disebalik itu...

Sunday, October 23, 2011

Siapa Gaddafi sebenarnya?

BILA Gaddafi jatuh dan dibunuh secara tidak wajar, maka saya segera menyatakan itu tidak sepatutnya dilakukan dan kelihatannya manusia semakin tidak bertamadun dan gila babi.

Saya cukup sedih dan tidak bisa menerima kematiannya sedemikian, apa lagi sebelum ini Gaddafi dihina begitu rupa, padahal pada suatu ketika dia antara pemimpin arab yang cukup lantang menentang Barat terutamanya Amerika dan yahudi dan kelantangan itulah yang Barat berusaha menjahanamkan kepimpinan Gaddafi.

Sejak saya kecil saya sudah mengenal Gaddafi dan mengikut perkembangan kepimpinannya dan saya memang kagum akan keberaniannya yang sama seperti Saddam Husin di Iraq dan tidak hairan Amerika yang ditunjangi Yahudi mahu membunuh pemimpin yang demikian serasa menjadi halangan besar buat melaksanakan Visi jahat mereka.

Barang kali ada lebih baik juga kita menilai semula apa saja yang Gaddafi lakukan buat negara dan rakyatnya sendiri dan mudah2an ini dapat memberikan gambaran yang jelas siapa Gaddafi sebenarnya.

Memangnya keburukan demi keburukan ditonjolkan bagi menutup setiap kebaikan yang dilakukannya untuk rakyat Libya. Begitulah kejahatan yang dilakukan oleh proksi Dajjal ini. Perkara yang paling digeruni ialah hasratnya memaksa Barat membeli minyak dan berurusan perdagangan dengan matawang baru yang bakal diperkenalkannya iaitu Dinar Emas.

Usahanya hampir berjaya dan diterima oleh sebahagian besar negara Afrika dan sebahagian dari negara Arab. Dinar emas akan menjadi nilai tukaran baru perdagangan menggantikan USD dan Euro.

Dari saat inilah Barat terdesak untuk mempercepatkan usaha membunuh Gaddafi, namun usaha tersebut gagal. Proksinya yang sekian lama tidak sealiran dengan Gaddafi diangkat sebagai pejuang dan dibantu secara rahsia. Perancangan diatur untuk melakukan sabotaj dan menabur peropaganda. Berita sebenar ditutup dari pengetahuan dunia.

Terima kasih diucapkan kepada sdr Zulkifli kerana membongkar rahsia yang terpendam ini untuk dihayati oleh pembaca yang tidak mengetahui atau telah dipesona oleh dusta tajaan Dajjal. Saya petik tulisan Zulkifli Nordin dari blognya.

Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, adalah satu nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!

Cuba lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percumn;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.

Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na'zubillah min zalik....

Sunday, October 2, 2011

Kehebatan Teknologi Melayu Silam

Banyak yang memberitahu kita tidak perlu memandang kebelakang untuk maju kehadapan. Tetapi tanpa mengetahui sejarah, kita umpama seperti bangsa yang di lupakan dunia. Betapa pentingnya kita mengetahui sejarah bangsa Melayu. Jika bukan kita siapa lagi?

Tahukah anda bahawa bangsa Melayu juga mempunyai tradisi ilmu sains dan teknologi yang hebat. Walaupun tidak sehebat Cina atau yunani dan Arab namun bangsa kita juga harus berbangga kerana orang Melayu dahulu kala sudah mempunyai kemahiran dalam sains dan teknologi yang sekaligus menggambarkan bahawa bangsa Melayu adalah sebuah bangsa yang bertamadun. Tradisi keilmuan Melayu purba ini telah dapat di ketahui melalui peninggalan manuskrip-manuskrip jawi lama tulisan tangan dari seluruh Nusantara.

