Nah…. inilah sayang. Kekalnya hingga ke syurga. Rasulullah SAW bersabda,

“ Di akhirat nanti, kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai”

Inilah sayang yang dibina oleh manusia yang beriman. Sayang kekal abadi. Bukan setakat dunia yang akan luput sedikit masa lagi.

Kepada adik yang bercouple itu, saya pesankan dia perkara ini. Dia berkali-kali mengucapkan terima kasih kepada saya. Saya kata pada dia,

“ Abg  sayang adik, sebab itulah abg pesan”

Ya, inilah sayang dalam ISLAM. Membawa manusia kembali kepada ALLAH adalah salah satu tanda sayang. Apalah sayang dan cinta jika akhirnya ke neraka? Itu bukan sayang sebenarnya.

Nah..

Marilah berkasih sayang yang sebenar-benar kasih sayang. Marilah bercinta dengan sebenar-benar cinta. Tidak rugi, malah menembus akhirat cintanya.

Cinta dan sayang kerana ALLAH. Ikuti perintahNya, tabah melalui ujianNya, dan rasailah kenikmatakan ganjaranNya.
ALLAH juga cintakan kita.

Dalam satu hadith Qudsi, Rasulullah SAW ada bersabda bahawa ALLAH SWT berfirman,

“ Apabila hambaKU mendekatiku selangkah, maka AKU akan mendekatinya seribu langkah, jika dia mendekatiku dalam keadaan berjalan, maka AKU akan mendekatinya dalam keadaan cepat”

Nah… Couple? Mari tukar kepada hubungan yang lebih istimewa dan halal malah mendapat pahala. Kita tangguh dulu kisah cinta kita sekarang ini, kita perbaiki diri, permantapkan rohani, kemudian kita sambung kembali pertalian ini dengan ikatan yang lebih bersih. Dengan cinta yang sebenar-benar cinta. Biar berbahagia hingga akhirat sana.

Jom.

Saya pun dalam perjalanan untuk itu.

Apa lagi yang bercouple ni, mari bersama saya. Kita mantapkan diri dulu!

Hilal Asyraf

Wednesday, December 1, 2010

Tonggak Rumahtangga Bahagia

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Allah swt berfirman :

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa cinta dan kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (QS Ar Rum: 21) PERKAHWINAN BUKTI KEAGUNGAN ALLAH Ayat ini sebenarnya sebahagian dari cerita tentang tanda-tanda keagungan Allah swt dan kekuasaanNya di mana semua yang ada di langit dan di bumi dan segala yang berlaku adalah datang dariNya.

Ini juga termasuk diciptakannya manusia berpasang-pasangan yang dengannya berlaku kelangsungan hidup seperti yang disebutkan pada ayat di atas.
Oleh kerana itu, hakikat perkahwinan dan rumahtangga bagi Allah swt adalah ikatan yang sangat agung kerana dengannyalah akan terserlah keagunganNya.

Sebaliknya, ketika manusia hidup di alam perzinaan, yang ternampak hanyalah sifat kebinatangan.
Bila sifat kebinatangan yang menonjol dalam hidup manusia, kerosakan pasti akan bermaharajalela. Paling tidak yang pertama sekali akan hancur adalah sifat kemanusiaan.
Manusia tidak lagi peduli dengan rumahtangga. Bila rumah tangga hancur, garis nasab akan hilang. Lama kelamaan manusia tidak tahu lagi siapa sebenarnya yang ia gauli. Tidak mustahil suatu ketika (bahkan ini sudah banyak berlaku), akan lahir seorang anak dari hubungan ayah dengan anaknya, atau hubungan ibu dengan anaknya, atau hubungan antara saudara seayah dan sebagainya.

Oleh kerana itu dalam ayat di atas, Allah swt menjadikan hakikat berpasang-pasangan sebagai bukti keagunganNya supaya manusia tidak begitu mudah merendahkan dirinya dengan menganggap bahwa ia boleh membuat hubungan dengan sesiapa sahaja.
Tidak! janganlah sekali-kali perbuatan ini dilakukan kerana dengan melakukan perzinaan, seseorang tidak sahaja menghancurkan kemanusiaannya sendiri melainkan lebih dari itu ia telah merendahkan Allah swt dengan meremehkan tanda-tanda keagunganNya.