Hasil daripada pengumpulan yang telah dibuat oleh pihak berwajib dari Malaysia dan Indonesia maka dapat dikumpulkan manuskrip tulisan melayu jawi lama kepada 10 bidang keilmuwan. Bidang-bidang itu ialah bidang: asal kajadian alam, manusia dan makhluk lain; astronomi; fara‘id ; matematik, perubatan; ramalan & taabir; sains hayat; sains fizik; tasawuf dan falsafah ; dan teknologi/kejuruteraan. Manuskrip yang tersimpan di luar Alam Melayu pula di dapati ada 1455 buah di Belanda, 617 buah di U.K, 135 buah di Jerman Barat, 205 buah di Perancis dan 13 buah di Library of Congress AS. Semua manuskrip di luar Alam Melayu ini juga dapat dikelaskan kepada bidang-bidang yang sema seperti yang di Alam Melayu itu.manuskrip yang paling banyak ialah bidang ramalan dan taabir, diikuti oleh tasawuf dan falsafah, perubatan, sains hayat, dan asala kejadian. Bidang-bidang lain itu amatlah sedikit.


SAINS MELAYU
Tidak ada catatan tentang sains Melayu asal pada masa dahulu dalam bentuk tulisan jawi atau Melayu kuno.Dengan Penghinduan pada abad pertama, sains dari India dikembangkan di Kedah dan Palembang .I Tsing mencatatkan kira-kira 1,000 sarjana melakukan kajian di Palembang ketika beliau sampai di sana untuk mempelajari Sanskrit pada abad ke-7
Dengan kedatangan Islam, sains Islam dikembangkan di sini terutama al-kimia (pandai keris?), perubatan dan astronomi (falak) Ahli sains Melayu terakhir yg diketahui mengajar al-kimia dan perubatan ialah Sheikh Wan Ahmad al-Fatani pada hujung abad ke-19 M dan cetakan akhir buku tibbnya pada tahun 50-an ada tersimpan di perpustakaan DBP.

TEKNOLOGI MELAYU
Ahli teknologi Melayu dikenali sebagai tukang; atau pandai yg dikhaskan untuk tukang besi atau pembuat keris yg dikatakan mempunyai ilmu mistik .Pandai keris mengetahui besi Kharsani dan besi ini merupakan logam yg diketahui oleh ahli al-kimia Islam yang juga bergelar hakim bermakna bijak bistari Bukti sejarah menyatakan keris terbaik hanya timbul pada zaman Islam dan besar kemungkinan teknologi pembuatannya datang dari tanah Besar Islam berdasarkan peristilahan pandai dan hakim itu, dan cara membuatnya dengan menempa beberapa lapis besi seperti pedang Damsyik Tukang Melayu percaya setiap benda yg dibuatnya mempunyai tertibnya sendiri yg menentukan prestasinya. Penertiban mengikut kitaran 4 akan tetapi 2,5,6,7,& 8 juga digunakan untuk pembuatan artefak tertentu


Selain teknologi besi bangsa Melayu juga sangat terkenal dengan Kehebatan mereka dalam sains maritim terutamanya pembuatan jong dan kapal. Jong merupakan kapal besar Melayu yg diketahui dibina sejak abad pertama hingga abad ke-15 , akan tetapi kapal ini dipercayai dicipta jauh lebih awal .Pada gendang gangsa tinggalan zaman gangsa (sebelum 2,000 ) di Nusantara, terdapat ukiran kapal primitif yg menunjukkan kemudi birai, dan dinding berjahit .Bangkai jong dijumpai di Pontian, Kuan Luk Pat, Thailand, Butuan, Filipina & Zaytun dekat Hong Kong .Ukiran di Borobudur menunjukkan Jong mempunyai lunas, dua linggi tinggi, dinding terjahit berlapis, dua kemudi birai, dua tiang layar, layar segiempat serta layar linggi depan dan pengapung .Panjang Jong antara 50 - 80 m dan merupakan kapal terbesar yg merentas lautan di Nusantara

Catatan Cina abad ke-8 menunjukkan jong dari Kun Lun (Nusantara) memuatkan lebih drpd 1000 orang dan muatan seberat 200 hingga 1000 ton
Kapal sebesar ini hanya boleh diselenggarakan oleh kuasa laut yg besar seperti dua kerajaan Melayu, Sri Vijaya dan Melaka dan digunakan untuk berperang
Dengan tertakluknya Melaka, jong juga turut hilang.Namun Muzeum Negeri Terengganu mempamerkan dua buah perahu besar Terengganu (awal abad ke-20) yg menunjukkan penyerapan ciri-ciri Barat/luar seperti layar cucur (jib), layar gap, kemudi bontot, dan penggunaan paku Seorang warga Perancis yg diselamatkan drpd kapal karam hampir 100 thn lalu mengajar tukang bot Terengganu memasukkan ciri-ciri ini. Hal ini jelas menunjukkan bahawa bangsa Melayu adalah sebuah bangsa kelautan yang amat handal, malahan ada di kalangan para sarjana mempercayai bahawa kehandalan para pelayar Melayu dalam sains maritim menyebabkan khidmat mereka sering digunakan oleh pengembara dari Cina,India,Arab malahan Eropah. Dikatakan juga bahawa pelayar Melayu telah membantu usaha Magellan dalam ekspedisinya mengelilingi dunia. Insyaallah sedikit masa lagi saya akan memperincikan mengenai kehebatan pelayar Melayu ini.



Sumber: Alter Terahsia Bangsa Melayu

Suatu Kisah Perjalanan Menuju ke Barat di Sebalik Salji...

Lihat... Bintang tak kelihatan...
Jadi tuan, apa langkah seterusnya ?

Berzikirlah, hud-hud akan tiba untuk sampaikan berita...
Lihat air di piala ni, kalau bergetar, itu tanda kuda bantuan tiba...


Seorang anak muda mula berkata2..., sambil melihat khemah2 di bawah bukit:
"Tuan..., bunga seroja ni kembali mekar...
Tak pernah aku lihat perjalanan kita ni ada tumbuhan yang menghijau.
Ni ada tanda2 kehadiran seseorang...
Lekas, ikut jalan ni... Kita tak boleh tunggu kat sini aje..."

"Sabar... Baginda suruh kita rehat...
Ramai lagi pendekar2 & saudara2 kita belum tiba.
Sungguhpun dah 2 purnama meninggalkan semenanjung emas,
jangan lupa ada lagi batalion dari Tanah Besar belum sampai..."
telah dicelah oleh pengawal sempadan.

**************************************************************
Awan dah makin gelap...
dulu masa pakcik duk kat Johor,
selalu jugak tengok jam kalau nak azan Maghrib,
engkau tau ke tak macamana nak tentukan azan maghrib ni ?
sekarang ni jam tangan kat tangan pakcik ni perhiasan aje...
semenjak peristiwa Ad-Dhuhan tahun lepas,
takde apa dah yang boleh berfungsi,
habis jahanam semua mikrocip...
nak tentukan maghrib kena tengok matahari,
masalahnya awan masih tebal...
matahari mendenya !!!

Anak muda mula teringat ilmu pelayarannya...
Oooo..., baru saya ingat...
"kelawar..."
burung2 biasa akan berhenti terbang bila waktu matahari terbenam.
tapi kelawar akan otomatik keluar time maghrib aje...

Alamak..., masa lompat atas batu dengan kuda petang kelmarin,
teropong pakcik terjatuh lah plak...
ntah elok lagi ke tak...
jangan2 dah pecah kacanya tak ?

"ambik teropong ni..., kau zoom kat gua sebalik pokok kelapa tu...
kalau keluar kelawar,pakcik nak azan maghrib...
kau jaga sini jap,pakcik nak ambik wuduk..."
( tok penggawa sedang sucikan diri di atas bukit )

NOTA:
1) pemandangan ketika itu berjerebu...
sebenarnya 1 dunia dilanda jerebu akibat perang akhir zaman...
dan suasana di atas adalah suasana MISI KE PALESTIN.
Sasaran utama ialah, bergabung dengan panji2 dari Tanah Besar.