Adalah jelas bahwa dari ayat di atas setidak-tidaknya ada tiga tonggak yang boleh kita lahirkan untuk mencapai kebahagiaan dalam rumah tangga:
1. Bangunkan Jiwa Sakinah 2. Hidupkan Semangat Mawaddah 3. Pertahankan Ruh Rahmah Ketiga-tiga langkah di atas adalah bekalan utama setiap rumahtangga. Jika salah satunya hilang, rumahtangganya akan rapuh dan mudah retak. Oleh kerana itu hendaklah ketiga-tiga langkah tersebut benar-benar dihidupkan secara maksimum atau paling tidak mendekatinya semampu mungkin.

1. BANGUNKAN JIWA SAKINAH Allah swt berfirman : "litaskunuu ilaihaa", ertinya agar kau berteduh wahai para suami kepada isterimu.

Perkataan "litaskunuu" diambil dari kata "sakana yaskunu" ertinya berdiam atau berteduh. Dari perkataan "sakana" ini di ambil istilah "sakinah" yang kemudiannya diertikan sebagai tenang, bahkan pengertian dalam ayat ini lebih dalam lagi dari sekadar tenang.

Syaikh Ibn Asyur dalam tafsirnya "At Tahrir wat Tanwiir" memberi pengertian perkataan "litaskunuu" dengan dengan tiga makna :

(a) "lita'lafuu" ertinya agar kamu saling mengikat hati, seperti ungkapan"ta'liiful quluub".
Dalam surah Al Anfal, ayat: 63 Allah swt berfirman:
"Dialah Allah yang telah mempersatukan hati di antara mereka".
Dengan makna ini maka suami isteri hendaklah benar-benar membangunkan ikatan hati yang kuat dan sekuat-kuat pengikat hati adalah iman. Maka semakin kuat iman seseorang, semakin kuat pula ikatan hatinya dalam rumah tangganya. Sebaliknya semakin lemah iman seseorang, boleh dipastikan bahwa rumah tangga tersebut akan rapuh dan mudah retak.

(b) "Tamiiluu ilaihaa" ertinya kau condong kepadanya.
Condong ertinya fikiran, perasaan dan tanggung jawab tercurah kepadanya.
Dengan makna ini maka hubungan suami isteri bukan sekadar biasa-biasa untuk bersenang-senang sejenak melainkan benar-benar dibangunkan di atas tekad yang kuat untuk membangun masa depan rumah tangga yang bermanfaat. Oleh kerananya, mesti ada kecondongan dari masing-masing suami dan isteri. Tanpa kecondongan, pasti akan berlaku suasana keterpaksaan.

Oleh itu, ibubapa jangan memaksakan kehendak mereka jika memang ternyata dalam diri anak mereka tidak ada kecondongan. Seringkali kita menemui anak muda yang mengeluh kerana dipaksa ibu bapa mereka untuk berkahwin dengan seseorang sementara dalam diri anak muda tersebut tidak ada kecondongan sama sekali. Tapi ibubapa mereka mengancam dan bahkan menganggap ia bukan anak mereka jika tidak mengikuti keinginan mereka.

Ini tentunya bukan sikap yang sepatutnya diambil. Ibubapa harus tahu bahwa"sakinah" dalam rumah tangga tidak akan tercapai tanpa adanya kecondongan. Begitu juga ibubapa harus tahu bahwa yang akan hidup bersama isterinya adalah si anak. Maka adalah tidak wajar menggunakan kad merah ibubapa untuk memaksakan kecondongan mereka supaya anak-anak mengikuti kehendak mereka.

Seringkali rumah tangga hancur kerana ibubapa tidak memperhatikan kecondongan si anak. Oleh kerana itu, untuk membangun sakinah, mesti ada dalam diri masing-masing suami dan isteri kecondongan.

(c) "Tathma'innuu biha" ertinya kau merasa tenang dengannya.
Dalam surah Ar Ra'd, ayat 28 Allah swt berfirman:
"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram".
Dari sini nampak bahwa untuk mencapai ketenangan dalam rumah tangga hanya dengan banyak berzikir kepada Allah.

Para ulama’ menyebutkan bahwa zikir ada tiga dimensi :

1. Zikir dengan lidah.

2. Zikir dengan hati, maksudnya hatinya sentiasa sedar dan ingat kepada Allah.

3. Zikir dengan perbuatan, maksudnya seluruh perbuatannya sentiasa dalam ketaatan kepada Allah swt.

Maka adalah sesuatu yang mustahil untuk mencapai sakinah dalam rumah tangga yang penuh dengan kemaksiatan kepada Allah swt.