2) di bahagian kem memasak...
anak2 dara dari bangsa Melayu sedang berdialog dengan
sekumpulan penduduk yang sama2 juga menuju ke barat...
mereka ini dari Kashmir...
agak kecoh sebab resepi masakan hampir nak siap...
katanya lauk malam ni gulai kawah daging...
tapi wanita Kashmir lebih senang dengan SUP kambing...
(rupa2nya wanita juga sedang perlahan2 menyesuaikan diri)

Azan maghrib berkumandang...
" Allahu Akhabar Allahu Akhbar...."
*************************************************************
Azan maghrib dah selesai...
mengikut rekod hadis,
syaitan & angkatan perangnya akan lari
bila mendengar gelombang azan ni

Tiba2... tengkuk aku meremang...
waduh... syaitan dah ada balik... dah ada kat mana2...
baru aku ingat...
((( LAFAZ AL-KURSI ))) akan menjarakkan radius syaitan...
lafaz yang betul akan mengekalkan radius...
seperti lagenda seorang sahabat Nabi...
yang mana syaitan sendiri takutkan bekas2 tapak kakinya pun !!!

Iqamat berkumandang...
"...Isyak nanti biar atuk plak jaga pos kawalan ni...
kau masuk saf ikut solat, lekas, jangan lewat...
kim salam kat Zulaikha suh dia siapkan sup kambing dengan
buah tembikai,
tentera bertanjak suka makan buah sebelum buka puasa...."
celah Tuk Penggawa kepada anak buahnya.

NOTA:
.(banyak anak2 muda saat ini senang untuk berpuasa)
.kambing banyak dikorbankan kerana perjalanan sangat jauh
.berpuasa salah 1 cabang untuk menyukat makanan waktu perang

Di suatu sudut bukit...
angin semakin sejuk, kain batik dah pun siap2 dipungut lepas sidai.
pelita mula dinyalakan...
jemaah pertama selesai solat...
tak senang duduk rupanya batalion TIMUR ni,
mana tidaknya selera naik sebab gulai kawah dah cucuk hidung...
pelepah pisang menjadi alas...
tempurung kelapa menjadi mangkuk lauk...
sunnah Rasulullah dihidupkan...
Nasi AMBENG makan ramai2...
sungguh berkat...

Zul berkata...
apa berita hari ni ?
"...aku tak nak perang sebenarnya...
tapi tak sangka, aku terpilih dalam percaturan akhir zaman,
aku redho..."

Kassim menjawap...
sifat manusia asalnya bersenang lenang...
tapi planet bumi ni Allah ciptakan untuk pentas ujian...
kau dah merasa nikmat hidup masa kita sempat merasa teknologi,
semiskin2 kau dulu,
kau tetap dapat naik LRT, merasa naik bas,
kat kampung dulu, kau kan jadi kegilaan ramai ?
mana taknya, kau seorang aje ada MOTORSIKAL KUASA TINGGI,
tu kan teknologi yakjuj makjuj...
bertuah kau tau tak...

Zul berkata:
ala...
itu dulu masa sebelum TASIK KERING...
ntah sapelah yang pegang motor aku sekarang...
tak what for ?
start enjin pun tak dapat, ignition tak wujud,
maklumlah 1 dunia kena ledakan EMP,
nasib baik aku sempat belajar MEMANAH, BERKUDA, & BERENANG,
ntah siapalah Srikandi dengan DE tu,
ntah2 kau tak Kassim ?
tapi sebabkan dioranglah aku dapat tengok dunia ini secara matriks.

#####################################################
Tuan-puan semua...
Merpati membawa berita...
musuh kita dah bersedia...
menyatukan bala tentera...
bukan sahaja di langit, di bumi juga...
dari selatan mengumpul tenaga...
pengkhianat dari lautan naga...
telah pada Mata 1 mereka setia...
celaka...
[ berkatalah menteri kanan baginda, MEGAT namanya...]

Kelihatan Megat menyampaikan khabar...
saat panglima Melayu menguyah tembikai...
keturunan Khan mendagu di hulu pedang sambil mendengar
terjemahan ucapan Megat...
[ sebenarnya, Bahasa Melayu bahasa dunia ketika itu,
selepas bahasa Arab & Urdu...]

NOTA:
- untuk menjadi manusia yang serbaguna di akhir zaman,
anda perlu pandai berbahasa.
- bahasa cina (untuk berdialog dengan pendekar2...)
- bahasa URDU (untuk komunikasi dengan ahli2 pemanah...)
- bahasa MELAYU (untuk hal ehwal diplomasi...)
- bahasa Arab (ketika dalam kawasan MIDDLE EARTH)
- bahasa Inggeris (ketika berhadapan tentera Yakjuj Makjuj)
- bahasa Yahudi (untuk tujuan dakwah terakhir...)

(suasana semakin hangat di suatu sudut,
bila orang yang disyaki sebagai "THE RETURN OF THE KING"
bersiap2 untuk menyampaikan ucapan...
beliau buat muka selamba aje,
padahal semua orang dah mengesyaki beliau adalah BELIAU,
tapi, wasiat Nabi masih belum realisasi,
perjalanan mesti diteruskan sehinggalah beliau yang dimakasudkan,
di-angkat-sumpah berhadapan dengan Batu Hitam...)

For the mean time...
ramai berteka-teki, apalah yang si Tampan ni nak berkata2...
angin utara semakin sejuk nampaknya...
**************************************************************

berkatalah Wak Joko Suprianto:
"...wak dulu bukanlah baik sangat,
tapi wak tahu, kalau wak kekal duk kat pulau ni,
wak takkan ke mana2 selagi wak duk kat TUBAN,
ni 1 daerah yang kuat pegangan ISLAMnya di pulau JAWA,
wak tahu,
pulau ni sangat selatan dan terpisah dari Tanah Besar,
masa wak sempat guna google earth dulu,
baru wak faham maksud hadis ni,
hadis ni tak mungkin wak boleh tunaikan kalau wak dan keluarga,
masih kekal menetap di sini,
wak wajib berhijrah,
tak sia2 wak dapat status kerakyatan di Tanah Melayu dulu,
wak bersyukur...."

Zainal bertanya:
"la, boleh cakap Melayu rupanya,
ingatkan orang Fiji,
wak ni orang Melayu rumpun jawa ye ?
apa hadisnya wak yang wak nak sampaikan tu ?"

Wak Joko Suprianto mencelah:
"wak tak habis ngomong sih, jangan sampuk dong...
hadis ni dah menyedarkan wak tentang perlunya berhijrah ke
TANAH MELAYU ni...
sebab tanah ni bersambungan ke banjaran Himalaya,
banjaran Tanah kamu ni punyai emas !!!
sebab tu ia dinamakan BANJARAN TITIWANGSA...
titi = jambatan
wangsa = kemewahan
perjalanan ini bermula dari timur ke barat,
kalau wak kekal di pulau yang padat di Pulau Jawa,
wak akan terlepas jihad akhir jaman dong...
ini hadisnya sih...."

////////////////////////////////////////////////////////////
Dari Jabir bin Samurah r.a...
dan dari Nafi' bin Utbah bin Abu Waqqash berkata :
Rasulullah saw bersabda,
"Kalian akan memerangi Jazirah Arab...
kemudian Allah menaklukkannya untuk kalian.
Kemudian kalian akan memerangi Persia...
dan Allah menaklukkannya untuk kalian.
Kemudian kalian akan memerangi Romawi...
dan Allah menaklukkannya untuk kalian.
Kemudian kalian akan memerangi Dajjal...
dan Allah menaklukkannya untuk kalian."
Nafi' berkata; Jabir berkata;
"Dajjal tidak akan keluar sampai Romawi ditaklukkan."
[ Riwayat Ahmad ]
[Hadis Rekod Bernombor 1458]
////////////////////////////////////////////////////////////