Termasuk dalam kemaksiatan adalah ketika masing-masing suami dan isteri suka berbohong. Banyak rumahtangga yang retak kerana ketidakjujuran di kalangan suami dan isteri masing-masing.

Jika seorang suami suka berbohong pasti si isteri akan gelisah. Seterusnya ketenangan akan hilang dalam rumahtangga. Sebaliknya jika isteri suka berbohong, si suami pasti tidak akan merasa tenang bersamanya. Bila suami tidak tenang, boleh jadi kelak rumahtangga akan terancam. Dari sini perceraian demi perceraian akan berlaku. Sebab utamanya adalah kerana tiada kejujuran dan kebiasaan dalam melakukan dosa-dosa.

2. HIDUPKAN SEMANGAT MAWADDAH

"Mawaddah" ertinya cinta. Secara jelasnya bahwa "mawaddah" adalah perasaan cinta dan senang dengannya sehingga rumahtangga menjadi berghairah dan penuh semangat.

Tanpa "mawaddah", rumahtangga akan kering. "Mawaddah" biasanya sangat berbentuk "keindividuan". Ia tidak bergantung kepada kecantikan isteri atau ketampanan suami.

Boleh jadi di mata orang ramai, wanita itu tidak cantik, tetapi si suami sangat mencintainya. Begitu juga, boleh jadi wanita itu disepakati sebagai wanita yang cantik, tetapi si suami ternyata sangat membencinya.

Sebahagian ulama’ tafsir mengatakan bahwa cinta biasanya sering menggebu di masa muda atau di awal-awal perkahwinan. Lama kelamaan setelah melalui kehidupan rutin rumahtangga, getaran cinta menjadi semakin melemah.
Oleh sebab itu Allah swt bekalkan rahmah sebagai pengimbangnya supaya ketika kekuatan cinta mulai redup, masih ada semangat rahmah yang akan menyelamatkan rumah tangga tersebut. Lain pula halnya dengan orang-orang yang membangun rumahtangga hanya dengan modal cinta di mana rumahtangga mereka tidak kukuh dan mudah roboh.

Ibarat sebuah mesin, "mawaddah" adalah dinamo penggerak yang menghairahkan. Dengan "mawaddah", rumahtangga menjadi
  1. Dinamik.
  2. Produktif.
Sebaliknya jika jiwa "mawaddah" hilang, rumahtangga akan hilang keceriaan serta menjadi "monotonous" tanpa wujud unsur dinamik sama sekali.

Secara minimanya mawaddah mempunyai tiga ciri utama :

(a) Sentiasa saling memberi hadiah, ini sepertimana sabda Nabi saw iaitu dengan saling memberi hadiah cinta akan sentiasa hangat.

(b) Sentiasa saling mengingatkan kebaikannya. Ini kerana dengan mengingatkan kebaikannya seseorang akan sentiasa merasa terhutang budi. Hindarkan diri dari melihat keburukan dan kekurangannya kerana itu akan menumbuhkan kebencian dan perselisihan tiada henti.

(c) Sentiasa saling berkomunikasi kerana hasil dari komunikasilah prasangka akan hilang. Kita lihat banyak perkara yang sebenarnya dimaksudkan untuk kebaikan, tetapi kerana lemahnya komunikasi, seringkali kesalahfahaman berlaku.

3. PERTAHANKAN RUH RAHMAH

"Rahmah" ertinya kasih sayang, diambil dari perkataan "rahima yarhamu".Dari perkataan ini pula diambil kata "Ar Rahmaan" salah satu nama Allah swt iaitu Allah Maha Penyayang.

Para ahli tafsir mengatakan bahwa RahmanNya Allah meliputi seluruh makhlukNya samada manusia, binatang, dan makhluk-makhluk lainnya termasuk juga orang-orang yang tidak beriman. Oleh sebab itu, mereka masih boleh hidup dan boleh menikmati kemudahan kehidupan dari Allah, padahal mereka setiap hari tidak mentaatiNya.

Perkataan "rahmah" lebih bermakna kesungguhan untuk berbuat baik kepada orang lain, apa lagi kepada keluarga.