Wak bersambung:
"...sebab tu wak sanggup tinggal kat Kampung Pandan kat KL,
dapat IC Merah pun merah la,
yang penting wak tetap berbangsa Melayu rumpun Jawa,
inilah salah 1 peninggalan keris peninggalan Raden Diraja,
kalau rejeki ada,
akan wak kejar Yahudi yang engkar hingga ke pohon ghorqod !!!
sebabkan hadis ini lah,
wak faham yang wak kena berhijrah,
dan tekaan wak bener dong...
pemimpin yang ke-7 bener2 ada di tengah2 kita sih...
wak khabarin pada kalian,
yang pakai serban hijau itulah orangnya,
geram betul wak,
wak tengok dia taknak mengaku,
takpe2....
1 hari nanti dia kena mengaku jugak !!!
kamu pernah terbang ?
wak ada ilmunya...
hahaha....
belum sampai masanya lagi dong...."

"...Diam semua..."
Megat bersambung menyampai berita...
Nota:
penterjemah2 masing2 hendak menangkap maksudnya...
ada pelbagai bangsa dalam batalion TIMUR ni perlu faham
setiap khutbah yang disampai setiap hari...

Megat berkata:
((( Syahadah )))) ((( Syahadah ))) ((( Syahadah )))
sidang maghrib bertambang gamat,
1 kalimah menyatukan umat,
tak kurang ada yang menguyah sambil mengucap,
macam2 perangai...

Tuan-puan semua...
esok pagi kita akan berhadapan dengan Salji lagi...
kuda2 bagi makan cukup2...
isi susu penuh2...
simpan tenaga...
SI MATA 1 sedang melepaskan tentera silamnya...
1 pasukan yang mengetuai 1 medan di bawah gunung yang landai,
kita masih menunggu saudara2 kita dari utara,
berdoalah semoga kita sempat bertembung dengan mereka,
kita telah berhimpun dengan 311 pasukan,
2 pasukan lagi untuk bergabung...
pasukan kita mesti bergabung,
supaya...
KITA MENJADI PASUKAN YANG TAK TERKALAHKAN !!!
Si Mata 1 ada 1 pasukan yang belum digunakan,
HUD2 mengkhabarkan mereka menguasai langit,
ya....
sungguh menghairankan mereka masih boleh terbang walaupun
ELEKTRIK sudah tiada,
rapatkan barisan...
jangan lupa tuan-puan semua...
Al-KAHFI-------------AL-KAHFI--------AL-KAHFI-------
-
tentera mereka tak pernah luka...
9 pasukan semuanya...
Allah bersama kita...
TAKBIR....
TAKBIR....
TAKBIR....

(terdiam semua nampaknya...ada yang tercekik nasi,
wak joko terdiam sambil menggulung rokok tembakaunya...)
Di suatu sudut,
skuad Bani xxxx berhenti berpedang mendengar berita terbaru ini.
************************************************************
Bangsa Kurdish mula mencadangkan...
(dalam slang Iraq Utara berkatalah mereka)
Saudara...
pergurunungan Ararat adalah warisan kami,
kami adalah keturunan langsung dari Sam,
kami adalah keturunan Ahlul Bait yang selamat dari banjir besar,
terdapat tangga2 rahsia di situ,
ikutlah kami,
akan kami tunjukkan lorong2 selamat,
aman dari risikan 9 pasukan si mata 1.

Skuad Keris menjawap:
"...baik, tawaran kamu boleh dipertimbangkan,
hadirkan diri selepas solat tahajud malam ini,
bawak masuk peta dan bentangkan rancangan anda..."

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Nota:
-study kisah Nabi Nuh & sahabat2nya
-study juga kisah asal 5 nabi yang mendapat martabat tinggi
-usahakan mengenali pengikut Nuh yang terselamat
-salah seorang dari mereka yang selamat adalah keturunan asal
-ahlul bait = ahli rumah
- rumah = bahtera
- dari keturunan bahtera inilah lahirnya manusia2 mulia
- dan dari manusia2 ini terbitnya nabi2 yang berpangkat Rasul
- keturunan2 mulia ini menjalar sehingga Allah zahirkan bangsa2 baru
- dan bangsa2 baru ini merebak ke seluruh planet bumi
- dalam banyak2 bangsa, KURDISH memilih untuk tinggal di sana
- mereka adalah penduduk asal
- kediaman mereka terletak di banjaran ARARAT
- Ararat = terletak di sepanjang Iran, Iraq, Syria, and Turkey.
- jumlah mereka hari ini = 30 juta orang
- but yet, every 1000 people, only 1 chosen to be the TRUTH.
- Armenia merupakan 1 daerah yang sangat luas
- dan Khurasan sangat dekat daerah ini

Jejaka Kashmir ramai yang fasih Melayu...
mereka berbisik dengan salah seorang remaja Terengganu:
"...perjalanan menyelusuri sungai semalam sangat senyap,
ke mana perginya ikan2 di sungai ?

Hang Nadim menjawap:
"...tentera 9 pernah melalui tempat itu mungkin,
sebab itu habis tidak tersisa...
aku telah menerima amanah untuk menghantar perisik,
kalau semut ini mati, maknanya nyawa kita terancam,
kita hidup bila semut hidup sebab air bersih tanpa racun...
kalau tentera 9 menyerang dari utara,
merpati pasti membawa berita..."

#####################################################
Ramai yang tak lena tidur...
tapi, ada juga yang tertidur kerana keletihan,
tiba2..., seorang kanak2 terbangun & menjerit...
bunyi datang dari khemah...
"apa dah jadi dik...??"
adik mimpi ada orang boleh bercakap dengan binatang...
dan orang tu ada di tengah2 kita...
dia mewarisi ilmu saiyidina yang boleh berkata2 dengan tanah juga,
kita kena cari dia...
tapi...
yang boleh mewarisi ilmu ni hanya mereka yang BERSIH,
ya...
mereka ni mesti orang UTARA...
yang tak pernah menderhaka pada ibu bapa...


Di suatu sudut langit,
BURUJ ORION mula kelihatan.
"...alhamdulillah, kiblat solat Maghrib tadi memang tepat dan betul,
tapi, bagaimanakah kiblat ditentukan dengan tepat ?..."
bertanyalah si Kassim pada tok penggawa.

Tok Penggawa menjawap:
:...seingat tok,
tadi tok imam pakai jarum, dia bubuh atas cawan,
semua anak Melayu ada barang ni,
la...
kita kan keturunan pelayar yang mahsyur,
malulah kalau tak tau pakai barang ni Kassim,
jarum akan sentiasa menghala ke utara,
kiblat kita ada di barat,
sebab tu PETA kena study habis2 sebab barat pecah pada 6,
ada barat utara lagi,
kita kena halakan ke arah darjah utara,
memandangkan semalam kita datang dari selatan,
jangan utara sangat sebab nanti ke arah Masjid Al-Aqsa pulak,
kiblat kita dekat Masjid Al-Haram...
yang penting solat,
setiap orang ada warisi ilmu masing2,
itulah gunanya kassim oiii..."

"...Kuda aku dah tidur..."
jawap mas joko.
mampir ke wak sih, mari....
korang nak tahu tak pasal Dajjal ?
kita beruntung sebab tak pernah jumpa dengan dia,
walaupun kita tahu dia dah pun ada di luar sana...
nak tahu tak Dajjal sekarang dalam keadaan marah !!!
ini hadisnya wahai bangsa memendam rasa...

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Dari Hafshah binti 'Umar bin Al Khaththab r.anha :
Nabi saw bersabda,
"Sesungguhnya pertama kali Dajjal keluar kepada manusia,
dia dalam keadaan marah."
[ Hadis Riayat Ahmad ]
[ Rekod Bernombor 25222]
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Dahsyat...

Hasil Nukilan: Dinar Emas (Pengedar Syiling Sedunia)



Nabi Muhammad pernah berkata:
"Jika kamu semua melihat PANJI-PANJI HITAM datang dari arah Khurasan,
maka sambutlah mereka walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji.
Sesungguhnya di tengah panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk.
Maksudnya ialah Al-Masih Mahdi.
(Hadis Riwayat Ibnu Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)