Memang setiap orang mempunyai kekurangan dan tidak ada seorang pun yang mencapai kesempurnaan. Maka, jika setiap manusia mempunyai persepsi bahwa ia mengimpikan adanya pasangan yang sempurna, pasti pada akhirnya ia tidak akan sekali-kali memiliki pasangan tersebut.
Pepatah Arab ada menyebutkan :
"Orang yang mencari kawan tanpa cacat, pasti pada akhirnya ia tidak akan mempunyai kawan". Perkataan "rahmah" lebih mencerminkan sikap saling memahami kekurangan masing-masing lalu berusaha untuk saling melengkapi. Sikap "rahmah" menekankan adanya sikap saling tolong menolong dalam ‘bersinergi’ sehingga kekurangan berubah menjadi kesempurnaan.

Sikap rahmah seringkali berperanan ketika semangat cinta mulai menurun. Biasanya ini berlaku setelah usia suami isteri sama-sama mencapai tahap tua. Cucu sudah mulai ramai. Badan pula sudah merasa sakit-sakit. Pada ketika itu, ketahanan rumahtangga sangat bergantung kepada kekuatan "rahmah" (kasih sayang) antara suami dan isteri.

Oleh kerana itu, "mawaddah" dan "rahmah" ibarat dua sayap bagi burung.
Bila kedua sayap itu berfungsi dengan baik, maka rumahtangga akan berlangsung penuh kebahagiaan. Ibarat burung terbang di angkasa, ia menikmati keindahan alam semesta dan penuh dengan kelapangan dada tanpa sedikit pun ada bebanan di hatinya. Terbang ke mana sahaja ia mahu, tidak ada halangan dan kesulitan.

KESEDARAN AKHIRAT

Pada penutup ayat di atas, Allah swt berfirman maksudnya bahwa itu semua merupakan bukti bagi orang-orang yang berfikir iaitu orang-orang yang menggunakan akalnya untuk memahami ajaran Allah swt.

Dalam Al Qur'an banyak sekali penegasan bahwa kelak di hari Kiamat ramai manusia yang menyesal kerana selama hidup di dunia tidak menggunakan akalnya.

Allah swt berfirman,

"Dan mereka berkata: "Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) niscaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala." (QS Al Mulk : 10) Dari sini nampaklah bahwa yang membezakan antara manusia dan makhluk lainnya adalah Allah bekalkan akal kepada manusia.

Di antara ciri-ciri orang-orang yang berakal bahwa ia sentiasa menegakkan kedamaian dalam hidupnya terutama dalam rumahtangganya.

Maka ketika ia tidak dapat membangunkan kedamaian dalam rumahtangganya, boleh dipastikan bahwa ia akan gagal dalam lapangan kehidupan yang lain.

Bila seseorang gagal dalam rumahtangganya secara automatiknya ia menyesal. Menyesal kerana telah menyia-nyiakan kesempatan untuk berbuat baik selama hidup di dunia. Penyesalan itu kelak akan terjadi setelah ia tahu bahwa ternyata Allah tidak menyia-nyiakan sekecil apapun yang dilakukan oleh manusia.

"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula." (QS Al Zalzalah : 7-8)Kesedaran akhirat seperti inilah yang sepatutnya sentiasa dihidupkan oleh setiap pasangan suami isteri kerana hanya dengan kesedaran ini, semua perilaku akan menjadi baik dan rumahtangga akan dapat dibina dengan kukuh manakala setiap pasangan akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi dan bersungguh-sungguh.

Ya Allah, kami memohon kepadaMu sakinah, mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga kami kerana hanya dengan tiga unsur inilah, rumahtangga kami akan menjadi lebih kukuh dan mampu menghadapi badai kehidupan serta pertautkanlah hati-hati setiap pasangan dari kami sehingga mereka akan merasa tenang, cinta dan saling berkasih sayang dalam melahirkan rumah tangga yang bahagia yang bercirikan "Rumahku Syurgaku".

Ameen Ya Rabbal Alameen

Wan Ahmad Sanadi Wan Ali 
Pengerusi JK Tarbiah IKRAM Shah Alam

"Ukhuwah Teras Kegemilangan"

SUAMI IDAMAN~~

BERTUAH SUNGGUH DAPAT SUAMI MCM NIE...

alkisahnya bermula~~~
Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badany alenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morningsickness yang teruk sekali bagi isterisaya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membacaAl-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidursehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasasaya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah,zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami.

 Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilahwaktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(subconscius mind) adalah paling optimum ketikaini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda keubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlahke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah alfatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar.Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi AnNu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum diadilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logikakal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suarasaya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apapula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isterisaya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masadepan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidakakan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dancintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya